Friday, May 29, 2009

KUIS MARA KE HADAPAN

KUIS Tandatangani MoU Bagi Program PhD Dan Membuka Pusat Kecemerlangan


Oleh Mohd Azhar Ibrahim dan Nabilah Saleh

Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) baru-baru ini menandatangani satu Memorandum Persefahaman (MoU) bersama Markfield Institute of Higher Education (MIHE) di United Kingdom, yang akan membolehkan anggota fakulti KUIS meneruskan pengajian di peringkat ijazah doktor kehormat tanpa perlu mengambil cuti panjang daripada tugas akademik mereka.

Di bawah MoU itu, yang ditandatangani oleh Rektor dan CEO KUIS Datuk Mohd Adanan Isman dan Rektor MIHE, Profesor Dr Manazir Ahsan, para pensyarah KUIS yang mahu meneruskan penyelidikan mereka bagi ijazah doktor kehormat hanya perlu mengikuti enam bulan terakhir program PhD di kampus MIHE di Markfield, Leicestershire, England.

"Program penyelidikan ijazah doktor kehormat ini yang terbahagi kepada dua, dan akan bermula pada September, membolehkan kakitangan fakulti, akses kepada penyeliaan akademik dan kemudahan di MIHE dalam pelbagai subjek, terutama bidang pengajian Islam," kata Mohd Adanan.

Dalam ucapan beliau, pengarah KUIS Profesor Dr Sidek Baba menarik perhatian bahawa Islam menggalakkan perbincangan akademik antara pelbagai tamadun dan budaya.

"Pengajian Islam tidak boleh dilaksanakan dengan memencilkannya daripada masyarakat yang lebih besar," kata Dr Sidek.

Menurut Dr Sidek, kemajuan sering kali terhasil daripada idea-idea berlainan daripada yang lazim diterima. Kemunculan idea-idea baru dan yang membawa kemajuan bermakna kita perlu meninggalkan zon selesa kita dan meneroka apa yang tidak diketahui.

"Adalah sangat penting bagi institusi-institusi Islam untuk menjalin kerjasama dengan Barat. Selaras dengan itu, MoU harus dilihat sebagai permulaan visi dan wawasan kolej ini ke arah membangunkan kerjasama dengan Barat," kata Dr Sidek.



MENGHUBUNGKAN UMAT ISLAM DENGAN YANG LAIN

Dr Manazir berpendapat bahawa institusi pengajian tinggi Islam mempunyai tanggungjawab untuk dipenuhi, dalam cara mereka tersendiri, iaitu bagi keperluan masyarakat yang lebih besar di mana mereka berada.

"Jika anda benar-benar mahu menyaksikan perubahan, anda perlu mendekatkan diri dengan mereka yang berlainan dari anda," kata Dr Manazir kepada Bernama selepas majlis menandatangani perjanjian itu.

Markfield Institute of Higher Education, yang memiliki satu-satunya perpustakaan Islam di Eropah, dikendalikan oleh Yayasan Islam UK yang berfungsi sebagai sebuah pusat utama yang menggalakkan dialog antara agama antara warga Islam Britain dan rakyat bukan Islam.

MIHE berpotensi untuk muncul sebagai antara pusat terkemuka di Eropah bagi pengajian ijazah lanjutan mengenai Islam dan dunia Islam.

Dengan bekerjasama dengan University of Loughborough dan University of Portsmouth di United Kingdom, ini merupakan institut akademi Islam pertama yang mahu membina hubungan antara umat Islam dengan yang lain dengan menggalakkan persefahaman lebih baik mengenai Islam di Barat menerusi dialog-dialog proaktif antara agama dan budaya berlainan.

"Selepas insiden 11 Sept (2001), wujud persepsi negatif terhadap komuniti Islam di Barat. Kita perlu memastikan perspektif yang betul dengan melibatlan diri dalam dialog-dialog proaktif supaya mereka di Barat faham yang budaya kita bukanlah budaya konflik dan keganasan," kata Dr. Manazir.

"Krisis kewangan global semasa membawa peluang terbaik bagi umat Islam menunjukkan bagaimana sistem kewangan dan perbankan seperti yang diamalkan Islam adalah lebih adil dan saksama kepada masyarakat. Tetapi kita perlu melakukan ini dengan menggunakan istilah-istilah moden yang setara dengan istilah Arab, yang Barat mungkin mendapati mengelirukan," kata Dr Manazir.

"Sudahpun, mula wujud kesedaran dalam kalangan pihak tertentu di Barat bahawa, penyelesaian kepada krisis kewangan semasa yang dihadapi dunia ialah berdasarkan konsep perkongsian keuntungan dan risiko yang termasuk di dalam perbankan dan kewangan Islam," jelas beliau.



STATUS UNIVERSITI PENUH

KUIS, yang ditubuhkan sebagai sebuah kolej swasta pada 1995, merupakan sebuah anak syarikat milik penuh Majlis Agama Islam Selangor (MAIS).

Di kampus seluas 42.1-ha di Bandar Seri Putra dekat sini, lebih kurang 5,000 penuntut termasuk 180 penuntut antarabangsa dari negara-negara Asean dan juga dari Afrika dan China, sedang mengikuti 42 disiplin akademik daripada pengajian peringkat asas hinggalah program ijazah sarjana.

Dalam meneruskan dengan wawasannya untuk muncul sebagai sebuah Institut Pengajian Tinggi yang disegani di peringkat antarabangsa, KUIS juga mengadakan program bersama dengan universiti di Ireland, London, United Kingdom, Mesir dan Australia.

Menurut Mohd Adanan, KUIS sedang menuju ke arah menjadi sebuah universiti penuh pada akhir 2010.



KUIS LANCAR PUSAT KECEMERLANGAN

Sementara itu, KUIS hari ini melancarkan Pusat Kecemerlangannya (CoE).

Pengarah CoE KUIS Shaya'a Othman ketika ditemui Bernama berkata fungsi CoE ialah sebagai pemangkin pusat kecemerlangan ilmu KUIS dalam aspek pembangunan organisasi dan insani.

Shaya'a menjelaskan bahawa antara program yang bakal dilaksanakan CoE ialah memberi khidmat pakar runding dan latihan kepada organisasi luar - tempatan dan luar negara.

Ini sejajar dengan kelebihan KUIS yang menyediakan pelbagai kursus pengajian dalam bidang seperti perniagaan, teknologi maklumat, perundangan, kewangan, komunikasi dan pengajian Islam.

Disebabkan itu KUIS memperkenal agenda KUIS BEST - pelajar terbaik, pensyarah terbaik, kemudahan terbaik dan petugas terbaik.

"Sehubungan itu, CoE akan berusaha mempersiap KUIS ke arah itu dan agenda KUIS BEST merupakan antara sasaran awal yang akan dilaksanakan," katanya.

Bagi memastikan CoE ini efektif, sebelum penubuhannya unit kajian PPP mengadakan lawatan ke negara-negara seperti Indonesia, Kazakhstan dan Turki untuk mempromosi KUIS.

Katanya antara universiti yang bersetuju menandatangani MoU dengan KUIS ialah Universitas Gadjah Madha, Universitas Andalas, Universitas Sharif Hiyatullah dan Universitas Yafsir.

CoE yakin dapat memberikan tumpuan sepenuhnya dalam menambah baik kualiti pendidikan di KUIS dengan adanya objektif yang jelas untuk mengubah dan membangun organisasi muslim dalam aspek sistem pengurusan, penyelidikan dan pembangunan.

"Pada masa akan datang, saya berharap KUIS tidak lagi hanya melahirkan graduan yang memenuhi pasaran pekerjaan tetapi sebaliknya melahirkan graduan yang mampu mencipta peluang pekerjaan dan perniagaan," kata Shaya'a penuh optimis.

BERNAMA

MAKLUMAN : GOTONG ROYONG SIRI 4

TARIKH : 30.5.2009 (SABTU)
MASA : 8.00 PAGI
TEMPAT : PONDOK KAWALAN 1, JALAN MAHKOTA 5, SEKSYEN 5

Progam akan diadakan bagi melaksanakan kerja-kerja membina papan tanda menggunakan batu bata dipersimpangan masuk jalan mahkota 5.

Semua warga Sek 5 yang berkesempatan dijemput untuk turut serta.

sekian,

Friday, May 22, 2009

MAKLUMAN : GOTONG ROYONG SIRI 3

Gotong Royong siri 3 akan dijalankan seperti berikut:

Tarikh : 23.05.2009 (Sabtu)
Masa : 8.00 Pagi
Tempat berkumpul : Pondok Kawalan Jln BM 5/12

- Membersihkan sisa tertinggal di hujung jalan (corner TNB) dari siri 1
- Membersihkan longkang tersumbat.

Sila bawa peralatan yang bersesuaian untuk program tersebut.

"jom turun ramai-ramai"

Sekian,

KEJADIAN PETANG HARI

Lebih kurang jam 4.30 petang 21.5.2009 jiran kita telah kehilangan sebuah generator dan sebiji bateri kereta di dalam kawasan pagar rumah beliau. Kejadian berlaku di Jln BM 5/21.Disyaki telah dimasuki dan diambil oleh org yang tidak dikenali. Sewaktu kejadian isteri dan anak-anak mangsa berada di dalam rumah.

Dengan itu, di harap semua penghuni seksyen 5 memastikan keselamatan rumah yang ditinggalkan pada siang turut diambil perhatian. Kejadian kecurian ini boleh berlaku tidak mengira masa dan apa yang lebih penting adalah keselamatan penghuni itu sendiri...

Kita tidak mahu kejadian di Ipoh yang mana telah mengorbankan 3 nyawa tidak berdosa, berlaku disekeliling kediaman kita

sekian,sila ambil perhatian..

Thursday, May 21, 2009

BERWASPADA - PENCURI KERETA KEMBALI !!

Sumber dari putra-mahkota forum.....

Kecurian kereta makin menjadi-jadi dan kali ini yang menjadi sasaran adalah:-

1.1. Pada 21 Mei 2009 dialamat No. 21, Jalan Seri Putra 3/Q – Skim D’Sentral 6A.

1.2. Kereta jenis Honda Civic 2.0 bernombor WSD 565 warna kelabu.

1.3. Kereta diletakkan di dalam parkir rumah.

1.4. Pintu pagar berkunci dan mangganya telah dipotong.2.

Dipercayai masa kehilangan adalah diantara jam 2.00 pagi hingga 6.00 pagi, kerana tuan rumah balik kerumah pada jam 2.00 pagi dan apabila hendak keluar ke tempat kerja lebih kurang jam 6.30 pagi mendapati keretanya telah tiada.

Untuk maklumat, pada tarikh yang sama sebuah kereta jenis Honda Civic 2.0 juga telah kecurian di Bukit Mahkota dan 2 buah rumah telah dipecah masuk. Sila maklumkan kepada semua jiran-jiran supaya lebih berjaga-jaga dan diperhatikan masih terdapat banyak kereta-kereta dibiar/diletakkan di luar rumah seperti kereta-kereta mewah/menjadi pilihan yang memberi galakan dan minat kepada penjenayah-penjenayah untuk peluang mereka mencuri.Sekian, terima kasih.

Norizan bin Hj SulaimanEksekutif (Keselamatan)BHDSB
019-378 3778nsizan@umland.com.my

Untuk warga seksyen 5 , minta perhatian atas apa yg telah berlaku di atas, kita tidak mahu perkara tersebut berlaku di kawasan seksyen 5, dengan itu sila lakukan pencegahan awal yang terbaik bagi mengatasi daripada perkara ini berlaku.

Wednesday, May 20, 2009

Sekitar Mesyuarat Persatuan Penduduk Sekyen 5 Bil.4


Mesyuarat kali ke-4 Persatuan Penduduk telah dilaksanakan pada 15 Mei 2009 (Jumaat).

Antara perkara yang dibincangkan :-

1) Menerima perletakan jawatan 2 AJK dengan bersebab.

a) Ust Moktar Hussain
b) Hj.Abu Bakar Ashaari

seterusnya mesyuarat membuat perlatikan 2 AJK lantikan yang baru

a) Sdr. Ariff Hashim - No.43 Jln BM 5/27
b) Sdr. Md Helmee Abu - No.25 Jln BM 5/15

2) Laporan Kewangan persatuan

- Baki pada 15.5.2009 - RM 99.00
- Mendapat persetujuan mesyuarat kepada bendahari untuk membuka akaun bank persatuan
- Bakal mengemaskini kutipan yuran ahli
- Persetujuan memulakan pembukaan akaun (Kunci kira-kira) persatuan bermula 1.1.2009 (akan dipantau oleh pemeriksa kira-kira)

3) Merancang untuk mejalankan Program Gotong Royong Perdana Seksyen 5

- Tarikh : 27 Jun 2009
- Barisan jawatankuasa program dilantik :-

Penasihat : Sdr Mamat Endut
Pengerusi : Sdr Zulkifli Ambak
Setiausaha : Pn Rogayah Mat Rosely
Bendahari : Sdr Mokhtarudin Abdul Majid
Peralatan : Sdr Mohd Nor Baharom
Jamuan : Sdr Mohd Shah Ibrahim

Antara rungutan dan aduan yang sedang dalam perhatian PPS5

-masalah bau sampah
-masalah bongol jalan
-masalah keselamatan
-masalah gangguan warga asing

Jawatankuasa persatuan penduduk sesi 2008-2009 berharap dapat menerima sokongan padu ahli-ahli bagi melaksanakan segala perancangan aktiviti setempat.

Untuk pengaduan dan cadangan sila kemukakan terus kepada Biro Pengurusan & Perhubungan awam (Sdr Zulkifli Ambak 017-3761584) dengan menyerahkan borang aduan yang lengkap.


Tuesday, May 19, 2009

Pengumuman : Gotong royong perdana Sek5, Bdr Bukit Mahkota :27 Jun 2009


Salam ukhuwah,

Insya-allah, Jawatankuasa penduduk Sek5, Bdr Bukit Mahkota akan mengadakan Gotong Royong Perdana Sek5, Bdr Bukit Mahkota

Tarikh : 27 Jun 2009 (Sabtu)
Masa : 8.00 pagi ~ 1.00 tgh
Tempat berkumpul : Pondok kawalan keselamatan Sek5, Bdr Bkt Mahkota.
Anjuran : Jawatankuasa Penduduk Sek5, Bdr Bukit Mahkota.

Jumpa disana..sama-sama kita hargai kebersihan persekitaran.
Kami juga mengalu-alukan sumbangan tuan/puan bagi menjayakan program tersebut.

Sekian.
Salam hormat.

Jawatankuasa Program Gotong Royong Perdana Sek5,
Bandar Bukit Mahkota.

Tuesday, May 12, 2009

Gambar-gambar Gotong Royong 09/06/09

Gotong Royong 09/06/09. 8.30am


"ada pergi sekolah ke?"
Signboard dah ada, tetapi sampah masih dibuang.
"macam mana nak start ni?? bakar saja.."
ada sofa, tilam, karpet, akuarium, makanan basi, mangkuk tandas pun ada!!
"siapa renovate rumah buang batu kat sini?"
batu-batu ni tak boleh bakar, angkat buang tempat lain..


"ikat kat pokok tu.."
hampir siap.. barrier tape pun dah pasang.
"sendiri mau ingat"
kalau masih tak faham dan masih nak buang sampah disini.

Monday, May 11, 2009

Rakyat bersih Mahkota5 Sihat...

Salam ukhuwah,

1. Tema 'Rakyat Bersih Negara Sihat' menekankan bahawa untuk memastikan negara indah dan sihat, rakyat mestilah terlebih dahulu menyanjung tinggi kebersihan sebagai sebahagian yang penting dalam amalan kehidupan kita. Kebersihan hendaklah dijadikan sebahagian daripada budaya bangsa, budaya yang bukan sahaja diperkatakan tetapi juga diamalkan dalam kehidupan harian. Sebenarnya tidak ada jentera atau pentadbiran yang boleh membersihkan keadaan sekeliling jika rakyat mengotorkannya sepanjang masa. Walaupun diadakan pasukan pembersih yang amat besar, keadaan kotor akan terus ada jika kita selalu mengotorkan persekitaran kita. Kebersihan alam sekeliling banyak bergantung kepada setakat mana orang ramai sanggup mengurangkan perbuatan yang mengotorkan sekeliling kita.

2. Hanya yang boleh menjamin kebersihan ialah sikap kita terhadapnya. Jika kebersihan sudah menjadi sebahagian daripada budaya kita iaitu satu tabiat yang ada pada tiap seorang daripada kita, jika kita pandang serong dan keji akan amalan yang tidak bersih, maka tanpa apa-apa jentera penguatkuasa keadaan alam sekeliling akan menjadi bersih.


3. Apabila kebersihan sudah menjadi darah daging atau sebati dengan kita rakyat Malaysia, apabila kita tidak boleh 'tolerate' bau busuk dan kekotoran, apabila kita berasa malu jika kita kotor dan mengotorkan alam sekeliling, maka dengan sendirinya kekotoran akan berkurangan dan pencemaran tidak lagi akan menjadi masalah serta beban yang berat kepada masyarakat.




4. Adakah artikel 1,2&3 diatas telah dihayati oleh mereka yang tidak bertanggungjawab yang membuang sampah "haram" di kawasan larangan membuang sampang di simpang masuk ke sek5?. Usaha gotong-royong bersepadu telah dilaksanakan oleh jawatankuasa penduduk sek5 pada hari sabtu lepas (09-05-2009), namun sikap mereka yang masih lagi tidak prihatin dengan membuang sampah ditempat yang telah diersihkan sepertimana gambar dibawah ini amatlah dikesali.











Suasana Bersih & indah setelah gotong-royong dilakukan pada sabtu/09-05-2009





Sampah masih lagi dibuang di kawasan larangan membuang sampah

(gambar diambil oleh warga mahkota5 prihatin pada malam ahad/10-5-2009)

sama-sama kita jaga persekitaran bersih@mahkota5..

Disediakan oleh:

Jawatankuasa Biro Pengurusan & perhubungan awam,

Persatuan Penduduk sek5,

Bdr Bukit Mahkota.

Saturday, May 9, 2009

Gotong Royong d'mahkota5 @19-05-2009

assalamulaikum,



alhamdullilah, sejak pagi lagi bermula jam 8.30pagi sabtu/09-05-2009, j/kuasa penduduk sek5 yang diketuai oleh sdr mamat telah menjalankan aktiviti gotong royong d'mahkota5 terutamanya untuk membersihkan sampah "haram" yang dibuang di simpang masuk ke sek5 selepas premis TNB. Selain itu juga, gotong royong ini juga bermatlamat untuk membersihkan persekitaran bebas denggi.Dilaporkan terdapat 6 kes denggi telah direkodkan di mahkota5.


Terima kasih diatas kerjasama semua yang terlibat menjayakan program gotong royong ini.


Insya-allah, kita juga merancang diadakan program gotong royong ini sebagai aktiviti kemasyarakatan dari semasa ke semasa.Kami mengharapkan penglibatan semua didalam memelihara persekitaran bersih & ceria.





sekian utk makluman semua.





salam hormat,


J/kuasa Pengurusan & Perhubungan awam,
Persatuan Penduduk sek5,
Bandar Bukit Mahkota.

Wednesday, May 6, 2009

Kami mahu lampu jalan@ bukit mahkota..

Taman Bukit Mahkota gelap


TAMAN Bukit Mahkota, Seksyen 2, Bangi hanya indah pada waktu siang tetapi gelap dan menakutkan penduduk pada sebelah malam kerana lampu jalan tidak berfungsi. - UTUSAN/MOHD. FARIZWAN HASBULLAH


BANGI 29 April - Kami mahu lampu jalan! Itulah yang diharapkan oleh penduduk yang tinggal di taman perumahan Bukit Mahkota, Seksyen 2 di sini kepada pemaju perumahan tersebut.

Permintaan mereka dibuat semata-mata kerana bimbang terhadap kejadian jenayah yang semakin menjadi-jadi di situ. Sekurang- kurangnya, mereka berharap, dengan adanya lampu yang menerangi jalan dan sekitarnya akan membuatkan orang berfikir dua kali untuk meneruskan niat jahat mereka.

Penduduk berpendapat, ketiadaan lampu jalan di kawasan tersebut menyebabkan penjenayah berani untuk melakukan kegiatan mereka di kawasan kediaman itu.

Bagaimanapun, masalah mereka itu umpama tiada siapa yang peduli. Menurut penduduk, mereka telah mengadukan masalah lampu itu kepada pemaju, namun sehingga kini pihak pemaju masih belum mengambil apa-apa tindakan berhubung perkara itu.

Seorang penduduk, Azlan Abdul Aziz, 42, berkata, dia telah kehilangan kereta tiga bulan yang lalu.

"Saya percaya kejadian tersebut berlaku sekitar 4 pagi. Saya dan keluarga tidak sedar kejadian tersebut kerana saya tidak mendengar sebarang bunyi yang mencurigakan.

"Kejadian hanya disedari ketika saya hendak keluar dari rumah apabila mendapati kereta saya sudah hilang," katanya ketika ditemui.

Seorang lagi penduduk, Muhd. Hazlan Hamzah, 31, berkata, rumahnya pernah dipecah masuk oleh penjenayah melalui pintu dapur.

"Bila saya masuk rumah, barang-barang sudah bersepah. Penjenayah tersebut turut meninggalkan pisau di sofa.

"Penjenayah itu mengambil komputer riba serta barang kemas isteri dan anak-anak. Kesemua barang-barang yang diambil bernilai kira-kira RM7,000," ujarnya.

Selain itu, ketiadaan lampu jalan turut menjadikan kawasan sekitar perumahan itu sebagai port sesuai bagi sebilangan remaja melakukan perbuatan sumbang dan juga tempat menggunakan dadah.

Menurut Marban Taliban, 46, ketika melakukan pemantauan bersama beberapa rakan-rakannya mereka pernah menangkap pasangan remaja melakukan perbuatan sumbang di bangunan pencawang elektrik berdekatan di taman itu.

Selain itu tambahnya, sebuah bilik gerakan yang masih belum digunakan di kawasan itu turut menjadi tempat bagi pasangan kekasih melakukan perkara yang tidak sepatutnya.

"Keadaan yang gelap di kawasan tersebut menyebabkan sesetengah penduduk dan juga pelajar dari kolej yang berdekatan memilih tempat itu untuk berkelakuan tidak senonoh," katanya.

Seorang lagi penduduk, Muhd. Ghazali Mustaffa, 41, berharap pihak pemaju dapat memasang lampu jalan dan juga pemantul cahaya di kawsan perumahan tersebut dengan kadar segera.

"Untuk keselamatan semua penduduk di kawasan ini, lampu-lampu jalan perlu dipasang untuk mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku," jelasnya.

Tuesday, May 5, 2009

Risalah Ar_raudah : Tanggungjawab & amanah...




Assalamualaikum,

Syabas diucapkan kepada Jawatankuasa Surau Ar-Raudah sek5 diatas penerbitan siri 1-Risalah AR-Raudhah yang julung kalinya diedarkan sempena hari jumaat & cuti am Hari Pekerja 1 mei 2009. Begitu jga dengan perlantikan pengerusi & jawatankuasa baru suarau ar-raudah sesi 2009-2010.