Thursday, April 30, 2009

Kursus Remaja SPIES Negeri Selangor 2009



Tarikh : 9-10 Mei 2009 (Sabtu & Ahad)

Tempat : Nur Bukit Unggul Eco Resort, Dengkil Sepang

Sasaran : Remaja DUN Bangi dan Dun Kajang (Muslim dan non-Muslim)

Yuran: Percuma

HARI PERTAMA

8.00 am : Ketibaan peserta & pendaftaran

8.45 am : Perasmian oleh Exco / Pemantau & Sarapan Pagi

9.00 am : LDK 1 : Mass (Pemecah Bendung / Ice Breaking )

10.30 am : Minum Pagi / Terapi Dhuha

11.00 am : Langkah Interaktif 1 : 'Meraih Potensi Diri'

1.00 pm : Rehat / Makan Tengahari / Solat Zohor

2.00 pm : LDK 2

4.30 pm : Minum Petang / Solat Asar

5.00 pm : Cerdas Minda & Fizikal

6.00 pm : Makan Malam & Persiapan Diri

7.00 pm : Solat Maghrib / bacaan Yasin / Solat Isyak

9.00 pm : Langkah Interaktif 2 : 'Meraih Potensi Diri 2'

11.00 pm : Minum malam & Terapi Pengurusan Qalbu Remaja SPIES

12.00 pm : Rehat Diri dan Mental

HARI KEDUA

5.00 am : Terapi Diri Sepertiga Malam (Qiamullail)

7.00 am : Cergas Minda & Fizikal

8.00 am : Sarapan Pagi / Persiapan Diri

8.30 am : LDK 3 : 'Remaja & Pengurusan Masa'

11.00 am : Minum pagi & Terapi Dhuha

11.15 am : Langkah Interaktif 3 : 'Membangun Visi Kehidupan PSE Remaja SPIES'

12.45 pm : Makan tengahari, rehat & Solat Zohor

2.00 pm : Kongsi pengalaman anda ! Edaran borang PASCA dan penilaian program

4.00 pm : Majlis Perasmian Penutup & penyampaian sijil; Minum Petang dan bersurai

SYARAT-SYARAT

* Remaja berumur 13-17 tahun (Lelaki & Perempuan)

* Berpakaian menutup aurat (bagi yang beragama Islam)

* Berpakaian kemas dan sopan (bagi yang bukan Islam)

* Keperluan khusus seperti pakaian sepanjang program, pakaian sukan & solat, alatan kemasan diri.

* Untuk maklumat lanjut hubungi ; Sakinah 03-8925 0891

* Peserta diminta berkumpul di Pejabat DUN Bangi sebelum jam 7.30 am, 9 Mei (Sabtu)

TALKSHOW SEPAGI RAHSIA KEJAYAAN BERSAMA ADIK NIK NUR MADIHAH BINTI NIK MOHD KAMAL, PELAJAR CEMERLANG SPM 2008 (20A)


“Ketaqwaan & Keberkatan Asas Kecemerlangan Hidup…”

1. MUQADDIMAH

Kejayaan adik Nik Nur Madihah Binti Nik Mohd Kamal, 18 tahun sebagai ikon remaja yang berjaya menempah suatu kejayaan cemerlang buat diri beliau, keluarga serta seluruh negara dalam SPM 2008 harus dijadikan suatu iktibar besar buat semua.

Beliau menempuhi hidup dalam serba kedhoifan, hidup penuh hempas pulas kedua ibu bapa mencari rezeki, tanpa rasa mengeluh dan menyesal beliau menempuhi hidup dengan tabah menghadapi semua dugaan tersebut, seterusnya menjadikan semuanya itu sebagai motivasi untuk melaksanakan perubahan ke atas hidup beliau.

Majlis Perwakilan Penduduk (MPP) & Majlis Bandaraya Shah Alam dan juga Perbadanan Perpustakaan Selangor (PPAS) merasa terpanggil untuk menjadikan kisah beliau sebagai suatu iktibar dan motivasi khas untuk dikongsi bersama khususnya untuk pelajar-pelajar di sekitar Shah Alam. Kejayaan beliau yang diasaskan di atas nilai taqwa dan keberkatan adalah suatu rahsia daripada rahsia-rahsia Allah yang amat bernilai atas hambaNya.

2. NAMA PROGRAM

TalkShow Sepagi Rahsia Kecemerlangan Bersama Nik Nur Madihah

“Ketaqwaan & Keberkatan Rahsia Kecemerlangan”


3. KONSEP PROGRAM

TalkShow bersama pakar motivasi

Ucapan Motivasi Khas oleh Nik Nur Madihah sebagai perkongsian pengalam hidup beliau, beserta pengalaman ibubapa beliau yang turut hadir

Tayangan video kehidupan pelajar cemerlang Nik Nur Madihah


4. ANJURAN

Majlis Perwakilan Penduduk (MPP), Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), dengan kerjasama;

Perbadanan Perpusatakaan Awam Selangor (PPAS)

5. OBJEKTIF

5.1. Berkongsi rahsia kecemerlangan akademik adik Nik Nur Madihah Binti Nik Mohd Kamal sebagai pelajar cemerlang SPM 2008

5.2. Memberikan motivasi khas kepada pelajar dan juga ibubapa yang hadir untuk memahami konsep ketaqwaan pada Allah dan keberkatan ilmu sebagai asas kejayaan hidup.


6. TARIKH & MASA

Tarikh : Ahad, 3 Mei 2009

Masa : 8.30 pagi (pendaftaran) ~ 11.30 pagi


7. LOKASI

Dewan Persidangan,

Perpustakaan Negeri Selangor (PPAS) (Perpustakaan Raja Tun Uda),

Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.


8. SASARAN PENYERTAAN

8.1. Pelajar & Remaja daripada MPP Zon yang terlibat, sebagai peserta utama yang berinteraksi

8.2. Ibubapa & Penduduk tempatan sebagai pemerhati

8.3. Sasaran penyertaan; 500 pelajar dan 50 ibu bapa, mengikut tempahan jumlah perserta awal.

9. TENTATIF PROGRAM

Masa Aktiviti Nota

08.30pg Pendaftaran Pelajar & Ibubapa

09.00pg Aluan Penaung Program

09.10pg Aluan Pengerusi/Pengarah Program & Ice-Breaking

09.30pg Tayangan Video Khas “Nik Nur Madihah Menempuh Kehidupan”

09.45pg Perkongsian Pengalaman Nik Nur Madihah Binti Nik Mohd Kamal

10.15pg Sesi Soal Jawab

10.30pg Pengisian Khas “Taqwa & Barokah Asas Kecemerlangan Hidup Insan”

11.00pg Rumusan Pengarah & Penutup


10. PENUTUP

Adalah diharapkan penganjuran program ringkas ini dapat memberi kesedaran kepada seluruh yang hadir akan peri pentingnya ketaqwaan pada Allah dan keberkatan dalam menimba ilmu adalah asas kepada seluruh kejayaan ummat manusia di muka bumi.

Selamat bercuti hari pekerja 1 mei 2009 kepada warga mahkota5...


assalamualaikum,
selamat menyambut hari pekerja daripada J/kuasa persatuan penduduk sek5, bdr bukit mahkota..
p/s : maaf dipohon sebab lama sudah tidak mengemaskini blog mahkota5 disebabkan kesibukan tugas seharian.
Jawatankuasa Biro Pengurusan & perhubungan awam,
Persatuan Penduduk sek 5,
Bdr Bukit Mahkota, Bangi.

Wednesday, April 22, 2009

BukitMahkotaSek5] AWAS! Pencuri berkeliaran di Sek 5 Bukit Mahkota Awas!!! pencuri berkeliaran di Sek5...


salam,
Diharap penduduk sekitar Bukit Mahkota terutama Seksyen 5 agar memberi lebih pemantauan terhadap keselamatan rumah serta kawasan sekitar dari kehadiran pencuri/penyangak.

Ini berikutan kejadian dua percubaan pecah masuk/mencuri 2 rumah di Jalan BM 5/12 pada hari Isnin, 20 Apr 09. Kejadian pertama berlaku pada siang hari, antara jam 10 pagi ke 12 t/hari manakala kejadian kedua lebih kurang 330 pagi (pagi selesa).

Dalam kejadian pertama (nampak 1 org shj) di No 33), suspek kelihatan berbadan kecil, memakai kaca mata hitam dan bertopeng (ala pemotong rumput) dan seperti dari negara Indon.

Kejadian kedua berlaku di No 27, melibatkan 2 org cuba memasuki bahagian bumbung sebelum lari setelah disedari tuan rumah.

Nampak kejadian, mungkin dari kumpulan sama berdasarkan tempat dan hari kejadian berlaku.

P/s: AJK Keselamatan, harap dapat mengajukan email ini ke pihak polis Seri Putra & Nilai.
Salam

info daripada sdr helmy..

Friday, April 17, 2009

Exora..anda pasti terpegun...

Saya pernah menulis tentang Proton MPV. Sekarang Proton Mpv Exora telah dilancarkan dengan tagline “Keriangan Keluarga”.

Proton Mpv Exora ini diterbitkan dengan 5 warna pilihan - Genetic Silver, Tranquility Black, Blue Haze, Pyrite Brown dan Gaia Blue dan berharga di bawah RM 80,000.

Proton mpv- exora

Proton mpv - exora

Proton mpv -exora

proton mpv - exora

Kredit : paultan.org

Lagi gambar Proton Mpv Exora, klik SINI dan di SINI

Mampukah Proton bersaing dalam pasaran MPV yang hampir tepu ? Dengan krisis ekonomi global?

Bunga Ixora @ Siantan

Bunga Ixora @ Siantan

Tiba² saya terkenang drama Ezora dan Apartment Ixora!:mrgreen:

Inilah rupanya Bunga Ixora @ Bunga Siantan tu…saya panggil Bunga Jejarum.
.
.
.
.

Monday, April 13, 2009

Berhati-hati di jalan raya...

Topic: KEMALANGAN - 10/4/2009 - PERSIARAN MAHKOTA 2 (Read 529 times)
XYZ123
Pemastautin
**
Gender: Male
Posts: 110



View Profile
« on: April 10, 2009, 10:21:05 AM »


Kejadian berlaku pagi ni 10/4/2009 lebih kurang pukul 7.40pg

Pemandu seorang wanita penduduk Sek 4

Alhamdulillah tiada kecederaan/luka..

Cuma dipercayai kakak ni mengandung.. moga kakak ni dan anak dlm kandungan selamat hendaknya..

Dipercayai kakak ni dari Sek 4 ke arah Nilai (nk pegi keje)... kejadian berlaku betul2 selepas turun bukit menghampiri

simpang di Sek 5... mujur pokok2 ditengah jalan tu dapat menghalang dari kereta mangsa terlepas

keseberang jalan yg mungkin menyebabkan kejadian lebih buruk lagi...

Apapun kita patut berhati-hati di kawasan ini sbb ini bukan kejadian pertama berlaku..






Seorang warga contoh (nun diatas bukit tu) .... sedang memberi amaran kepada kenderaan lain supaya memperlahankan kenderaan... (masa kejadian brader sedang berbasikal, bersenam agaknya) terus berenti dan menjalankan tanggung-jawap untuk keselamatan semua orang.. TAHNIAH BRO....









« Last Edit: April 10, 2009, 10:54:21 AM by XYZ123 » Logged

Thursday, April 9, 2009

Kabinet Malaysia 2009...

PERDANA MENTERI:Datuk Seri Najib Tun Razak

TIMBALAN PERDANA MENTERI: Tan Sri Muhyiddin Yassin

MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI

1. Tan Sri Dr Koh Tsu Koon (Hal Ehwal Perpaduan & Pengurusan Prestasi)

2. Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz (Hal Ehwal Perundangan dan Parlimen)

3. Tan Sri Nor Mohamed Yakcop (Unit Perancang Ekonomi)

4. Mej Jen (B) Datuk Jamil Khir Baharom (Hal Ehwal Agama Islam)

Timbalan-timbalan Menteri:

1. Datuk Liew Vui Keong

2. Datuk Dr Mashitah Ibrahim

3. Datuk S.K. Devamany

4. Ahmad Maslan

5. T.Murugiah

MENTERI KEWANGAN:

Datuk Seri Najib Tun Razak

MENTERI KEWANGAN II:

DATUK AHMAD HUSNI MOHAMAD HANADZLAH

Timbalan:

1. Datuk Chor Chee Heung

2. Datuk Dr Awang Adek Hussin

MENTERI PELAJARAN:

Tan Sri Muhyiddin Yassin

Timbalan:

1. Datuk Dr Wee Ka Siong

2. Dr Mohd Puad Zarkashi

MENTERI PENGANGKUTAN:

Datuk Ong Tee Keat

Timbalan:

1. Datuk Abdul Rahim Bakri

2. Datuk Robert Lau Hoi Chew

MENTERI PERUSAHAAN, PERLADANGAN DAN KOMODITI:

Tan Sri Bernard Dompok

Timbalan:

1. Datuk Hamzah Zainudin

MENTERI DALAM NEGERI:

Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein

Timbalan:

1. Datuk Wira Abu Seman Yusop

2. Jelaing anak Mersat

MENTERI PENERANGAN, KOMUNIKASI, KESENIAN DAN KEBUDAYAAN:

Datuk Seri Utama Dr Rais Yatim

Timbalan:

1. Datuk Joseph Salang Gandum

2. Senator Heng Seai Kie

MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR:

Datuk Peter Chin Fah Kui

Timbalan:

Noriah Kasnon

MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH:

Datuk Seri Shafie Apdal

Timbalan:

1. Datuk Hassan Malek

2. Datuk Joseph Entulu anak Belaun

MENTERI PENGAJIAN TINGGI:

Datuk Seri Mohd Khaled Nordin

Timbalan:

1. Datuk Dr Hou Kok Chung

2. Datuk Saifuddin Abdullah

MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI:

Datuk Mustapa Mohamed

Timbalan:

1. Datuk Mukhriz Mahathir

2. Datuk Jacob Dungau Sagan

MENTERI SAINS, TEKNOLOGI DAN INNOVASI:

Datuk Dr Maximus Ongkili

Timbalan:

Fadillah Yusof

MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR:

Datuk Douglas Uggah Embas

Timbalan:

Tan Sri Joseph Kurup

MENTERI PELANCONGAN:

Datuk Dr Ng Yen Yen

Timbalan:Datuk Seri Sulaiman Abdul Rahman Abdul Taib

MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI:

Datuk Noh Omar

Timbalan:

1. Datuk Johari Baharum

2. Datuk Rohani Abdul Karim

MENTERI PERTAHANAN:

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi

Timbalan:

Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad

MENTERI KERJA RAYA:

Datuk Shaziman Abu Mansor

Timbalan:

Datuk Yong Khoon Seng

MENTERI KESIHATAN:

Datuk Liow Tiong Lai

Timbalan:

Datuk Rosnah Rashid Shirlin

MENTERI BELIA DAN SUKAN:

Datuk Ahmad Shabery Cheek

Timbalan:

1. Datuk Razali Ibrahim

2. Wee Jeck Seng

MENTERI SUMBER MANUSIA:

Datuk Dr S.Subramaniam

Timbalan:Datuk Maznah Mazlan

MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN HAL EHWAL PENGGUNA:

Datuk Ismail Sabri Yaakob

Timbalan:

Datuk Tan Lian Hoe

MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN:

Datuk Kong Cho Ha

Timbalan:

Datuk Lajim Ukin

MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT:

Datuk Seri Sharizat Jalil

Timbalan:Datin Paduka Chew Mei Fun

MENTERI LUAR:

Datuk Anifah Aman

Timbalan:

1. A.Kohilan Pillay

2. Datuk Lee Chee Leong

MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN:

Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin

Timbalan:

Datuk M.Saravanan