Tuesday, June 30, 2009

SK Bandar Bukit Mahkota ???


Assalamualaikum,
Pada tanggal 29/06/2009 merupakan hari yang bersejarah bagi semua penduduk sekitar bandar seri putra , bandar bukit mahkota & taman impian putra dimana sek. ren. keb. bandar seri putra telah dibuka secara rasminya. Walaupun tertangguh selama 6 bulan, namun penantian pembukaannya disambut dengan rasa syukur kehadrat Allah swt.

Pengerusi penaja PIBG SK Bandar seri putra, Mejar Qayyum memaklumkan berkaitan mesyuarat agung PIBG akan diadakan dengan segera selewat-lewatnya 2 minggu lagi bagi mendapatkan maklum balas daripada ibu bapa dan penjaga berkaitan dengan permasalahan berkaitan pembukaan SKBSP ini.

Apa pula ceritanya dengan perkembangan SK Bdr BukitMahkota pula?.Tahun 2007, telah diwujudkan Jawatankuasa Bertindak Pembinaan SK Bdr Bukit Mahkota yang meliputi semua seksyen di Bandar Bukit Mahkota. Persoalannya kemanakan jawatankuasa tersebut?.Sekiranya masih lagi belum ada apa-apa perkembangan berkaitan permohonan pembinaan SK Bdr Bukit Mahkota,maka tanggungjawab tersebut perlulah dipikul oleh setiap pengerusi persatuan penduduk di Bandar Bukit Mahkota. Disamping itu, kerjasama yang padu juga diharapkan daripada pemaju Araprop Development Sdn Bhd bagi tujuan tersebut. Marilah kita bersatu memulakan langkah awal dengan pembentukan semula Jawatankuasa penaja Persatuan Induk Bandar Bukit Mahkota bagi menyelaraskan permohohan pembinaan SK Bdr Bukit Mahkota.

Semasa program gotong royong perdana Sek5, Bdr Bukit Mahkota, ADUN bangi , Dr Shafie Abu Bakar ada menyentuh berkaitan perkara ini sekilas lalu. Sokongan semua amatlah diharapkan.


Beberapa coretan yang berkaitan keperluan pembinaan SK Bdr Bukit Mahkota?

Pengirim : ab razak <abikhsan@yahoo.co.uk>
1. Assalamualaikum w.b.r

Tahniah atas pembukaan SK Bdr Sri Putra (SKSP) yang secara rasminya beroperasi pada 29 Julai 2009. (Original scheduled is on Januari 2008 - banyak LAD kena impose to contractor is no Extension of Time granted).

Keceriaan jelas terbayang pada wajah pelajar, ibu bapa dan guru sewaktu sesi taklimat dan gotong royong on 27 Julai dan juga day 1 on 29 Julai. Tahniah kepada SK Bangi kerana berjaya dalam proses pemindahan yang teratur terhadap pelajar dan guru-guru. Apa yang saya kagum ialah SK Bangi telah membuat kelas simulasi perpindahan iaitu empat kelas pertama telah dikhususkan untuk perpindahan. Ini bermakna pelajar dan guru yang mengajar dalam kelas tersebut beserta buku-buku akan digunakan di SKSP. Mereka tidak akan menjadi asing di sekolah baru nanti.

Memandangkan sekolah baru siap dan masih ada kerja-kerja minor oustanding dan rectification works, diharap guru-guru dan ibu bapa perlu menasihati pelajar untuk tidak terlalu aktif dan nakal dipersekitaran sekolah. Kerana beberapa jentera ringan masih ada di persekitaran sekolah. Yang menjadi masalah mungkin laluan hadapan sekolah (jalan utama) yang agak sempit dan day 1 semalam sudah nampak kesesakkan yang ketara di hadapan sekolah (mana-mana sekolah kat Malaysia facing this problem - typical)

Apa yang saya ingin kongsikan di sini ialah adakah SKSP boleh menampung bilangan pelajar dari kawasan persekitaran seperti Bkt Mahkota, Sri Putra dan Impian Putra. Pada asalnya pelajar dari Impian Putra maintained di SK Bangi. Tapi nampak tidak logik kerana Impian Putra only walking distance from SKSP. Bantahan telah dibuat oleh Impian Putra dan ia dimasukkan sebagai 'kariah' SKSP.


Sewaktu taklimat, Guru Besar telah maklumkan maksimum bagi setiap kelas hanya 48 orang pelajar sahaja (to facilitate tables and chairs for student). Bila anak saya balik semalam, dia kata ada pertambahan 4 orang pelajar dalam kelas 4 Seroja. Saya tak pasti dalam kelas 3 Seroja anak saya yang sorang lagi. Anak lelaki saya buat lawak mungkin 4 orang lagi akan duduk kat koridor luar. Saya sempat singgah di Pejabat Am untuk bertanyakan pendafataran Tahun 1 sesi 2010. Jumlah yang didaftarkan amat 'menakutkan'. Ini bermakna berdasarkan congakkan saya, Tahun 1 next year akan menjadi di antara 8 hingga 10 kelas. Sedakangan kini kelas tahun 1 hanya untuk 4 kelas sahaja.

Memang tidak dinafikan pertambahan pelajar diluar jangkaan. Secara amnya, ini merupakan masalah umum di Malaysia apabila gagal membuat perancangan maybe untuk 15-20 years instead of planning for 2-3 years. Macam public transport juga, perancangan untuk 5 years and now banyak stesen PUTRA dan sesak sangat, STAR pun sama even KOMUTER lagi worst. Nak tambah koc tak boleh sebab platform tak boleh cater the longer train. Sama juga peracangan untuk perumahan tempatan, industri dan sebagainya. Ini sebagai contoh sahaja.

Berbalik kes SKSP, hanya ada dua blok akademik sahaja yang mempunyai 32 kelas yang boleh memuatkan bilangan pelajar sebanyak 48 max. Ini merupakan satu cabaran baru kepada guru SKSP dan juga PPD Hulu Langat pada tahun depan dan 2 sesi sekolah akan dilaksanakan.

Berdasarkan senario di atas, adalah amat perlu agar Bukit Mahkota mempunyai sekolah sendiri. Walaupun PPD kata sudah layak untuk ada sekolah bagi certain bilangan penduduk, tapi the final say tetap di tangan Kementerian Pelajaran as a client berdasakan keutamaan serta budget. Tanggungjawab pemaju hanya perlu menyediakan tapak sekolah sahaja berdasarkan peruntukan Akta Perancangan Bandar Dan Desa dan Akta Kerajaan Tempatan (Akta 171 dan 172). Tapi sesetengah pemaju hanya sediakan tapak sahaja dan selebihnya dibiarkan penduduk yang uruskan. Pemaju agak angkuh padahal dengan adalanya sekolah atau public facilities akan menambahkan value added properties dan merancakkan jualan. Ini yang dilakukan oleh UMLand dengan berjaya menarik pelbagai kemudahan awam di Sri Putra.


Sekian

Wassalam...

p/s - sekadar pendapat 1 sen dari tax payor citizen...



2. Sebelum ini saya ada menalipon PPD Hulu Langat dan SK Bangi. Dan tiada tarikh sebenar perpindahan pelajar. Dalam web site SK Bangi juga ada update but it's not convincing.


Well, nampak mudah kan... projek lambat siap and moving target again and again for perpindahan. . Macam tak ada salah apa-apa pun.Sebenarnya tahu tak tuan/ puan dan guru-guru sekalian serta pegawai di PPD or JPN or Kementerian Pelajaran, apabila projek lambat siap, maka kos akan meningkat. Kos dari segi bahan binaan, buruh dan juga supervision fee untuk Site Engineer dan juga consultant team mcm Arkitek, QS dan sewaktu dengannya. Belum kira kos pentadbiran yang lain. No wonder bila projek gomen kos akan meningkat dan almost double from the original contract sum. Tak apa kerana duit pembayar cukai akan menjadi galang gantinya. Ini pengalaman saya yang terlibat secara langsung dalam projek pembinaan dan tender. Walaupun ada clause Liquidated And Ascertain Damages (LAD) yang kontraktor kena bayar sebab lambat siap or handover pada klien (Kem Pelajaran), harap-harap clause tu dikuatkuasakan.

Dan yang menjadi mangsa adalah para pelajar. Kesiankan, masa depan anak-anak Malaysia. Apa susah sangat projek tu... Bukan buat bangunan 100 tingkat atau design bawah tanah. It's only simple design for school ma.... Di SK Bangi bilangan pelajar satu kelas average 40 - 45 pax. Bayangkan macam mana pelajar dan guru boleh beri perhatian. Hasilnya yang bijak akan terus ke depan dan yang lemah akan terus terpinggir.

Kenapa projek untuk masa depan anak-anak tidak diletakkan sebagai top priority for comencement and completion. Patut letak bintang kat file projek, to be completed timely otherwise ...... Tapi kalau projek mewah yang lain.... boleh pulak siap..

Sikit pasal SK Sri Putra, menurut laporan mesyuarat PIBG SK Bangi yang lalu, didapati pendaftaran pelajar sudah mencapai atau melebihi tahap maksima. Untuk sesi 2010 kalau sempat siap, terpaksa diadakan dua sesi dan purata pelajar setiap kelas masih in the range of 40 - 45 per class. Ini yang ado ni... manakala SK Bangi akan back to morning session. La ini dah jadi wal hasil balik asal or pi mai pi mai tang tu..... With this fact, memang worth untuk bina satu lagi sekolah kebangsaan kat Bukit Mahkota. Tunggu apa lagi... lets fight for it....

Dulu masa kecil dengar statement tahun 2000 semua sekolah satu sesi lepas tu dalam kelas cuma ada pelajar 20 hingga 25 saja. Entah bila la impian ni jadi kenyataan. Do say that I have to enroll in private shool to enjoy this privilage.

Sekian
p/s - The above statement is free from any political infulence.

Monday, June 29, 2009

Program Gotong Royong Perdana

Gambar-gambar Program Gotong Royong Perdana.
Seksyen 5, Bandar Bukit Mahkota
27 Jun 2009


Bahagian 2_Makan "Time"

apa lagi .. makannn..



lagi meriah dari open house..

makan kak .. jangan malu malu



nasik lemak



karipap pusar


airnya mesti sejuk..

dan banyak lagi...
Lihat

Taklimat Takaful untuk Badan Khairat kematian @ Surau Ar-Raudah



Assalamualaikum,

Dimaklumkan satu taklimat penerangan caruman takaful berkelompok untuk
Badan Khairat Kematian di Surau Ar-Raudhah Sek5, Bdr Bkt mahkota.

Tarikh : Isnin/29-06-2009
Masa : Selepas solat isyak
Penyampai : wakil Takaful Ikhlas

Semua muslimin dan muslimat dijemput hadir.

Iklan Mahkota5 bil 3/2009 : Produk suci & halal @ Hijrah Halal Mart



Salam.

Kunjungilah Hijrah Halal Mart untuk mendapatkan produk yang suci dan halal, Halal Mart menyediakan pelbagai barangan Muslim yang suci lagi halal.
Untuk yang mahu melihat serta mengenali produk hijrah halal mart ,sila berkunjung ke
http://hijrahhalalhub.blogspot.com

SK BDR SERI PUTRA DIBUKA 29 JUN 2009...



Alhamdullilah, SK Bandar Seri Putra, bangi dibuka secara rasminya hari ini, Isnin/29-06-2009
dengan satu sesi persekolahan.
Jawatankuasa Penduduk Sek 5, Bdr Bukit Mahkota ingin mengucapkan tahniah dan selamat memulakan persekolahan di SK Bdr Seri Putra kepada semua anak-anak warga mahkota5.
Semoga ilmu yang diperolehi selaras dengan motto sekolah iaitu BERILMU,BERUSAHA dan BERBAKTI
bagi menjadi insan yang beriman dan diberkati Allah swt.

Salam hormat,
Biro Pengurusan & Perhubungan Awam,
JK Penduduk Sek5,
Bdr Bukit Mahkota.

Iklan mahkota5 bil 2/2009 : Design Blog @ web...



Salam
Kepada kawan2 di bukit mahkota atau dimana sahaja, syarikat saya sedang buka satu peluang memiliki blog sendiri yang mana kami akan design blog anda dan memasukkan blog anda dalam link BLOG MEGA kami tak lama lagi.
Sesuai untuk orang yang ingin berniaga, atau berniaga part time atau yang nak buat blog personal.
Tugas kami:
1. Design blog anda
2. Promotekan blog anda ke seluruh benua ikut link dalam Blog Mega kami.
Bayaran yang menarik dan mampu milik di kenakan.
Kelebihan menjadi rakan blogger Mecten ialah:
1. Blog anda akan bertindak mempromosikan bisnes atau apa sahaja yang anda kehendaki.
2. Kami akan promotekan blog anda menerusi network kami.
3. Anda akan berada dalam network kami ke seluruh dunia.
4. Sesiapa yang menjadi rakan blogger kami akan mendapat peluang menjana wang sehingga 3 level bagi setiap ahli baru yang masuk.
5. Maintenance untuk blog juga disediakan setiap bulan.
6. Anda berpeluang menerima 3 level bonus setiap bulan bagi setiap ahli yang buat maintenance blog dengan kami.
HARGA KAMI SERENDAH RM 100 SAHAJA.
JANGAN TUNGGU LAMA-LAMA. AYUH JADILAH RAKAN BLOGGER MECTEN DAN BUAT WANG SERTA MERTA.
PERHATIAN:
BAGI YANG SUDAH MEMPUNYAI BLOG ATAUPUN WEB JUGA BOLEH MENYERTAI RAKAN BLOGGER MECTEN.
ANDALAH PENENTUNYA!!
Hubungi
Zahir 019-6558840
Azmir 013-3407323

Iklan mahkota5 bil1/2009:Khidmat pengangkutan BAS sekolah...



Pihak MZS Trans Sdn Bhd akan menyediakan perkhidmatan pengangkutan BAS SEKOLAH dari seluruh kawasan Bdr Seri Putra dan Bdr Bukit Mahkota ke SK Bdr Seri Putra(sesi 2009),SRA Bdr Seri Putra(sesi 2010)dan ke seluruh tadika/taska yang terdapat dalam kawasan tersebut.Selain itu pengangkutan ke sekolah-sekolah di sekitar Bdr Baru Bangi turut disediakan merangkumi SK/SMK Bdr Baru Bangi(Jln 2),SK Jln 6,SK/SMK Jln 4 dan SK/SMK Jln 3..
Untuk pertanyaan lanjut sila hubungi 0176334414/0162666513(zul).

Terima Kasih.

Jemputan Mendaftar sebagai ahli Koperasi Kejiranan Bandar Seri Putra, Bangi Berhad (KOJIRA)



Salam semua warga Bandar Seri Putra, Persatuan Penduduk Bandar Seri Putra (PPBSP) telah memohon untuk menubuhkan koperasi di Bandar Seri Putra. Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) telah meluluskan permohonan PPBSP padasurat yang bertarih 27hb April 2009. Koperasi ini dinamakan sebagai Koperasi Kejiranan Bandar Seri Putra Bangi Berhad (KOJIRA).

Tujuan utama KOJIRA ditubuhkan adalah untuk mengadakan aktiviti kejiranan yang bercorak ekonomi di Bandar Seri Putra dengan pengurusan penduduk Bandar Seri Putra. Ahli merupakan pengguna akan mendapat kemudahan dan tawaran harga yang amat berpatutan melalui produk dan perkhidmatan yang ditawarkan KOJIRA. Dalam surat kelulusan penubuhan oleh SKM, tiga aktiviti ekonomi yang dicadangkan adalah Pasar Mini, Kawalan Keselamatan dan Pusat Tuisyen.

Untuk merealisasikan penubuhan KOJIRA, kita periu mendapat dan mendaftarkan ahli untuk mengadakan Mesyuarat Agung Permulaan (MAP) sebelum 27hb Julai 2009. Satu jawatankuasa penaja telah ditubuhkan dan memutuskan bahawa mesyuarat agung tersebut akan diadakan pada hari Ahad, 5 Julai 2009 jam 2:30 petang di Kolej Universiti lslam Selangor, Bandar Seri Putra, Bangi. Bayaran ahli yang dicadangkan adalah sebanyak RM20.00 dan harga seunit syer yang dicadangkan adalah RM100.00.

Oleh itu, sekiranya anda adalah rakyat Malaysia yang berumur 17 tahun ke atas dan merupakan ahli penduduk Bandar Seri Putra, anda layak mendaftar sebagai ahli Koperasi Kejiranan Bandar Seri Putra Berhad. Sila isikan borang pendaftaran yang dilampirkan dan hantarkan samada kepada AJK penaja yang disenaraikan sebelum 1 Julai 2009. Marilah kita bersama menjayakan Koperasi Bandar Seri Putra Bangi Berhad (KOJIRA).

Dr. Hj. Ahmad Roslan Bin Johari.
Pengerusi Jawatankuasa Penaja Koperasi Kejiranan Bandar Seri Putra Bangi Berhad(KOJIRA)

Nota :
1. salah satu usaha yang baik yang memberi manfaat kepada ahli-ahli koperasi.
Moga usaha ini dapat dikembangkan lagi ke Bandar Bukit Mahkota menerusi
Persatuan gabungan Bdr Bukit mahkota meliputi keseluruhannya.

Sunday, June 28, 2009

Program Gotong Royong Perdana S5 BBM 27 Jun 2009

Gambar-gambar Program Gotong Royong Perdana.
Seksyen 5, Bandar Bukit Mahkota
27 Jun 2009

Bahagian 1_Majlis Perasmian.

Antara yang hadir


Ucapan Pengerusi Persatuan Penduduk BBMS5
En. Mamat bin Endut


Ucapan Ahli Majlis MPKJ Zon 24
En. Mazwan Johar


Perasmian Program Gotong Royong Perdana oleh
YB ADUN Bangi, Dr Shafie Abu Bakar


Simbolik Perasmian Program


Penyampaian Sumbangan untuk surau Seksyen 4


Penyampaian Buah Tangan sebagai tanda terima kasih kepada YB


gambar-gambar selanjutnya akan menyusul.
Lihat








Friday, June 19, 2009

Tuesday, June 16, 2009

Takzirah : Penjenamaan Semula Dakwah dan Imarah Masjid

Slide2

Sesuatu yang dilakukan, hanya berbekas dan berkesan apabila ia sudah menjadi tabiat dan kebiasaan. Melaziminya dari semasa ke semasa.

Namun, tatkala sesuatu itu menjadi kebiasaan, timbul pula kesan sampingan yang baru. Kebiasaan dilakukan secara ritual hingga hilang serinya. Hilang sense of purpose pada melakukan perkara itu. Lihat sahaja nasib yang menimpa sekumpulan manusia yang kebingungan memikirkan belenggu The Ashram Cat.

Justeru, penjenamaan semula atau rebranding, bukanlah pada mendatangkan benda baru tetapi lebih kepada suntikan nafas segar, khususnya untuk menangkis tanggapan stereotaip orang ramai berkenaan subjek tersebut. Itulah asas kepada tajuk PENJENAMAAN SEMULA DAKWAH DAN IMARAH MASJID yang menjadi tajuk ceramah saya di Masjid Darul Ehsan, Subang Jaya, semalam.

UMAT DAKWAH

Slide3

Alhamdulillah.

Umat Muhammad sallallaahu ‘alayhi wa sallam adalah umat dakwah. Umat terbaik dalam sejarah manusia, kerana komitmen mereka kepada tugasan yang sebelum ini menjadi agenda eksklusif para Rasul. Umat ini adalah umat dakwah.

Istimewanya menjadi umat dakwah, adalah kerana mereka melengkapi Sunnatullah di sisi Syariatullah. Seluruh penghuni alam, diciptakan oleh Allah sebagai interdependence, saling perlu memerlukan dan jelas kelihatan pada sinergi mereka di dalam ecosystem yang ada. Manusia sebagai sebahagian daripada penghuni alam ini, diberi pilihan sama ada mahu harmoni menjadi sebahagian daripada Sunnatullah, atau menjadi makhluk asing yang cuba bersikap berdiri sendiri, berasa tidak perlu kepada orang lain dan tidak diperlukan oleh orang lain lalu hidup secara nafsi nafsi.

“Kubur masing-masing,” adalah slogan kelompok manusia sebegini.

Jika sombongnya di tahap itu, pesan sahaja kepadanya, “mati esok pergi ke kubur sendiri, masuk ke liang sendiri dan kambus sendiri. Kami ada kerja lain yang perlu diberi perhatian!”

Slide4

Kerana sinergi 100, 000 orang pada menjadi nelayan, penjahit pukat, pembuat bot, penghasil minyak disel untuk enjin bot, pemandu lori dari pantai ke pasar borong, pembuat lori, penurap jalan, pesawah, pekerja kilang beras, dan sekalian yang terbabit dalam penghasilan minyak masak, bawang, asam jawa, cili, garam, gula dan segalanya, kita boleh menikmati sepinggan nasi berlauk ikan dengan hanya membayar RM4.90!

Andai manusia itu nafsi nafsi, bayangkan sahaja betapa sulitnya mahu menikmati hidangan yang sama hingga duit mungkin jatuh tiada harga.

Sekiranya kehidupan manusia memerlukan mereka untuk saling bantu membantu dalam mengisi KEPERLUAN hidup mereka, maka begitulah juga sebenarnya (bahkan lebih utama) untuk manusia saling bantu membantu dalam mengisi TUJUAN hidup mereka.

Di situlah rasionalnya DAKWAH.

Slide5

MENJELASKAN KERANGKA DAKWAH

Agar tidak berlaku pandangan yang caca merba tentang dakwah, hingga hilang hujung pangkal dalam menggarap pelbagai persoalan berkaitan dakwah, kerangka input-proses-output dicadangkan sebagai panduan.

Slide6

Input ialah persoalan yang berkaitan dengan paradigma, cara memandang dakwah. Juga perihal motif, bersangkut paut dengan niat. Semua ini penting sebagai titik tolak kepada hasrat seseorang bergiat di lapangan dakwah. Sama ada di dalam sebuah NGO, jawatankuasa masjid, sebuah kumpulan dakwah atau gerakan Islam, persoalannya adalah sama.

Semua harus bertitik tolak daripada asas yang betul.

Input yang betul tentang dakwah, akan banyak meluruskan perjalanan di dalam proses. Kumpulan yang bergiat di lapangan kebajikan, pendidikan, media, politik atau apa sahaja medan yang dipilih mengikut kemahiran dan keupayaan, mereka boleh saling melengkapkan, dan bukannya saling berperang meraikan perbezaan.

Semuanya demi hasil akhir yang mahu dicapai, iaitu membawa individu, keluarga, masyarakat, negara dan Ummah seluruhnya kepada tujuan hidup kita yang satu, mengabdikan diri kepada Allah, serta menjauhkan diri daripada segala pesaing Allah yang melampau bernama Taghoot.

NIAT

Slide7

“AMAL DINILAI BERDASARKAN NIAT,” besar sekali kedudukan Hadith ini. Ia diangkat menjadi muqaddimah kepada sejumlah besar kitab Hadith yang dikompilasikan oleh para ilmuwan Islam.

Kesan niat bukan hanya pada soal dosa atau pahala di Akhirat, malah sebelum itu, ia mempunyai pengaruh yang besar kepada sikap kita terhadap apa yang kita buat, termasuk dakwah.

Berdakwah kerana ikut-ikutan tidak ke mana.

Berdakwah kerana persekitaran, mudah mengundang putus asa. Persekitaran mungkin tidak pernah berubah malah mungkin menjadi semakin parah. Malaysia di era saya sebagai mad’u, lebih baik daripada Malaysia di era saya menjadi da’i.

Berdakwah kerana kewajipan, ia tanda penerimaan kepada suatu perintah. Tetapi melakukannya atas dasar tanggungjawab semata, memberikan tekanan dan menghilangkan keseronokan. Seumpama seorang yang bersolat, sebaik sahaja memberi salam, ungkapannya ialah “Alhamdulillah… lega dah habis sembahyang. Subuh lambat lagi!”

Lega kerana selesai, bukannya ghairah menyambut solat yang seterusnya.

Tatkala di zaman pelajar, kewajipan hanya empat. Kewajipan kepada ibu bapa, PTPTN, tunang dan dakwah. Mudah diuruskan. Tetapi semakin lama hidup kewajipan semakin bertambah. Tatkala hidup dikelilingi oleh 40 kewajipan, pasti sahaja kewajipan yang paling tidak popular ialah kewajipan dakwah.

Justeru motif melakukan dakwah, harus dicari sisi yang boleh menjadikannya inside-out. Kehebatan dan keghairahannya dirasa lantas sentiasa mahu menambah-nambah yang ’sunat’ setelah sempurna bahagian yang wajibnya.

MATLAMAT DAKWAH

Slide8

Ada umat yang sesat pada jalan penyembahan berhala.

Ada umat yang binasa pada amalan seks songsang.

Ada umat yang sengsara kerana penindasan ekonomi.

Namun di sepanjang sejarah, dengan segala kepincangan yang berubah dari semasa ke semasa, Allah Subhanahu wa Taala mendatangkan formula induk yang satu, menjadi intipati sekalian Nabi dan Rasul, seruan mereka adalah pada mengajak manusia kepada mengabdikan diri kepada Allah… TUJUAN HIDUP mereka.

Ia kunci kepada segala.

Kehidupan tanpa tujuan membatalkan segala potensi manusia, menghilangkan harga diri mereka dan menghimpunkan 1001 sebab untuk mereka binasa sambil menikmati kebinasaan itu. Justeru perlulah para pendakwah berkreativiti dalam mengumpan manusia kepada berfikir tentang tujuan hidup mereka.

MANUSIA SEBAGAI KAUSA PRIMA

Slide9

Antara manusia dan masjid, penjenamaan semula banyak bergantung kepada perubahan yang bersangkutan dengan manusia. Manusia yang mengendalikan material, justeru naik turunnya potensi material pada kehidupan, akan berkadar terus dengan susut tambah kualiti yang ada pada manusia.

Manusia perlu mengubah manusia.

Perubahan bermula dengan mengubah diri sendiri. Fokus kepada apa yang paling boleh diubah, iaitu manusia yang 100% berada di bawah kawalan setiap individu, iaitu dirinya sendiri.

Slide10Proses mengubah manusia itu, yang seterusnya dianggap berkelayakan menjana kemakmuran masjid sebagai insitusi umat, adalah proses yang sedia ada di dalam Islam.

Slide11Pemakmur masjid itu hanya bisa memakmurkan masjid apabila pandangan hidupnya terbentuk daripada keyakinannya terhadap iman kepada Allah dan Hari Akhirat.

Manusianya juga mementingkan hablun minaLlah melalui solat.

Manusianya juga mengutamakan hablun minannaas melalui zakat.

Segala cabaran yang mendatang pada menghalang proses merealisasikan sebuah masjid yang makmur, dibentengi oleh keberaniannya yang tidak takut melainkan kepada Allah.

Mudah-mudahan dengan acuan yang demikian, berolehlah mereka petunjuk dari Allah untuk diagih-agihkan kepada sekalian yang berkunjung ke rumah Allah.

HIKMAH MENTERJEMAHKAN DAKWAH

Slide13

Hikmah itu adalah ketepatan.

Menepatkan pengambilan, menepatkan pendekatan, dan menetapkan sasaran penyelesaian.

Di sinilah cabaran terbesar kepada proses dakwah. Hikmah di dalam dakwah memerlukan Imam, AJK Masjid, ahli jemaah, dan seterusnya setiap individu yang terpikul di atas bahu mereka kewajipan dakwah, untuk melapangkan dada dan meluaskan minda, membezakan di antara masalah yang kelihatan berbanding masalah yang sebenar. Masalah yang kelihatan perlu dikawal, namun masalah yang sebenar lebih memerlukan fokus perhatian.

Slide14

SARANAN

Kesimpulan kepada semua idea yang dikongsikan di bawah tajuk Penjenamaan Semula Dakwah dan Imarah Masjid, berikut adalah beberapa saranan saya untuk dinilai dan diperpanjangkan diskusi mengenainya oleh sekalian mereka yang berkapasiti untuk merealisasikannya.

Slide15MASJID MESRA REMAJA

Permulaan kepada langkah ini, adalah pada membentuk sikap positif orang-orang tua yang berada di masjid untuk menyapa dan bertanya khabar kepada anak-anak muda yang berkunjung. Kuasa kasih sayang masih belum mampu ditandingi oleh mana-mana kuasa lain. Rasa empati yang diperolehi oleh anak muda daripada sapaan orang tua berpangkat abang, bapa dan datuk kepada mereka, adalah sesuatu yang mudah diperolehi di gereja, tetapi jarang di masjid. Suatu tamparan buat kita semua.

Jika di gereja, paderi akan berdiri di pintu mengucapkan penghargaan kepada satu demi satu ‘jemaah’nya yang hadir. Di masjid kita, bisa sahaja orang yang keluar masuk masjid tidak pernah disedari oleh warga tetap masjid itu bermula daripada Imamnya hinggalah kepada jemaah di saf.

Seterusnya, adalah pada mengimbangkan di antara kuliah-kuliah yang dekat dengan selera orang tua, dengan kuliah-kuliah yang menawan hati anak muda. Sediakan juga perkhidmatan yang anak muda ‘mahu’, sebagai ‘umpan’ untuk mereka diberikan apa yang mereka ‘perlu’. Tuisyen, gelanggang sepakraga dan khidmat kaunseling adalah di antara perkhidmatan yang boleh dipertimbangkan.

Hubungan remaja dengan masjid, adalah pandangan tentang masa depan masjid itu, 10 tahun akan datang.

MASJID MESRA KANAK-KANAK

Perubahan kepada suasana masjid agar mesra kanak-kanak bermula dengan mengubah pandangan kita terhadap kanak-kanak. Melihat mereka sebagai separuh manusiawi yang tidak perlu difikirkan kehendak, keperluan, keinginan dan kecenderungan mereka, adalah permulaan kepada ‘diskriminasi’ masjid terhadap kelompok ini.

Terlalu banyak rakaman Sunnah tentang passion Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam kepada kanak-kanak.

Ibu bapa harus diperingatkan tentang amalan sahabat yang tatkala membawa anak-anak mereka ke masjid, mereka juga membawa permainan agar anak-anak itu tadi boleh disibukkan dengan permainan tersebut tatkala solat atau kuliah pengajian berlangsung.

Adalah tidak masuk akal untuk ibu bapa, AJK Masjid atau penceramah untuk meletakkan expectation bahawa anak-anak boleh duduk diam mendengar ceramah seperti ibu bapa mereka. Justeru ibu bapa perlu mengambil inisiatif untuk membantu anak-anak duduk di dalam suasana masjid dengan ditemani oleh permainan-permainan yang sesuai (trompet semestinya tiada dalam senarai), atau buku-buku mewarna, bergantung kepada kecenderungan dan minat anak masing-masing.

Manakala di pihak masjid pula, andai berkapasiti, boleh diusahakan bilik permainan yang sesuai dan selamat untuk anak-anak yang mempunyai pembesar suara untuk ibu-ibu yang meneman anak di bilik itu dapat mengikuti kuliah yang disampaikan. Padang permainan mini juga bukanlah suatu alternatif yang keterlaluan untuk dipertimbangkan.

Persoalan khilaf fikah tentang kanak-kanak yang mahu menyertai solat mesti diselesaikan dengan menyediakan alternatif, dan bukan sama sekali mengharamkan anak-anak itu memijak sempadan-sempadan tertentu di dalam masjid. Mereka adalah pewaris masjid, bukan pengemis!

Namun, titik besarnya bermula pada meletakkan penghargaan yang tinggi kepada manusia bernama kanak-kanak.

MESRA OKU

OKU itu, selama mana mereka masih di lingkungan manusia mukallaf mempunyai hak yang mesti diberi perhatian oleh pihak masjid untuk keperluan mereka dibantu sebaik mungkin.

Untuk masjid-masjid besar bertingkat dua atau tiga, sudah tentu persoalan menyediakan lif, laluan kerusi roda dan yang seumpama dengannya mesti diberi keutamaan seawal penyediaan plan pembinaan.

Namun bagi masjid yang telah sedia ada, cukuplah dengan meringankan tangan untuk menghulurkan bantuan tatkala adanya pengunjung daripada kalangan OKU. Bermanis muka dan bersikap setara sama ada dengan OKU atau dengan sesiapa sahaja.

Tidak dilupakan, golongan OKU ini juga wajar diambil sebagai pekerja untuk tugasan-tugasan yang bersesuaian.

MESRA ‘PENCARI’ MUSLIM

Apa yang saya maksudkan dengan ‘pencari’ Muslim ini ialah individu-individu Muslim yang bukanlah merupakan pengunjung biasa ke masjid. Ada sesekali titik hidayah menjenguk hati mereka, membawa mereka ke masjid untuk mencari pedoman.

Justeru bagi Imam, lunakkan diri untuk mudah didekati. Seorang Imam mungkin berjaya melepasi barrier ini apabila selesai bersolat, menjadi kebiasaan untuk orang datang bertemu di sejadahnya untuk berbual dan bertanyakan sesuatu. Janganlah dihindarkan diri daripada kebiasaan ini kerana nilainya amat besar buat mereka yang sedang mencari ini.

Ketahuilah juga, tidak semua orang datang ke masjid untuk mencari bekalan minda berupa ilmu. Dalam suasana 1 daripada setiap 5 orang anggota masyarakat mengalami tekanan mental (statistik Kementerian Kesihatan), ramai yang datang ke masjid kerana mencari bekalan hati dan jiwa. Mereka memerlukan banyak pengisian yang boleh meluruskan attachment mereka dengan kehidupan, dengan agama, dengan Tuhan.

Seimbangkan semua ini.

Jangan nanti, ketenangan yang sepatutnya ditemui di rumah Allah Subhanahu wa Taala, hilang oleh perbahasan ilmu dan minda yang penuh sengketa khilaf yang tak berkesudahan, dan akhirnya ketenangan itu dikutip ’sang pencari’ dari majlis ajaran sesat.

MESRA ‘PENCARI’ NON MUSLIM

Cabaran ini amat besar.

Jika disingkap Sirah Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam, apatah lagi di era Makkah, bahagian dakwah baginda kepada non Muslim amat amat besar. Tetapi setelah lebih 50 tahun kaum itu berjiran dengan kita, penerimaan mereka terhadap Islam amat rendah.

Bukan sahaja pada mereka yang memilih untuk memeluk Islam, bahkan juga pada kefahaman mereka tentang Islam itu sendiri.

Pendekatan masjid bukanlah sentiasa menjurus kepada mahu mengIslamkan seseorang yang datang mencari tetapi juga pada peringkat asas iaitu memberikan penerangan yang betul tentang Islam.

Sulit sekali hal ini mahu diselesaikan, andaikata masjid melihat non Muslim dengan pandangan yang kotor, penuh prasangka hingga tiada rasa bertanggungjawab terhadap mereka. Jauh sekali akhlak seperti ini daripada ajaran Nabi.

Keharusan non Muslim masuk ke masjid adalah titik khilaf. Biar pun Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam menerima sejumlah besar mad’u non Muslim baginda di dalam masjid, memberi izin kaum dari Thaif yang Nasrani untuk menumpang tinggal di masjid, meletakkan tawanan perang di dalam masjid, yang kesemua itu bertujuannya adalah untuk mendekatkan Islam dan Masjid dengan alam, titik khilaf fikah itu tidak dapat dinafikan wujudnya ia.

Kewujudkan titik khilaf itu diburukkan pula dengan kegagalan agamawan menyelesaikan keutamaan.

Masjid yang berkeras dengan larangan non Muslim masuk, tidak terlepas daripada kewajipan menyediakan dakwah kepada non Muslim. Jika masjid tidak dibenarkan masuk, WAJIB disediakan sudut, ruang pejabat, kaunter atau apa sahaja wasilah untuk tugas dakwah ini dilaksanakan.

Kecualilah larangan non Muslim masuk itu berpunca daripada masalah sikap, dan bukannya hukum. Lalu besarlah jawapan yang perlu disediakan di hadapan Allah atas tanggungjawab besar yang diabaikan ini.

DUA PENDEKATAN

Bagi non Muslim yang berkunjung ke masjid semata-mata mahu tahu tentang Islam dan berasa aman dengan mengetahuinya, pendekatan harus banyak difokuskan kepada menunjukkan mekanisma persamaan yang ada di dalam Islam dengan agama-agama yang lain.

Ditekankan bagaimana solat membentuk disiplin peribadi.

Bagaimana zakat berfungsi menjana keseimbangan sosial.

Bagaimana tudung berperanan membentuk peribadi yang rendah diri dan berkelakuan dengan batasan.

Hingga terserlah Islam sebagai proses membaikkan manusia dan membaikkan alam.

Akan tetapi, bagi non Muslim yang berkunjung ke masjid kerana sedang mencari kebenaran, sedang ragu-ragu dengan kepercayaannya, sedang berperang fikiran tentang jalan untuknya berhubung dengan Tuhan, maka pendekatan harus banyak difokuskan kepada menunjukkan titik perbezaan di antara Islam dengan kepercayaan yang lain.

Bantu mereka untuk membina hujah tentang kebenaran Islam, kebenaran al-Quran, kebenaran Muhammad dan seterusnya.

Mengimbangkan di antara dua pendekatan ini Insya Allah akan berhasil menjana sama ada pertambahan orang yang memeluk Islam, atau pertambahan orang yang memahami Islam tanpa memeluk Islam, yang kedua-duanya adalah baik untuk umat.

PENGURUSAN

Terakhir, segala hasrat untuk menyuntik pembaharuan kepada imej dakwah dan masjid, amat berkait rapat dengan pengurusan masjid yang baik.

Tanpa perlu meleret-leret dalam hal ini, cukuplah sekadar dipisahkan sentimen politik kepartian daripada pengurusan masjid, terbukalah jalan untuk mendapatkan yang terbaik bagi menguruskan rumah Allah ini.

PENGHARGAAN

Setinggi penghargaan saya ucapkan kepada pihak Masjid Darul Ehsan, Subang Jaya, atas kesudian menjemput saya bersumbangsaran. Semoga perkongsian yang serba sederhana ini dapat membuka pintu-pintu kebaikan yang akhirnya bermatlamat membawa seramai mungkin manusia mengecap Islam sebagai rahmat kepada sekalian alam.

ABU SAIF @ www.saifulislam.com
68000 Ampang

Mesyuarat Jawatankuasa Persatuan Penduduk Seksyen 5

Mesyuarat AJK PPS5 Bil 5/2009 akan diadakan seperti berikut :-

Tarikh : 19 Jun 2009 (Jumaat)
Masa : 9.00 Malam
Tempat : No. 18 Jln BM 5/15

Agenda yg akan dibincangkan :-

1) Program Gotong Royong Perdana Sek 5 (27.06.2009)
2) Laporan Kewangan.
3) lain-lain hal (Isu Keselamatan)

Kehadiran semua AJK adalah WAJIB.

sekian,

Kyairul Hassme Madan
Setiausaha PPS5

Pembukaan SK Bandar seri Putra @ Julai 2009..





PEMBUKAAN SK BANDAR SERI PUTRA
ASSALAMUALAIKUM
PERHATIAN kepada semua yang berkenaan:

Hari ini Rabu 10/6/09 jam 12.30 tgh pihak PPD telah menelefon Guru Besar SK Bangi memberitahu bahawa :

Pembukaan SK Bandar Seri Putra di tangguhkan ke Bulan JULAI 2009.
Dengan itu semua guru dan murid yang terlibat dengan perpindahan ke SKBSP akan menyambung tugas di SK Bangi sehingga JULAI 2009 atau sehingga ke tarikh yang akan diberitahu kelak.
Sekian harap maklum.

Rondaan Malam cegah Jenayah di mahkota5..



assalamualaiakum,

Berikut adalah maklumat yang diperolehi daripada penduduk sek5 berkaitan kejadian pecah rumah yang kian menjadi-jadi sejak kebelakangan ini. Jawatankuasa Persatuan Penduduk sek5 mengambil langkah pencegahan awal dengan mengaktifkan semula rondaan malam secara sukarela bagi mencegah kejadian tersebut. Diharapkan juga agar semua warga mahkota5 berhati-hati dan berwaspada sentiasa. Sokongan dan kerjasama semua warga mahkota5 amatlah diharapkan dan dihargai.

sekian.

salam hormat.

"Berkhidmat untuk masyarakat"

Biro Pengurusan & Perhubungan Awam,
Persatuan Penduduk sek5,
Bandar Bukit mahkota.

***************************sumber:putra-mahkota.com**************************************************
Update terkini , kejadian pecah rumah telah belaku di Jalan BM 12 (Semi D) berlaku pada 12.5.2009 (Jumaat). Mangsa telah kehilangan LCD TV dan wang tunai....

Selain itu 2 kejadian cubaan pecah rumah telah di kesan di sebuah rumah Jln BM 5/17 dan sebuah lagi di Jln BM 5/15


langkah pencegahan awal, sebilangan penduduk telah bersetuju untuk menjalankan aktiviti rondaan malam dan akan dimulakan pada 17 Jun 2009.

kepada penghuni Sek 5, Waspadalah....

PANDUAN PENGENDALIAN SKIM RONDAAN SUKARELA


Panduan Pengendalian SRS

PANDUAN PENGENDALIAN SKIM RONDAAN SUKARELA DI BAWAH

PERATURAN-PERATURAN PERLU RUKUN TETANGGA (1975)

1. PENDAHULUAN

1.1. Skim Rondaan Sukarela adalah suatu skim yang dipohon oleh pemastautin sukarelawan di bawah Peraturan 27A, Peraturan-Peraturan Perlu Rukun Tetangga (1975), Pindaan 1988.

1.2. Skim ini dikendalikan oleh Jawatankuasa Rukun Tetangga yang bertindak sebagai Jawatankuasa Skim, manakala rondaan dilaksanakan oleh tidak kurang dari 20 pemastautin sukarelawan yang memohon untuk melaksanakan rondaan di sebahagian atau di seluruh kawasan Rukun Tetangga.

1.3. Skim Rondaan Sukarela dijangka menjadi tulang belakang bagi program serta aktiviti Rukun Tetangga kerana ia boleh mencegah kejadian dan gejala sosial negatif di samping dapat merapatkan hubungan Rukun Tetangga dengan penduduk setempat.

2. TAFSIRAN

2.1. Skim Rondaan Sukarela bermaksud satu skim yang dipohon sendiri oleh pemastautin dan apabila diluluskan akan dikendalikan sepenuhnya oleh Jawatankuasa Skim dengan kerjasama Pemastautin Sukarelawan dalam sesuatu Kawasan/Sektor Rukun Tetangga yang berkenaan.

2.2. Jawatankuasa Skim bermaksud Jawatankuasa Kawasan/Sektor yang mengendalikan Skim Rondaan Sukarela dalam Kawasan/Sektor Rukun Tetangga yang berkenaan.

2.3. Ahli Jawatankuasa Skim bermaksud Ahli Jawatankuasa Kawasan/Sektor Rukun Tetangga yang mengendalikan Skim Rondaan Sukarela dalam Kawasan/Sektor Rukun Tetangga yang berkenaan.

2.4. Pemastautin Sukarelawan bermaksud seseorang yang telah membuat permohonan melalui Borang Enam dan Tujuh untuk menyertai Skim tersebut.

2.5. Peralatan Rondaan bermaksud peralatan bagi menjalankan Skim Rondaan Sukarela adalah seperti vest, wisel, cota, lampu picit, baju hujan dan lain-lain yang dibekalkanoleh Jawatankuasa Skim.

2.6. Pengarah bermaksud seseorang yang telah diwartakan sebagai Pengarah Rukun Tetangga di bawah Peraturan-Peraturan Perlu (RT) 1975.

3. PUSAT RONDAAN

3.1. Setiap Kawasan/Sektor Rukun Tetangga yang mengendalikan Skim Rondaan Sukarela perlu mempunyai sebuah pusat rondaan sebagai pusat operasi.

3.2. Pusat rondaan boleh diadakan di pusat atau di bangunan Rukun Tetangga, Balai raya, dewan orang ramai, pos kawalan, di rumah ahli Jawatankuasa Skim atau di mana-mana tempat yang difikirkan sesuai yang dibenarkan oleh seseorang Pengarah Rukun Tetangga.

3.3. Alat-alat yang perlu ada di pusat rondaan adalah: Buku Rekod Kedatangan, Daftar Pemastautin Sukarelawan, Buku Rekod Rondaan, Kotak Pertolongan Cemas dan lain-lain peralatan yang difikirkan perlu oleh Jawatankuasa Skim atau Pengarah Rukun Tetangga.

4. TUJUAN RONDAAN

4.1. Membantu mencegah jenayah dan gejala sosial yang negatif di dalam kawasan rondaan.

4.2. Membendung kegiatan jenayah dan gejala sosial yang negatif.

4.3. Membantu pihak berkuasa menangkap penjenayah dan menyerahkan penjenayah tersebut kepada pihak polis dangan kadar segera.

4.4. Membantu menguatkuasa undang-undang jika diminta berbuat demikian oleh Pengarah Rukun Tetangga dan lain-lain agensi penguatkuasa seperti polis.

4.5. Memberi perlindungan ke atas nyawa dan harta benda pemastautin.

4.6. Membantu melaksanakan lain-lain tugas yang diarahkan oleh seseorang Pengarah Rukun Tetangga atau Jawatankuasa Skim dari semasa ke semasa.

5. TUGASAN RONDAAN

5.1. Tugas rondaan terbahagi kepada dua (2) kategori iaitu rondaan berjalan kaki dan rondaan berkenderaan.

5.2. Rondaan berjalan kaki tidak kurang dari 3 orang Pemastautin Sukarelawan dan kawasan rondaan tidak melebihi 2 kilometer.

5.3. Manakala rondaan berkenderaan tidak kurang dari 3 orang anggota Pemastautin Sukarelawan dan kawasan rondaan yang lebih luas.

5.4. Rondaan berkenderaan boleh dilaksanaan samada dengan menggunakan kereta, motosikal atau basikal.

5.5. Setiap Pemastautin Sukarelawan adalah bertanggungjawab bagi mendapatkan tarikh, masa dan kawasan rondaan daripada Jawatankuasa Skim.

6. TANGGUNGJAWAB JAWATANKUASA SKIM

6.1. Menyediakan Daftar Pemastautin Sukarelawan yang mengandungi butir-butir peribadi Pemastautin Sukarelawan.

6.2. Menyediakan Roster Rondaan Pemastautin Sukarelawan.

6.3. Memaklumkan kepada semua Pemastautin Sukarelawan kandungan Roster Rondaan dan membekalkan satu salinan kepada Pengarah Rukun Tetangga dan pihak polis.

6.4. Mempamerkan Roster Rondaan di Pusat Rondaan.

6.5. Memilih seorang Pemastautin Sukarelawan sebagai Ketua Kumpulan Rondaan bagi setiap syif.

6.6. Menyusun rondaan sukarela.

6.7. Mendapatkan Surat/Kad Pengenalan Diri Pemastautin Sukarelawan yang telah ditandatangani Pengarah Rukun Tetangga.

6.8. Menyediakan peralatan rondaan yang diperlukan.

6.9. Mendapatkan sumber kewangan dan menjelaskan segala perbelanjaan berkaitan dengan rondaan sukarela.

6.10. Memberi maklumat yang dikehendaki oleh Pengarah Rukun Tetangga dan pihak Polis dari masa ke semasa berhubung dengan pengendalian Skim Rondaan Sukarela.

6.11. Menyedia dan mengemukakan Laporan Bulanan Rondaan kepada Pengarah Rukun Tetangga.

7. TAKLIMAT SEBELUM MEMULAKAN RONDAAN

7.1. Ketua Kumpulan Rondaan hendaklah membuat persediaan pada tiap kali sebelum memulakan rondaan.

7.2. Takliamt sebelum memulakan rondaan hendaklah di sampaikan oleh Ketua Kumpulan Rondaan, Jawatankausa Skim atau Ahli Jawatankuasa Skim.

7.3. Anggota Pemastautin Sukarelawan hendaklah dibaris 15 minit sebelum keluar membuat rondaan dengan tujuan memastikan:

7.3.1. Semua anggota Pemastautin Sukarelawan hadir.

7.3.2. Semua anggota Pemastautin Sukarelawan yang bertugas dibekalkan dengan peralatan rondaan.

7.3.3. Semua anggota Pemastautin Sukarelawan menandatangani Buku Rekod Kedatangan.

7.4. Memberi taklimat mengenai arahan-arahan seperti berikut:

7.4.1. Laluan serta kawasan rondaan yang telah ditetapkan.

7.4.2. Cara-cara menjalankan rondaan.

7.4.3. Perhubungan dengan orang ramai.

7.4.4. Perhubungan dengan polis dan lain-lain agensi penguatkuasaan.

7.4.5. Arahan daripada Pengarah Rukun Tetangga dan Jawatankuasa Skim.

7.4.6. Memberitahu tempat-tempat yang perlu diambil perhatian untuk keselamatan diri.

7.4.7. Memberitahu kejadian-kejadian yang telah berlaku berdasarkan maklumat orang ramai dan rondaan terdahulu dari ini.

7.5. Menyuraikan baris Pemastautin Sukarelawan selepas taklimat.

7.6. Memberi arahan agar rondaan dimulakan mengikut laluan serta kawasan rondaan yang telah ditetapkan.

8. CARA MENJALANKAN RONDAAN

8.1. Berjalan ditepi jalan dalam jarak yang selamat dari kenderaan dihadapan dan kenderaan di belakang dan jika berkenderaan, kenderaan mesti dipandu perlahan dalam jarak yang selamat dari pengguna jalan raya yang lain.

8.2. Sentiasa berwaspada dan mengawasi keadaan serta laluan dan kawasan rondaan.

8.3. Jika rondaan dibuat pada waktu malam hari, elakkan dari membuat bising yang boleh mengganggu ketenteraman orang ramai.

8.4. Hendaklah menghubungi Pusat Rondaan bagi membuat laporan mengenai keadaan semasa dan perkara-perkara yang memerlukan tindakan segera Pusat Rondaan.

9. TANGGUNGJAWAB KETUA KUMPULAN RONDAAN

9.1. Mengetahui ahli-ahli kumpulan rondaan dalam syif yang telah ditetapkan.

9.2. Memberi taklimat mengenai arah rondaan, peraturan-peraturan/larangan serta tindakan yang perlu di ambil semasa rondaan dan sebelum rondaan.

9.3. Mempastikan semua ahli syif menurunkan tandatangan dalam Buku Rekod Kedatangan.

9.4. Mempastikan semua ahli syif membawa peralatan yang ditentukan semasa rondaan.

9.5. Bertanggungjawab mengumpul semua peralatan yang digunakan selepas selesai rondaan dan menyimpan dalam stor/tempat yang telah ditentukan oleh Jawatankuasa Skim.

9.6. Mengawasi supaya ahli-ahli mematuhi arahan dan peraturan yang ditetapkan oleh Jawatankuasa Skim.

9.7. Membuat laporan dalam buku catatan Rondaan sesudah selesai menjalankan rondaan mengikut syif yang telah ditetapkan.

10. TANGGUNGJAWAB PEMASTAUTIN SUKARELAWAN SEMASA RONDAAN

10.1. Sentiasa bersedia untuk mematuhi segala arahan daripada Pengarah Rukun Tetangga, Jawatankuasa Skim, Ahli Jawatankuasa Skim dan Ketua Kumpulan Rondaan.

10.2. Sentiasa membawa Surat/Kad Pengenalan Diri dan menggunakan alat-alat yang ditentukan oleh Pengarah Rukun Tetangga dan Jawatankuasa Skim.

10.3. Sentiasa menjaga disiplin serta berkelakuan penuh tertib dan sopan semasa menjalankan Skim Rondaan Sukarela.

10.4. Sentiasa memakai ‘uniform’ yang telah diluluskan serta dibenarkan oleh seseorang Pengarah Rukun Tetangga semasa rondaan.

10.5. Seseorang Pemastautin Sukarelawan hendaklah pada sepanjang masa dan ketika:

a. Tidak mengingkari arahan Ketua Kumpulan Rondaan

b. Tidak menggunakan bahasa lucah dan memalukan, serta memaki hamun pada masa bertugas;

c. Tidur atau berjudi;

d. Tidak memberi maklumat palsu;

e. Tidak hadir bertugas tanpa sebab;

f. Tidak berada di bawah pengaruh alkohol atau apa-apa dadah pada masa bertugas;

g. Tidak secara cual atau tanpa sebab-sebab yang berpatutan menyebabkan terlepasnya tembakan sesuatu senjata api pada masa bertugas; dan

h. Tidak bertindak dengan apa-apa cara yang tidak dinyatakan di atas yang boleh memudaratkan kebajikan sesuatu Kawasan/Sektor Rukun Tetangga.

11. KUASA MATA-MATA PEMASTAUTIN SUKARELAWAN SEMASA RONDAAN

11.1. Seseorang Pemastautin Sukarelawan semasa bertugas meronda atau mengawal dalam kawasan tugasnya adalah disifatkan sebagai seorang pegawai polis berpangkat mata-mata dan mempunyai segala kewajipan, segala kuasa dan segala imuniti seorang pegawai polis berpangkat mata-mata.

11.2. Walau bagaimanapun, kuasa mata-mata Pemastautin Sukarelawan semasa bertugas meronda atau mengawal dalam kawasan tugasnya adalah tertakluk kepada apa-apa atahan, syarat, sekatan atau batasan yang boleh dinyatakan semasa secara lisan atau bertulis oleh seorang Pengarah, Jawatankuasa Skim atau ahli Jawatankuasa Skim.

12. TAKLIMAT SELEPAS TAMAT RONDAAN

12.1. Ambil baris anggota Pemastautin Sukarelawan yang habis tugas di luar pusat rondaan.

12.2. Ketua Kumpulan Rondaan perlu menentukan:

12.2.1. Semua anggota Pemastautin Sukarelawan baik dari tugas rondaan.

12.2.2. Arahan mengembalikan peralatan rondaan.

12.2.3. Memberi taklimat mengenai hasil daripada rondaan yang telah dilaksanakan.

12.2.4. Menyurai baris tugas.

12.2.5. Membuat catatan serta laporan rondaan di dalam Buku Rekod Rondaan.

13. MENJAWAB PANGGILAN TELEFON

13.1. Hendaklah menjawab telefon dengan tertib dan sopan santun sebagai mana kehendaki oleh Pengarah Rukun Tetangga dan Jawatan Skim.

13.2. Mendengar dengan teliti dan mencatat apa-apa aduan, berita atau makluman yang hendak disampaikan oleh mereka yang membuat panggilan.

13.3. Memaklumkan dengan kadar segera apa-apaa aduan, berita atau makluman kepada Pengarah Rukun Tetangga, Jawatankuasa Skim atau pihak polis; jika ianya memerlukan tindakan segera dan serta merta.

4. PERSIAPAN MENYERAH TUGAS PENYELIAAN DI PUSAT RONDAAN

14.1. Ahli Jawatankuasa Skim atau Pemastautin Sukarelawan yang ditugaskan di Pusat Rondaan dikehendaki membuat catatan satu senarai untuk serah menyerah tugas bagi menyenangkan untuk meneliti dan mempastikan semua perkara dalam keadaan lengkap.

14.2. Sebelum menerima tugas, ahli Jawatankausa Skim atau Pemastautin Sukarelawan yang akan mengambil alih tugas menyelia Pusat Rondaan, mempastikan semua borang dan peralatan yang adalah lengkap dan sempurna.

14.3. Memberi taklimat dan arahan tugas kepada yang menerima tugas menyelia Pusat Rondaan.

14.4. Memberitahu jika ada aduan atau kes-kes terbaru yang diterima.

14.5. Memberi penerangan mengenai tahunan atau tangkapan samada masih dalam tahunan atau telah diserah kepada pihak polis.

14.6. Bersurai setelah diambil alih oleh ahli Jawatankuasa Skim atau Pemastautin Sukarelawan yang baru masuk bertugas.

15. LAIN-LAIN TUGAS DI PUSAT RONDAAN

15.1. Membantu orang ramai menunjukkan tempat yang ingin mereka pergi, contoh seperti ke rumah saudara mara dan sebagainya.

15.2. Menjadi mediator dalam sebarang pertelingkahan orang ramai jika diminta berbuat demikian.

15.3. Menghubungi Balai Polis berhampiran bagi mendapatkan maklumat atau bantuan jika diperlukan.

16. PENYELARASAN TUGAS DI PUSAT RONDAAN

16.1. Penyelarasan tugas di Pusat Rondaan akan ditentukan oleh Jawatankuasa Skim.

16.2. Jawatankausa Skim bertanggungjawab melantik tidak kurang daripada 4 orang ahli Jawankuasa Skim atau Pemastautin Sukarelawan pada satu-satu masa sebagai Penyelia di pusat Rondaan sewaktu rondaan sedang dilaksanakan.

16.3. Jawatankausa Skim bertanggungjawab bagi menentukan waktu bertugas ahli Jawatankausa Skim atau Pemastautin Sukarelawan sebagai Penyelia Pusat Rondaan mengikut roster rondaan yang telah ditetapkan.

16.4. Jawatankuasa Skim hendaklah melantik salah seorang Penyelia Pusat Rondaan sebagai Ketua Penyelia Pusat Rondaan.

17. TUGAS PENYELIA PUSAT RONDAAN

17.1. Penyeliaan Pusat Rondaan hendaklah tiba di Pusat Rondaan satu (1) jam lebih awal sebelum syif rondaan bermula.

17.2. Penyelia Pusat Rondaan hendaklah mempastikan semua peralatan termasuk buku catatan bagi kegunaan rondaan telah disediakan oleh Jawatankausa Skim.

18. PERHUBUNGAN DENGAN ORANG RAMAI

18.1. Mempastikan Ahli Jawatankausa Skim atau Pemastautin Sukarelawan yang bertugas di Pusat Rondaan atau yang menjalankan rondaan sentiasa menjaga disiplin, sopan dan santun serta berbudi bahasa dan pekerti yang tinggi mutunya sewaktu berurusan dengan orang ramai.

19. KERJASAMA DENGAN PIHAK POLIS

19.1. Pihak polis hendaklah dimaklumkan mengenai kewujudan Skim Rondaan Sukarela di Kawasan/Sektor Rukun Tetangga yang berkenaan.

19.2. Satu salinan daftar Pemastautin Sukarelawan yang terlibat dengan Skim Rondaan Sukarela dan roster hendaklah diberikan kepada pihak polis.

19.3. Semua pihak termasuk Jawatankausa Skim, Ahli Jawatankausa Skim dan Pemastautin Sukarelawan hendaklah memberi kerjasama sepenuhnya kepada pihak polis berhubung dengan sebarang maklumat mengenai Skim Rondaan Sukarela.

19.4. Pihak polis hendaklah juga dijemput untuk bersama-sama meronda bersama Pemastautin Sukarelawan.

19.5. Sebarang kejadian atau laporan yang mencurigakan hendaklah dimaklumkan kepada pihak polis sama ada oleh Jawatankuasa Skim Rondaan Ahli Jawatankuasa Skim dan Pemastautin Sukarelawan.

20. MENERIMA ADUAN ORANG RAMAI DI PUSAT RONDAAN

20.1. Apabila menerima aduan daripada orang ramai, tindakan yang perlu diambil oleh ahli Jawatankuasa Skim adalah:

20.1.1. Menerima dan membuat catatan di dalam buku catatan.

20.1.2. Memaklumkan kepada Jawatankuasa Skim dengan kadar segera.

20.1.3. Menerima arahan daripada Jawatankuasa Skim untuk tindakan selanjutnya.

20.1.4. Merujuk kepada Balai Polis yang berdekatan untuk tindakan selanjutnya.

20.1.5. Merujuk kepada Pengarah Rukun Tetangga untuk tindan selanjutnya.

21. KERJASAMA DENGAN LAIN-LAIN AGENSI KERAJAAN

21.1. Skim Rondaan Sukarela juga berharap untuk mendapatkan kerjasama dengan lain-lain Agensi Kerajaan seperti RELA, JAKIM, MAJLIS PERBANDARAN, PEJABAT, pejabat daerah serta lain-lain Agensi Penguatkuasaan undang-undang dalam manjayakan Skim ini.

21.2. Sebarang bentuk kerjasama dengan lain-lain agensi kerajaan boleh dibincangkan bersama dengan Pengarah Rukun Tetangga dan Jawatankuasa Skim di mana Skim Rondaan Sukarela dilaksanakan.

Sumber : Jabatan Perpaduan & intergasi nasional,JPM

Tuesday, June 9, 2009

Kuliah magrib @ surau ar-raudhah : 09 jun 2009

Assalamualaikum,



Pengajian Kuliah magrib : Fiqh Sirah


Tarikh : Selasa/09-jun-2009


Masa :Selepas solat magrib


Penceramah : Ust Yusmi Alfaruqi


Semua dijemput hadir....