Friday, January 30, 2009

Sila semak bil air anda..

Operasi Potong Bekalan Air Di Selangor

KUALA LUMPUR, 28 Jan (Bernama) -- Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) akan mengadakan operasi besar-besaran pemotongan bekalan air bagi bil tertunggak di Hulu Langat, Gombak dan Hulu Selangor, mulai 2 Feb hingga 28 Feb ini.

Pengurus Besar Komunikasi Korporat dan Hal Ehwal Awam Syabas Abdul Halem Mat Som berkata kawasan yang terlibat di Hulu Langat ialah Batu 9 hingga Batu 21 Jalan Langat (Kampung Melaka, Kampung Sungai Raya, Dusun Tua, Kampung Sungai Tekali, Kampung Sungai Lui, Kampung Jawa, Kampung Padang), Taman Kota Cheras, Taman Sri Cheras Jaya, Taman Damai Jaya, Bandar Tun Hussein Onn dan Taman Koop Maju Jaya.

"Ia turut melibatkan seluruh kawasan Semenyih dan Beranang, Taman Desa Mewah, Bandar Sunway Semenyih, Taman Paling Jaya, PKNS Batu 1, Bandar Bukit Mahkota dan Bandar Sri Putra," katanya dalam kenyataan di sini, Rabu.

Abdul Halem berkata kawasan lain ialah Sungai Ramal Luar dan Dalam, seluruh kawasan Sungai Chua, Bandar Baru Bangi, kawasan perumahan di Jalan Reko, Sungai Tangkas, Taman Kajang Mewah, Taman Sepakat Indah, Country Heights dan Hentian Kajang.

Turut termasuk dalam operasi itu ialah seluruh kawasan Balakong, Bandar Sungai Long, Bandar Mahkota Cheras, Batu 11 hingga 14 Jalan Cheras (kampung Sekamat, Sungai Balak, Sungai Kantan), Taman Rakan, Taman Cuepacs, Taman Kasturi, Taman Desa Serdang, Taman Sungai Besi Indah dan Taman Bukit Belimbing.

Abdul Halem berkata operasi pemotongan di wilayah Gombak pula membabitkan Rawang, Country Homes, dan Tasik Puteri, manakala di Hulu Selangor ialah Serendah, Sungai Buaya, Batang Kali, Bukit Sentosa dan Bukit Beruntung, Sungai Choh, Kuala Kubu Baharu dan Hulu Bernam.

"Orang ramai dinasihat membuat pembayaran bil air dengan kadar segera," katanya.

Orang ramai yang ingin mendapatkan maklumat lanjut boleh menghubungi talian bebas tol 1-800-88-5252 atau menghantar SMS dengan menaip PUSPEL dan hantar ke 39222 atau melayari laman web Syabas di www.syabas.com.my.

-- BERNAMA

Thursday, January 29, 2009

Ceramah Palestin @ 31 Jan 2009...


Salaam, Sahabat-sahabat yang dikasihi (yang berdekatan dan berkesempatan),

Marilah kita hadir beramai-ramai dengan ahli keluarga kita dan juga wang ringgit kita (untuk menderma kepada Palestin melalui usaha Persatuan Penduduk Baru Bangi, ADUN Bangi dll) serta untuk mendengar pengisian berkenaan sejarah Palestin oleh seorang tokoh iaitu

Prof. Madya Dr. Kamaruzaman Yusof, pensyarah di Pusat Pengajian Sejarah, UKM.
Tarikh : Sabtu/31 Januari 2009

Masa : 8:00 malam (Solat Maghrib berjama'ah lagi baik)

Tempat : Surau Al-Abrar, Seksyen 7, Bandar Baru Bangi


Tolong sebarkan.

Cari kerja?...

Kepada sesiapa yang berminat,
sila layari laman web tersebut.


http://pendaftar.upm.edu.my/iklan2009.pdf

sekian.wassalam.

Yuran Khairat Surau Ar-raudah..

assalamualaikum,

Dimaklumkan bagi sesiapa yang ingin memperbaharui keahlian bagi khairat kematian anjuran surau ar-raudah.Notis pemberitahuan berkaitan perkara ini telah ditampal di surau ar-raudah,sek5.

Wakil takaful : Takaful Malaysia
Yuran pendaftaran (ahli baru sahaja) :RM10
Yuran khairat kematian : RM24 setahun.

Sila hubungi sdr abdul salim ahmed ditalian :012-2670918 untuk maklumat lanjut.

sekian.
salam hormat.

Friday, January 23, 2009

Tip keselamatan kejiranan mahkota5..


1.Berikut adalah pemandangan Pos keselamatan kejiranan sek5 bdr bkt mahkota terletak di persimpangan jalan masuk ke perumahan sek5. Terkenang kembali disaat sama-sama kita meronda diwaktu dinihari secara bergilir-gilir bagi memastikan keselamatan kejiranan dapat dipelihara. Buat masa ini, hanya hujung minggu sahaja dapat bertemu menerusi aktiviti sembang-sembang dipos kawalan secara sukarela.


2.Baru-baru ini, saya pergi menziarahi rakan di Taman Mawar, Salak tinggi...terpegun seketika apabila melihat inisiatif yang dilakukan oleh J/kuasa keselematan persatuan penduduk di sana dimana setiap rumah ahli persatuan mampu membayar RM1 sehari @ RM30 sebulan bagi menswastakan perkhidmatan keselamatan seramai 6 pengawal yang bertugas 24jam sehari.
Hampir sepakat ahli persatuan penduduk di taman tersebut menyertai program "neighbourhood watch...saling membantu sesama jiran".Saya difahamkan kadar jenayah & kecurian telah berkurangan secara drastik di taman tersebut.


3.Tips keselamatan mahkota5 untuk dikongsi bersama.



Sekiranya anda mempunyai sebarang idea dan cadangan, sila maklumkan kepada J/kuasa penduduk mahkota5 dengan mengisi borang aduan/cadangan mahkota5.Kerjasama semua diperlukan bagi menjamin persekitaran kejiranan yang harmoni dan selamat.










Thursday, January 22, 2009

Mesyuarat agong pemilihan ....

Satu mesyuarat agong pemilihan ajk Masjid Sg Kembong Hilir untuk sesi 2009/2012 akan diadakan pada hari jumaat/30-01-2009 sepertimana iklan diatas. Semua ahli kariah surau ar-raudah,sek5 yang berdaftar dijemput hadir ke mesyuarat tersebut. Senarai nama ahli kariah surau ar-raudah telah ditampal di papan notis surau ar-raudah. Setakat ini terdapat lebih kurang 200+ ahli kariah yang mengisi borang pendaftaran ahli kariah surau ar-raudah baru-baru ini. Untuk makluman, surau ar-raudah terletak dibawah seliaan J/kuasa masjid sg kembong hilir.Harap maklum.

Wednesday, January 21, 2009

Mesyuarat Jawatankuasa PPS5 Bil.3 Sesi 2008/2009


Beberapa perkara dan agenda telah dibincangkan dalam mesyuarat Jawatankuasa PPS5 kali ke 3 pada 16-01-2009.


1. Untuk makluman Ust. Mokhtar Hussain telah meletakkan jawatan AJK PPS5 2008/2009, Kekosongan jawatan beliau akan diggantikan melalui perlantikan yang akan dibuat pada mesyuarat akan datang. PPS5 mengalu-alukan kepada yang berminat untuk mengisi kekosongan tersebut.


2. Beberapa kejadian jenayah sedang menular di Seksyen 5 antaranya kecurian kenderaan, PPS5 melalui Biro keselamatan sedang giat menjalankan program rondaan malam, buat ketika ini penyertaan dibuka secara sukarela kepada mereka yang mempunyai kelapangan masa.

Rondaan dijalankan hanya pada hujung minggu dan hari kelepasan am.

Disamping itu, Biro keselamatan sedang mengerakkan kempen pemilikan walkie talkie dan ketika ini hampir 20 buah telah digunakan oleh warga sek 5 , pengunaannya diharap dapat membantu penyebaran maklumat dengan pantas selain dapat menjimatkan kos.

Untuk keterangan lanjut hubungi Pengerusi Biro Sdr Mohd Shah Ibrahim (012-2952755).


3. Biro Pendidikan & HELWA dalam usaha mewujudkan kumpulan kompang dikalangan anak-anak warga Sek 5 dan menggalakkan penyertaan anak-anak warga sek 5. Hubungi Ustz. Lasminah (013-2618446) untuk butiran lanjut.


4. PPS5 melalui Biro Pengurusan & Perhubungan Awam sedang menjalankan kempen kutipan yuran ahli dan pendaftaran ahli baru. Sila hubungi Sdr Zulkifli Ambak (012-3768723). Selain itu, Borang aduan/cadangan juga diedarkan untuk kemudahan ahli-ahli PPS5.


5. Bagi yang berminat, Biro Sukan & Rekreasi (Sdr Noor Hisam Mudin Sakur - 012-3647548) telah mewujudkan pasukan badminton Sek 5, gelanggang akan dibuka setiap malam minggu.

antara lain aktiviti yang telah dirancang adalah permainan Futsal dan mengadakan sukaneka yang akan dimaklumkan kelak.


6. PPS5 dalam masa terdekat akan menjalankan program Gotong Royong (Kempen pencegahan Denggi).


Untuk pengetahuan, PPS5 telah merangka dan menyusun berbagai-bagai aktiviti dan program untuk masyarakat setempat, namun atas faktor kekangan kewangan program ini terpaksa ditangguhkan. Walaubagaimanapun, PPS5 melalui Pengerusi En. Mamat Endut serta barisan jawatankuasa sentiasa berusaha untuk merealisasikan apa jua perancangan yang telah dirancangkan. PPS5 amat berharap agar semua ahli dapat memberi sokongan terhadap usaha yang akan dilakukan. PPS5 sentiasa bersikap terbuka untuk menerima apa jua cadangan/pandangan bagi menjadikan PPS5 sentiasa memberi impak positif dan berkualiti terhadap masyarakat Sek 5 khasnya dan Bkt Mahkota amnya.


sekian,

Aduan@ cadangan..

assalamualaikum,


1. Dimaklumkan J/kuasa Penduduk sek5 Bdr Bkt Mahkota (mahkota5) didalam mesyuarat baru-baru ini, 16-1-2009 telah bersetuju agar segala aduan dan cadangan akan diselaraskan agar tindakan selanjutnya dapat dilaksanakan dengan berkesan. Format borang aduan/cadangan mahkota5 telah dihantar menerusi e-mail bmsek5.yahoo buat masa ini.



2. Buat masa ini, kami sedang berusaha mempelajari kaedah yang sesuai untuk download segala borang kedalam blog mahkota5.Sekiranya ada sesiapa yang boleh bantu kami, bantuan anda amatlah diharapkan.Blog ini masih didalam tempoh ubahsuai.







3. Untuk makluman,kita telah pun mendaftar secara on-line menerusi e-aduan sistem MPKJ bagi menyalurkan segala aduan/cadangan daripada setiap ahli mahkota5 untuk kebaikan bersama.Berikut adalah perkembangan terkini berkaitan aduan yang telah dibuat. Perlaksanaan daripada pihak MPKJ masih lagi belum berjalan namun status aduan diTUTUP amatlah memeranjatkan kami







Berikut adalah contoh perlaksanaan setiap aduan/cadangan yang diterima oleh J/kuasa Penduduk sek5 bdr bkt mahkota untuk tindakan selanjutnya mengikut kemampuan.


Perkara aduan 1 : Bonggol merbahaya dihadapan surau ar-raudah.



Langkah 1: Borang aduan/cadangan diisi oleh ahli persatuan.

Langkah 2. J/kuasa Penduduk sek5 dibawah biro perhubungan awam akan meneliti borang
aduan tersebut dan seterusnya mengambil tindakan sewajarnya.

Langkah 3. Menyalurkan aduan/cadangan tersebut ke pengetahuan pihak yang berkenaan.

Langkah 4. Tindakan susulan akan dilakukan terhadap aduan tersebut agar setiap permasalahan akan diselesaikan.Insya-Allah.


Kerjasama semua amatlah dihargai.sekian.
Salam hormat.















Monday, January 19, 2009

Under Construction

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Terima kasih kepada Saudara Zulkifli dan rakan rakan lain yang bersama berjaya melahirkan laman blog Mahkota5.

Laman blog Mahkota5 ini akan direka bentuk dengan konsep mesra pengguna. Antara lain, sasaran laman blog ini adalah bertujuan untuk:-
  • memberi saluran informasi am kepada penduduk
  • menghebahkan aktiviti penduduk seperti aktiviti persatuan, surau dan sebagainya
  • melapor aktiviti-aktiviti penduduk terutamanya aktiviti persatuan
  • perkhidmatan iklan
  • menerbitkan rencana/artikel dari penulis jemputan.

Setakat sekarang, laman blog ini masih muda lagi dan perlu banyak upgrade. Sekarang masih lagi menggunakan free template yang disediakan oleh google. Saya sedang merangka layout baru yang lebih bersesuaian untuk kegunaan laman blog Mahkota5. Untuk menurangkan masa menulis sendiri XML files, saya mengambil keputusan untuk tiru sahaja XML files dari laman web lain, walau bagaimanapun bantuan pakar XML adalah sangat-sangat diperlukan. Saya yakin ramai di antara penduduk Bukit Mahkota yang boleh membantu saya. Komen-komen berhubung rekabentuk laman blog ini bolehlah terus dihantar kepada saya untuk tindakan.

Sekian, terima kasih.

nizam komari

Sunday, January 18, 2009

Sedap mata memandang...

Alhamdullilah, sedap mata memandang di sepanjang lereng bukit di mahkota5 dibawah tiang elektrik TNB .Ini kerana lereng bukit tersebut telah dibersihkan oleh salah seorang warga mahkota5. Usaha beliau yang tidak kenal penat & letih bagi memastikan lereng bukit tersebut dibersihkan amatlah dihargai.

Namun begitu amaran berikut perlu diberikan perhatian sewajarnya bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini terutamanya di musim hujan lebat.



Semoga usaha murni untuk berbakti pada alam sekitar ini memperolehi kejayaan.Insya-Allah.

Perancangan aktiviti mahkota5 2009...

Sudah hampir 2 minggu kita berada pada tahun 2009.Pastinya ada dikalangan ahli yang bertanya-tanya apakah program terkini yang akan dijalankan oleh persatuan penduduk sek5 (mahkota5) ?. Jawapannya telah pun ada setelah jawatankuasa mahkota5 sesi2008~2009 bermesyuarat pada 16/1/2008 di surau ar-raudah yang dipengerusi oleh sdr mamat endut.Berikut adalah beberapa keputusan mesyuarat berkaitan program yang dirancang untuk dilaksanakan bagi sesi 2009 iaitu:
1) Mengiatkan kempen pendaftaran ahli mahkota5. Setakat ini, keahlian mahkota5 telah pun mencecah 200 keahlian. Namun begitu, peratusan keahlian berbanding dengan jumlah warga mahkota masih sederhana iaitu sekitar 30% sahaja.
Biro yang bertanggungjawab adalah biro pengurusan & perhubungan awam.
Sebagai langkah awal, bunner kempen daftar ahli telah pun dipasang di pintu masuk surau ar-raudah.Pendaftaran ahli baru yang diluluskan akan dikenakan kadar yuran daftar sebanyak RM5.


2) Menambah dana persatuan menerusi kutipan yuran bulanan keahlian. Surat perkeliling berkaitan kutipan yuran akan diserahkan kepada ahli-ahli mahkota selewat-lewatnya 30/1/2009. Pembayaran yuran boleh dilakukan kepada wakil-wakil mahkota5 yang dilantik. Kadar yuran bulanan adalah sebanyak RM2 sebulan /RM24 setahun.

3) Menggerakkan aktiviti mahkota5 yang dirancang sepanjang 2009 sepertimana diputuskan didalam mesyuarat Jawatankuasa Mahkota5.
a) Perjumpaan dengan pemaju mahkota5, Araprop & juga pihak ahli majlis MPKJ
akan diusahakan oleh Biro Jawatankuasa Tindakan Khas yang dipengerusi sendiri oleh sdr pengerusi.

b) Penerbitan Buletin mahkota5 (edisi cetak) sekurang-kurang 2x setahun yang akan diterbitkan oleh Biro Perhubungan Awam mahkota5.

c) Pencarian pelajar-pelajar cemerlang mahkota5 bagi UPSR,PMR & SPM oleh Biro Pendidikan & HELWA mahkota5. Insya-allah, akan diadakan satu program bagi meraikan kecemerlangan pelajar-pelajar tersebut.Disamping itu, Biro Pendidikan &HELWA juga akan meneruskan program bacaan Yassin dari rumah ke rumah . Aktiviti seterusnya adalah mengaktifkan semula kumpulan kompang remaja yang mana yuran RM20 dikenakan bagi keahlian kumpulan kompang tersebut.

d) Program Sukaneka/Sukan Rakyat & pencarian bakat remaja didalam sukan badminton, futsal & bolasepak tengah diusahakan oleh Biro Sukan& Rekreasi.Makluman program akan dimaklumkan kelak.

e) Gotong-Royong Mahkota5 & Kempen kesedaran wabak Denggi akan diadakan dalam masa terdekat.Makluman program akan dimaklumkan kemudian.Insya-Allah.

f) Meningkatkan kawalan keselamatan persekitaran terutamanya yang ada hubungkait dengan masalah warga asing & kejadian kecurian serta masalah sosial. Program ini akan diusahakan oleh biro keselamatan & kebajikan mahkota5.

g) Mengusahakan agar penglibatan aktif jawatankuasa mahkota5 didalam permuafakatan gabungan persatuan penduduk bandar bukit mahkota yang terdiri daripada sek1(banyan close), sek2&3 , sek4 & sek6.
Buat masa ini, Gabungan Persatuan Penduduk Bdr Bukit Mahkota hanya mempunyai jawatankuasa bertindak pembinaan masjid bdr bukit mahkota yang dipengerusikan oleh Hj Ahmad Khair Omar. Setakat ini, perkembangan pembinaan masjid tersebut telah pun mendapat surat kelulusan perwartaan masjid bdr bukit mahkota daripada YAB Menter Besar Selangor.
Sekian untuk makluman semua. Kerjasama semua diharapkan bagi menjayakan segala aktiviti dan program yang dirancang oleh Jawatankuasa Mahkota5.
Salam hormat.
Yang menjalankan amanah,
…………………………………………
Biro Pengurusan & Perhubungan Awam.
Persatuan Penduduk Sek5 Bdr Bkt Mahkota sesi 2008/2009.

Tarikh : 17/1/2009.

Friday, January 16, 2009

AWAS..Chikungunya


Pengkongsian maklumat berkaitan wabak demam denggi & chikungunya.Semoga bermanfaat bagi memberi kesedaran betapa pentingnya kita menjaga alam persekitaran yang bersih bagi menjamin kesejahteraan masyarakat setempat.

Pada hujung minggu yang lepas, pihak MPKJ telah diadakan gotong royong serta kempen Jom Bersih..Bangi di Bandar seri putra sek3. Semoga dapat kita usahakan agar satu program gotong-royong kebersihan dapat diadakan di mahkota5.Insya-allah.




Yuran keahlian mahkota5...


PERSATUAN PENDUDUK SEKSYEN 5 BANDAR BUKIT MAHKOTA

Ruj : Memo/1.2008/2009
17 Disember 2008

Daripada:
MAMAT ENDUT
Pengerusi
Persatuan Penduduk Seksyen 5.
Bandar Bukit Mahkota, Bangi.

Assalamualaikum,

KUTIPAN YURAN PERSATUAN PENDUDUK SEKSYEN 5 SESI 2008-2009
(Yuran Jan 2009-Dis 2009)

Mesyuarat Jawatankuasa Bil: 1/2008-2009 pada 26 November 2008 telah bersetuju dan menetapkan ahli yang telah berdaftar dikehendaki menjelaskan yuran bulanan bermula Januari 2009 – Disember 2009.

Yuran boleh dijelaskan melalui 2 Kaedah kutipan :
Yuran Ahli RM 2.00 Sebulan

1) 6 Bulan X RM 2.00 = RM 12.00 (Dua Belas Shj)
2) 12 Bulan X RM 2.00 = RM 24.00 (Dua Puluh Empat Shj)

Wakil Kutipan :
1) En. Mokhtarudin Abdul Majid – No. 11 Jln BM 5/9 / Tel : 019-351 1046
2) En. Noor Hisham Mudin Sakur – No. 50 Jln BM 5/23 / Tel : 012-364 7548
3) Tn. Hj Abu Bakar Ashaari – No. 20 Jln BM 5/12 / Tel : 019-354 1594
4) En. Zulkifli Ambak – No. 10 Jln BM 5/17 / Tel : 017-376 1584
5) Ustz. Lasminah Saimun – No. 28 Jln BM 5/23

Jawatankuasa Persatuan Penduduk Seksyen 5 juga mengalu-alukan penduduk yang ingin mendaftar untuk menjadi ahli Persatuan dan bayaran RM 5.00 (Lima Shj) akan dikenakan untuk pendaftaran dan seterusnya RM 2.00 untuk yuran bulanan.
Jawatankuasa Persatuan Penduduk Seksyen 5 juga mengalu-alukan penduduk yang ingin menyumbang seikhlas hati bagi menjayakan aktiviti kemasyarakatan.

Wednesday, January 14, 2009

Pemaju mahkota5...


sumber : http://www.lion.com.my

Dilarang membuang sampah di sini...



Alhamdullilah, masih ada insan yang prihatin terhadap persekitaran mahkota5 khususnya terhadap sampah yang dibuang di selekoh jalan BM5/12 berhampiran dengan tapak SK Bdr Bukit mahkota.Kalau ada yang perasan, sampah dan kerusi sofa usang telah pun dibakar sehingga rentung.Diharapkan selepas ini tiada lagi yang membuang sampah dikawasan tersebut.


Pihak MPKJ telah pun memasang notis amaran di kawasan tersebut. Sama-sama kita menjaga kebersihan persekitaran mahkota5.Kerjasama semua amatlah dihargai.

Monday, January 12, 2009

Kenangan..kem Ibadah 2008 di Surau AR-RAUDAH

Gambar-gambar menarik sepanjang program Kem Ibadah yang diadakan di Surau Ar-Raudah pimpinan Ust Awang Abdullah. Program tersebut telah diadakan pada tanggal 29 Nov 2008 selama 2 hari 1 malam yang dirasmikan oleh ahli majlis MPKJ, Sdr Mazwan Johar. Beliau turut menyumbang RM500 untuk program tersebut



Imam Hj zabidi membacakan doa sambil diaminkan oleh peserta.




Perasmian Kem Ibadah oleh ahli Majlis MPKJ, sdr Mazwan Johar


Peserta-peserta Kem Ibadah 2008



Bengkel Kem Ibadah 2008



apa lagi ditunggu...jom makan.




Kuliah Magrib disampaikan oleh Ust hambali..

Semoga usaha murni ini dapat diteruskan lagi pada masa akan datang.Terima kasih diatas sokongan ibu bapa & penganjur program kem ibadah 2008.























































































SK Bdr Seri Putra vs SK Bdr Bukit Mahkota.

Perkembangan terkini pembinaan Sek Ren Keb Bdr Seri Putra...

Imbas kembali...
22.06-2006 : Pecah tanah perasmian SRK Bdr Seri Putra.



Terkini...Pada tanggal 05-01-2008 :
Maklumat yg saya terima SKBSP akan di buka pada MAC 2009,selepas cuti pertengahan penggal pertama.Katanya Guru Besar dan GPK untuk SKBSP sekarang ni dah pun station di PPD HuluLangat,sementara tunggupindah Mac nanti.Saya dpt maklumat ni sbb my wife ialah salah seorang guru yg akan di tukarkan mengajardi SKBSP ni.
putera
Gambar-gambar perkembangan pembinaan SRK Bdr Seri Putra setakat Jan 2008


Bangunan yang hampir siap..



Bangunan masih didalam pembinaan...

Bila pula agaknya SK Bdr Bukit Mahkota dapat direalisasikan ?.Sama-sama kita berusaha agar satu hari nanti, warga Mahkota5 juga dapat menikmati kemudahan sekolah tersebut.Usaha tersebut telah dimulakan menerusi gabungan Persatuan Penduduk Bdr Bkt Mahkota, namun sehingga kini masih belum ada sebarang perkembangan yang menggalakkan.Tanpa sokongan semua termasuklah pemaju, kita tak akan kemana-mana. Kerjasama semua amatlah diperlukan bagi tujuan tersebut.
Insya-Allah.





Majlis Perwakilan Penduduk MPKJ zon 24...

Assalamualaikum,

Mari berkenalan dengan ahli Majlis MPKJ & Majlis Perwakilan Penduduk zon 24.

AHLI-AHLI MPP ZON 24
PENGERUSI:En. Mazwan B. Johar
NAIB PENGERUSI:
SETIAUSAHA:
BANDAHARI:En. Zol B. Nor
PEMBANTU TADBIR:Izny Hanis B. Zainon
PEGAWAI PENGHUBUNG MPKj: Cik Kartini Bt Mazlan


Latar Belakang Pengerusi MPP Zon 24

EN. MAZWAN BIN JOHAR
K/P : 681029-02-5049
No. 13-1, Jalan CJ3/13-2, Taman Cheras Jaya, 43200 Balakong,Selangor Darul Ehsan. No. 15, Jalan Seri Putra 2/5C, Bandar Seri Putra, Bangi, 43000 Kajang, Selangor.Tel : 012-2809097
Pej : 03-90756000
Faks : 03-90756111
Email : mazwan@mpkj.gov.my / mazwan.johar@gmail.com
Blog : http://www.mpkjzon24.blogspot.com/

Ahli Jawatankuasa Majlis Perbandaran Kajang :
1. Jawatankuasa Kecil Kewangan
2. Jawatankuasa Kecil Undang-Undang dan Pembangunan Sumber Manusia
3. Jawatankuasa Pelesenan Khas

Pembantu Tadbir & Pegawai Penghubung MPKj
PEMBANTU TADBIR
(PEKERANIAN & OPERASI)

EN. IZNY HANIS BIN ZAINON
K/P : 851018-02-5405
No. 97, Jalan Sutera 2/2, Seksyen 2, Taman Sutera Kajang, 43000 Kajang,Selangor Darul Ehsan.
Tel : 012-9126798
Pej : 03-90756000
Faks : 03-90756111
Email : mukhlis_ihz@yahoo.com
..........................................................................................................................................................................
PEGAWAI PENGHUBUNG (LAISON OFFICER)

CIK KARTINI BINTI MAZLAN
K/P : 780322-10-5084158,
Jalan Kajang Jaya, Taman Kajang Jaya, 43000 Kajang,Selangor Darul Ehsan.Tel : 012-2740712
Pej : 03-87377899/6045
Faks : 03-87369035
Email : tni_pehh@yahoo.com

selaras dgn tujuan untuk memperkemaskan fungsi Ahli Majlis sebagai agen penghubung di antara Majlis dan Masyarakat, pejabat Ahli Majlis & Majlis Perwakilan Penduduk Zon 24 telah dibuka bertempat di alamat berikut:
No 16B (Tingkat 3), Jalan Seri Putra 1/5,Bandar Seri Putra, Bangi,43000 Kajang, Selangor.

Sekian. Harap maklum.
Disediakan oleh Biro Pengurusan & Perhubungan Awam,
Persatuan Penduduk Sek5, Bdr Bukit Mahkota.

cadangan mahkota5

salam ukhuwwah,


Terima kasih diatas cadangan yang dilontarkan dalam usaha penambahbaikan blog mahkota5 ini sekadar yang termampu diusahakan.


1.Cadangan penambaikan (bukan kritikan):

1) Latarbelakang teks biarlah putih, agar kontras teks jadi lebih tajam dan jelas kpd mereka yg dah tua dan rabun sikit (saperti saya)...

2) Warna teks utk tarikh biarlah lebih hitam/gelap dari teks lain - mengimbangkan kepala tajuk harian dgn badan teks.
Wasalam
Khairuddin Itam


2.Syabas kepada usaha mengadakan blog ini. Saya cadang supaya artikel yg sudah dibaca berubah warna supaya lain kali masuk tahu mana yg baru.
Sekian dulu. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Zulghaffar Jantan


sekian.wassalam.

Sunday, January 11, 2009

Notis mesyuarat J/kuasa Mahkota5

assalamualaikum,

Dimaklumkan notis mesyuarat J/kuasa Persatuan Penduduk Sek5, Bdr Bukit Mahkota
akan diadakan pada :

Tarikh : Jumaat/16-01-2009
Masa : 9.00 malam
Tempat : Surau Ar-raudah.

Semua AJK dijemput hadir..
sekian.
salam hormat.

Friday, January 9, 2009

Gangguan bekalan air di Bukit Mahkota

Gangguan bekalan air minggu depan
KUALA LUMPUR 7 Jan. - Penduduk di beberapa kawasan di daerah Hulu Langat dan Sepang akan mengalami gangguan bekalan air pada hari Isnin hingga Jumaat minggu hadapan.
Ia adalah berikutan kerja-kerja pengalihan dan penyambungan paip di hadapan Lembaga Pelesenan Tenaga Atom (AELB) di Dengkil dan kerja-kerja pemasangan meter aliran elektromagnetik di Bangi Lama.
Pengurus Besar Komunikasi Korporat dan Hal Ehwal Awam Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas), Abdul Halem Mat Som berkata, di Hulu Langat, kawasan yang terlibat ialah Seksyen 1,2,3,4, 14, dan 16 Bandar Baru Bangi serta sebahagian Seksyen 3,4 dan 5 Tambahan.
Turut terjejas ialah kawasan perindustrian Seksyen 13, Bandar Bukit Mahkota, Bandar Seri Putra, Desa Mahkota, Batu 1 hingga 6 Jalan Bangi, Kampung Kuala Pajam, Kampung Teras Jernang, Taman Desa Kenangan, Taman Dusun Jaya dan Taman Desa Anggerik.
Taman Bunga Raya, Taman Permai, Kampung Sungai Kembung Hilir, Taman Bangi Villa, Taman Sri Bangi, Taman Bangi Indah, Kampung Aman, Pekan Bangi Lama, Anggerik Perdana, Taman Angsana, Industri Beranang, Kampung Sungai Buloh Semenyih, Kampung Sesapan Bukit Rembau;
Ladang Bangi, Kampung Batu 6, Kampung Sungai Jai, Taman Impian Putra, Taman Bangi Ria, PKNS Beranang, Taman Bangi Jaya, Kampung Sesapan Minangkabau dan Taman Bangi Ria turut akan mengalami gangguan akibat kerja-kerja penambahbaikan tersebut.
Kawasan di Sepang yang terlibat ialah Jenderam Hilir, Jenderam Hulu dan Sungai Buah.
Abdul Halem berkata, daerah Petaling pula akan mengalami gangguan bekalan air pada Khamis dan Jumaat minggu depan.
Ia berikutan kerja-kerja penyambungan paip bagi pembinaan pembentungan.
"Kawasan-kawasan yang terlibat ialah Kampung Melayu Subang Baru, Subang Perdana Airod, Terminal 3, Taman Industri Sungai Buloh, Jalan TUDM, Kampung Baru Subang, Jalan Subang Airport Lama, Kampung Muhibah dan Kampung Orkid.
Orang ramai yang mempunyai pertanyaan atau aduan mengenai gangguan ini bolehlah menghubungi talian 1-800-5252 atau melawati laman web SYABAS di http://www.syabas.com.my/.

sumber : utusan malaysia





***********************************************************************************
Info dari Syabas @ PUSPEL, gangguan dijangka bermula jam 6.00ptg 12/1/09 sehingga 6pagi 13/1/09

INFO DARI SYABAS

sekian.harap maklum.

Pemikul amanah mahkota5..

assalamualaikum,

sukacita dimaklumkan Ahli Jawatankuasa Penduduk Sek5 Bdr bkt mahkota sesi 2008-2009 sepertimana berikut :


Kerjasama semua ahli & warga sek5 bdr bkt mahkota amatlah diharapkan agar kesejahteraan dan keharmonian dapat dipelihara bagi mencapai misi mewujudkan kejiranan prihatin.

Bau sampah menusuk kembali...

Assalamualaikum,

Pada 07-01-2008 saya menerima sms daripada sdr murad yang menghantar anak beliau ke PASTI AR-RAIHAN yang berbunyi:

" Bau busuk sampah di Bkt Mahkota terutama Sek5 di Jalan BM5/12 hadapan PASTI Ar-RAIHAN, tolong ambil perhatian..dari Murad Adam Sek2 Bdr Bkt Mahkota"...


keprihatinan beliau terhadap apa yang berlaku disekeliling persekitaran bandar bukit mahkota amatlah perlu dicontohi dan dihargai..Apa yang berlaku ini mengingkatkan kembali bagaimana usaha yang dirintis oleh seorang penduduk seksyen5 sepertimana keratan akhbar bertarikh 24/8/ 200 . Apakah langkah yang perlu kita lakukan agar masalah bau sampah yang dikenalpasti berpunca daripada Pusat Perlupusan sampah sg kembong yang berhampiran dengan kawasan tempat tinggal kita dapat diselesaikan dengan kadar segera?.




Langkah awal yang diusahakan oleh J/kuasa Penduduk sek5 Bdr bkt mahkota adalah memaklumkan permasalahan ini kepada ADUN Bangi, Dr Shafie Abu bakar semasa beliau hadir di majlis perasmian AGM ke-2 Persatuan Penduduk Sek5 baru-baru ini. Usaha juga dilakukan lagi dengan memanjangkan permasalahan bau sampah ini ke pengetahuan ahli Majlis MPKj, En Mazwan Johar yang bertanggungjawab di Zon 24.


Jawapan yang diterima berkaitan masalah bau sampah ini adalah skima iaitu masalah ini adalah masalah utama yang diberikan perhatian sewajarnya oleh ADUN Bdr Baru bangi.Selepas sahaja Pusat perlupusan sampah Sg Kembung ditutup, semua sampah sisa pepejal in telah dipindahkanke loji kitar semula RDF di Semenyih dan juga dihantar ke Jeram yang jauhnya lebih kurang 10km daripada Bangi.

Namun bermula 1/12/2008, loji kitar semula RDF di Semenyih telah ditutup sementara bagi tujuan penambahaikan untuk masa hadapan.(sumber : Sinar Harian 25/12/ yang bertajuk "Gangguan kutipan sampah di Kajang" yang memetik kata YDP MPkJ, datuk Hasan Nawawi Abd Rahman.


semoga masalah bau sampah ini dapat diatasi dengan kadar segera untuk kesejahteraan masyarakat bukit mahkota khususnya.Sama-sama kita doakan agar pusat Perlupusan sampah di sg kembong terus diTUTUP buat selama-lamanya.

PALESTIN..

Palestin : Lagi Usaha Kita

& Doa Qunut Berbaris

Oleh

Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin.net

Setiap hari membelek berita berkenaan Palestin, setiap hari rasa pedih dan adakalanya terasa seolah tidak mahu mendengar sebentar laporan berita berkenaannya kerana sukar menahan rasa sakitnya.

Sudah hari kesepuluh dan serangan semakin ganas. Sekitar 550 orang Palestin telah diragut nyawanya termasuk kanak-kanak dan wanita serta orang awam, manakala seramai 2500 lagi cedera. Bekalan ubatan, makanan dan perkara asas semakin kurang. Hospital dan doktor amat terhad dan laporan berita menyatakan ada doktor yang tidak sempat tidur sama sekali.

Palestin pula telah terbahagi kepada tiga bahagian, kiri dan kanan telah mula ditembusi oleh Yahudi, hanya bahagian tengah masih belum berjaya ditembusi. Jelas, mereka sedang melakukan penjajahan secara fizikal dan menghilang Palestin dari peta dunia.!

Persoalan utama sekarang, apa lagi yang boleh bantu yang benar-benar dikira membantu?? Satu soalan yang saya sendiri turut kerap menyoal diri ini. Saya tiada jawapan yang melegakan, atau jawapan yang membuatkan anda terperanjat kerana ‘di luar kotak'.

Namun bagi saya, kita semua boleh membantu berdasarkan rasa kemampuan masing-masing. Siapa boleh lebih, buat lebih, siapa hanya mampu yang kurang, buat jugalah.

Keadaan manusia yang berbeza-beza dalam kemampuan ini diiktiraf sendiri oleh Nabi akan kewujudannya. Justeru, jangan harapkan semua orang mampu menjadi terlalu ‘berani seperti anda, terlalu ‘pemurah' seperti anda, terlalu ‘berjasa' seperti anda.

Nabi s.a.w bersabda dalam hadis yang sangat popular :-

Erti : Sesiapa yang melihat kemungkaran, hendaklah ia mencegah dengan tangannya, barangsiapa yang tidakmampu, cegahlah dengan lisannya (perkataan dan tulisan), barangsiapa yang tidak mampu, cegahlah dengan hatinya (iaitu dengan rasa benci)"

apalestin.jpg

Gambar ihsan Utusan Malaysia

USAHA KITA : PILIHLAH

Natijahnya, pilihlah salah satu atau lebih dari satu dari tindakan di bawah untuk membantu saudara kita di Palestin yang dijajah dan Palestin yang sedang cuba dijajah.

1) Bantuan tenaga dan diri ; Pergilah ke medan di Palestin, jika anda ada cara, kemampuan dan keikhlasan. Sama ada untuk membantu menghantar bantuan kemanusian, perubatan, psikologi atau yang lebih dahsyat dari itu dari segi fizikalnya..

2) Bantuan Harta : Bagi yang tidak mampu pergi ; sumbanglah bantaun kewangan atau pakaian dan lainnya kepada badan yang dipercayai lagi berwibawa di tempat anda. Agar bantuan tersebut boleh sampai kepada rakyat Palestin yang sedang menderita. Cuaca sejuk kini tidak menentu, di UK kami ditimpa cuaca sejuk luar biasa sehingga (negatif 10) atau -10 darjah celcius. Palestin juga berada dalam cuaca sejuk, sekitar di bawah 10 celcius di sebelah malam

3) Bantuan Doa ; Bagi yang tidak mampu memberi kedua-dua bantuan di atas, atau termasuk juga merkea yang mampu, teruskan berdoa untuk keselamatan rakyat Palestin, Iraq dan umat Islam, doakan bala bagi Yahudi, pemimpin Amerika dan rakyatnya yang menyokong, pemimpin Mesir dan sekutunya-sekutu mereka yang membuka jalan dan menyokong serangan pengganas Yahudi ini.

Doa anda boleh bacanya sebagai :-

a- Qunut Nazilah dalam setiap solat fardhu anda, anda dibenarkan untuk memegang kertas doa semasa qunut tersebut kerana tentunya sukar untuk menghafalnya. Itu tidak membatalkan solat dalam semua mazhab termasuk mazhab Syafie kerana andatidak bergerak besar berturut-turt sebanyak tiga kali. Hanya angkat sekali kertas doa, berhenti sebenar kerana membaca, kemduain terus turun sujud, tiada berturut-turut.

b- Doa semasa sujud dalam setiap solat. Ia lebih maqbul berdasarkan nas yang sohih.

c- Khatib bacalah doa untuk Palestin di hujung khutbah Jumaat.

d- Dan banyak lagi waktu doa maqbul.

4) Solat Hajat ; Bagi mereka yang berpegang kepada bolehnya dilakukan solat hajat sama ada secara individu atau berjemaah. Anda turut boleh meneruskannya.

5) Menyertai Demonstrasi Aman : Sertailah ia dengan aman dan makmurkannya, namun jangan lupa juga memakmurkan masjid di kala Subuh dan waktu-waktu lain.

6) Menulis ; Tulislah di blog, web, forum anda, ruangan akhbar, majalah yahoogroup dan lainnya, buatkanlah kajian ringkas dan permudahkan penyampaian info kepada orang ramai berkenaan kezaliman Yahudi terhadap Palestin dan sekutu-sekutu mereka.

7) Ceramah ; anda mampu ceramah? berikanlah ceramah berkaitan isu ini atau hadirkanlah diri ke ceramah berkaitannya di tempat anda.Anda tidak semestinya seorang ustaz/ah untuk ceramah dalam bab ini, wartawan pun boleh.

8) Boikot : perkukuhkan boikot barangan Yahudi dan Amerika di ketika ini. Hantarlah surat dan bantahan, petition, memorandum kepada kedutaan Amerika, Mesir dan sekutu jahat mereka. Pelajar Al-Azhar, kami mendambakan tindakan dan usaha anda terhadap kerajaan Mesir.

TINGKATKAN KEPEDULIAN

Tingkatkan kepedulian kita terhadap nasib saudara kita umat Islam.

Jangan dirasakan usaha kita sangat kerdil, tidak mampu memberi sebarang kesan. Yakinilah bantuan Allah, sangka baiklah dengan Allah, nescaya Allah bersama hambaNya yang bersangka baik dan taatinya.

Sebagai sebuah hadis qudsi ertinya:

أنا عند ظن عبدي بي ، وأنا معه إذا ذكرني

Allah menyebut : aku berada di atas sangkaan hamba-hambaKu, dan aku bersama mereka apabila mereka mengingatiKu (Riwayat Muslim)

Sebahagian riwayat lain pula berbunyi :-

أنا عند ظن عبدي بي إن ظن خيرًا فله وإن ظن شرًا فله

Erti : aku berada di atas sangkaan hamba-hambaKu, sekiranya mereka bersangka baik, maka akan ditunaikan, jika mereka bersangka buruk, turut akan ditunaikan ( Riwayat Ahmad, Ibn HIbban)

AMERIKA SUDAH SAKIT, BERIKAN HADIAH KEEGOANNYA!

Keegoan dan keangkuhan Amerika dalam bidang ekonomi sedang jatuh merudum, hari ini berita BBC melaporkan Presiden dipilih, Barrack Obama mengatakan ekonomi USA sedang ‘SANGAT SAKIT' dan sangat serius masalahnya.

Rakyat Amerika yang kehilangan kerja semakin ramai. Obama sedang pening kepala masa plannya untuk USA, Bush bukan main seronok dengan Yahudinya.( Sumber di sini )

Jualan kereta di US pula kini diratah serangan virus kegawatan ekonomi apabila jualannya jatuh paling teruk sejak 1992. Jualan di pasaran Detroit Three jatuh 50 % buat pertama kalinya. Chrysler pula rugi dengan kejatuhan jualan sebanyak 53 % ,manakala jualan Toyota, Honda, GM dan Ford jatuh 31 ke 37 peratus. ( SUMBER)

Seorang rakan warganegara Amerika di sini memberitahu kami bahawa Bush sedang merancang Amerika menyertai perang, itu adalah salah satu jalan agar perlantikan rasmi Obama sebagai Presiden UA pada 20 Januari 2009 terpaksa ditangguh, kerana demikian menurut undang-undangnya. Iaitu jika US sedang dalam peperangan, Presiden yang sedang menerajui akan kekal. Kami tiadalah mengetahui sejauh mana benarnya ramalan atau analisa ini. Cuma ini mungkin salah satu sebab Obama dan rakannya, senyap sunyi menggelak dari memberi komen dalam isu Palestin.

Namun saya kira, mungkin hasrat Bush sedikit terganggu kerana untuk berperang Amerika perlukan berbillion US, bagaimana ia boleh sedang dalam ekonomi yang sanagt sakit dan teruk.?

MUJUR BRITAIN SEDANG PARAH, TAK LARAT BERSUARA

Kalau sebelum ini yang tidak kurang bengisnya adalah Britain, sebagaimana dalam kes Iraq, namun, kini UK agak senyap sunyi sikit, Alhamdulillah. Mengapa?

Jika Amerika sedang merudum dengan laju teruknya, UK setiap hari berita parahnya semakin menjalar, sehingga nilai Pound Sterling jatuh menjunam hampir sama malah pernah lebih rendah daripada matawang Euro. Kes buang kerja tidak henti-henti, pasaraya dan syarikat besar satu demi satu bungkus seperti Woolworths, MFI dan banyak lagi, menghidangkan kebanjiran pengganggur. Ditambah dengan cuaca sejuk luar biasa, Sehingga kami yang berada di sini turut bimbang.

Dan pada 6 Jan, Gordon brown bersetuju dengan cadangan rencatan senjata kedua belah pihak tetapi mengikut skima Bush, iaitu dengan pelbagai syarat yang tidak menyebelahi Palestin dan Hamas tentunya. Malah sebahagian syarat ini tidak mungkin dapat ditunaikan.

QUNUT NAZILAH

Berikut adalah cadangan Qunut Nazilah dengan baris yang telah saya usahakan barisnya dan ertinya, agar boleh dibaca oleh orang ramai.

اللّهُمَّ إِنّا نَسْتَعِينُكَ وَنُؤمِنُ بِكَ ، وَنَتَوَكَّلُ عَلَيْكَ وَنَثْنِيْ عَلَيْكَ الخَيْرَ وَلاَ نَكْفُرُكَ ، اللَّهُمَّ إيَّاكَ نَعْبُد ، وَلَكَ نُصَلِّي وَنَسْجُدُ ، وَإِليكَ نَسْعَى وَنَحْفُد ، نَرْجُو رَحْمَتَكَ وَنَخْشَى عَذَابَك ، إِنَّ عَذَابَكَ الجَدَّ بِالكُفَّار مُلْحَق ، اللهم عَذِّبَ الكَفَرَةَ وَأهْلَ الكِتَابِ الَّذِيْنَ يَصُدُّوْنَ عَنْ سَبِيْلِكَ

Maksudnya : "Ya Allah sesungguhnya kami memohon pertolongan dariMU dan kami beriman denganMu, dan kami bertawakkal kepada Mu, dan kami memuja Mu dengan kebaikan dan kami tidak mengkufuriMU, Ya Allah hanya engkau yang kami sembah dan kepada Mu kami menunaikan solat dan bersujud, kepadaMu kami berusaha, kami mengharapkan rahmatMu dan kami takutkan azabMu, sesungguhnya azabMu yang pedih akan dikenakan kepada orang-orang yang kafir, Ya Allah azablah orang-orag kafir Ahli kitab yang menghalang-halangi dari jalanMU."

اللّهمّ إِنَّا نَجْعَلُكَ فِي نُحُورِ أَعْدَائِنَا ، ونَعُوذُ بِكَ مِنْ شُرُوْرِهِمْ

اللّهمّ مُنْزِلَ الكِتَابِ، وَمُجْرِيَ السَّحَابِ، وَهَازِمَ الأَحْزَابِ، اِهْزِمْ اليَهُودَ الغَاصِبِيْنَ المحُتَلِّيْنَ، وَانْصُرْناَ عَلَيْهِمْ وَزَلْزِلْهُم. اللّهُمّ بَدِّدْ شَمْلَهُم وَفَرِّقْ جَمْعَهُمْ، و شَتِّتْ كَلِمَتَهُم , خَالِفْ بَيْنَ قُلُوبِهِم، ، وَزَلْزِلْ أَقْدَامَهُم , وَسَلِّطْ عَلَيْهِمْ كَلْباً مِنْ كِلاَبِكَ يا قهار , يا جبار و يا مُنْتَقِمَ , اللهم أَنْزِلِ بِهِم بَأْسَكَ الَّذِيْ لا يَرُدُّ عَنِ القَوْمِ المُجْرِمِين.

Erti :
Wahai Tuhan kami, sesungguhnya kami menjadikan-Mu sebagai pendinding (kepada musuh2) kami, dan kami berlindung dengan-Mu daripada kejahatan mereka.

Wahai Tuhan kami, wahai Tuhan yang menurunkan al-Kitab (al-Quran), dan wahai yang menjalankan awan, dan wahai yang menghancurkan tentera al-Ahzab, hancurkanlah Yahudi perampas dan penjajah dan bantulah kami ke atas mereka dan goyankanlah mereka.

Wahai Tuhan kami, binasakanlah kesempurnaan mereka, dan pecah-belahkanlah jemaah/kesatuan mereka, dan gagapkanlah perkataan mereka (melalutkan kereka), pecah belahkanlah hati-hati mereka, goyahkanlah pendirian mereka, dan hantarkanlah anjing ke atas mereka dari anjing-anjing suruhanMu, wahai Tuhan Yang Maha Gagah Perkasa, wahai Tuhan Yang Maha Berani, wahai Tuhan Yang Maha Berdendam, wahai Allah tuhan kami, turunkanlah ke atas mereka kemarahan dan kesakitan dariMu yang tidak mampu ditolak oleh kaum yang berdosa.

اللهم اُنْصُرِ المُسْلِمِيْنَ وَالمُجَاهِدِينَ عَلىْ اليَهُود..اللّهم انْصُرْناَ عَلَيْهِم فِي كُلِّ مَكَانٍ..اللّهمّ أَرِناَ فِيْهِمْ عَجَائِبَ قُدْرَتِكَ .. اللّهمّ أًحْصِهِمْ عَدَداً وَاقْتُلْهُمْ بَدَداً وَلاَ تُغَادِرْ مِنْهُمْ أَحَداً..اللّهمّ اجْعَلْهُمْ غَنِيْمَةً لِلْمُسْلِمِيْن..اللّهمّ اجْعَلْ سِلاَحَهُمْ فِي صُدُوْرِهِمْ وَكَيْدِهِمْ فِي نُحُورِهِمْ وَتَدْبِيْرِهِمْ تَدْمِيْراً لهَمُ , اللّهمّ اْجْعَلْ الملائكةَ تُعِيْنُ المسلمين ..اللّهمّ سَدِّدْ رَمْيَهُمْ .. اللّهمّ سَدِّدْ رَصَاصَهُمْ

Erti : Ya Allah, bantulah muslimin dan pejuang Islam dalam petempurannya dengan Yahudi, Ya Allah bantulah kami untuk mengalahkan mereka di mana-mana sahaja, Ya Allah tunjukkanlah kepada mereka keajaiban kuasaMu, Ya Allah jadikanlah mereka boleh dibilang, dan bunuhlah mereka sebinasanya, dan janganlah engkau lepaskan mereka walau seorang. Ya Allah jadikanlah senjata dan harta mereka sebagai harta rampasan di tangan kaum Muslim, Ya Allah jadikanlah senjata mereka mengenai dada mereka sendiri, dan helah mereka mengenai tengkuk mereka, dan perancangan mereka penghancur mereka sendiri, Ya Allah jadikanlah para Malaikat membantu kaum Muslimin, Ya Allah tepatkanlah tembakan dan lontaran mereka

اللّهمّ أَهْلِكْهُمْ كَمَا أَهْلَكْتَ إِرَمَ وَعَاد ... اللّهمّ صُبَّ عَلَيْهِمْ سَوْطَ عَذَابِ فَإِنَّهُمْ أَفْسَدُوْا فِي البِلاَدِ وَقَتَلُوْا العِبَادَ , اللهم انصُرْ إِخْوَانَناَ فِي لُبْناَن وَفِلَسْطِين وَافغانستان والعراق وَجَمِيْعِ بِلاَدِ المسلمين

Erti : Ya Allah hancurkanlah mereka sebagaimana engkau mengahncur kaum Iram dan ‘Ad , Ya Allah palulah mereka dengan paluan azaz kerana mereka telah melakukan kerosakan dalam negara dan membunuh para hambaMu. Ya Allah bantulah saudara kami di LUbnan, Palestin, Afghanistan, Iraq dan seluruh negara umat Islam.
Zaharuddin Abd Rahman
www.zaharuddin.net

6 Januari 2009

Thursday, January 8, 2009

assalamualaikum...


assalamualaikum,
selamat melayari blog :mahkota5 khasnya buat warga sek5 bdr bkt mahkota.
segala pandangan & teguran amatlah dialu-alukan bagi kepentingan warga sek5.
sekian.wassalam
salam hormat.
Biro Pengurusan & Perhubungan Awam.

mahkota

testing..ah lan wa salan