Friday, March 27, 2009

Syabas kepada RELA Bdr Bkt Mahkota...laluan rahsia pecah rumah dikesan.

Laluan rahsia pecah rumah

Oleh Hadzlihady Hassan
hadzlihady@hmetro.com.my

untuk melakukan pecah rumah." title="RAHSIA...saluran longkang digunakan penjenayah sebagai laluan
untuk melakukan pecah rumah." border="0" height="198" width="300">
RAHSIA...saluran longkang digunakan penjenayah sebagai laluan
untuk melakukan pecah rumah.

BANGI: Sekumpulan geng pecah rumah di kawasan perumahan Bandar Bukit Mahkota di sini, dikesan menggunakan satu saluran longkang sebagai laluan rahsia selain menyamar sebagai pembaca meter elektrik sebelum menyamun lokasi rumah yang dikenal pasti.

Penemuan laluan itu dikesan selepas seorang daripada geng terbabit ditahan penduduk sebelum dia menunjukkan laluan ‘ajaib’ yang digunakan itu, baru-baru ini.

Laluan berkenaan yang juga saluran longkang digunakan sebagai jalan pintas dan menyembunyikan diri jika perbuatan mereka dapat dihidu penduduk.

Turut ditemui dalam longkang itu seutas tali panjang yang diikat pada satu tangga dipercayai digunakan untuk memudahkan mereka menurunkan barang yang dicuri selepas memecah masuk rumah penduduk.




Selain itu, geng terbabit turut menggunakan taktik menyamar sebagai pembaca meter elektrik pada waktu siang bagi memastikan rumah yang menjadi sasaran mereka tidak berpenghuni

Ada beberapa penghuni pernah terserempak dengan geng terbabit yang menyamar sebagai pembaca meter elektrik dan apabila diminta menunjukkan kad kuasa atau apa-apa bukti, mereka terus melarikan diri.

Menurut seorang penduduk, Mohd Ghazali Mustaffa, 41, kawasan sekitar Bandar Bukit Mahkota itu memang kerap dijadikan sasaran penjenayah terutamaa pecah rumah dan samun.

“Penduduk mengambil inisiatif berkawal pada waktu malam bagi menjaga keselamatan dan harta benda penduduk.

“Kami sudah beberapa kali menahan kumpulan penjenayah ketika melakukan rondaan, tetapi ada kalanya mereka yang dikejar menghilangkan diri.

“Akhirnya rahsia mereka ini terbongkar apabila seorang daripada geng itu yang ditahan menunjukkan tempat persembunyian yang digunakan iaitu di longkang besar yang siap disediakan tangga untuk memudahkan mereka menjalankan kegiatan,” katanya.

Katanya, kawasan perumahan ini juga tidak mempunyai lampu jalan menyebabkan ia memudahkan lagi kerja penjenayah melakukan kegiatan mereka.

Malah, selain penjenayah melakukan samun, ada juga segelintir pasangan kekasih menjadi lokasi itu sebagai tempat melempiaskan nafsu.

“Beberapa lokasi antaranya pencawang TNB yang kosong dan terbiar dipecah masuk dan digunakan golongan terbabit untuk melakukan pelbagai kegiatan tidak bermoral,” katanya.

Berikutan itu, penduduk terpaksa ‘berjaga’ dan melakukan rondaan hampir setiap malam bagi memastikan kawasan mereka selamat.

Thursday, March 26, 2009

Kelas bahasa Arab @ Surau Ar-Raudah,sek5...

Adalah dimaklumkan bahawa Surau Ar-Raudhah akan menganjurkan kelas belajar bahasa arab seperti dibawah:-
Tempat : Surau Ar-Raudhah, Seksyen 5, BB Mahkota
Hari : Setiap hari sabtu @ ahad
Kelas : Bermula minggu ke 2 bulan April 2009 Masa : 9.00am - 11.00am @ 12.00am ( 2 @ 3 jam) -akan ditentukan kemudian
Yuran : RM50 sebulanLain-lain :
RM15 untuk buku rujukan (sekali sahaja)
Tenaga Pengajar : Ust Mokhtar Hussin
Unit Bahasa Arab,
Fakulti Pengajian Islam , UKM

Sesiapa yang berminat untuk mengikuti kelas tersebut bolehlah menghubungi saya melalui SMS ke h/p saya dengan menyertakan nama, alamat dan contact no. Jumlah peserta dihadkan kepada 10 hingga 15 orang sahaja. Oleh itu penerimaan penyertaan adalah berdasarkan siapa dulu. Harap maklum, Terima kasih.

Yang benar,Shahrudin Hj. Mustaffa
h/p no. : 016-3900294

Wednesday, March 18, 2009

Buletin mahkota5: naiktaraf jalan alternatif BBM-BSP


Alhamdullilah, lampu isyarat di persimpangan masuk BBM-BSP telah berfungsi dengan baik bagi memudahkan perjalanan keluar masuk ke BBM dan BSP.Hampir 5 tahun lamanya menunggu kerja-kerja menaiktaraf jalan alternatif menjadi kenyataan.Terima kasih diatas usaha tanpa mengenal erti penat daripada warga putra-mahkota prihatin & juga persatuan penduduk yang terlibat. Diimbas kembali bagaimana segala saluran aduan telah dibuat termasuklah dengan bantuan akhbar berkaitan projek baikpulih jalan & lampu isyarat ini. Semoga kita bersyukur kepada Allah swt diats kemudahan yang dikecapi ini.Sekiranya ada sebarang aduan berkaitan jalan alternatif BBM-BSP, boelhlah berhubung ditalian: 03-55447687/7699.....Jalalonmuhali b. Abd. Rahman (Ketua Penolong Pengarah Jalan ) ext 7699www.jkrselangor.gov.mycawangan jalan.

Tazkirah(3): Jaga solat kita..


YOU HAVE NO EXCUSE !!!!!!
[]





[]

[]

[]

[]

[]

[]

[]

[]

[]

[]

Siapakah orang yang sibuk?

orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah
ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi
Sulaiman a.s

Siapakah orang yang manis senyumanya?

orang yang ditimpa musibah lalu dia kata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun."
Lalu sambil
berkata,"Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini",
sambil mengukir senyuman.


Siapakah orang yang kaya?

orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa
akan kenikmatan dunia yang sementara ini.


Siapakah orang yang miskin?

orang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa menumpuk-numpukkan harta.

Siapakah orang yang rugi?

orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat
untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan.


Siapakah orang yang paling cantik?

orang yang mempunyai akhlak yang baik.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas?

orang mati membawa amal-amal kebaikan di mana
kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang.


Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit?
orang mati tidak membawa amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya.

Siapakah orang yang mempunyai akal?

orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah mengunakan
akal sewaktu di dunia untuk menghindari siksa neraka.


Tuesday, March 17, 2009

Kos pengajian di KUIS berpatutan...

Bayaran murah yang dikenakan untuk satu-satu produk atau perkhidmatan bukan bermakna produk atau perkhidmatan berkenaan berkualiti rendah.Hanya puak kapitalis sahaja yang mahu mengaut untung berlipat kali ganda secepat mungkin tanpa mengambil kira faktor-faktor lain kecuali kepentingan para pelabur.

Berteraskan konsep merakyatkan ekonomi Selangor serta negeri berkebajikan, Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS) masih menawarkan kursus-kursus di peringkat diploma pada kadar bayaran yang berpatutan.

Kemudahan prasarana dan pembelajaran tidak diabaikan. Antara kemudahan dan kebajikan pelajar yang disediakan ialah kemudahan tempat tinggal pelajar atau asrama dan pangsapuri, masjid, tempat riadah, kemudahan WiFi yang meliputi di asrama dan pangsapuri, perpustakaan pintar, kemudahan pengangkutan pelajar, kemudahan makmal siber serta semakan status pelajar secara dalam portal.



Kos perbelanjaan di Kuis lebih murah

Yuran pengajian yang ditawarkan di Kolej Universiti Islam Selangor yang merupakan Institut Pengajian Tinggi (IPT) yang diuruskan oleh kerajaan negeri Selangor lebih murah jika dibandingkan dengan IPT lain dalam negara.


Perkara ini ditegaskan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Selat Klang, Dr Halimah Ali yang menjawab pertanyaan lisan daripada Adun Bangi, Dr. Shafie Abu Bakar yang ingin mengetahui perbandingan kos perbelanjaan di Kuis dengan IPT tempatan dalam bidang yang sama.

Menurut beliau, caj yuran yang dikenakan sangat berpatutan dan kompetitif jika dibandingkan dengan IPT awam dan swasta lain.

"Perbandingan yuran pengajian di Kuis dengan IPT awam dan swasta dengan nama kursus diploma teknologi maklumat dan multimedia, yuran di Kuis RM12,520, di Universiti Teknologi Mara pula sebanyak RM32,886.

"Oleh itu, di Kuis adalah lebih murah walaupun di UiTM diberi subsidi oleh kerajaan pusat sebanyak 96 peratus," katanya.

Manakala, Diploma Sains Komputer,

di

Kuis yuran RM12,325;

Kolej Risda Melaka, RM18,792;

Kolej Infometik, RM27,200;

Kolej Islam Antarabangsa Gombak, RM14, 260.

"Semua caj ini adalah mengambil kira kemudahan dan mutu pengajian tinggi yang memenuhi piawaian tempatan dan antarabangsa agar setanding dengan IPT awam dan swasta yang lain.

"Antara kemudahan dan kebajikan pelajar yang disediakan ialah kemudahan tempat tinggal pelajar atau asrama dan pangsapuri, masjid, tempat riadah, kemudahan WiFi yang meliputi di asrama dan pangsapuri, perpustakaan pintar, kemudahan pengangkutan pelajar, kemudahan makmal siber, status pelajar secara dalam portal," katanya.

Monday, March 16, 2009

Berhati-hati bila nak minum...


Dipetik daripada warga mahkota5 yang prihatin berkaitan isu halal-haram ini..

GREEN BEAN SOY DRINK
Salam semua. Kali ini saya nak sentuh ttg minuman ringan keluaran Yeo Hiap Seng, jenama salah satu pembekal minuman ringan yg tak asing lagi di rantau ini khususnya Singapura dan Malaysia.
Pernahkah anda dengar ttg keluaran produk minuman YHS yg terkini, khususnya minuman kacang soya fusion dgn kacang hijau? Jika anda di Singapura, harap2 baca dulu ya, bahan-bahan yg terkandung dalam minuman ini.
Semasa saya ke salah sebuah pasaraya tempatan, terpandang saya ke arah minuman ini yg saya fikir adalah salah satu lagi keluaran terbaru YHS. Iyerlah, apalah bahan yg nak dibubuh dlm minumankan? So I pick up one and brought to office. Tapi, bila saya baca ingredientsnya. ....
Cuba lihat kat pic ini.
Cuba lihat dekat-dekat. .....

Apa kejadah ni? Dah takde lagi ke sumber yg baik, yg murni, darimana pihak pengeluar nak dapatkan bahan atau sumber utk membuat produk minuman mereka???? Tidakkah mereka peka dgn pengguna2 Islam yg sememangnya ramai telah terbiasa dgn minuman yg mereka bekalkan atas jenama YHS???


Belek punya belek.....hah, patutlah. Minuman ni diperbuat di...... di negara yg dah mmg tersohor bubuh melamine dalam susu!!

Apapun, saya sekedar berkongsi info dan diharap sesiapa yg teringin nak merasa minuman jenama YHS "
Green Bean Soy Drink", lupakan sajalah niat anda tu. Tak berbaloi bahan yg haram jika memasuki dlm tubuh badan kita ni!! Harap dapat sebarkan info ini terutama sekali kpd anak-anak kita yg mungkin kurang arif ttg perkara ini.

Tolong sebarkan kepada yg beragama Islam.

sumber :
cucu_cicit_opah@yahoogroups.com

Usaha & doa tangga kejayaan...tahniah pelajar terbaik SPM 2008.

HEBATNYA INSAN INI


keputusan SPMnya

Pengumunan.
Semua pelajar Bangi yang cemerlang dalam keputusan SPM baru-baru ini dijemput untuk mendaftar diri anda di drshafien26@gmail.com atau hubungi terus di pejabat ADUN Bangi
03-8925 0891/ 019-6623560 (Pn. Zuryati). Sedikit penghargaan dari kami akan disalurkan

Sumber : Blog YB ADUN Bangi, www.drshafie.blogspot.com

Selamat cuti sekolah & Tahniah kejayaan pelajar SPM/STPM...

Assalamualaikum,

Musim cuti sekolah tiba lagi,..JK PPBMsek5 ingin mengucapkan selamat bercuti kepada adik-adik warga mahkota5. Gunakan masa cuti ini dengan sebaik-baiknya.
Kepada pelajar yang telah mengambil keputusan SPM baru-baru ini, kami mengucapkan tahniah & syabas diatas kejayaan anda.
Berikut disertakan juga borang permohonan hadiah anak masuk universiti yang dipetik daripada website www.selangor.gov.my.

sekian.salam hormat.
Biro pengurusan & perhubungan awam, PPBMsek5.


.....................................................................................................................................


Sumber : www.selangor.gov.my

Hadiah Anak Masuk Universiti


SOALAN-SOALAN LAZIM
HADIAH ANAK MASUK UNIVERSITI

Maklumat Terkini (1 Ogos 2008)
1. Pindaan borang kali kedua : KLIK UNTUK MUAT TURUN BORANG
*Borang pindaan ini dikemukakan bagi mengatasi masalah permohonan yang tidak lengkap untuk tujuan proses pembayaran. Bagaimanapun borang sebelum ini yang telah dimuat turun masih boleh digunakan. Borang yang telah dihantar juga masih sah.

Sila pastikan perkara berikut dipatuhi :
(i) Permohonan yang dihantar hendaklah dipastikan lengkap bagi mengelakkan kelewatan proses pembayaran;

(ii) Setiap salinan dokumen dan perakuan pada borang hendaklah DISAHKAN BENAR oleh pihak-pihak yang dinyatakan SAHAJA; dan

(iii) Bagi permohonan secara pengkreditan terus (direct debit), sila pastikan bahawa akaun bank pemohon adalah AKTIF dengan mengemukakan salinan muka depan dan mukasurat transaksi terakhir buku akaun bank pemohon. Akaun yang TIDAK AKTIF boleh menyebabkan kegagalan proses pembayaran.


Q : Bagaimana saya boleh memohon Hadiah Pengajian IPT yang ditawarkan oleh Kerajaan Negeri Selangor ini?
A : Pemohon perlu mengisi Borang Permohonan Rasmi Anak Masuk Universiti (BPSM/HPIPT/2008) yang boleh diperolehi daripada sumber-sumber seperti berikut:
(i) Kaunter Cawangan Biasiswa & Pinjaman Pelajaran di alamat berikut:
Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
Tingkat 3, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah
40000 Shah Alam
(ii) Memuat turun (download) borang permohonan melalui laman web rasmi Negeri Selangor, iaitu:
www.selangor.gov.my; (Klik Untuk Muat Turun Borang HPIPT)
(iii) Pejabat Pentadbiran Hal Ehwal Pelajar/ Pusat Pemajuan Pelajar di IPTA masing-masing;
(iv) Pejabat Daerah/ Tanah dan Pejabat Pihak Berkuasa Tempatan di seluruh Negeri Selangor.

Q : Apakah syarat-syarat kelayakan bagi permohonan Hadiah Pengajian IPT ini?
A : (i) Pemohonan adalah terbuka kepada Warganegara Malaysia sahaja.
(ii) Pemohon juga merupakan Rakyat D.Y.M.M. Sultan Selangor yang memenuhi kriteria seperti berikut:
• Pemohon lahir di Negeri Selangor; atau
• Ibu atau Bapa pemohon lahir di Negeri Selangor; atau
• Pemohon lahir di Kuala Lumpur sebelum 1 Februari 1974.
(iii) Pemohon telah ditawarkan tempat untuk memasuki Tahun Pertama (Semester Pertama) mulai Julai 2008 sahaja.
(iv) Pemohon telah ditawarkan tempat untuk melanjutkan pengajian secara sepenuh masa (full-time courses) di IPTA atau IPTS yang diiktiraf oleh Kerajaan bagi pengajian di peringkat Ijazah Sarjanamuda dan Diploma sahaja. (Matrikulasi/ Kursus Persediaan/ Tahun Asas/ A-Level/ Kursus Profesional seperti ACCA serta pengajian secara jarak jauh (PJJ)/ luar kampus (PLK) adalah tidak layak memohon).
(v) Pemohon telahpun mendaftarkan diri di IPT bagi memulakan sesi pengajian.
(vi) Pendapatan isi rumah Ibu Bapa/ Penjaga pemohon berjumlah RM1,500 ke bawah.

Q : Saya lahir di Negeri Selangor, tetapi ibu bapa saya tidak lahir di Negeri Selangor. Adakah saya layak memohon?
A : Layak berdasarkan kriteria: Pemohon lahir di Negeri Selangor.

Q : Saya lahir di Negeri Kelantan, tetapi Ibu saya lahir di Selangor. Adakah saya layak memohon?
A : Layak berdasarkan kriteria: Ibu atau bapa pemohon lahir di Negeri Selangor.

Q : Saya telah ditawarkan tempat untuk melanjutkan pengajian di IPT Swasta (IPTS), iaitu Universiti Teknologi Petronas (UTP). Adakah IPT saya tersenarai bagi pemberian hadiah ini?
Layak sekiranya pemohon telah ditawarkan tempat untuk melanjutkan pengajian di IPTA atau IPTS yang diiktiraf oleh Kerajaan bagi pengajian di peringkat Ijazah Sarjanamuda atau Diploma.

Q : Saya sedang mengikuti pengajian Sarjana Pentadbiran Perniagaan (Masters of Business Administration) Tahun Pertama di Universiti Kebangsaan Malaysia secara sepenuh masa (full time). Adakah saya layak?
A : Tidak layak kerana syarat-syarat kelayakan adalah untuk pemohon yang mengikuti pengajian di peringkat Diploma atau Ijazah Sarjanamuda sahaja.

Q : Saya sedang mengikuti pengajian A-Level sebagai persediaan bagi pengajian ke luar negara.
A : Pengajian di peringkat Matrikulasi/ Kursus Persediaan/ Tahun Asas/ A-Level/ Kursus Profesional seperti ACCA serta pengajian secara jarak jauh (PJJ)/ luar kampus (PLK) adalah tidak layak memohon. Walau bagaimanapun, pemohon hanya layak dipertimbangkan setelah mendaftarkan diri bagi mengikuti pengajian peringkat Diploma ataupun Ijazah Sarjanamuda pada tahun berikutnya.

Q : Saya kini telah bekerja dan pada masa yang sama sedang mengikuti pengajian luar kampus (PLK) peringkat Diploma di Universiti Teknologi MARA (UiTM) dalam bidang Pengurusan dan Teknologi Pejabat.
A : Tidak layak kerana syarat-syarat kelayakan adalah untuk pemohon yang mengikuti pengajian secara sepenuh masa (full time) sahaja.

Q : Saya merupakan pelajar Tahun Akhir (semester ke-lapan) di Universiti Putra Malaysia (UPM) bagi pengajian peringkat Ijazah Sarjanamuda Kejuruteraan.
A : Tidak layak kerana syarat-syarat kelayakan adalah untuk pemohon yang mendaftarkan diri untuk Tahun Pertama (semester pertama) bagi sesi pengajian mulai Julai 2008 sahaja.

Q : Saya telah ditawarkan tempat untuk mengikuti pengajian peringkat Ijazah Sarjanamuda di Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) tetapi belum mendaftarkan diri.
A : Pemohon hanya boleh memohon setelah mendaftarkan diri di IPT bagi memulakan sesi pengajian.

Q : Saya telah ditawarkan tempat untuk mengikuti pengajian di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai Johor, tetapi terpaksa menangguhkan pendaftaran pada tahun 2008 atas sebab kesihatan.
A : Pemohon hanya boleh memohon setelah mendaftarkan diri di IPT bagi memulakan sesi pengajian pada tahun berikutnya.

Q : Pendapatan Bapa saya berjumlah RM1,250.00 manakala Ibu saya adalah suri rumah.
A : Layak berdasarkan pendapatan isi rumah Ibu/ Bapa berjumlah RM1,500.00 ke bawah.

Q : Ibu dan Bapa saya bekerja, tetapi jumlah pendapatan mereka adalah kurang daripada RM1,500.00.
A : Layak berdasarkan pendapatan isi rumah Ibu/ Bapa berjumlah RM1,500.00 ke bawah.

Q : Saya dipelihara oleh Bapa Saudara saya sejak berumur 10 tahun memandangkan Ibu dan Bapa telah berpisah dan saya mempunyai masalah untuk mendapatkan maklumat pendapatan Ibu/ Bapa saya.
A : Pendapatan yang akan diambilkira adalah pendapatan Penjaga, iaitu Bapa Saudara pemohon.


Q : Apakah dokumen-dokumen lampiran yang mesti dikemukakan untuk permohonan hadiah ini?
A : Pemohon hendaklah mengisi Borang Permohonan Rasmi Hadiah Pengajian IPT (RM1,000) (BPSM/HPIPT/2008) dengan menyertakan dokumen-dokumen lampiran seperti berikut:
(i) Salinan Sijil Kelahiran dan Kad Pengenalan pemohon
(ii) Salinan Kad Pengenalan Ibu/ Bapa pemohon;
(iii) Surat Tawaran Kemasukan daripada IPT;
(iv) Pengesahan pendaftaran diri pelajar oleh Bahagian Hal Ehwal Pelajar/ Hal Ehwal Akademik/ Pusat Pemajuan Pelajar/ Bendahari Institusi/ Dekan Fakulti/ Ketua Pusat;
(v) Salinan Penyata Pendapatan/ Penyata KWSP/ Slip Gaji/ Perakuan Pendapatan (surat perakuan daripada ADUN/ Penghulu/ Pengerusi JKKK/ Ketua Kampung bagi yang bekerja sendiri) Ibu Bapa/ Penjaga pemohon; dan
(vi) Salinan muka depan Buku Akaun Bank pemohon.

Q : Saya telah mengisi borang permohonan dengan lengkap berserta dokumen lampiran yang dikehendaki. Di mana saya perlu menyerahkan borang permohonan ini?
A : Borang permohonan yang telah lengkap diisi boleh dikemukakan ke Kaunter Cawangan Biasiswa & Pinjaman Pelajaran di alamat berikut:
Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
Cawangan Biasiswa dan Pinjaman Pelajaran
Tingkat 3, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah
40000 Shah Alam

Q : Adakah pemohon diberi pilihan untuk menerima pembayaran RM1,000 tersebut?
A : Bayaran hadiah berjumlah RM1,000 akan dibuat menerusi dua (2) kaedah pembayaran mengikut pilihan pemohon, iaitu:
(i) Pengkreditan terus ke akaun pemohon; atau
(ii) Melalui cek atas nama pemohon.

Q : Berapa lama tempoh masa yang perlu saya tunggu untuk menerima pembayaran RM1,000?
A : Bayaran akan dibuat dalam tempoh dua (2) minggu (10 hari bekerja) selepas Borang Hadiah Pengajian IPT yang lengkap diterima oleh pihak Urusetia.

Q : Sekiranya saya mempunyai sebarang masalah/ kemusykilan berkenaan permohonan hadiah ini, siapakah yang perlu saya hubungi untuk mendapatkan bantuan/ penerangan?
A : Untuk sebarang kemusykilan atau pertanyaan, sila hubungi:
Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
Cawangan Biasiswa & Pinjaman Pelajaran
Tingkat 3, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah
40503 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan
Tel: 03-5544 7480/ 7481/ 7482
Faks: 03-5510 4095/ 5513 5564

Q. Bilakah tarikh pelaksanaannya?
A : Julai 2008

Keselamatan tanggungjawab bersama...

Assalamu alaikum wr wb wm.

1- Berikut adalah makluman yang diterima daripada Pengerusi JK penaja BSP induk, Hj Ahmad Yusof.
Harap diambil perhatian sewajarnya.

"Satu taklimat keselamatan telah diadakan oleh SI Ramlan bin Din pada 14 Mac 2009 jam 9.30 malam di Balai Polis Bangi, Bandar Seri Putra. Semua ketua-ketua kampung dan ketua-ketua masyarakat dibawah pengawasan Polis Bangi telah dijemput menghadirinya. Alhamdulillah, saya dan Saudara Najib telah turut hadir bagi pihak Persatuan Penduduk BSP.

Antara kandungan taklimat beliau ialah:
1. Kadar jenayah bagi bulan Mac telah menurun berbanding dengan bulan-bulan yang lepas.
2. Pihak Polis tidak boleh berada di satu-satu kawasan sepanjang masa. Perlu juga pengawasan bersama oleh ahli masyarakat.
3. Semua ahli masyarakat digesa memiliki nombor telefon Balai Polis Bangi bagi tujuan melaporkan kejadian jenayah dengan SEGERA 03-8925 8222.
4. Ahli masyarakat mesti mengenali jiran sebelah menyebelah dan sentiasa berjaga-jaga dengan kedatangan orang yang tidak dikenali.

Maklumat kenderaan yang dikehendaki:
1. BHJ 4719 MYVI warna hitam (no. pendaftaran palsu dan disyaki pengedar dadah)
2. NAM 1168 KANCIL warna putih (menyamar Polis dan samun)
3. WHE 9994 CITRA warna hitam (no. pendaftaran palsu dan kegiatan pecah rumah)
4. WSB 4111 TOYOTA VIOS (Hilang di Bandar Bukit Mahkota)
5. WKA 1337 YAMAHA RXZ (Hilang di Stesen Komuter Bangi)

Tindakan: Jika jumpa sila tahan dan tangkap bawa ke balai.

Diharap semua pengerusi-pengerusi skim dapat memanjangkan perkara ini kepada anak buah masing-masing. Sekian terima kasih.

Yang menjalankan tugas,

Ahmad Yusof.
Pengerusi JK Penaja
BSP Induk.

2. Baru-baru ini telah diadakan perjumpaan JK keselamatan PPBMsek5 bertempat di pondok kawalan sek5 yang dipengerusikan oleh Pengerusi PPBMsek5, sdr Mamat endut. Rondaan malam secara sukarela telah dijalankan semula dimana sebanyak 21 buah walkie talkie telah dibeli oleh warga prihatin terutamanya JK keselamatan bagi kemudahan komunikasi dalam talian sepanjang kawalan dibuat. Kepada sesiapa yang berminat untuk menjadi sukarelawan bagi menjaga keselamatan & juga ingin mendapatkan walkie talkie tersebut, bolehlah berurusan dengan JK keselamatan PPBMsek5. Keselamatan kita tanggungjawab bersama.

sekian.salam hormat,

Biro Pengurusan& perhubungan awam,
Persatuan Penduduk sek5,bdr bkt mahkota.

Friday, March 13, 2009

Buletin mahkota5 : Masalah pengurusan sisa pepejal..

Selangor Kaji Teknologi Terbaik Atasi Masalah Pengurusan Sisa Pepejal
KUALA SELANGOR, 16 Februari - Kerajaan negeri melalui Worldwide Holdings Berhad (WHB) sedang menilai teknologi terbaik yang boleh digunakan bagi menguruskan sisa pepejal di Selangor.Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Adat-adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Dato’ Dr Hasan Mohamed Ali berkata teknologi material recovery facility (MRF) dan insinerator adalah antara beberapa alternatif yang boleh dipertimbangkan.“Ada yang mengatakan MRF ini dapat menyelesaikan masalah dari segi kewangan dan teknologi.“Manakala insinerator pula, sebagaimana yang kita tahu negara Singapura antara negara yang berjaya menggunakannya untuk mengatasi masalah pengurusan sisa pepejal,” katanya ketika ditemui pemberita selepas mengadakan lawatan kerja ke Stesen Pemindahan Shah Alam (SATS) di Seksyen 21 Shah Alam dan Pusat Pelupusan Sanitari Jeram dekat sini hari ini.Turut sama dalam lawatan itu, Pengurus Besar Kumpulan WHB, Norazlina Zakaria dan Ketua Pengurus Bahagian Alam Sekitar WHB, Zamri Abdul Rahman.Dalam masa sama katanya, kerajaan negeri turut bersedia menimbang teknologi-teknologi lain yang boleh mengatasi masalah pengurusan sisa pepejal dengan lebih efektif dan efisien.Pusat Pelupusan Sanitari Jeram seluas 160 ekar mula beroperasi pada Januari 2007 selepas Pusat Pelupusan Sanitari Air Hitam, Puchong ditutup.Dengan jangka hayat selama 16 tahun, Pusat Pelupusan Sanitari Jeram mampu menampung 1,000 tan sisa pepejal sehari daripada empat pihak berkuasa tempatan (PBT) iaitu Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ), Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ), Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dan Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).Pusat pelupusan berkenaan juga dijangka menerima sisa pepejal yang dikumpulkan dari SATS, stesen pemindahan pertama seumpamanya di Selangor.SATS, satu projek di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan yang operasinya belum bermula, siap dibina oleh WHB pada 5 Disember tahun lalu. - NOOR ALLIA KASSIM

Tuesday, March 10, 2009

seminar di KUIS@14-3-2009




Assalamualaikum

Kepada sesiapa yang berminat utk melihat isu PPSMI ini daripada sudut akademik.

Tarikh : 14 Mac 2009 Masa : 8.00 - 5.00 petang Tempat ; Dewan Teater Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)

Para Pembentang Kertas Kerja;

Datuk Dr Hassan Ahmad
Pengerusi Gerakan Mansuhkan PPSMI

Prof Dr Abdul Aziz Bari
Kuliyyah Undang-Undang Ahmad Ibrahim, Universiti Islam Aantarabangsa

Prof Emeritus Dr Abdullah Hassan
Institut Peradaban Melayu, Universiti Perguruan Sultan Idris

Prof Dr Shaharir Mohamad Zain
Timbalan Pengerusi Gerakan Mansuhkan PPSMI

Prof Dr Mat Rofa Ismail
Institut Penyelidikan Matematik (INSPEM), Universiti Putra Malaysia


Untuk pendaftaran, hubungi wakil kami:
Hazwani 0133684906 / rsbgurl@yahoo. com
Razali Bidin 0196442868 / arieff_86@yahoo. com.my
Hakim 0132829225 / hakimin_abdullah@ yahoo.com
Azli Maarif 0123378925 / azli_000@yahoo. com

Yuran Penyertaan; Orang Awam (RM30)
Pelajar (RM15)
(Bagi tujuan pembayaran, sila masukkan sejumlah wang di atas nama JARINGAN SISWAZAH MALAYSIA, Akaun Bank Muamalat 12070004901710 atau Akaun Maybank JASA PESMADA 562834500793. Sila beritahu wakil kami melalui mel elektronik atau sistem pesanan ringkas (sms) selepas berbuat demikian)

Saturday, March 7, 2009

Lagi...rompakan bersenjata di sek3,bdr bkt mahkota..

Salam,

Info dipetik daripada laman web : putra-mahkota.com

Maklumat terkini dari pengerusi penduduk sek 2&3, telah berlaku satu rompakan bersenjatakan parang semalam di sek. 3, suspek 3 org berbangsa india, masa rompakan 9pm.

wahai warga BM,SP n IP, marilah sama-sama kita berusaha meningkatkan iman, amal dan taqwa kita pd. Allah swt, semoga rahmat dan bantuan Allah sentiasa bersama kita dan taman perumahan kita . InsyaAllah.





Report to moderator Logged



putera
Penghuni

Gender:
Posts: 31



Re: Terkini Rompakan Bersenjata
« Reply #1 on: December 19, 2008, 08:52:30 PM » Quote

--------------------------------------------------------------------------------
Terima kasih atas info tersebut..moga kita semua lebih berwaspada.
Kalau tgk waktu rompakan tu masih awal lg..9pm.

Report to moderator Logged



aniswardah
Penghuni

Gender:
Posts: 38


Re: Terkini Rompakan Bersenjata
« Reply #2 on: December 21, 2008, 02:29:09 AM » Quote

--------------------------------------------------------------------------------
assalamualaikum...

Ada juga suami balik dari surau cerita benda yang sama... risau juga ni.. rumah tu tak jauh dr rumah.. perompak tu bersenjatakan parang.. dengarnya keluarga tu tengah berkemas angkat barang nak berpindah...

moral of the story... always jaga diri dan keluarga.. kena pastikan keselamatan semua terjamin... jgn terleka walau sikit pun...insyaAllah sama2 kita berdoa moga Allah melindungi kita dari segala malapetaka... insyaAllah...

Report to moderator Logged

--------------------------------------------------------------------------------
SALAM UKHUWAH SALAM PERSAHABATAN

Pendaftaran Tahun 1 SRK Bandar Seri Putra..



Assalamualaikum,





Pendaftaran baru bagi anak-anak yang bakal memasuki alam persekolahan tahun 1 sesi 2010
Maklumat yang dipetik daripada website :www.putra-mahkota.com.
sekian.harap maklum.

Ceramah Maulidur Rasul...

Assalamualaikum,

Dijemput semua muslimin dan muslimat hadir ke program ceramah Maulidur Rasul

1) Tarikh : Ahad/8-3-2009
Masa : Selepas Magrib
Tempat : Surau Al-Muhajirin, Sek3 ,
Bdr Bkt Mahkota
Penceramah : Ust Nasaruddin Mat Esa


2) Tarikh : Isnin/9-3-2009
Masa : Selepas solat Magrib
Tempat : Surau Ar-Raudhah, Sek5,
Bdr Bkt Mahkota,
Penceramah : Ust Mahyuddin Abd Aziz (JAKIM)


sekian.Salam hormat.

Friday, March 6, 2009

Takzirah Jumaat : Bersyukurlah...

Sesugguhnya sangat banyak nikmat yang telah dikurniakan kepada kita oleh Allah Rabbul Jalli. Setiap saat dan detik kita melalui pelbagai nikmat yang dianugerahkan oleh Allah tanpa kita sedari. Kerana ini Allah menyatakan kepada makhluknya jika sekiranya kita cuba menghitung tentang nikmatNya yang telah dikurniakan kepada kita nescaya tidak dapat dihitung dan terhitung.

Tuntutan bersyukur adalah suatu amalan terpuji yang akan membawa kita lebih dekat kepada Allah SWT. Dengan bersyukur membuktikan seseorang itu adalah hamba Allah. Selagi tidak timbul rasa bersyukur dengan nikmat yang diperoleh sedikit atau banyak, selagi itu seseorang itu masih jauh dengan rahmat Allah.

Firman Allah dalam Surah Ibrahim ayat 7 :

وَإِذْ تَأَذَّنَ رَبُّكُمْ لَئِن شَكَرْتُمْ لأَزِيدَنَّكُمْ وَلَئِن كَفَرْتُمْ إِنَّ عَذَابِي لَشَدِيدٌ

"Dan (ingatlah juga), tatkala Tuhanmu memaklumkan: "Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih".

Sesiapa yang mengharapkan nikmatnya bertambah, wajiblah bersyukur dengan apa yang dia perolehi. Jangan kita seolah menjadi orang yang berjalan dalam kegelapan malam sedangkan kita tahu bahawa kita lagi terang lagi bersuluh bahawa segala nikmat itu semuanya datang dari Allah SWT. Oleh itu ancaman yang amat keras kepada sesiapa yang telah sengaja membutakan pandangan mata dan hatinya tentang segala nikmat yang dicecapinya. Marilah kita menghindarkan diri dari azab Allah yang amat pedih seperti yang dijanjikan. Kepada siapa ? kepada orang yang tidak mahu bersyukur kepada segala nikmatnya.

Gambar-gambar semasa kejadian banjir kilat yang berlaku di Kuala Lumpur pada 03-03-2009..sama-sama kita ambil pengajaran.Insya-Allah.

SPM & STAM...

Salam muhibbah,

J/kuasa biro HELWA & Pendidikan Persatuan Penduduk sek5 , Bdr Bkt mahkota ingin mengucapkan selamat maju jaya kepada anak-anak ahli mahkota5 yang akan mengambil keputusan peperiksaan SPM & STAM yang akan dikeluarkan pada 12 mac 2009 nanti...sekian.wassalam.

Keputusan SPM Dan STAM Dikeluarkan 12 Mac Ini

KUALA LUMPUR, 5 Mac (Bernama) -- Keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) 2008 akan diumumkan pada 12 Mac ini.

Ketua Pengarah Pelajaran Datuk Alimuddin Mohd Dom dalam kenyataannya Khamis berkata calon yang menduduki kedua-dua peperiksaan itu boleh mendapatkan keputusan mereka di sekolah masing-masing bermula pukul 10 pagi.

"Calon persendirian pula akan mendapat keputusan mereka melalui pos yang akan dihantar oleh Jabatan Pelajaran Negeri," katanya.

Alimuddin berkata pengumuman analisis keputusan SPM dan STAM 2008 akan diadakan serentak pada 12 Mac pukul 9 pagi di Putrajaya.

Seramai 442,936 orang calon telah mendaftar untuk menduduki peperiksaan SPM 2008 dan daripada jumlah itu 388,079 atau 87.6 peratus adalah calon sekolah Kementerian Pelajaran, 16,019 (3.6 peratus) calon sekolah kerajaan negeri dan tajaan badan-badan tertentu, 10,331 (2.3 peratus) calon sekolah swasta dan 28,507 (6.5 peratus) calon persendirian perseorangan, katanya.

Alimuddin juga berkata sebanyak 3,939 pusat peperiksaan telah disediakan untuk peperiksaan itu di seluruh negara.

Peperiksaan bertulis SPM 2008 dijalankan dari 11 Nov hingga 5 Dis 2008.

Bagi peperiksaan STAM pula, seramai 6,240 calon telah mendaftar untuk mendudukinya, katanya.

Daripada jumlah itu, katanya 886 atau 13.9 peratus adalah calon sekolah bantuan penuh kerajaan, 4,219 (67.6 peratus) calon sekolah agama tadbir kerajaan negeri, 788 (12.6 peratus) calon sekolah agama rakyat serta sekolah swasta dan 367 (5.9 peratus) calon persendirian perseorangan.

Sementara itu, keputusan peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2008 akan diumumkan pada 10 Mac ini.

Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) dalam kenyataan berkata calon sekolah boleh mendapatkan keputusan peperiksaan mereka di sekolah masing-masing bermula pukul 12 tengah hari manakala calon persendirian individu akan memperolehnya melalui pos.

Di samping itu, katanya calon juga boleh menyemak keputusan mereka melalui Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) dengan menaip STPM dan hantar ke 39003.

Selain itu, katanya keputusan juga boleh disemak melalui sistem dalam talian dengan melayari laman web Majlis Peperiksaan Malaysia http://www.mpm.edu.my mulai pukul 12 tengah hari pada hari berkenaan.

Katanya analisis pengumuman keputusan peperiksaan berkenaan akan diadakan pada 10 Mac pukul 11.30 pagi di MPM.

Seramai 53,638 orang calon telah mendaftar untuk menduduki peperiksaan itu dan daripada jumlah tersebut, 46,319 atau 86.35 peratus adalah calon sekolah kerajaan, 2,189 (4.08 peratus) calon sekolah swasta dan 5,130 (9.56 peratus) calon persendirian individu.



-- BERNAMA

AWAS!!!Kejadian pecah rumah berulang lagi....



Salam ukhuwah,

Dukacita dimaklumkan 2 hari yang lepas pada jam 4.30pagi/4-3-2009, rumah saudara Muhammad Khir beralamat 88, Jln BM5/16 telah dimasuki perompak seramai 4 orang yang disyaki warga indonesia.
J/kuasa keselamatan dan beberapa ajk persatuan penduduk termasuk Pengerusinya sendiri, Sdr Mamat Endut sempat menziarahi keluarga tersebut semalam bagi melahirkan keprihatinan persatuan keatas kejadian yang berlaku. Takziah kami buat Sdr Muhammad Khir sekeluarga. Semoga tabah dan sabar diatas ujian ini.Insya-Allah.

Menurut Sdr Muhammad Khir, kejadian ini merupakan kejadian ke-2 sepanjang mereka sekeluarga tinggal di bdr bkt mahkota ini. Sama-sama kita berusaha mencari jalan penyelesaian bagi mengelakkan kejadian ini berulang lagi.

Kami juga ingin mengucapakan tanhiah & syabas kepada pengirim sms daripada warga mahkota5 yang prihatin terhadap apa yang berlaku yang berbunyi:
"Salam, 4.30am pagi tadi terima panggilan, jiran kita khir BM5/16 sekeluarga diikat rompak.sedih in yang ke2 berlaku keatasnya.Sekarang persoalannyaadakah kita hanya simpati sahaja atau bersama-sama jalankan rondaan kawalan kawasan.sila sebarkan berita ini.HARI ESOK SIAPA PULA...

Sama-sama kita doakan agar selepas ini tiada lagi kejadian seperti ini berlaku.Eratkan silaturrahim diantara kita.Insya-Allah.

Segala pandangan dan cadangan, sila hantar samada menerusi borang aduan/cadangan @e-mail @ sms ke talian 017-3761584 (Biro Pengurusan & Perhubungan Awam, Persatuan penduduk sek5).


Sekian.

Thursday, March 5, 2009

Takzirah (1)...


Dari Abu Hurairah r.a: Nabi s.a.w telah bersabda: Ada tujuh golongan manusia yang akan dinaungi oleh Allah di bawah naungan-Nya. Hari tersebut tidak ada naungan kecuali naungan Allah. Golongan tersebut ialah pemimpin yang adil, pemuda yang sentiasa beribadat kepada Allah semasa hidupnya, seseorang yang hatinya sentiasa berpaut pada masjid-masjid iaitu sangat mencintainya dan selalu mendirikan sembahyang berjemaah, dua orang yang saling mengasihi kerana Allah iaitu keduanya berkumpul dan berpisah kerana Allah, seorang lelaki yang diundang oleh seorang perempuan yang mempunyai kedudukan dan rupa paras yang elok untuk melakukan kejahatan tetapi dia berkata: Aku takut kepada Allah!, seorang yang memberi sedekah tetapi dia merahsiakannya seolah-olah tangan kanan tidak tahu apa yang diberikan oleh tangan kirinya dan seseorang yang mengingati Allah di waktu sunyi sehingga mengalirkan air mata dari kedua matanya .

Hadits dia atas menjelaskan 7 golongan yang akan mendapat naungan Allah pada hari kiamat iaitu

1. Pemimpin yang adil
Pemimpin yang adil adalah pemimpin yang sentiasa menunaikan amanahnya sesuai dengan kemampuan yang ada padanya dengan mematuhi segala perintah Allah dan Rasul. Keadilan oleh seorang pemimpin mustahil ditegakkan tanpa berpandukan kepada Quran dan Sunnah. Oleh itu jika seorang pemimpin itu adil bermakna dia telah berlaku adil kepada Allah yakni dia telah menjadi khalifah yang telah memakmurkan muka bumi ini sesuai dengan sifat Allah SWT yang Maha Adil. Lawan kepada adil adalah Zalim, berlaku Zalim bermakna memusnahkan tali rantai Islam yang sangat indah dan sempurna itu.

2. Pemuda yang sentiasa beribadah kepada Allah semasa hidupnya.
seorang pemuda yang telah menggunakan waktu muda belia untuk beribadah kepada Allah adalah contoh terbaik di kalangan manusia. Patutlah mereka mendapat lindungan dan rahmat Allah di akhirat kelak. Sedangkan manusia pada kelazimannya menggunakan waktu mudanya untuk berseronok dan bersuka ria. Tetapi golongan ini menggunakan untuk beribadah dan mendekatkan diiri kepada Allah.

3. Seorang yang hatinya sentiasa berpaut pada masjid dan sentiasa mengerjakan sembahyang berjemaah.
Sembahyang jemaah yang sangat di tuntut sehingga lebih baik 27 darjat dari sembahyang sendirian. Sembahyang jemaah yang terbaik adalah di Rumah Allah. Seorang yang sentiasa berpaut dengan rumah Allah adalah manusia yang mencari kesempurnaan beribadah. Membesarkan Allah SWT dengan sembahyang berjemaah menggambarkan kekuatan umat Islam itu sendiri. Bila jemaah berkurang itulah gambaran lemahnya umat Islam.

2 orang yang saling mengasihi kerana Alah dengan bertemu dan berpisah kerana Allah.
Berkasih sayang kerana Allah, bertemu dan berpisah kerana Allah dalam hadits yang lain diterangkan adalah ciri-ciri orang yang telah mendapat kemanisan Iman. Kemanisan Iman adalah kemuncak bagi segala yang diidamkan oleh orang yang beriman. Jika sekiranya air dan makan yang dimakan memerlukan rasa manis, begitulah keimanan yang memerlukan apa yang dikatakan suatu kelazatan

5. Seorang yang diundang melakukan maksiat tetapi menolaknya dengan mengatakan aku takut kepada Allah
Menolak maksiat artinya menolak untuk melakukan dosa besar dan masuk neraka Allah. bayangkan betapa kesedaran ini muncul tidak lain hanya kepada orang yang sangat takut kan Allah. Mustahil orang yang tidak takut kepada Allah dengan sebenarnya akan menolak peluang yang demikian rupa

6. Seorang yang memberi sedekah secara ikhlas senyap-senyap
Tonggak kepada Ibadah apa pun adalah dengan apa yang dinamakan keikhlasan. Dengan Ikhlas maka ibadah kita diterima di sisi Allah. Tanpa Ikhlas automatik ibadah kita ditolak malah mendapat dosa dan seksa Allah

7. dan Seorang yang mengingati Allah di waktu sunyi sehingga kedua matanya mengalirkan air mata
Demikianlah kemuncak kehidupan manusia, sanggup mengalirkan air mata kerana Allah. Kerana itu golongan ke 7 ini sangat istemewa dan menutup hadis yang sangat menyentuh jiwa-jiwa kita.

Skim Bantuan Pelajar Miskin UPSR/PMR...

Salam ukhuwaah warga mahkota5...

Berikut adalah borang permohonan Skim Bantuan Pelajar Miskin (UPSR/PMR) untuk tindakan bersama.
Sekiranya ada sebarang maklumat yang berkaitan perkara ini, sila maklumkan kepada J/kuasa Biro Pengurusan & Perhubungan awam untuk tindakan selanjutnya ; Talian HP : 017-3761584.
Kerjasama semua amatlah dihargai.
sekian.wassalam.








Gangguan bekalan air lagi...6 Mac 2009.

Assalamu'alaikum wrm. wbt.,
Berikut pengumuman yang dibuat oleh pihak SYABAS dalam laman webnya yang saya copy pada hari ini Rabu 4 Mac 2009 (jam 12.24 pm).
SYABAS ingin memaklumkan bahawa terdapat gangguan bekalan air yang dijadualkan akan berlaku di beberapa kawasan di SYABAS Wilayah Sepang pada 10 Mac 2009 (5.00 petang-11.00 pagi) dan Hulu Langat pada 6 Mac 2009 (8.00malam - 6.00pagi)
Sekian, terima kasih.
Wassalam.
MOKTAR HUSSAIN

Jawatan kosong di PLUS Expressways Berhad..

Assalamualaikum w.b.r

Syarikat saya atau lebih specific, department saya terdapat kekosongan untuk jawatan di atas. Berikut adalah secara ringkas syarat dan kelayakan yang diperlukan:

a. Ijazah dalam bidang Ukur Bahan (QS) atau Building Surveyor
b. Berumur tidak melebihi 40 tahun
c. Fresh graduate digalakkan memohon
d. Keutamaan pada lelaki dan wanita juga boleh memohon
e. Bidang tugas seperti penyediaan cost estimate, tender document, award of contract dan juga contract impelementation sehingga final account.
f. Boleh travel (out-station).
g. Tahu IT sikit-sikit
h. Base di HQ - Kelana Jaya/ Persimpangan Bertingkat Subang

Sila war-warkan kepada adik, saudara atau rakan-rakan. Kalau tuan/ puan nak apply pun boleh juga. Boleh terus hantar CV atau resume kepada saya atau e-mail saya secara peribadi untuk maklumat lanjut termasuk further details of the JD.

Sekian

AB RAZAK AHMAD
PLUS Expressways Berhad
abikhsan@yahoo.co.uk