Thursday, December 17, 2009

Yuran & List buku SRA Bdr Seri Putra sesi 2010

assalamualaikum,


sesi persekolahan bermula lagi...berikut dikongsikan yuran & list buku SRA Bdr seri Putra..Dimaklumkan oleh guru besar SRA Bdr seri Putra, Ust Amri Jamian berkaitan skim buku teks percuma hanya akan dilaksanakan mulai sesi 2011 mengikut perkeliling JAIS.

Semoga maklumat ini bermanfaat untuk semua.

Sekian...



Tuesday, December 15, 2009

Ceramah Perdana oleh Y.Bhg. Tuan Guru Dato ' Dr. Haron Din

CERAMAH PERDANA

( SEMPENA SAMBUTAN BULAN JIHAD PERINGKAT NEGERI SELANGOR)



Tarikh : 16 Disember 2009 /29 Zulhijjah 1430 (Rabu)

Masa : 7:30 malam

(selepas Solat Maghrib)

Tempat : Dewan Solat Utama

Masjid Al-Azhar

Penceramah : Y.Bhg. Tuan Guru Dato ' Dr. Haron Din ( Penasihat Darussyifa ')

Tajuk : "Jihad Dalam Konteks Menuntut Ilmu "



Anjuran : Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)

Dengan kerjasama : Masjid Al-Azhar


SEMUA DIJEMPUT HADIR

Monday, December 14, 2009

Doa akhir tahun & awal Tahun Hijrah 1431H...




Bismillah...dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Sekali lagi, tiba sudah tahun baru hijrah..permulaan kepada segalanya. Permulaan bulan baru, azam yang baru dan kepada diri kita yang baru. 1 Muharram adalah detik permulaan hijrah. Hijrah kepada yang lebih baik. Seringkali kita melupakan amalan yang sepatutnya kita amalkan setiap kali ketibaan tarikh yang penuh bermakna ke atas setiap umat Islam: Doa akhir tahun dan doa awal tahun. Tidaklah bermakna jika kita hanya melalui hari-hari yang mendatang tanpa azam dan kesungguhan taubat kita kepada yang Maha Kuasa. Bersama kita amalkan.




Doa Akhir Tahun Hijrah

Doa Akhir Tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah. Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata,


"Kesusahan bagiku dan sia-sia lah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun"





Klik pada imej untuk melihat dengan lebih jelas

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.


Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam dan salam ke atas junjungan kami Muhammad s.a.w, ahli keluarga dan para sahabatnya sekalian.


Ya Allah, apa jua yang kami lakukan pada tahun ini yang Engkau larang tetapi kami tidak bertaubat daripadanya sedang Engkau tidak meredhainya dan tidak pula melupakannya, namun Engkau masih berlembut terhadap kami padahal Engkau berkuasa untuk menyeksa kami sampailah kami bertaubat daripadanya setelah dengan beraninya kami menderhakai-Mu, maka sesungguhnya kami memohon keampunan-Mu, maka ampunkanlah kami. Dan apa jua yang kami lakukan pada tahun ini yang Engkau redha dan Engkau janjikan kami ganjaran pahala, maka kami pohonkan kepada-Mu ya Allah, wahai Tuhan yang Maha Pemurah, wahai Empunya kebesaran dan kemuliaan agar Engkau terimalah daripada kami dan janganlah diputuskan harapan kami terhadap-Mu, wahai Tuhan yang Maha Pemurah!


Semoga Allah mencucuri kesejahteraan ke atas junjungan kami Muhammad s.a.w, ahli keluarganya dan para sahabatnya sekalian dan segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam.



Doa Awal Tahun Hijrah

Doa Awal Tahun dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam satu Muharram. Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata,


"Telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah Syaitan".





Klik pada imej untuk melihat dengan lebih jelas

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.


Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam dan salam ke atas junjungan kami Muhammad s.a.w, ahli keluarga dan para sahabatnya sekalian.


Ya Allah, Engkaulah yang abadi, yang qadim (sediakala) dan yang awal. Dengan limpah kurnia-Mu yang besar dan kepermurahan-Mu yang sejati, tahun yang baru ini tiba kepada kami. Maka kami pohonkan kepada-Mu keterpeliharaan daripada syaitan yang direjam, para penolongnya dan tentera-tenteranya, dan kami pohonkan pertolongan menghaapi nafsu yang sentiasa menyuruh kejahatan dan kami pohon pertolongan untuk bergiat dengan amalan yang menghampirkan kami kepada-Mu sehampir-hampirnya, wahai Tuhan yang empunya kebesaran dan kemuliaan, wahai yang Maha Mengasihani di antara yang mengasihani.


Moga Allah mencucuri kesejahteraan ke atas junjungan kami Muhammad s.a.w, Nabi yang ummi, ahli keluarganya dan para sahabatnya sekalian. Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam.

Thursday, December 10, 2009

Mohd. Yunus antiperagut...

Oleh WAN NOOR HAYATI WAN ALIAS
pengarang@utusan.com.my


Mohd. Yunus Mohammad Ali menunjukkan sijil penghargaan daripada polis dan gambar beliau menangkap peragut di Bukit Mahkota, Bangi, semalam.

BANGI 9 Dis. - Seorang penduduk Bukit Mahkota, di sini mempunyai pengalaman menariknya tersendiri apabila bercakap tentang jenayah ragut. Dia berjaya menangkap lebih 20 peragut secara bersendirian sebelum diserahkan kepada polis.

Mohd. Yunus Mohammad Ali, 36, memberitahu, dia bertindak demikian selepas kepala dan tangan kanannya cedera ketika membantu mangsa ragut, kira-kira tujuh tahun lalu.

Marah dengan tindakan penjenayah ragut, Mohd. Yunus yang dikenali sebagai Haji Marban Taliban sanggup 'mencari' dan menangkap pelaku jenayah ragut di mana-mana sahaja, sama ada di kediamannya atau kawasan berdekatan.

Apa yang menarik mengenai bekas anggota polis ini, keberaniannya itu mendapat pengiktirafan Polis Diraja Malaysia apabila dia dianugerahkan sijil penghargaan oleh bekas Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Syed Abdul Rahman Syed Abdul Kadir pada tahun 2002.

"Saya menyimpan dendam terhadap mana-mana penjenayah yang terlibat dalam kes ragut. Ini kerana, saya sendiri pernah menjadi mangsa ketika cuba membantu seorang wanita yang diragut," katanya ketika ditemui di kediamannya di sebuah taman perumahan di Bukit Mahkota, hari ini.

Mengimbau insiden yang menimpa dirinya pada 6 April 2002 itu, Mohd. Yunus dipukul di kepala dengan batang besi oleh seorang daripada tiga peragut di Taman Sungai Besi.

Menurutnya, seorang lagi peragut sempat menetak tangan kanannya menggunakan parang. Namun, dia berjaya menangkap ketiga-tiga mereka dengan menggunakan besi pengunci stereng.

Bagaimanapun, kata Mohd. Yunus, kesan daripada kejadian itu, dia terpaksa menerima 20 jahitan di kepala dan masih terasa sakit hingga ke hari ini.

"Setahun selepas kejadian, saya tidak dapat bercakap akibat gegaran pada otak malah, tangan kanan saya tidak mampu bergerak.

"Walaupun sudah sembuh, jika menyikat rambut, darah akan keluar dari kepala dan tangan kanan saya akan menggigil," jelasnya.

Kejadian itu, kata beliau, membuatkan dia tidak akan melepaskan peragut sekiranya mendapat maklumat mengenai jenayah itu di mana-mana kawasan.

Katanya lagi, penghargaan yang diterimanya daripada polis itu bukan diminta, tetapi yang penting niatnya untuk bersama membantu membanteras jenayah ragut.

Beberapa pihak termasuk universiti dan kelab-kelab komuniti sering menjemput Mohd. Yunus menyampaikan ceramah berhubung pengalamannya mencegah dan membanteras jenayah itu.

Terbaru, kira-kira pukul 5.30 petang semalam, Mohd. Yunus berjaya menangkap seorang pengawal keselamatan yang menceroboh masuk rumah jirannya.

"Lelaki berusia 29 tahun itu bertindak menggunting pagar dawai sebelum masuk ke kawasan rumah jiran saya. Kebetulan, saya berada dalam rumah dan terus menumbuk suspek sebelum mengikat tangannya dan dibawa ke balai polis," katanya lagi.

Katanya, berdasarkan pengalamannya, kebanyakan peragut tidak dipengaruhi dadah ketika melakukan jenayah. Ini kerana mereka mampu mengasari dan mencederakan mangsa.

"Peragut yang di bawah pengaruh dadah sentiasa khayal dan tidak memiliki kekuatan untuk melawan mangsa. Biasanya peragut jenis ini hanya akan meragut barang peribadi mangsa tanpa mencederakan mangsa," katanya.

Thursday, December 3, 2009

Mesyuarat Agung Mahkota5 (AGM2009)..semua dijemput hadir




11 Disember 2009



KEPADA SEMUA AHLI PERSATUAN PENDUDUK SEKSYEN 5

Tuan / Puan ,

NOTIS MESYUARAT AGUNG PPS5 KALI KE-3 BAGI SESI 2010- 2011

Merujuk kepada perkara diatas.

2. Adalah dimaklumkan bahawa PPS5 akan mengadakan Mesyuarat Agung kali ke-3 bagi Sesi 2010- 2011 seperti berikut :-


Tarikh : 26 Disember 2009 (Sabtu)

Masa : 9.00 pagi
Tempat : Pondok Kawalan, Jalan Mahkota 5, Seksyen 5

Bandar Bukit Mahkota, Bangi Selangor


Agenda:

i. Ucapan Pengerus

ii. Meluluskan Minit Mesyuarat Agung Ke-2 Sesi 2008-2009

iii. Pembentangan Laporan Tahunan 2008-2009

iv. Laporan Kewangan 2008-2009

v. Pemilihan Ahli Jawatankuasa PPS5 Sesi 2010/2011


Sehubungan dengan ini, tuan / puan dijemput hadir bersama bagi menjayakan mesyuarat ini. Kerjasama dari pihak tuan / puan amatlah dihargai.

Sekian, terima kasih

Yang menjalankan tugas,





Kyairul Hassme Bin Madan

Setiausaha

Persatuan Penduduk Seksyen 5

Sesi 2008-2009

Wednesday, December 2, 2009

Bantahan & cadangan draf RT MPKJ 2020 dilanjutkan 31/12/2009...





assalamualaikum

Berikut adalah bantahan & cadangan daripada persatuan penduduk sek5,bdr bukit mahkota utk diberikan perhatian sewajarnya. Secara ringkasnya adalah sepertimana berikut:



1) kemudahan awam/masyarakat.
a) Bantahan : ketiadaan pelan pembinaan sekolah di bdr bukit mahkota.
Cadangan : perlu dimasukkan didalam pelan pembangunan kerana tapak sekolah telah disediakan oleh pemaj, Araprop.SK bdr seri putra tidak dapat menampung kemasukan pelajar yang terlalu ramai. Dimaklumkan untuk sesi 2010 seramai 14 buah kelas dengan kepadatan pelajar 40-45 sekelas (Total : 560 pelajar tahun 1).

b) Bantahan : Tiada pelan pembinaan Masjid Bdr Bukit Mahkota.
Cadangan : Perlu dimasukkan didalam pelan pembangunan kerana pihak jawatankuasa bertindak pembinaan masjid bdr bukit mahkota telah pun mendapat kelulusan tapak masjid yang telah diberikan oleh pejabat tanah & Dato MB selangor.

c) Bantahan : ketiadaan tempat menunggu bas di laluan transit stesen komuter bangi ke nilai.
Cadangan : Dimasukkan didalam pelan pembangunan tempat menunggu bas tersebut.

d) Bantahan : Ketiadaan rezab perkuburan islam di bukit mahkota.
Cadangan : perlu dimasukkan didalam pelan pembangunan. Setiap yang hidup pastinya akan mati. Siapkan diri sebelum tibanya kematian.

e) Bantahan : Kerosakan padang bola & tempat rekreasi.
Cadangan : Perlu diperbaiki kemudahan tersebut.

2) Alam sekitar
a) Bantahan : Kualiti udara di bukit mahkota teruk disebabkan pencemaran asap & bau sampah.
(disertakan lampiran rekod pencemaran..)
Bukit mahkota berhampiran dengan pusat perlupusan sampah sg kembung & kawasan industri nilai
Cadangan : Perlu ada satu mekanisme mengawal & memantau pencemaran tersebut.

3) Pemsepadanan pentadbiran MPkj & MPn
Bantahan : Pemsempadan pentadbiran MPkj & MPN yang kurang jelas
Cadangan : Perlu diwartakan sempadan Mpkj & MPN.

sekian.wassalam.

Disediakan oleh,
Biro Pengurusan & Perhubungan Awam,
Persatuan Penduduk Sek5,
Bdr Bukit Mahkota,
Bangi, Selangor.

Tuesday, December 1, 2009

Alhamdullilah..syukur

Assalamualaikum,

Setelah hampir setahun lamanya menanti perlaksanaan aduan berkaitan bonggol merbahaya dibdr bukit mahkota, akhirnya dapat direalisasikan oleh pihak yang berkenaan. Bukan setakat bonggol jalan dihadapan suarau sahaja yang dibaikpulihkan,namun hampir kesemua bonggol jalan & jalan berlopak yang diperbaiki oleh pihak pemaju Araprop atas desakan pihak MPKj menerusi aduan yang dibuat oleh pihak persatuan penduduk sek5. Alhamdullilah,syukur.Terima kasih diatas kesabaran & keprihatinan warga mahkota5.Manakala aduan masalah yang lain-lain masih lagi belum nampak hasilnya.Sama-sama kita nantikan tindakan yang dilakukan oleh pihak berwajib.

Masalah 1: Bonggol merbahaya dihadapan surau Ar-raudah,sek5, bdr bkt mahkota.

BUTIRAN PENGADUAN


No. Rujukan


0155/12/08
Tarikh Penerimaan 09-12-2008 09:52 AM
Nama Anda PERSATUAN PENDUDUK BUKIT MAHKOTA SEKSYEN 5
Kawasan Operasi KAJANG :: BANDAR BUKIT MAHKOTA
Definasi Masalah BONGGOL :: MINTA TAMBAH/KURANGKAN BONGGOL

Bentuk Maklumbalas ADUAN
Status Semasa DITUTUP
Tajuk Masalah Bonggol berbahaya
Lokasi Masalah/Kejadian Dihadapan surau ar-raudah seksyen 5, bdr bkt mahkota
Huraian Masalah kami mendapat aduan daripada penduduk berkaitan permasalahan bonggol berbahaya kepada kenderaan persendirian dimana bonggol tersebut terlalu tinggi. Diharapkan pihak tuan dapat mengurangkan bonggol tersebut bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini seperti kenderaan tersanggut di bonggol tersebut.Kerjasama tuan amatlah dihargai. sekian. salam hormat.

AJK Biro Pengurusan & Perhubungan Awam
Persatuan Penduduk Bandar Bukit Mahkota seksyen 5.Bangi.

SENARAI TRANSAKSI PELAKSANA
1. [when ]: 09-12-08 @ 09:52:52 AM [who ]: bbmsek5 (CUSTOMER)

[Penerimaan ADUAN baru daripada PERSATUAN PENDUDUK BUKIT MAHKOTA SEKSYEN 5]
2. [when ]: 09-12-08 @ 10:03:32 AM [who ]: zatul (PRO)

[Pengesahan penerimaan ADUAN baru]
3. [when ]: 09-12-08 @ 10:14:07 AM [who ]: nifar (KEJURUTERAAN)

[Pertukaran status pelaksanaan ke SIASATAN telah direkodkan]
4. [when ]: 19-01-09 @ 03:06:33 PM [who ]: nifar (KEJURUTERAAN)

[Pertukaran status pelaksanaan ke SELESAI telah direkodkan]
5. [when ]: 21-01-09 @ 08:07:15 AM [who ]: zatul (PRO)

[Pertukaran status pelaksanaan ke DITUTUP telah direkodkan]

Perlaksanaannya berperingkat-peringkat...Gambar terkini/2-12-2009


Sebelum ...tingginya bonggol jalan.



Selepas..alhamdullilah dah rendah pun.


Dilaporkan oleh,
Biro Pengurusan & perhubungan Awam,
Persatuan Penduduk Sek5,
Bdr Bukit Mahkota.