Thursday, July 30, 2009

SRA Bdr Seri Putra akan diserah pada 17.8.2009???

hursday, July 30, 2009

PROJEK-PROJEK DI BANGI DAN SERDANG

Pejabat Daerah Hulu Langat: Selasa 6 Sya`ban = 28 Julai

Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Tindakan Daerah Hulu Langat berlangsung di pejabat tersebut dari jam 9.30 pagi hingga jam 1.30 tengaharai. Mesyuarat dihadiri ahli-ahli parlimen, adun-adun, ketua-ketua jabatan-jabatan atau wakil-wakil dan penghulu-penghulu. Mesyuarat membincangkan tentang projek-projek sama ada dari Persekutuan, Negeri dan tempatan yang telah dan sedang dijalankan. Turut dibincangkan projek-projek cadangan , berbagai permasalahan dan cadangan-cadangan mengatasinya. Mesyuarat dipengerusikan oleh Tuan Pegawai Daerah Hulu Langat Tuan Haji Zainal Abidin bin A`la.

Antara perkara-perkara penting dibincangkan ialah mengenai projek-projek di bawah JKR berhubung dengan jalan-jalan, penyelenggaraan longkang dan culvert yang tidak dapat menampung aliran air, pembinaan bonggol contoh jalan utama Kg. Bahagia, Bangi (selesai), isu kesihatan berhubung dengan wabak TIFOID Sungai Congkak (selesai) dan wabak influenza HINI (Selsema Babi) yang turut berlaku di Hulu Langat, lambakan kereta-kereta buruk di kawasan tanah rezab TNB Seksyen 16 Bandar Baru Bangi (Selesai 14 Julai 2009), Isu keselamatan, pendidikan, kecurian pasir, perumahan, balai raya dan balai komuniti.

Di bawah diperturunkan projek-projek di Bangi dan Serdang

a) Projek Persekutuan

  1. Pembesaran Akademi Percukaian di Bandar Baru Bangi. Kos RM33,290,618.54 (100% SIAP).
  2. Pembinaan bangunan Pusat Pemprosesan Pengeluaran dan Gudang LHDN, Bangi, Selangor – Kos RM 57,604,592.80 , (25% -dalam pembinaan).
  3. Membina dan menyiapkan Klinik Kesihatan dan Kuaters di Bandar Sri Putra, Kos RM 16,299,726.35 , (33% progress pembinaan).
  4. Membina dan menyiapkan Klinik Kesihatan 3 dan Kuarters di Sungai Chua di bawah DUN Bangi – Kos RM18,358,808.80 (3% - Bermula pembinaan).
  5. Cadangan Projek Pusat Pembangunan Teknologi & Kuantiti di Kompleks MINT, Bangi – Kos RM14,897,000.00 (23% progress).
  6. Pembinaan Bangunan Tambahan Pusat Pameran Multimedia OSHI, Ibu Pejabat MOSH, Bandar Baru Bangi – Kos RM32,909,000.00 (5% - Bermula pembinaan).
  7. Pembinaan Blok Asrama (MTCP) di Kampus ILKAP, Bandar Baru Bangi – Kos RM14,600,000.00 (5% bermula).
  8. Bangunan LHDN Cawangan Bandar Baru Bangi (Paket 2) – Kos RM14,894,145.00 (Akan bermula).
  9. Membina dan menyiapkan Blok Gantian (Bilik Darjah), Sekolah Kebangsaan Jalan Dua, Bandar Baru Bangi – Kos RM2,128,397.42 (Bakal bermula).
  10. Membina dan menyiapkan Blok Gantian (Bilik Darjah), Sekolah Kebangsaan Jalan 8, Bandar Baru Bangi . Kos RM2,293,300.00 (Bakal bermula).
  11. Menaiktaraf Bangunan Akademi Percukaian Malaysia, Bandar Baru Bangi – Kos RM5,000,000.00 (Bakal Bermula).

2. Projek Kerajaan Negeri Selangor

1. Membina dan Menyiapkan SRA Bandar Sri Putra, Bangi Selangor – Kos

RM5,574,383.00 (Siap 100% dan diserah pada 17.8.2009).

2. Membina Masjid Taman Sungai Ramal Luar, DUN Bangi – Kos RM4,118,103.93 (Bermula 2%).

3. Membina dan Menyiapkan SRA Integrasi, Bandar Baru Bangi – Kos RM3,500,000.00 (100% siap. Dalam proses penyerahan).

4. Membina SRA Bandar Tun Hussein Onn, Kos RM8,000,000.00 (Akan bermula).

3. Projek Di bawah Majlis Perbandaran Kajang

  1. Kerja-kerja menaiktaraf kemudahan infrastruktur di kawasan Perindustrian Taming Jaya, Balakong, - Kos RM889,460.00 (Dalam perlaksanaan}
  2. Kerja-kerja menaiktaraf kemudahan infrastruktur di kawasan perindustrian Desa Serdang, Balakong – Kos RM882,989.00 (Dalam pelaksanaan).

4. JPS – Peruntukan Persekutuan

  1. Projek menaiktaraf Sg. Ramal, Fasa 1, Mukim Kajang – Kos RM8,757,054.50 (Siap).
  2. Projek menaiktaraf Sg. Ramal, Fasa 1, Mukim Kajang – Kos RM1,318,834.00 (64% siap).

5. JPS – Peruntukan Negeri

  1. Projek menaiktaraf Sungai Bangi dan Sungai Reko, Mukim Kajang – Kos RM3,904,514.45 (Siap 100%)
  2. Rancangan Tebatan Banjir Sungai Bangi – Kos RM7,000,000.00 (Tawaran tender).

6. Permintaan ADUN Bangi Dalam Mesyuarat

  1. Sekolah Menengah yang bakal didirikan di Jalan 6, Seksyen 16, hendaklah bertaraf Sekolah Menengah Kebangsaan Agama berasrama.
  2. Menaiktaraf jalan Sungai Ramal Dalam bersambung dengan jalan Seksyen 8, Bandar Baru Bangi.
  3. Memperbaiki Jalan Industri dari Balai Polis Bandar Baru Bangi ke Sungai Meran dan jalan-jalan bagi kawasan Industri di situ.
  4. Memperbaiki jalan-jalan industri kawasan Sulaman dan sekitarnya.
  5. Meminta MPKj memperbaiki Balai Komuniti di Seksyen 4 Bandar Baru Bangi yang telah rosak.
  6. Menyegerakan pembinaan hentian teksi berhadapan Shell, Bandar Baru Bangi.
  7. Menyegerakan Pondok Polis di Hentian Bas Jalan Reko, Kajang..

Sekian.


sumber : http://drshafie.blogspot.com/

Tuesday, July 28, 2009

Bengkel Aku Tak Takut Matematik!



Berdasarkan pengalaman dan pengamatan saya dlm mengendalikan seminar motivasi utk pelajar sekolah sejak 10 tahun lepas, majoriti anak-anak orang kita (pelajar Melayu) tak minat subjek matematik. Bila ditanya kenapa, rata-rata menjawab "SUSAH". Mungkin mereka anggap SUSAH kerana matematik melibatkan pengiraan dan formula. Cara belajarnya pun berbeza, tak boleh membaca tetapi kena buat latihan. Mungkin orang kita secara genetiknya sukar mengira agaknya. Ironinya, subjek kedua yang kurang popular di kalangan anak-anak orang kita ialah Sejarah. Sedangkan, cara belajar sejarah tidak libatkan mengira cuma baca sahaja. Begitupun anak-anak orang kita masih bermasalah. Jadi apa masalah orang kita sebenarnya. Mungkin juga orang kita lebih banyak menggunakan otak kanan agaknya. Itu sebab kita ada masalah dengan dua subjek tersebut kerana kedua-duanya banyak melibatkan otak kiri...mungkin.

Atas niat ingin lihat anak orang kita lebih meminati dan mengusasi subjek kritikal seperti MATEMATIK, maka saya dan rakan-rakan mengambil inisiatif utk menganjurkan Bengkel Aku Tak Takut Matematik! seperti iklan di atas.

Adakah anak anda:

a) Lemah dalam matematik?

b) Tidak menyukai matematik?

c) Hilang minat dalam matematik?

d) Bijak matematik dan mahukan penambahbaikan?

Maka berilah dia peluang untuk hadir BENGKEL AKU TAK TAKUT MATEMATIK! utk melihat potensi sebenarnya dalam matematik.

Objektif bengkel ini antara lain ialah;

1) Menjadikan para pelajar tidak takut dengan subjek matematik.

2) Mengajar tip-tip bagi pelajar yang ketinggalan kembali ke landasan yang betul

3) Menambahkan minat pelajar terhadap matematik

4) Menjadikan pelajar tahu cara belajar yang betul

5) Mengajar pelajar agar menjadi pelajar yang hebat dalam matematik

6) Mengeluarkan bakat pelajar dalam matematik

Bengkel ini terbuka kepada anak-anak kita yang berminat utk mengetahui apa rahsia mudah belajar, meminati dan menguasai subjek MATEMATIK. Bengkel akan diadakan spt berikut:

Tarikh:
8 Ogos 2009 (Sabtu) utk Pelajar Sekolah Menengah
9 Ogos 2009 (Ahad) utk Pelajar Sekolah Rendah

Masa:
9.00 pagi - 3.30 petang

Tempat:
Pusat Motivasi AsasInsan
No. 14-2, Tingkat 2, Jalan Seri Putra 1/4, Bandar Seri Putra, Bangi, Selangor.

Yuran Penyertaan:
RM60 seorang
(termasuk makanan, fail, alatulis, nota dan sijil penyertaan)

Kepada tuan-tuan dan puan-puan yang berminat utk mendaftarkan anak-anak menyertai bengkel ini bolehlah berhubung terus dengan En. Hamidon 012-336 7293, En. Azmir 013-340 7323 atau Pejabat AsasInsan 03-8922 2934.

Tarikh tutup penyertaan ialah pada 5 Ogos 2009. Bayaran yuran boleh dibuat secara cash deposit ke dalam akaun ASASINSAN RESOURCES & TRAINING - 5647 99100 357 (Maybank) atau hadir sendiri ke pejabat AsasInsan untuk membuat bayaran. Harap maklum pihak kami tidak menerima bayaran pada hari program.

Semoga program ini akan dapat meningkatkan minat anak-anak kita untuk menguasai ilmu matematik untuk manfaat masa depan mereka dan ummah. Insya Allah.

Jumpa di sana....

Salam Ramadhan Al-Mubarak 1430H



Assalamuaikum,

1.Jawatankuasa Penduduk Sek5, Bdr Bukit Mahkota sesi 2008~2009 ingin mengucapkan salam ramadhan al-mubarak 1430Hkepada semua warga mahkota5.
2.Dimaklumkan keputusan mesyuarat ajk yang diadakan pada hari jumaat/24-07-2009 telah bercadang untuk diadakan program sebelum Ramadhan 1430H. Insya-allah, satu program iaitu Semarak ramdhan 1430H, Sek 5, Bdr Bukit Mahkota sedang dirancang untuk diadakan didalam masa terdekat ini. Aktiviti-aktiviti menarik seperti memasak bubur lambuk & bakar lemang secara gotong royong.Selepas itu, edaran bubur lambur & lemang akan dibuat kepada warga mahkota5.

Tentatif Program (cadangan)

Program : Semarak ramadhan 1430H, Seksyen 5, Bdr Bukit Mahkota
Tarikh : 15 Ogos 2009 (sabtu)
Masa : 9.00pagi
Anjuran : Biro HELWA & Pendidikan


Aktiviti-aktiviti menarik :
1) Masak bubur lambuk
2) Bakar Lemang
3) Edaran Bubur & lemang kepada warga mahkota5

Insya-allah, sebarang perubahan akan dimaklumkan kelak. Sumbangan & komitment semua warga mahkota amatlah dihargai bagi menjayakan program yang dirancang tersebut.Tunggu..Jom sertai program tersebut.



" Berkhidmat untuk masyarakat"...

Dilaporkan oleh:
Biro Pengurusan & Perhubungan Awam,
Persatuan Penduduk Sek5,
Bdr Bukit Mahkota.

Friday, July 24, 2009

ROMPAKAN DI STESEN PETRONAS BSP PADA 24 JUL 2009


JUMAAT, 24 July 2009 : Satu kejadian rompakan telah berlaku pada pagi ini lebeh kurang jam 3.15 pagi di stesen minyak Petronas BSP. Rengkasan seperti berikut: -


a. Stesen Petronas dibuka 24 jam. Selepas jam 12.00 tengah malam semua pintu dikunci dan pelanggan berurusan melalui lubang kaunter.


b. Dua pekerja Petronas bertugas ketika itu.


c. Perompak seramai 4 orang dengan menaiki dua buah motorsikal jenis Yamaha LC 135 berwarna merah dan hitam. Nombor pendaftaran tidak dapat diambil. Muka ditutup dengan sapu tangan hanya menampakkan mata dan memakai helmet.


d. Setibanya di stesen salah seorang perompak terus menerpa pintu cermin dan memecah dengan menggunakan tukul besi (hammer).


e. Dua buah Peti Cash dirampas dan kerugian dari wang perniagaan lebeh kurang RM2,000.00.


Sekian, dimaklumkan.


Norizan bin Hj Sulaiman

Eksekutif (Keselamatan)

BHDSB

Tuesday, July 21, 2009

Masalah bau asap bertoksid menyelubungi mahkota5...




Salam Ukhuwah,

1.Sejak kebelangkangan ini,keadaan sekitar sek5,bdr bukit mahkota telah diselubungi dengan bau asap bertoksid pada setiap malam sehinggakan masuk ke lantai rumah dengan "particle" hitam.
2.Aduan berhubung perkara ini telah dibuat oleh Hj Alwi kepada pihak MPKj. Disamping itu juga tinjauan di tempat perlupusan sampah Sg kembong juga telah dilakukan oleh Hj Alwi,Dr Khair, Ismail Samsudin.
3.Permasalahan ini juga telah dipanjangkan kepada pengetahuan ahli majlis Zon 24, sdr mazwan johar untuk tindakan selanjutnya.
4.Dimaklumkan berkemungkinan ianya berpunca daripada pembakaran kabel daripada kawasan perindustrian Nilai, Negeri Sembilan. Kerjasama daripada pihak Majlis Perbandaran Nilai sedang diusahakan oleh pihak MPKj bagi masalah ini.
5.Tahniah diatas keprihatin warga mahkota5 bagi memastikan persekitaran yang bersih & selamat.
6.Insya-allah, dicadangkan agar ditubuhkan satu jawatankuasa bertindak bagi menangani permasalahan bau bertoksid ini.
7.Segala kerjasama & maklumbalas amat diharapkan bagi mendapatkan kesahihan maklumat bagi mencari punca & penyelesaian berkaitan masalah ini.

Dilaporkan oleh,
Biro Pengurusan & Perhubungan Awam,
Persatuan Penduduk Sek5,
Bdr Bukit Mahkota.

NOTIS MESYUARAT AJK PERSATUAN PENDUDUK SEKSYEN 5 BIL. 6/2008-2009



Perkara di atas adalah dirujuk. Mesyuarat tersebut akan diadakan :

TARIKH : : 24 JUL 2009 ( Jumaat)

MASA : 9.00 MALAM

TEMPAT : No.18 Jln BM 5/19 (Rumah Sdr Pengerusi)

Agenda

    1. Laporan Program Gotong Royong Perdana Sek 5
    2. Laporan kewangan.
    3. Lain-lain Hal.

Kehadiran semua AJK adalah WAJIB dan diucapkan ribuan terima kasih.

Sekian,

KYAIRUL HASSME MADAN

Setiausana PPS5

  • Melalui E-Mail

Friday, July 17, 2009

Mazwan Johar kekal sebagai Ahli Majlis MPP Zon 24 MPKj





Shah Alam, 6 Julai 2009 - Exco Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan, Ronnie Liu mengumumkan pelantikan senarai ahli majlis yang menggangotai 12 pihak berkuasa tempatan (PBT)seramai 288 orang, berkuatkuasa 16 Julai ini.

Menurut beliau, daripada jumlah itu, 80 peratus ahli majlis terdahulu dikekalkan, manakala selebihnya dilantik bagi menggantikan mereka yang meletak jawatan, gagal menunjukkan prestasi cemerlang serta bermastautin di luar kawasan.

Turut dikekalkan, Encik Mazwan Johar, Ahli Majlis MPP Zon 24 MPKj, bagi sesi kedua selepas khidmat cemerlang beliau pada sesi 2008/2009 yang lalu.

PEMBANTU TADBIR (PEKERANIAN & OPERASI)

MOHD FARID BIN HAMLUD
K/P : 860218-35-6019
No. 16-B, Jalan Seri Putra 1/5, Bandar Seri Putra, 43650 Kajang, Selangor Darul Ehsan.
Tel : 013-6727827
Faks : 03-90756111
Email : albariti1924@yahoo.com
Blog : kacapermata.blogspot.com

Berwaspada peningkatan kes denggi...


Bandar Seri Putra: Kawasan Wabak Denggi Tidak Terkawal

Kajang, 16 Julai 2009 - Kesimpulan yang dibuat oleh Jabatan Kesihatan Daerah Hulu Langat terhadap situasi semasa Wabak Denggi di Bandar Sri Putra secara keseluruhannya adalah tidak terkawal. Kesimpulan tersebut dibentangkan dalam satu mesyuarat Kempen Denggi peringkat Bandar Seri Putra di Bilik Mesyuarat Cempeka Putih 2, Menara MPKj semalam.

Mesyuarat yang dihadiri Pegawai Kesihatan Daerah Hulu Langat, Dr Ahmad B Jusoh, turut dihadiri oleh Ahli Majlis, Encik Mazwan Johar, wakil Persatuan Penduduk Bandar Sri Putra, pegawai-pegawai MPKj dan juga pemaju di kawasan sekitar.

Di awal mesyuarat tersebut membentangkan fakta kes yang sangat membimbangkan mengenai situasi semasa Masalah Denggi di Bandar Seri Putra.

Menurut Pn Azlin, salah seorang pegawai kesihatan yang hadir, Wabak Denggi di kawasan Bandar Sri Putra telah memasuki hari Wabak Tidak Terkawal (WTK) yang ke-64. Statistik ini antara penyumbang kepada situasi sebenar Denggi di Daerah Hulu Langat yang telah mencatatkan 3192, dengan 11 kematian bagi tahun 2009 sahaja. (Bacaan berakhir 15 Julai 2009)

Sehubungan itu mesyuarat memutuskan untuk mengadakan sesi semburan ubat nyamuk di Jalan 2, Jalan 3, Bandar Seri Putra, dan Kolej Universiti Islam Selangor(KUIS) pada hari Jumaat, Sabtu, dan Ahad. Manakala di KUIS, semburan secara besar-besaran akan dibuat pada Hari Selasa berikutan tempoh konvokesyen yang masih berjalan.

Untuk makluman dan tindakan masyarakat yang terlibat, jadual semburan adalah seperti berikut:-

Jumaat pagi(selepas subuh): Semburan ULV di KUIS.

Sabtu, 5.00 Petang: Jalan Dua, Bandar Seri Putra.

Ahad, 5.00 Petang: Jalan Tiga, Bandar Seri Putra.

Selasa, 5.00 Petang: KUIS.

Dr Ahmad berharap agar penduduk dapat memberikan kerjasama kepada pihak yang terlibat dalam aktiviti semburan pada kali ini. Beliau juga berharap agar Penduduk Bandar Seri Putra, khususnya di kawasan yang terlibat, akan mencatatkan jumlah liputan terbaik menandingi rekod liputan 87% di Seksyen 8, Bandar Baru Bangi, baru-baru ini.

"Kita menggunakan semburan yang berasaskan air, jadi sepatutnya tidak timbul masalah bau atau minyak seperti sebelum ini," ujar beliau di dalam mesyuarat tersebut. Sesi penerangan akan dijalankan oleh Persatuan Penduduk kawasan terlibat untuk menggalakkan penglibatan dan kerjasama penduduk untuk menyelesaikan masalah wabak denggi ini.

sumber : http://mpkjzon24.blogspot.com

Monday, July 13, 2009

Mesyuarat PIBG SK BSP kali Pertama@11 Julai 2009

Dikirim oleh Kyreel 12 Julai 2009 pada 2:32 AM

Alhamdulillah pagi tadi telah dijalankan mesyuarat PIBG SK BSP buat kali pertama. Kehadiran pada anggaran saya sekitar 300 orang.

Upacara perasmian telah dilaksanakan sendiri oleh Pengetua SK BSP Pn. Hajah Normah Bt Kasim. Seterusnya majlis berhenti rehat dan hadirin disajikan dengan jamuan ringan. Ada bihun, kuih-kuih dan tembikai.

Tepat 10.00 pagi, mesyuarat bermula. Ianya dimulakan dengan pemilihan Yang Dipertua dan Naib Yang Dipertua. Hasilnya seperti berikut:

Yang Dipertua: Mejar Mohammad Kayum B. A. Badaruddin
Naib Yang Dipertua: Ustaz Farid Ravi Abdullah

Kemudian, pemilihan AJK dimana terdapat 12 pencalonan dan yang dilantik adalah 6 AJK dan satu pemeriksa kira-kira. Berikut senarainya:

AJK:

1. Dr. Amarjit
2. Dr. Zulkifli
3. Dato' Anas
4. Pn. Sharifah
5. Pn. Suhaili
6. Pn. Awiyah


Pemeriksa Kira-kira:

1. En. Meor Abd Halim

Manakala perbincangan usul telah dikupas terus daripada senarai usul yang telah dihantar oleh ibubapa sebelum mesyuarat. Pengerusi hanya memaklumkan dan membenarkan sebarang usul yang perlu ditekankan atau usul selain daripada yang telah sedia ada. Maka, majlis berjalan dengan agak pantas.

Mesyuarat diakhiri dengan ucapan penangguhan oleh YDP dan Naib YDP. Antaranya YDP memaklumkan akan ketulusan PIBG dan sebarang masalah diharap rujuk terus kepada PIBG. Menteliti perlu diubah daripada bercakap belakang kepada menyatakan hasrat terus kepada PIBG. Manakala Naib YDP menyarakan ibubapa untuk meWAKAFkan sebarang keperluan sekolah. Contohnya buku-buku terpakai atau baru. Atau boleh juga bagi yang berkemampuan mewakafkan 'Susur Gajah' antara bangunan agar anak-anak kita tidak berhujan untuk ka bangunan lain.

Majlis diakhiri dengan bacaan doa oleh Naib YDP.





























* Gambar-gambar lain boleh diperolehi disini http://www.facebook.com/album.php?aid=90473&id=91019927486

Thursday, July 9, 2009

Program Gotong Royong Perdana

Gambar-gambar Program Gotong Royong Perdana.
Seksyen 5, Bandar Bukit Mahkota
27 Jun 2009

Bahagian 3
Maaf bahagian 3 lambat upload, bz..


Urusetia

Pendaftaran dan bayaran yuran

Membersih longkang tersumbat


Menghias papan tanda kita



Pengerusi PPS5BBM dan YB ADUN sempat menyapu sedikit sampah-sampah
Lihat semula

Thursday, July 2, 2009

Sumbangan derma mangsa kebakaran di Sek6, Bdr Bukit Mahkota..







Berikut adalah makluman yang diterima daripada setiausaha mahkota6, sdr mazuki abdullah berhubung kejadian kebakaran di cluster lama, jalan BM6/3A. Semoga kita dapat membantu jiran tersebut.



**********************************************************************************



Assalamualaikum wbt.
Untuk makluman, tengahari tadi telah berlaku satu kebakaran di cluster lama Jalan BM6/3A. Laporan terperinci akan menyusul nanti, sementara itu boleh follow di http://putra-mahkota.com/forum/index.php?topic=1891.0
Bagi meringankan beban sdr kita, pihak MAHKOTA6 melancarkan Tabung Derma untuk membantu mangsa kebakaran.. derma tuan/puan boleh diserahkan pada mana2 AJK MAHKOTA6 (Mejar Razali/ Ustaz Zahari / Sdr Razak / Sdr Marzuki / Sdr Zulhelmy / Sdr Ikhwan / Sdr Jalil - Halalmart / Sdr Mat Isa / Sdr Rosmadi/ Sdr Amrey / Chef Azmir / Sdr Hamidon ataupun kpd saya sendiri) ataupun kepada pihak surau Al-Buhairah, InsyaAllah tabung akan diletakkan di surau.
sumbangan juga boleh disalurkan ke akaun persatuan penduduk seksyen 6 bandar bukit mahkota - cimb islamic bank 05100000025101.
terima kasih diatas sumbangan dan keprihatinan anda semua.
wassalam.
mazuki abdullah
setiausaha mahkota6






Wednesday, July 1, 2009

Bahan Pendidikan Mengenai H1N1..




Assalamualaikum dan slm sjhtra,

Sekiranya ada keperluan untuk download atau cetak bahan pendidikan mengenai Influenza A(H1N1), disertakan di sini link berkenaan untuk makluman dan tindakan semua. TQ.

http://h1n1.moh.gov.my/index.php?option=com_content&view=article&id=122&catid=903