Wednesday, December 15, 2010

Perkembangan SM BDR SERI PUTRA...

alhamdullilah,...

sumber maklumat : http://putra-mahkota.com/forum/index.php?topic=1838.msg62694;topicseen#msg62694

Salam,

Kegusaran saya tentang dimanakah anak saya akan bersekolah menengah (tingkatan 1) baru terjawab sebentar tadi, setelah mendapat penjelasan dari pegawai PPD Hulu Langat. Beliau menyatakan bahawa sekolah akan dibuka pada penggal permulaan 2011 akan datang. Hanya tingkatan 1 dan 2 sahaja akan ditempatkan di sekolah ini. Sekolah ini perlu/terpaksa dibuka memandangkan tiada lagi tempat untuk murid2 ini ditempatkan di sekolah2 menengah di Bandar Baru Bangi yang memang telah sedia sesak.

Saya sempat meninjau dari tepi pagar sahaja, keadaan sekolah ini. Banyak yang dah siap, bangunan2 kelas dan bilik guru sudah siap dan boleh digunakan, cuma persekitaran sekolah masih belum dikemas lagi. Jalan (di sebelah taman seri putra) dah ditar dan kerusi meja pula dah mula dibawa masuk ke dalam kelas (40 meja setiap kelas). Cuma makmal belum siap dan padang sekolah pun belum siap lagi, kerana tanah tapak padang sedang diratakan.

Alhamdulillah, nampaknya tak payah lah anak2 kita terpaksa menghabiskan masa ditengah jalan, balik sehingga pukul 8 lebih kalau bersekolah di BBB.

Thursday, December 9, 2010

SEBARKAN....

Minta semua ambil perhatian, maklumat dari Tuan Timb. KP RELA BBM...
Kenderaan Pecah Rumah/Samun No. Pendaftaran WUD227, WML 3561 Suspek 2 lelaki berketurunan India. Kenderaan bertukar-tukar menggunakan pendaftaran palsu. CRV, Suzuki Swift Hitam dan MYVi. jika terjumpa kenderaan tersebut dalam keadaan mencurigakan sila hubungi balai polis seri putra.

Monday, November 29, 2010

PROGRAM GOTONG ROYONG & MAKAN TENGAHARI SEKSYEN 5








Semua warga Seksyen 5 dijemput hadir...
Program anjuran : Persatuan Penduduk Seksyen 5, Bdr Bukit Mahkota

Wednesday, November 24, 2010

Perancangan Aktiviti Biro Sukan PPS5, BBM untuk tahun 2011

Salam,

Untuk makluman, Biro Sukan sedang dalam usaha untuk membuat perancangan bagi menjalankan aktiviti-aktiviti sukan untuk tahun 2011.Disamping perancangan sedia ada kami juga membuka peluang kepada semua ahli untuk menyalurkan pendapat dan buah fikiran agar perancangan yang akan dibuat dapat memberi manfaat kepada semua penduduk seksyen 5.

Segala cadangan boleh disalurkan melalui e-mail : kyairul@gmail.com

Sekian, terima kasih

Monday, October 18, 2010

Selamat menunaikan Fardhu Haji, semoga beroleh haji mabrur...



assalamualaikum,

Dikesempatan ini, jawatankuasa Persatuan penduduk sek5,bdr bukit mahkota ingin mengucapkan selamat menunaikan fardhu haji kepada bakal-bakal haji dari bdr bukit mahkota. semoga beroleh haji mabrur.insya-allah.

Surau Ar-Raudhan,Sek5 akan mengadakan ceramah magrib berkaitan penghayatan haji & qurban,

Tarikh Sabtu/23-10-2010
Masa : Selepas magrib
Penceramah : ust Farid ravi.

Semua dijemput hadir...

Rombongan pertama 1,100 jemaah tiba di Mekah
18/10/2010 10:16am

MEKAH - Rombongan pertama lebih 1,100 jemaah haji Malaysia selamat tiba di tanah suci Mekah awal pagi ini selepas menempuh perjalanan sejauh 400 kilometer yang mengambil masa tujuh jam.

Mereka berlepas dari Bir Ali (tempat berniat) di pinggir bandar Madinah kira-kira pukul 6.30 petang waktu tempatan (11.30 malam waktu Malaysia) dan tiba di hotel Janadriyah, kira-kira 800 meter dari Masjidil Haram.

Ketibaan mereka pukul 1.30 pagi waktu tempatan (6.30 pagi waktu Malaysia) disambut Ketua Rombongan Haji Malaysia Musim 1431 Hijrah, Mohd. Salleh Abdul Mubin, Konsul Haji Malaysia di Jeddah, Mohd Khalid Mohd Nordin, Timbalan Ketua Rombongan Haji (Kebajikan) Datuk Syed Saleh Syed Abdul Rahman dan petugas Tabung Haji di Mekah dan wakil mutawif Muassasah.

Jemaah diberi minum air zam-zam dan kemudian ditempatkan di tingkat enam hotel Janadriyah yang menempatkan ibu pejabat dan pusat operasi Lembaga Tabung Haji (TH) di Mekah.

Selepas subuh kesemua jemaah dibawa menunaikan tawaf dan saie umrah oleh mutawif rasmi Muassasah.

Mohd. Salleh berkata, TH menyediakan guru agama dan program untuk membimbing bagi memantapkan lagi persediaan jemaah haji di Mekah menjelang hari wukuf 14 November ini.

Ini kali pertama TH membawa masuk serentak jemaah tiga penerbangan iaitu KT1, KT2 dan KT3 kerana sebelum ini tidak lebih dua KT dibawa masuk, katanya kepada pasukan media TH yang membuat liputan musim haji ini. - Bernama

Sunday, October 10, 2010

Kerja-kerja pembersihan di premis TNB....







assalamualaikum,

maaf lama dah tak kemaskini blog mahkota5 disebabkan kesibukan tugas semasa.
Syawal telah berlalu...dikongsikan gambar & maklumat berkaitan pembersihan kawasan di premis TNB disimpang masuk ke Seksyen 5,bdr bukit mahkota. Kerja-kerja pembersihan tersebut dilakukan oleh kontraktor lantikan TNB.

Thursday, September 23, 2010

Sambutan Hari Raya SRA-BSP

Sambutan Hari Raya SRA-BSP

26 September 2010 (Ahad)
Bersamaan 17 Syawal 1431H
8 pagi hingga 11 pagi

Semua dijemput hadir.

Wednesday, September 8, 2010

Loji rawat air Sg. Semenyih tercemar

Oleh MOHD. ASRON MUSTAPHA
mohdasron.mustapha@utusan.com.my

BANGI 7 Sept. - Kehidupan kira-kira 1.2 juta penduduk empat daerah di Selangor iaitu Petaling Jaya, Hulu Langat, Sepang dan Kuala Langat terjejas selepas operasi Loji Rawatan Air Sungai Semenyih yang membekalkan 600 juta liter air bersih setiap hari terpaksa dihentikan ekoran teruk dicemari ammonia.

Pencemaran itu berlaku apabila benteng pusat pelupusan sampah yang terletak di tepi tebing Sungai Kembong, iaitu anak sungai bagi Sungai Semenyih runtuh awal pagi semalam.

Runtuhan itu menyebabkan sisa buangan yang mengandungi ammonia mengalir ke dalam sungai tersebut.

Akibatnya Sungai Kembong dicemari kandungan ammonia setinggi 6.41mg/l, jauh lebih tinggi berbanding kadar 1.5mg/l yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan.

Keadaan itu memaksa Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) mengisytiharkan pelan tindakan kecemasan peringkat merah.

Ketua Pengawai Eksekutif Syabas, Datuk Ruslan Hassan bagaimanapun berkata, pihaknya telah mengalihkan bekalan air dari loji-loji yang lain serta turut menyediakan 32 lori tangki air dan 300 tangki statik bagi memastikan penduduk terlibat sentiasa mendapat bekalan air bersih.

Namun, beliau mengakui bahawa pihaknya tidak dapat memberi jaminan bilakah pencemaran sungai tersebut dapat dirawat sepenuhnya memandangkan pengaliran ammonia masih berlaku walaupun benteng sementara sudah dibina selain keadaan cuaca yang sering hujan.

"Gangguan kali ini agak besar iaitu melibatkan 300,000 buah rumah atau seramai 1.2 juta penduduk Selangor dan kami tiada jawapan yang tepat bila pencemaran ini mampu diatasi kerana pengaliran sisa buangan masih berlaku dan ini akan bertambah buruk jika keadaan hujan dalam beberapa hari ini.

"Kami juga mendapati faktor geografi turut menyumbang kepada kesukaran untuk kita membersihkan sungai tersebut kerana aliran airnya yang perlahan tidak membantu ke arah pemulihan yang cepat," katanya kepada pemberita selepas melawat tapak pelupusan sampah tersebut, di sini hari ini.

Mengenai pelan tindakan kecemasan yang dinaikkan dari kuning kepada merah, beliau berkata, langkah tersebut terpaksa diambil kerana pencemaran bekalan air mentah itu kini di luar kawalan Syabas tetapi menegaskan, ia masih belum sampai ke peringkat krisis.

Menurutnya, langkah itu diambil bagi membolehkan pelbagai agensi kerajaan seperti Jabatan Alam Sekitar (JAS), Lembaga Urus Air Sungai Selangor (LUAS) dan Kementerian Kesihatan mengambil pendekatan bersama bagi membersihkan pencemaran dan sekali gus memulihkan kembali loji rawatan terbabit.

Kata beliau, pihaknya telah maklumkan perkara ini (peringkat merah) kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) bagi membincangkan tindakan yang akan diambil.

"Kami tidak mahu lewat mengisytiharkan peringkat merah kerana kemelut pencemaran kali ini memerlukan kerjasama semua pihak.

"Apatah lagi kita diburukkan dengan kapasiti bekalan air yang terhad. Sebenarnya krisis bekalan air di Selangor sudah bermula dan kita tidak perlu tunggu sehingga 2014 untuk melihat kesannya.

"Jika perkara ini tidak diselesaikan secara bersama ia akan menimbulkan masalah yang besar," katanya.

Bagaimanapun beliau berkata, adalah memalukan apabila negara masih lagi mengamalkan sistem pelupusan sampah secara terbuka.

"Bukan kapasiti saya untuk mengulas sama ada pusat pelupusan yang dibina ditepi tebing sungai ini perlu dipindah atau tidak kerana ia tanggungjawab pihak lain," jelasnya.

Sementara itu, Konsortium ABASS Sdn. Bhd., (ABASS), iaitu anak syarikat kerajaan negeri Selangor yang bertanggungjawab mengurus Loji Rawatan Air Sungai Semenyih tersebut memberi kenyataan yang berbeza apabila mendakwa loji itu telah pulih dan mula beroperasi pada pukul 4 petang.

Dalam satu kenyataan ringkas ABASS berkata, aliran sisa buangan yang mengandungi ammonia di tapak pelupusan itu telah berjaya dihentikan dan air dirawat akan mula disalurkan kepada Syabas bagi membolehkan ia dibekalkan kepada pengguna mulai pukul 5 petang hari ini.

Tuesday, September 7, 2010

Semenyih water plant closed due to contamination, 1.2mil affected

Tuesday, September 7, 2010
Published: Tuesday September 7, 2010 MYT 12:57:00 PM

PETALING JAYA: The Semenyih water treatment plant has been closed down since 1.40am on Tuesday morning following river contamination from a nearby landfill.
In a statement, Syabas said raw water from Sungai Kembong in Selangor was contaminated due to "lechate" leaking from a breached dyke in the landfill.
"The plant was closed immediately upon detecting high content of ammonia in the water at 6.41mg per litre, which is above the health safety standard of 1.5mg per litre, put into place by the Health Ministry.
"A yellow alert emergency plan has been into place. We are now trying to redistribute water from other treatment plants to the affected areas," it said.
The closure of the plant, which treated some 600mil litres of water daily, is expected to affect supply to 1.2mil residents or 300,000 households in four areas - Petaling, Hulu Langat, Sepang and Kuala Langat.
"Syabas has prepared 32 water tankers and 300 static tanks in order to supply water to the affected residents.
"However, since the areas affected are large, the capacity to deliver water may be limited," he said.
The plant is run by Konsortium ABASS Sdn Bhd, a state government subsidiary.


Pencemaran: Loji Rawatan Air Sungai Semenyih ditutup
07/09/2010 1:57pm

Oleh MOHD. ISWAN SHAFIQ MAT ISA

KUALA LUMPUR 7 Sept. – Loji Rawatan Air Sungai Semenyih ditutup sementara hari ini mulai pukul 1.40 pagi berikutan pencemaran sumber air mentah yang dibekalkan dari Sungai Kembong, Selangor.

Pencemaran itu dipercayai berpunca daripada benteng pusat pelupusan sampah yang diuruskan oleh Syarikat Worldwide Holdings pecah dan menyebabkan sisa buangan atau `lechate’ mengalir masuk ke dalam Sungai Kembong dan ke muka sauk loji.

Berikutan itu, empat wilayah yang menerima bekalan air daripada Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) iaitu Petaling, Hulu Langat, Sepang dan Kuala Langat dijangka mengalami gangguan bekalan air, melibatkan kira-kira 300,000 buah keluarga atau 1.2 juta penduduk di keempat-empat kawasan berkenaan.

Syabas dalam kenyataannya hari ini berkata, setakat ini pihaknya belum mendapat maklumat daripada Konsortium Abass bila loji itu dapat beroperasi semula.

Selamat Hari raya aidilfitri...maaf zahir batin.




assalamualaikum,

Jawatankuasa persatuan penduduk sek5 bdr bukit mahkota ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat hari raya aidilfitri,maaf zahir batin.

sekian.

wassalam.

Sunday, August 22, 2010

Pembinaan hentian bas di Seksyen 4,Bdr Bukit Mahkota siap berkhidmat...






Alhamdullilah, pembinaan hentian bas di seksyen4,bdr bukit mahkota telah pun hampir siap sepenuhnya.
Tinjauan juga telah dilakukan pada Ahad/22-08-2010 bagi memastikan pembinaan infrastuktur kecil ini yang dibiayai sepenuhnya dengan peruntukan ADNS Bangi mengikut jadual & spekifikasi yang ditetapkan. Berikut dikongsikan gambar-gambar menarik yang diambil di hentian bas. Pengguna bas disarankan agar dapat menggunakan kemudahan ini dengan sebaik-baiknya.

sumber : www.mpp24.blogspot.com

Friday, August 20, 2010

Klinik kesihatan bdr seri putra dibuka pada 01-10-10...



Sumber: http://www.bandarseriputra.info/2010/08/klinik-kesihatan-bandar-seri-putra.html

Pada malam tadi telah diadakan majlis penyerahan kunci Klinik Bandar Seri Putra bertempat di Klinik baru bersebelahan PETRONAS yang dihadiri oleh Pegawai dan Kakitangan Pejabat Kesihatan Daerah serta bakal-bakal Jururawat yang akan bertugas di Klinik baru. Serentak dengan itu, majlis berbuka puasa telah diadakan. Dua ekor kambing panggang jadi menu utama. Klinik dijangka memulakan operasi pada 1 Oktober, 2010. Buat permulaan 5 orang Jururawat Terlatih (Staff Nurse), 5 orang Jururawat Masyarakat, serta beberapa orang Pegawai Perubatan dan Penolong Pegawai Perubatan akan ditempatkan di Klinik Bandar Seri Putra.

Tuesday, August 17, 2010

Taaruf Pembantu Tadbir (PT) kepada Ahli Majlis MPKj zon24...

Assalamualaikum w.b.
Selamat sejahtera kepada para warga Bdr Bukit Mahkota yang disantuni.

Sukacita dimaklumkan bahawa saya telah melantik En. ROSLI BIN KAMIRAN ( no. tel 012-3165959 ) sebagai Pembantu Tadbir (PT) untuk membantu saya menjalankan kerja2 sebagai Ahli Majlis.

Jawatan PT ini adalah bertaraf pekerja sambilan bergaji harian yang diperuntukkan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) melalui polisi pentadbiran yang diluluskan oleh Kerajaan Negeri Selangor.

Beliau baharu berumur 48 tahun dan menetap di Desa Mahkota, Bangi (kawasan penghujung kepada zon 24 MPKJ). Beliau lebih dikenali dengan nama timangannya, WAK ROSLI.

Tuan/Puan bolehlah berhubung dengan beliau untuk sebarang permasalahan, maklumat atau perkongsian idea berkaitan hal2 kebajikan, kemaslahatan dan kesejahteraan setempat demi kemakmuran hidup bersama komuniti kita di zon 24 ini.

InsyaAllah, kehadiran beliau ini bakal memudahkan sedikit kerja saya dan menyenangkan lagi Tuan/Puan dalam urusan berkaitan dengan skop dan bidangkuasa MPKj.

Sekian dahulu dan Selamat Menjalani Ibadah Puasa.
Wassalam.

Yang Menjalankan Tugas Dengan Istiqamah Seberapa Terdaya,
Mazwan Johar.

Tuesday, August 10, 2010

Pembinaan hentian bas di Sek4 ,bdr bukit mahkota & papan tanda masjid at-taqwa...

Assalamualaikum,

1.Selamat menyambut ramadhan al-mubarak daripada Jawatankuasa Persatuan Penduduk Sek5,bdr bukit mahkota.Moga amalan ibadah puasa kita diterima oleh Allah swt. Sebentar tadi, saya menerima e-mail daripada ahli majlis MPKJ zon 24, Tuan haji Mazwan Bin Johar sepertimana e-mail dibawah ini.
Alhamdullilah, permintaan sebuah perhentian BAS telah diluluskan dengan peruntukan ADUN Bangi. Marilah kita kongsikan khabar berita gembira ini dengan semua warga Bdr bukit Mahkota. Terima kasih juga diucapkan kepada saudara Abu bakar daripada Syarikat Mawar Merah Logistik yang kini merupakan salah seorang warga mahkota5 yang telah mengusahakan perkhidmatan bas mini henti-henti untuk kemudahan pengangkutan awam bagi semua warga bukit mahkota.

********************************************

---------- Forwarded message ----------
From: mantan pemuda
Date: 2010/8/10
Subject: Hentian Bas Di Seksyen 4 BBM
To: ZBA


Assalammualaikum w.b.
Selamat petang kepada para warga Bandar Bukit Mahkota yang disantuni.

Sukacita dimaklumkan sebuah hentian bas sedang dalam proses pembinaan mulai semalam bertempat di bahu jalan utama di hadapan deretan kedai teres satu tingkat, Seksyen 4 BBM.
Hentian ini dijangka siap dibina dalam tempoh kira2 3 minggu lagi dan insyaAllah boleh digunakan sebelum Hari Raya I'dilfitri.

Projek infrastruktur kecil ini adalah dibiayai sepenuhnya di bawah peruntukan ADUN Bangi, YB Dr. Shafie Abu Bakar. YB telah memperkenankan permohonan saya agar sebahagian daripada peruntukan ADUN beliau diperturunkan di sini untuk tujuan tersebut. Perkara ini telah diwawarkan oleh saya dalam ucapan perasmian Mesyuarat Agong Surau Apartmen Nuri pada bulan April tahun ini.

Adalah menjadi harapan kami agar projek dan khidmat bakti kami yang kecil ini akan menyumbang untuk menambah menceriakan dan keselesaan penduduk BBM terutama yang mendiami sekitar kawasan Seksyen 4 tersebut.

Saya berharap dan meletakkan kepercayaan kepada para penduduk yang budiman di sini agar bersama memelihara dan menggunakan kemudahan ini dengan berhemah untuk kesejahteraan kita bersama dalam jangka panjang.

Sekian, Wassalam.

Yang Berkhidmat Dengan Istiqamah Seberapa Terdaya,

Mazwan Johar
Ahli Majlis MPKj







2.Disamping itu juga, ucapan terima kasih diucapkan kepada semua yang telah menjayakan program gotong royong membersihkan tapak masjid at-taqwa,bdr bukit mahkota pada ahad/08-08-2010 yang lepas. Alhamdullilah, papan tanda tapak masjid telah didirikan.Sebarang maklumat boleh didapati di blog:
http://masjidat-taqwabukitmahkota.blogspot.com
Sumbangan anda amatlah dialu-alukan.


Sekian.

Dilaporkan oleh:
Biro Pengurusan & Perhubungan Awam,
Persatuan Penduduk Sek5,
Bdr Bukit Mahkota.

Monday, August 9, 2010

MAIS umum zakat fitrah Selangor kekal RM7...



09/08/2010 2:32pm

SHAH ALAM 9 Ogos - Kadar zakat fitrah bagi negeri Selangor untuk tahun ini kekal pada RM7, kata Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Datuk Mohd. Adzib Mohamad Isa.

Beliau berkata, pengekalan itu disebabkan tidak ada kenaikan harga beras di pasaran yang menjadi makanan utama rakyat di negeri tersebut.

"Pada tahun lepas, jumlah kutipan zakat fitrah ialah sebanyak RM16 juta dan pada tahun ini pihak kami menjangkakan jumlah yang sama akan dikutip di Selangor," katanya pada sidang media, di sini hari ini.

Mohd. Adzib berkata, MAIS melalui Lembaga Zakat Selangor (LZS) telah melantik 2,437 ketua dan penolong amil fitrah di seluruh negeri dan membuka kaunter sementara di pusat beli-belah terpilih bagi memudahkan masyarakat Islam membayar zakat fitrah dan zakat harta.

Pusat beli-belah terbabit ialah Centrepoint, Mydin, Plaza MPK dan Jaya Jusco Bukit Raja, kesemuanya di Klang dan di Giant, Kompleks PKNS dan Plaza Masalam, kesemuanya di Shah Alam.

Katanya, sebanyak 23 kaunter akan dibuka setiap hari sepanjang Ramadan ini bermula pukul 8.30 pagi hingga 4.30 petang, kecuali pada hari Sabtu, Ahad dan cuti umum kaunter dibuka pukul 9 pagi hingga 3 petang.

Mohd. Adzib berkata, pihaknya juga telah memulakan program agihan Ramadan dan Hari Raya Aidilfitri bermula 27 Julai lepas sehingga esok melibatkan peruntukan RM14.5 juta.

"Ia diagihkan kepada 18,352 keluarga fakir dan miskin di negeri ini. Daripada jumlah itu terdapat 11,114 keluarga asnaf miskin pada tahun ini berbanding 10,843 orang pada tahun lepas manakala bagi asnaf fakir pula terdapat 7,238 keluarga berbanding 10,778 pada tahun lepas.

"Bantuan adalah berupa wang tunai antara RM600 sehingga RM1,000 bagi setiap keluarga asnaf fakir mengikut tanggungan manakala asnaf miskin pula menerima wang tunai antara RM550 sehingga RM1,000 bagi satu keluarga mengikut tanggungan," katanya. - Bernama

Wednesday, August 4, 2010

Ceramah sempena ambang Ramadhan di surau Ar-Raudah sek5 ...



assalamualaikum,

Ceramah di Ambang ramadhan

Tarikh : Ahad/8-8-2010
Masa : Selepas magrib
Tempat : Surau Ar-Raudhah.Sek5, Bdr Bukit mahkota

Penceramah : Ust Ramli Sidom (JAIS).

Semua muslimin & muslimat dijemput hadir.

Tuesday, August 3, 2010

Penutupan bantching plant di Bdr Bukit Mahkota...insya-allah.



assalamualaikum,

alhamdullilah,saya baru menerima maklumat daripada ahli majlis mpkj zon 24 ,tuan hj mazwan johar sepertimana e-mail dibawah ini. Ini adalah susulan tindakan olh pihak MPKj bagi persoalan yang dibangkitkan didalam majlis dialog bersama Mpkj yang telah diadakan baru-baru ini.
setakat ini ada beberapa tindakan yang telah dilaksanakan sepertimana berikut :

1) Pembuangan iklan haram disekitar bukit mahkota : tarikh laksana : Julai 2010
2) penutupan tapak pembuangan sampah di sg kembung : tarikh laksana : 20/7/2010
3) Penutupan batching plant di BBM : tarikh akhir :15 Ogos 2010
4) Pembersihan tapak masjid at-taqwa,bdr bukit mahkota : 8 ogos 2010

ada beberapa lagi tindakan sedang diusahakan bagi perlaksanaan berterusan demi kesejahteraan warga bdr bukit mahkota.
insya-allah,sama-sama kita bantu membantu & saling bekerjasama antara satu sama lain.
tingkatkan ukhuwah jalinan kemesraan berterusan.


E-mail diterima daripada ahli majlis MPkj zon24,tuan haji mazwan Johar..

Assalammualaikum w.b.
Izinkan saya mengambil peluang ini untuk berkongsi satu lagi berita gembira dengan para penduduk BBM.
Sukacita dimaklumkan tindakan penutupan operasi batching plant (BP) di Seksyen 4 BBM telahpun dilaksanakan oleh MPKj.
BP tersebut diarahkan berhenti operasi dan pihak pengurusan BP memberikan komitmen memberhentikan operasi mereka pada 1 Ogos 2010.
MPKj bersetuju atas permintaan pengurus BP untuk memberikan tempoh kepada mereka sehingga 14 Ogos untuk menjalankan kerja-kerja penutupan tapak BP tersebut. Kerja-kerja ini sedang dilaksanakan oleh pengurusan BP.
InsyaAllah BP tersebut akan ditutup sepenuhnya menjelang 15 Ogos 2010.
Bersama kita memelihara kebersihan dan kesihatan kawasan persekitaran kita.

Yang Istiqamah Berusaha Seberapa Terdaya,
Mazwan Johar.


Sekian.

Dilaporkan oleh,
Biro pengurusan & Perhubungan awam,
Persatuan penduduk sek5,
Bdr Bukit mahkota.

Lawatan ke Daru Atiq...

Alhamdullilah, pada hari ahad/25-07-2010 yang lepas, misi rombongan dari sek5,bdr bukit mahkota ke Darul Atiq,kuala kubu,selangor bagi menyampaikan sumbangan ikhlas telah berjaya dilaksanakan.
Seramai lebih kurang 30 peserta yang turut serta.Lawatan ini diusahakan oleh Ustazah Lasminah selaku ketua HELWA & Muslimah Surau Ar-Raudhah sek5. Terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat termasuklah mereka yang sudi menghulurkan sumbangan kepada rumah anak yatim Darul Atiq.
hanya Allah swt yang akan membalas budi tuan/puan semua.
Dikongsikan beberapa keping gambar kenangan sempena lawatan ke Darul Atiq utk tatapan semua.

sekian.
Dilaporkan oleh:
Biro Pengurusan & Perhubungan Awam,
Persatuan Penduduk sek5,
Bdr Bukit Mahkota.








Monday, August 2, 2010

Alhamdullilah, pusat perlupusan sampah di Sg kembung ditutup....

assalamualaikum,

Berikut adalah penjelasan daripada Tuan haji Mazwan Johar selaku ahli majlis mpkj zon 24 berkaitan isu sampah ini.



"
Salam.
Ya, tapak pelupusan sampah di Sg. Kembong telahpun ditutup.
Tapak itu telah diserahkan kepada Syarikat Worldwide untuk dibaik pulih. Ini telah disahkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Perkhidmatan Bandar MPKj yang turut dihadiri oleh saya pada 26/07/10.
Pihak syarikat telahpun mengambil langkah memagar kawasan tersebut dan meletakkan halangan (barricade) menghadang kenderaan termasuk lori daripada memasuki kawasan tersebut.
Semakan saya sebentar tadi mendapati ada permintaan pagi tadi untuk membuang sampah di sana tetapi ditolak oleh syarikat. Lori juga tidak akan dapat menyusup masuk ke tapak pembuangan sampah kerana adanya halangan dan kawalan oleh syarikat tadi.
Saya bagaimanapun telah memanjangkan maklumat ini kepada Tn Hj Arshad ( Pengarah Perkhidmatan Bandar) untuk perhatian beliau.
InsyaAllah bersama kita menjaga dengan penuh cemburu kebersihan dan kesihatan kawasan persekitaran kita.
Yang Istiqamah Berusaha Seberapa Terdaya,

Mazwan Johar,
Pengerusi MPP Zon 24, MPKj.

Rentetan e-mail yang berkaitan isu bau sampah yang puncanya dari Pusat Perlupusan sampah Sg kembung sebagai perkongsian bersama-sama.

2010/8/2 ab razak
- Hide quoted text -



Masa balik ambil anak sekolah Thn 1 di SK Bangi (tengah hari buta... bukan malam buta), kereta saya mengekori satu lori yang penuh muatan sampah, bukan lori sampah yang kutip sampah depan rumah... ingatkan lori akan terus ke toll PPM, tapi belok kiri ke tempat pembuangan sampah Sg Kembong yang dah ditutup pada 19 July lalu....

Mungkin driver lori/ pengusaha sampah tu dak dapat message lagi dari MPKJ kot....

Walaupun dah ditutup pada 19 July, tak semestinya bau dia akan hilang pada 20 July... It's will take about 3 - 4 mths untuk betul2 clear bau dan fizikal dia... Itu pun kalau takde lanun yang curi-curi buang mlm hari....





From: siti hajar abd rahim
To: khair_bbm@yahoo.com; BBukitMahkota@yahoogroups.com
Cc: BMsek5@yahoogroups.com
Sent: Thu, 29 July, 2010 13:00:04

Subject: Re: [BukitMahkota] Re: Bau sampah



Salam,
Terima kasih juga dgan usaha saudara2/i, berkaitan dgn isu ini. Namun bau sampah ni masih lg ke tercemar ke udara seperti mlm semlm. Mungkin juga saudara boleh tinjau kawasan sembelihan ayam yg mmg ada di kawasan industri kat situ.

Sekian

--- On Tue, 20/7/10, Madon Maria wrote:


From: Madon Maria
Subject: Re: [BukitMahkota] Re: Bau sampah
To: BBukitMahkota@ yahoogroups. com, BMsek5@yahoogroups. com
Cc: Seksyen6BukitMahkot a@yahoogroups. com, bbukitmahkota@ yahoogroups. com
Date: Tuesday, 20 July, 2010, 7:20 AM


Salaam,

Alhamdulillah, Jazakallah to all yg involved with this successful efforts. The date promised by MPKj during the Majlis Dialog bersama MPKj was 19 July 2010 as the last day for closing of Sg. Kembong. Alhamdulillah they have kept the promise. Cuma my worries jangan ada sikap untuk menggula-gulakan penduduk Bukit Mahkota atas langkah yang diambil. Dah elok tutup tetiba bukak balik.....it has happened before... so harapnya this time it will be closed FOR GOOOOOODDDDD! !!!!! Amin.

Dr. Maria

From: Khairuddin
To: BMsek5@yahoogroups. com
Cc: Seksyen6BukitMahkot a@yahoogroups. com; bbukitmahkota@ yahoogroups. com
Sent: Tue, July 20, 2010 12:21:14 PM
Subject: [BukitMahkota] Re: Bau sampah


Salaam,

Baru sebentar tadi saya bercakap dgn En Zikri dari MPKj yg ditugaskan menyelia tapak lupus sampah di Sungai Kembong. Katanya tapak itu ditutup mulai hari ini (20hb Julai) dan mulai petang semalam lori2 sampah diarahkan ke Semenyih. Mereka kini sedang melakukan pembentengan laluan ke tapak tersebut agar tidak lagi digunakan, serta penimbusan sampah dgn tanah.

Diharapkan aniaya bau dari tapak tersebut reda dalam masa terdekat. (Jika ada lagi bau, besar kemungkinan kita perlu alihkan pula pandangan ke kilang kertas di Nilai3 sbg punca bau tersebut).

Semalam saya telah lalu di tepi dua kilang bateri yg berjiran dgn komuniti kita. Saya dapati keadaan bumbung kilang pertama (Wealthview) amat teruk dan lapisan bumbung yg pertama (pengudaraan) telah mereput lebih meluas berbanding 4 bulan lepas. Saya tiada kamera utk diambil gambar pada waktu itu.

Ini bermakna wap panas asid bateri (yg mengandungi hablur plumbum sulfat) masih terlepas dari penapis dalam kilang dan di keluarkan dari kilang melalui celah2 pengudaraan di bumbung kilang, lalu mereputkan bibir atap di lapisan bumbung sepanjang kilang. Seterusnya asid sulfat (yg mengandungi plumbum sulfat) ini juga dilepaskan ke udara dan dibawa angin ke komuniti kita (Lihat emel saya dulu yg tunjukkan topografi permukaan bumi dan aliran angin di Bukit Mahkota).

Selain dihujani dgn asid sulfat (pencemar alam sekitar) kita juga dihujani dgn racun plumbum (dari hablur plumbum sulfat). Kesan keracunan plumbum keatas kita, terutamanya kanak-kanak telah saya sampaikan dlm emel2 yg lepas.

Di kilang bateri kedua pula saya dapati sedang berlaku renovasi besar-besaran. Nampaknya kilang ini belum mula operasi lagi.

(1) Jika sekolah rendah dan menengah dibangunkan di komuniti kita dlm RMK10 ini tidakkah kilang-kilang tersebut boleh menjadi faktor berpengaruh ke atas pretasi kanak-kanak semasa di rumah dan di sekolah?
(2) Apakah yg boleh kita lakukan utk mengatasi aniaya besar pada komuniti kita ini?

Wasalam,

Khairuddin
(Profesor Madya dlm bidang Kajibaka dan Bioinformatik)

Friday, July 30, 2010

Selamat menyambut Ramadhan 1431H...







Assalamualaikum,

Jawatankuasa Persatuan penduduk sek 5,bdr bukit mahkota ingin mengucapkan ahlan wa sa lan & selamat menyambut ramadhan 1431 yang akan tiba kelak.Sama-sama kita tingkatkan amal ibadah & menjalin ukhuwah silaturrahim sesama kita demi mencari keredhaan Allah swt.
Ampun maaf dipohon sekiranya ada kekurangan dipihak kami didalam menjalankan amanah yang diberikan.

sekian..wassalam.

Daripada:
Biro Pengurusan & Perhubungan Awam,
Persatuan Penduduk sek5,
Bdr Bukit Mahkota.
bangi,Selangor.

Thursday, July 29, 2010

Semakan status penempatan murid tahun 1 2011...

Assalamualaikum,

Kepada ibu bapa yang mempunyai anak yang bakal bersekolah di tahun 1 sesi 2011.

SEMAKAN KEPUTUSAN PENEMPATAN PELAJAR TAHUN 1 NEGERI SELANGOR 2011
Sila layari laman web : http://apps.emoe.gov.my/esppsel/pptahun1/

Ibu bapa boleh menyemak dan mencetak keputusan Penempatan Tahun Satu 2011 mulai 16 Julai 2010. Sila laksanakan proses Pengesahan Penempatan di sekolah ditempatkan mulai 01 hingga 30 Ogos 2010 dengan membawa bersama surat penempatan dan sijil lahir (asal).
Terima kasih.



BBA4058
SK BANDAR SERI PUTRA
43000 KAJANG
No Phone : 0389259717
No Fax : 0389259854

ZULKIFLI BIN AMBAK
NO 10, JALAN BM5/17,SEKSYEN 5, BDR BUKIT MAHKOTA,BANGI
43000 KAJANG
SELANGOR



PERAKUAN PERMOHONAN TAHUN 1


Sukacita dimaklumkan anak tuan/puan telah disemak, didaftar dan diperakukan.

Sesi Kemasukan :
2011
Nama Pemohon : AZAM HUSAINI BIN ZULKIFLI
No. My Kids/ SB : 040401140351
No. Pin : 643100

Sekolah Daftar : BBA4058
SK BANDAR SERI PUTRA
Tarikh Daftar : 03/03/2010
Tarikh Membuat Perakuan : 15/04/2010


Tuan/puan boleh membuat semakan melalui laman web Jabatan jpn_pelajaran Selangor di http://www.moe.gov.my/jpnselangor atau laman web Pejabat jpn_pelajaran Daerah masing-masing. Semakan juga boleh dibuat melalui sekolah dimana pendaftaran dibuat.

Tarikh Penempatan : 1 Julai 2010 - 31 Julai 2010
Tarikh Pengesahan : 1 Ogos 2010 - 30 Ogos 2010


Untuk makluman, keputusan penempatan bukanlah berdasarkan kepada di mana pendaftaran sekolah dibuat.

Sekian, Terima kasih



Nota:
Helaian ini adalah cetakan komputer, tandatangan tidak diperlukan

*******************************************************
PEJABAT PELAJARAN DAERAH HULU LANGAT
SAUJANA IMPIAN, KM 22 CHERAS,
43000 KAJANG
No Phone : 03-87381100
03-87381100
No Fax : 03-87390144
e-mail :
Rujukan Kami
:
JPNS.REN/B04/600-10/01/03/Bil.( )
Tarikh: 1 Julai 2010


ZULKIFLI BIN AMBAK
NO 10, JALAN BM5/17,SEKSYEN 5, BDR BUKIT MAHKOTA,BANGI
43000 KAJANG
SELANGOR

KELULUSAN PENEMPATAN KANAK-KANAK KE TAHUN 1 SESI PERSEKOLAHAN TAHUN 2011
Nama Pemohon : AZAM HUSAINI BIN ZULKIFLI
No. My Kids/ SB : 040401140351
No. Pin : 643100


Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas


2. Sehubungan dengan itu dimaklumkan anak tuan/puan yang telah membuat permohonan penempatan ke Tahun Satu Sesi Persekolahan tahun 2011 di

Sekolah : BBA4058 SK BANDAR SERI PUTRA
adalah DILULUSKAN di sekolah :
BBA4058 SK BANDAR SERI PUTRA
SK BANDAR SERI PUTRA
43000 KAJANG
Selangor Darul Ehsan
0389259717


3. Tuan/puan diminta untuk membuat pengesahan penempatan anak tuan/puan di sekolah yang telah diluluskan mulai dari 01 hingga 30 Ogos 2010. Kerjasama tuan/puan adalah diperlukan untuk mematuhi tarikh pengesahan. Sebarang kelewatan akan menjejaskan penempatan anak tuan/puan. Sila bawa bersama surat kelulusan ini semasa membuat urusan pengesahan.


Sekian, terima kasih.


”BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”


Saya yang menurut perintah,



t.t

HAJI ISMAIL BIN MUSA
PEGAWAI PELAJARAN DAERAH


Nota: Helaian ini adalah cetakan komputer, tandatangan tidak diperlukan

Wednesday, July 21, 2010

Tahniah & selamat menjalankan tugas utk sesi 2010~2011 (7Julai 2010~31 Disember 2011)

Wednesday, July 21, 2010
Ahli-Ahli PBT Angkat Sumpah Dan Menerima Wathiqah
Dewan Jubli Perak, Shah Alam, 08 Sya`ban = 20 Julai (Selasa):

Ahli-ahli Majlis PBT-PBT Kerajaan Negeri Selangor petang hari ini mengangkat sumpah dan diberi penghormatan menerima wathiqah yang disampaiakn oleh Yang Amat Berhormat Tan Sri, Dato` Seri Abdul Khalid Ibrahim Menteri Besar Selangor bertempat di Dewan di atas bagi sesi 2010-2011 (7 Julai 2010 - 31 Disember 2011). 67% peratus daripada mereka disambung semula setelah berkhidmat bagi penggal 2008-2010 lepas.
Hadir sama di dalam majlis ialah Tuan Speaker Y.B. Tuan Teng Chang Khim, Y.B. Tuan Ronnie Liu Tian Khiew, Y.B. Dato` Ramli Bin Mahmud Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, Ahli-ahli Exco, Ahli-ahli Dewan Negeri, Pegawai-pegawai Daerah, kakitangan kerajaan dan ahli-ahli PBT yang diraikan.

Dalam ucapan Y.A.B. Dato` Menteri Besar mengucapkan tahniah kepada mereka yang dipilih berkhidmat pada sesi ini dan terima kasih kepada mereka yang menyempurnakan khidmat pada sesi yang lalu. Beliau maukan ahli PBT memegang prinsip 4C di dalam menjalankan perkhidmatan, iaitu:

1) Capability - Seperti berilmu, faham dengan isu dan masalah setempat, mampu menjalankan kerja dengan berkesan, peka terhadap budaya dan adat serta berbudi bahasa.
2) Capacity - Seperti pandai mengurus waktu, bijak berurusan dengan masyarakat, berkesungguhan dan menjadi pengantara yang baik antara pihak kerajaan dan rakyat.
3) Character – Seperti penampilan diri yang baik, bersifat amanah, berintegriti di mata rakyat, tidak mementingkan diri dan tidak bersifat kroni.
4) Cooperation – Mementingkan kerja secara berjamaah dan berpasukan, saling membantu. Mengambil keputusan secara bermesyuarat dan patuh pada keputusan majority yang dicapai. Menurut Dato` Menteri Besar, ``Ahli Majlis bukan saja bertindak sebagai - How to be a leader, but sometimes how to be a follower.``

Menurut Dato` Menteri Besar, Ahli Majlis PBT kali ini akan dinilai melalui kaedah `Peg Integrity` yang dapat mengawal Ahli PBT dari rasuah dan menjadikan mereka sebagai role model bagi masyarakat. Perkara ini akan dibincangkan dalam Mesyuarat Exco akan datang. Menurut Dato` Menteri Besar lagi kemungkinan diwujudkan satu `Advisory Body ` bagi Ahli Majlis juga sedang dipertimbangkan.

Sebelumnya Y.B. Ronnie Liu Sebagai Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Kajian Dan Penyelidikan menekankan pemilihan Ahli-ahli PBT kali ini berdasarkan latar belakang dan kemampuan ahli-ahli yang dipilih. Mereka pengantara antara kerajaan dan penduduk, sebab itu wujudkan kerjasama yang baik dengan penduduk. Mereka juga diingatkan supaya memahami polisi kerajaan negeri dan tidak bercanggah dengan dasar kerajaan dan wakil-wakil rakyat yang mendukung Kerajaan. Menurutnya, Kita akan memperbaiki manual dan tatakerja yang boleh dijadikan panduan oleh ahli-ahli PBT yang akan dibincangkan di dalam Mesyuarat Exco. Mereka diingatkan agar berusaha mendapat kepercayaan rakyat bagi mengekalkan pemerintahan Pakatan Rakyat.

Y.B. Ronnie menekankan, pada kali ini setiap ahli Majlis PBT dibekalkan sebuah fail, mereka akan dinilaikan dari pengisian kerja dilakukan berdasarkan rekod di dalam fail yang perlu dipenuhi.

Ahli-ahli Majlis PBT sebenarnya dikehendaki hadir ke Dewan Jubli Perak sejak jam 12.00 tengahari bagi menyertai seluruh Majlis Persidangan Ahli-Ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan Selangor bagi Penggal 2010-2011. Sebelum Majlis Puncak Mengangkat Sumpah dan Menerima Wthiqah bermula jam 3.30 petang, mereka mengikuti pembentangan kertas kerja:

Projek Pembangunan dan Pemuliharaan Sungai Klang

Kertas kerja disampaikan oleh Y.Bhg. Dato` Haji Mohd. Jaafar bin Mohd. Atan Pengarah Jabatan Penerangan Bandar dan Desa Negeri Selangor.
Beberapa contoh pembangunan sungai dari berbagai Negara juga ditayangkan sebagai contoh dan panduan.

Sekian.
Dicatat oleh DrShafieN26 at

Tuesday, July 20, 2010

Perkongsian maklumat ...isu pencemaran udara di bdr bukit mahkota.

Assalamualaikum,

Dikongsikan e-mail daripada Prof Khairuddin berkaitan isu pencemaran bau di bukit mahkota utk makluman semua.Terima kasih diatas usaha yang dilakukan.


Salaam,

Baru sebentar tadi saya bercakap dgn En Zikri dari MPKj yg ditugaskan menyelia tapak lupus sampah di Sungai Kembong. Katanya tapak itu ditutup mulai hari ini (20hb Julai) dan mulai petang semalam lori2 sampah diarahkan ke Semenyih. Mereka kini sedang melakukan pembentengan laluan ke tapak tersebut agar tidak lagi digunakan, serta penimbusan sampah dgn tanah.

Diharapkan aniaya bau dari tapak tersebut reda dalam masa terdekat. (Jika ada lagi bau, besar kemungkinan kita perlu alihkan pula pandangan ke kilang kertas di Nilai3 sbg punca bau tersebut).

Semalam saya telah lalu di tepi dua kilang bateri yg berjiran dgn komuniti kita. Saya dapati keadaan bumbung kilang pertama (Wealthview) amat teruk dan lapisan bumbung yg pertama (pengudaraan) telah mereput lebih meluas berbanding 4 bulan lepas. Saya tiada kamera utk diambil gambar pada waktu itu.

Ini bermakna wap panas asid bateri (yg mengandungi hablur plumbum sulfat) masih terlepas dari penapis dalam kilang dan di keluarkan dari kilang melalui celah2 pengudaraan di bumbung kilang, lalu mereputkan bibir atap di lapisan bumbung sepanjang kilang. Seterusnya asid sulfat (yg mengandungi plumbum sulfat) ini juga dilepaskan ke udara dan dibawa angin ke komuniti kita (Lihat emel saya dulu yg tunjukkan topografi permukaan bumi dan aliran angin di Bukit Mahkota).

Selain dihujani dgn asid sulfat (pencemar alam sekitar) kita juga dihujani dgn racun plumbum (dari hablur plumbum sulfat). Kesan keracunan plumbum keatas kita, terutamanya kanak-kanak telah saya sampaikan dlm emel2 yg lepas.

Di kilang bateri kedua pula saya dapati sedang berlaku renovasi besar-besaran. Nampaknya kilang ini belum mula operasi lagi.

(1) Jika sekolah rendah dan menengah dibangunkan di komuniti kita dlm RMK10 ini tidakkah kilang-kilang tersebut boleh menjadi faktor berpengaruh ke atas pretasi kanak-kanak semasa di rumah dan di sekolah?
(2) Apakah yg boleh kita lakukan utk mengatasi aniaya besar pada komuniti kita ini?

Wasalam,

Khairuddin
(Profesor Madya dlm bidang Kajibaka dan Bioinformatik)

Friday, July 16, 2010

Wakaf RM10 = 1 Marmar. 95 Marmar lagi diperlukan.



Assalammualaikum

PIBG SRA-BSP juga sedang menawarkan WAKAF RM10.00 bagi setiap marmar yang akan digunakan sebagai tambahan kepada lapisan simen sedia ada. Ini termasuk upah memasang dan pembelian marmar tersebut.

Jumlah marmar yang diperlukan adalah 100 keping atau RM1,000 seperti yg dimaklumkan En. Zul.

Terkini: Tinggal 95 unit Wakaf

Maklumat berkaitan: http://srabandarseriputra.blogspot.com/2010/07/demi-keselesaan-pelajar-sra-bandar-seri.html



Assalamualaikum,

Sepertimana yang diputuskan didalam mesyuarat jawatankuasa PIBG SRA Bdr Seri Putra pada 9 Julai 2010, Biro Pembangunan & Kewangan telah diamanahkan melaksanakan pembinaan tangga di pondok kawalan bagi menjamin keselamatan pelajar & juga penambahan tempat wuduk dengan kadar segera.
Alhamdullillah,pihak jawatankuasa PIBG SRA Bdr seri Putra telah pun sebulat suara bersetuju memilih kontraktor yang menawarkan harga terendah bagi tugasan tersebut.
Kerja-kerja tersebut sedang dibuat. Maaf diatas sebarang kesulitan yang timbul sekiranya ada.

Untuk makluman, pihak Biro Pembangunan & kewangan PIBG SRA Bdr Seri Putra amat mengalu-alukan sumbangan ikhlas daripada ibu bapa pelajar demi keselesaan & keselamatan pelajar.Baru-baru ini telah dilancarkan sumbangan bagi mengisi tabung penambahan tempat wuduk semasa hari menandatangi Buku Rekod Pelajar. Sejumlah Rm750 telah berjaya dikumpul. Terima kasih diucapkan kepada penderma yang budiman.
Pihak kami juga sedang merancang untuk membeli dan memasang tile selepas pembinaan tangga di hadapan pondok kawalan.Dianggarkan sebanyak RM1000 diperlukan bagi tujuan tersebut.Sekiranya ada sesiapa yang sudi menyumbang, bolehlah disalurkan kepada akaun bank Muamalat .

Akaun PIBG untuk sebarang sumbangan di Bank Muamalat - 140800000626717.

Sebarang pertanyaan,sila hubungi YDP PIBG,Sdr Lokman :019-7027995
& Zulkifli (AJK BPK):017-3761584



Khai

Tuesday, July 13, 2010

Lawatan ziarah sambil menderma ke darul Atiq...




Assalamualaikum,

Insya-allah, pada 25 Julai 2010, Biro HELWA PPS5BBM & Muslimah Surau Ar-raudhah yang dipengerusikan oleh Ustazah lasminah akan menganjurkan lawatan ziarah sambil menderma ke darul Atiq. Tempat adalah terhad dimana muslimah dihadkan seramai 25 orang manakala selebihnya iaitu kira-kira 20 orang lagi.Turan dikenakan sebanyak Rm20 untuk tambang Bas ke sana. Sesiapa berminat, sila hubungi Ustazah Lasminah di talian 0132618446.

Sedikit info berkaitan Darul Atiq:

Darul Atiq ini telah ditubuhkan oleh Ust. Ghazali Hasbullah pada tahun 1982 atas tapak tanah seluas 6 ekar yang telah di waqafkan. Tujuan penubuhan pusat ini ialah untuk menampung mereka dari kalangan miskin, ibu tunggal,pesakit mental, mereka yang mempunyai masalah akhlak, penagih dadah dan anak yatim. Kesemuanya tinggal di perkampungan tersebut yang dibina sendiri sedikit demi sedikit. Hingga kini penghuni Darul Atiq termasuk tenaga pengajar telah berjumlah 130 orang.

Menurut Ust. Supar, jumlah perbelajaan harian di Darul Atiq ialah lebih kurang RM700 satu hari merangkumi makan minum. bil2, bayaran saguhati tenaga pengajar, belanja anak Darul Atiq yg melanjutkan pelajaran di luar Negara, bayaran ‘maintanance’ dan pelbagai belanja lain. Sumber kewangan Darul Atiq ialah dari hasil tenaga pengajar yang memberi ceramah agama disana sini. Apabila diajukan soalan samaada pusat pernah meminta bantuan dari mana-mana pihak, Ust, Supar menegaskan pengasas pusat ini, iaitu Ust Ghazali tidak pernah meminta secara rasmi kemana-mana badan pertubuhan samaada swasta atau kerajaan, namun demikian mereka tetap bersyukur kerana ada sahaja yang datang memberi sumbangan dalam berbagai bentuk.
http://www.fotomedia.com.my/forum/showthread.php?t=3349

Jika ada yag ingin melawat tpt ini atau ingin memberi sumbangan atau wang zakat, ini maklumatnya:

Pusat Tarbiyah Islamiyah Darul Atiq
Kg.Melayu Rasa,
Batu 341/2,
44200 Hulu Selangor
Selangor Darul Ehsan

Hubungi:
Ust.Ghazali Hasbullah
Bank: Maybank
No. Akaun: 162076546024
Tel: 03-60574869
h/p: 019-3298799

Ceramah Isra & Mikraj...




Assalamualaikum Wrh Wbt:

Tarikh: 17 Julai 2010
Masa: 8.30 pagi
Tempat : Pusat Khidmat Masyarakat Putra-Mahkota,Bdr seri putra
Penceramah: Ust. Halim Din (Lembaga Zakat Selangor)

Semua dijemput hadir

Wednesday, July 7, 2010

Terkini : Perkembangan Masjid At-Taqwa, Bdr Bukit Mahkota..



Assalamualaikum,
1.Dimaklumkan pihak jawatankuasa pembinaan masjid at-Taqwa,Bdr Bukit Mahkota menerusi setiausanya,Sdr Junaidi telah berhubung dgn timbalan pengarah unit pembangunan JAIS, Ust Ahmad Fitri Bin Ahmad bertanyakan status terkini perkembangan masjid at-taqwa. Alhamdullilah, beliau menyatakan bahawa masjid At-taqwa,Bdr bukit Mahkota telah tersenarai didalam perancangan RMK-10. Namun demikian, pihak jawatankuasa akan berhubung dengan JPN agar disegerakan pembinaan tersebut.

2.Disamping itu juga, pihak jawatankuasa masjid juga sedang menempah papan tanda Masjid At-taqwa,Bdr Bukit mahkota.Insya-allah, akan disiapkan dalam tempoh terdekat.

3.Selain itu,permohonan kutipan derma telah dimajukan kepada pihak MAIS untuk tindakan selanjutnya.

4.Semoga usaha yang dibuat ini mendapat redha Allah swt.

5.Sila layari Blog Masjid At-Taqwa utk maklumat lanjut:
http://www.masjidat-taqwabukitmahkota.blogspot.com/

Sekian.

Memorandum Majlis Dialog dan Direktori Perhubungan gabungan Persatuan Penduduk Bukit Mahkota...



Assalamualaikum wbt

Bersama ini dilampirkan Direktori pengurusan Gabungan Persatuan Penduduk BBM, sila maklumkan jika ada kesilapan.


Memandangkan file salinan Memorandum agak besar, maka saya akan bagi kepada Dato' / tuan dalam bentuk CD. InsyaAllah by Friday akan saya usahakan supaya ianya berada di tangan pihak Dato' / tuan.


Pls take note:-

1. Diharapkan pihak Dato'/tuan dapat edarkan laporan tersebut kepada ahli-ahli yang lain. Dan diharapkan dapat mengumpul maklumbalas dan tambahan permasalahan. Sila emailkan kpd saya utk kami consolidate di peringkat induk.


2. 2 salinan tambahan memorandum akan saya majukan kpd Tn Hj Mazwan, untuk beliau panjangkan kpd pihak yang berkenaan. Harap Dato'/tuan dapat memantau tindakan2 yang telah diambil terhadap permasalahan yang kita kemukakan.


3. Harap dapat gunakan email sebagai medium utk kita berhubung. InsyaAllah kita akan follow-up dgn pertemuan fizikal dalam jangkamasa terdekat.


Lastly, jutaan perhargaan dan terima kasih di atas sokongan dan dokongan utk majlis dialog yang lepas. Walaupun kehadiran agak mendukacitakan, namun saya secara peribadi agak berpuashati sbb dapat utarakan permasalahan ini secara rasmi kpd pihak MPKj. Moga2 tindakan susulan yang bakal kita ambil akan memberikan natijah yang baik dan berkekalan.

Sekian, terima kasih.


Mazuki Abdullah
Pen. S/U Gabungan

Friday, June 25, 2010

Gerhana Bulan Separa Sabtu Ini






Gerhana Bulan Separa Sabtu Ini


KUALA LUMPUR, 23 Jun (Bernama) -- Orang ramai berpeluang menyaksikan gerhana bulan separa antara pukul 7.22 malam hingga 10.20 malam Sabtu ini.


Gerhana bulan itu akan bermula pada pukul 4.57 petang tetapi orang ramai tidak dapat melihatnya disebabkan bayangan penumbra Bumi yang kurang gelap dan bulan belum terbit dari ufuk.


Ia hanya boleh dilihat apabila bulan mulai terbit pada pukul 7.22 malam, kata kenyataan Bahagian Komunikasi Korporat Agensi Angkasa Negara (Angkasa) di sini pada Rabu.


Pada amnya, gerhana bulan akan berlaku ketika fasa bulan penuh dan pada masa sama bulan melintasi bayang Bumi.

Kali terakhir gerhana bulan separa berlaku pada 1 Jan lepas. Angkasa akan menyediakan beberapa teleskop untuk orang awam menyaksikan gerhana bulan separa secara percuma dari pukul 8 malam hingga 10 malam di Planetarium Negara. Orang ramai yang ingin mendapatkan maklumat lanjut boleh menghubungi Planetarium Negara di talian 0322734301/4303/5484 atau layari laman web www.angkasa.gov.my/planetarium .

-- BERNAMA


http://www.bernama.com.my/bernama/v5/bm/newsgeneral.php?id=508053


Dari ‘Aisyah radhiyallahu ‘anha, Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

”Sesungguhnya matahari dan bulan adalah dua tanda di antara tanda-tanda kekuasaan Allah. Gerhana ini tidak terjadi karena kematian seseorang atau lahirnya seseorang. Jika melihat hal tersebut maka berdo’alah kepada Allah, bertakbirlah, kerjakanlah shalat dan bersedekahlah.” (HR. Bukhari no. 1044)


Sumber : http://waghih.blogspot.com/2009/12/jom-solat-gerhana-sedekah-malam-tahun.html
"

Iklan: Perubatan Tradisional Islam Tok Kecik

Perubatan Tradisional Islam Tok Kecik

TOK KECIK atau Tuan Khalifah Musa Bin Tabib Muhammad adalah seorang Pengamal Perubatan Tradisional Islam. Memulakan rawatan alternatif tradisional Islam ini semenjak berumur 15 tahun dan telah banyak menyelesaikan masalah yang melanda anak Adam manusia umat Muhammad.
Masalah seperti
(a) gangguan sihir,
(Cool kerasukan jin,
(c) membuang saka yang mengganggu keturunan,
(d) memulihkan rumah yang didiami puaka,
(e) merawat masalah penyakit fizikal seperti barah payudara, barah hati, barah peparu, barah urat, barah tulang, barah gusi dan barah otak,
(f) merawat penyakit strok,
(g) merawat tulang patah (sangkal potong),
(h) merawat masalah santau,
(i) masalah sawan,
(j) masalah kenan,
(k) masalah busung
(l) mengurut untuk tenaga batin bagi lelaki
(m) membantu untuk mendapatkan zuriat dan
(n) menyediakan pelaris perniagaan.

Hubungi: 017-3199 771 atau 019-2899 349

ALAMAT:
(1) VILLA MARIA, No. 9, Jalan BM 5/12,
Bandar Bukit Mahkota,
43000 Kajang,
Selangor

(2) No. 11, Lorong Setia 2E,
Taman Setia,
Jalan Johan Setia,
Kelang, Selangor

(3) Kampung Telok,
Pasir Panjang,
Port Dickson,
Negeri Sembilan

Majlis Gotong-Royong di SRA Bandar Seri Putra...

Gotong-Royong SRA-BSP, 27 Jun, 7.30 pagi
24Jun2010 Posted by Khai@BSP

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc3/hs292.snc3/28246_404148858862_179473523862_4421377_4612163_n.jpg

Assalammualaikum,

Saya telah dimaklumkan oleh YDP PIBG SRA-BSP berkenaan perkara berikut:

Perkara: Majlis Gotong-Royong di SRA Bandar Seri Putra
Tarikh: 27 Jun (Sehari selepas Forum Perdana di sekolah)
Masa: 7.30 pagi

Oleh itu diharap ibubapa anak-anak bersekolah di sini, khususnya, dan warga Putra Mahkota, amnya, dapat turut meringankan tangan untuk menjayakan aktiviti ini.

Sebarang pertanyaan boleh dirujuk terus kepada pihak sekolah (019-2114617 / 016-6442652) ataupun kepada YDP PIBG sendiri En Lokman (019-7027995)

-Khai@BSP

Thursday, June 24, 2010

Banci Penduduk & Perumahan malaysia 2010...

Gabungan Persatuan Penduduk Bdr bukit mahkota...



Assalamualaikum,

Dilaporkan semalam telah diadakan mesyuarat khas pimpinan penduduk di bdr bukit mahkota bertempat di club house bukit mahkota.Alhamdullilah, satu jawatankuasa bertindak yang diwakili oleh semua seksyen di bdr bukit mahkota iaitu Sek1(Banyan Close), sek2&3, sek4 , sek5 dan sek6 telah dibentuk yang dikenali sebagai Gabungan Persatuan Penduduk Bdr bukit mahkota. Matlamatnya adalah kita bersatu hati
dengan 1suara didalam menyelaraskan isu-isu berbangkit di bdr bukit mahkota agar penyelesaian berkesan dapat dicapai.Disamping itu kita juga akan berkerjasama sebagai satu pasukan yang mantap dengan ikatan silaturrahim yang erat. Insya-allah, sebagai permulaan, majlis dialog bersama MPKj yang akan diadakan pada hari Ahad/27-06-2010 bertempat di Club House Bdr Bukit mahkota adalah platform permulaan bagi kerjasama ini. Sama-sama kita memberikan sokongan dengan hadir ke program tersebut.Insya-Allah.

Senarai Jawatankuasa Gabungan Persatuan Penduduk Bdr Bukit Mahkota.

Pengerusi : Mejar Razali (Sek6,Bdr Bukit Mahkota)
Timbalan Pengerusi : ((Sek 2&3,Bdr Bukit Mahkota)
Setiausaha : Sdr Nizam (Sek5,Bdr Bukit Mahkota)
Penolong Setiausaha : Sdr Mazuki (Sek6,Bdr Bukit Mahkota)
AJK:
1. Dato rajion (Sek1,Banyan Close, Bdr Bukit Mahkota)
2. Sdr Murad ( Sek2&3, Bdr Bukit Mahkota)
3. Hj Salleh ( Sek 4, Bdr Bukit Mahkota)
4. Zulkifli (Sek5, Bdr Bukit Mahkota)
5. Hj Alwi (Sek5, Bdr Bukit Mahkota)

sekian.
Laporan disediakan oleh:

Biro Pengurusan & Perhubungan Awam,
Persatuan Penduduk Sek5,
Bdr Bukit Mahkota.

Monday, June 21, 2010

Program Ramah Mesra Muslimah Mahkota5...

Assalamualaikum,

Dimaklumkan program anjuran bersama jawatankuasa HELWA mahkota5 & Muslimah Surau Ar_raudhah sek5.

Nama Program : Ramah mesra muslimah Mahkota5
Tarikh : Ahad/04 Julai 2010
Masa : 8.30pg
Tempat : Surau Ar-Raudhah, Sek5,
Bdr Bukit Mahkota.

Semua muslimah dijemput hadir..

Jom ke Forum Perdana Hal ehwal islam bertajuk : Membina Rumah Allah

“PENGUKURAN KASIH SAYANG TERHADAP IBU BAPA”





“PENGUKURAN KASIH SAYANG TERHADAP IBU BAPA”

(18 JUN 2010 / 5 REJAB 1431H)



Muslimin yang di Rahmati Allah,


Marilah kita sama-sama meningkatkan ketakwaan kita kepada Allah SWT dengan melakukan segala suruhan-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya. Mudah-mudahan kita tergolong di kalangan orang yang mendapat keberkatan di dunia dan di akhirat.


Mimbar pada hari ini akan menyampaikan khutbah bertajuk: “PENGUKURAN KASIH SAYANG TERHADAP IBU BAPA”.


Muslimin yang di Rahmati Allah,


Islam mengajar umatnya supaya menghormati dan berbuat baik kepada ibu bapa. Segala jasa dan pengorbanan yang mereka curahkan sejak di alam rahim sehingga kita dilahirkan begitu besar pengorbanannya. Merekalah yang bertanggungjawab mencari nafkah dan mendidik kita sehingga dewasa. Mereka juga sanggup mengorbankan nyawa dan kepentingan diri demi mengharungi pelbagai cabaran untuk masa depan anak-anak.


Marilah kita merenung kembali semasa kita kecil dulu apa yang telah dilakukan oleh kedua ibu bapa kita, merekalah yang memberi susu kepada kita, menyuap makanan ke mulut kita, memandikan kita, memakai pakaian kepada kita, mendodoi dan menidurkan kita, membersihkan najis dan segala kotoran di badan kita, menghantar kita ke sekolah demi melihat anaknya ini menjadi insan berguna di kemudian hari.


Kasih ibu bapa kepada anak-anak berpanjangan sepanjang hayat, pengorbanan dan kudrat dicurah siang -malam, hanya tahu memberi dan tidak mengharapkan apa-apa balasan dari anak kerana menginsafi anak itu adalah lahir dari kandungannya yang dijaga penuh selama sembilan bulan.


Mimbar menyeru ingatlah apa yang kita miliki pada hari ini, harta, pekerjaan, pangkat, kesenangan dan keluarga kita adalah hasil dari pengorbanan mereka. Tanpa mereka kita tidak dapat melihat dunia ini dan tanpa nasihat dan pengorbanan mereka kita tidak akan memiliki semua ini. Sehubungan itu, kita sebagai anak wajib menghormati, mentaati dan berbuat baik terhadap mereka. Ini sebagai suatu penghormatan tertinggi daripada anak dan membalas jasa ibu bapa mereka.


Firman Allah SWT dalam surah al-Israk ayat 23-24:

Maksudnya: “Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepada-Nya, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada kedua ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada keduanya sekalipun perkataan 'ah', dan janganlah engkau menengking mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia. Dan rendahkanlah dirimu kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu, dan doakanlah: Wahai Tuhanku! Kasihanilah mereka berdua sebagaimana mereka telah memelihara dan mendidikku semasa kecil.”


Muslimin yang di Rahmati Allah,


Tidak dapat dinafikan bahawa kasih sayang seorang ibu mengatasi segalanya, tidak dapat dinilai dengan emas dan perak, tidak dapat dibayar dengan wang ringgit. Berdasarkan sifat dan naluri keibuan, maka tidak hairan kasih sayang dan pengorbanannya melebihi segalanya.


Tidak hilang dihati seorang ibu perasaan rindu terhadap anak-anaknya walaupun sesaat, kadang-kala ibu tidak dapat menyuap makanan ke mulutnya dan melelapkan matanya kerana teringatkan anak-anaknya ini dan ada ketikanya air mata berlinangan mengalir membasahi dipipinya kerana mengenang dan merindui akan anak-anak. Mimbar mengingatkan, bilakah kali terakhir kita bertemu dengan mereka, menatap wajah dan mencium tangan mereka?.Ambillah kesempatan yang ada semasa hidup sebelum mereka pergi buat selama-lamanya.

Kebiasaan kita sebagai anak akan lebih mengingati dan menyebut nama ibu. Jika kita ada masalah kita akan luahkan kepada ibu, kita lebih suka berkongsi perasaan dengan ibu, jika kita sakit, kita lebih suka ibu yang jaga. Kalau hendak makan, kita lebih suka ibu yang masak dan suapkan. Sehinggakan untuk memasuki gerbang perkahwinan pun, masih mengharapkan bantuan ibu.


Oleh itu, wajarlah Allah SWT memuliakan ibu sesuai dengan pengorbanannya. Firman Allah SWT dalam surah Luqman ayat 14:

Maksudnya: “Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan atas kelemahan dan menceraikan susunya dalam masa dua tahun; bersyukurlah kepada-Ku dan kepada kedua ibu bapamu; dan kepada Akulah tempat kembalimu.”


Rasulullah SAW ketika menjawab pertanyaan seorang sahabat bersabda :


Maksudnya: “Siapakah yang paling berhak saya pergauli dangan baik? Nabi bersabda “Ibumu”, Orang itu bertanya kemudian siapa lagi? Nabi bersabda “Ibumu”, Orang itu bertanya kemudian siapa lagi, Nabi bersanda “Ibumu”. Orang itu bertanya kemudian siapa lagi, Nabi bersabda : Ayahmu.”(Riwayat al- Bukhari)


Al-Bazzar meriwayatkan, ada seorang lelaki sedang tawaf dengan mengendung ibunya, maka lelaki itu bertanya kepada Rasulullah SAW, “Apakah dengan ini saya telah melaksanakan kewajipan saya kepadanya? Rasulullah SAW menjawab “Tidak, tidak sebanding dengan satu kali hembusan nafas ketika ibumu melahirkanmu.”

Betapa besarnya pengorbanan ibu-bapa, namun persoalannya kini, bagaimana pula pengorbanan anak untuk menghargai dan membalas balik jasa serta pengorbanan ibu yang tidak terhitung ini. Inilah persoalan yang perlu direnung setiap anak, apakah mereka sudah menunaikan kewajipan terhadap ibunya.



Imam Muslim meriwayatkan daripada Abdullah bin Mas’ud RA berkata bahawa beliau pernah bertanya Rasulullah SAW tentang amalan paling utama. Baginda bersabda: Solat pada waktunya. Beliau bertanya lagi: Kemudian apa lagi? Baginda bersabda: Berbakti kepada kedua ibu bapa. Beliau bertanya lagi: Kemudian apa lagi? Baginda bersabda: Berjuang pada jalan Allah”.


Muslimin yang di Rahmati Allah,


Islam menganjurkan agar setiap anak menghormati dan berbakti kepada ibu bapa selagi suruhan tersebut tidak melanggari syariat Islam. Jika anak-anak mengingkari perintah ibu bapa, maka itu adalah derhaka dan satu dosa besar walau hanya menyebut ungkapan ‘uuh’ atau ‘aah’ dikira sebagai menyakiti dan menderhaka, apatah lagi jika ada antara anak mencerca, memaki dan memukul ibu bapa mereka.


Imam Bukhari meriwayatkan bahawa Abdullah bin Amru bin al-'As RA bertanya Rasulullah SAW tentang dosa besar. Sabda baginda: Antara dosa besar ialah seorang lelaki mencerca ibu bapanya. Tanyanya lagi: Wahai Rasulullah! Adakah akan berlaku seorang lelaki memaki-hamun ibu bapanya? Jawab Nabi SAW: Ya. Seorang lelaki memaki hamun bapa seorang lelaki lain, nescaya lelaki itu memaki kembali bapanya, begitu juga sekiranya seorang lelaki memaki hamun ibu seorang lelaki lain, nescaya lelaki itu juga akan memaki hamun ibunya.


Mimbar mengingatkan jemaah dan umat Islam sekalian, bahawa menyayangi ibu bapa bukan sekadar ketika keduanya masih hidup sahaja tetapi sebenarnya berpanjangan ketika mereka berada di alam arwah atau alam kubur. Roh orang mati tetap hidup di sisi Allah. Menurut Abu Darda’, Allah SWT telah menempatkan roh orang mukmin di sebuah perkampungan di langit ketujuh yang diberi nama Darul Baida’. Dari sana roh orang mukmin sentiasa diberi peluang oleh Allah SWT untuk melihat amalan atau kegiatan manusia yang masih hidup di dunia khususnya anak-anak atau kaum kerabat mereka.


Roh sentiasa bertanya khabar kepada jenazah yang baru tiba di alam arwah terutama tentang kehidupan keluarga mereka di dunia. Setiap hari amalan umat Muhammad diangkat ke langit dan segala amalan tersebut dipertonton kepada roh ibu bapa kita. Oleh itu gembirakanlah roh ibu bapa kita dengan amalan soleh semasa kita masih hidup di duna ini. Roh–roh ibu-bapa akan sakit, tersiksa dan menderita jika melihat amalan anak-anak mereka terlibat melakukan dosa besar seperti berzina, berjudi, minum arak, rasuah, memfitnah orang, bersubahat melakukan kezaliman, penganiayaan dan perbuataan maksiat lain.


Perbuatan anak di dunia menjadi ukuran dan bukti adakah kita yang masih hidup ini sebenar-benar menyayangi ibu-bapa kita. Apalah gunanya anak-anak mengadakan majlis kenduri tahlil dan doa selamat setiap minggu, setiap tahun sedangkan perbuatan harian mereka penuh dengan maksiat, kejahatan dan melakukan dosa besar.


Rasulullah SAW bersabda:

Mafhumnya : Sesungguhnya amal-amal kamu dibentangkan kepada keluarga dan kaum kerabat kamu yang telah mati; maka kalau amal perbuatan kamu itu baik-mereka gembira mengetahuinya, dan kalau sebaliknya, mereka (berdoa untuk kamu dengan) berkata : ‘ Ya Allah Ya Tuhan kami, berilah kaum kerabat kami yang hidup itu hidayah pertunjuk, sebagaimana engkau telah member hidayah petunjuk kepada kami (sehingga kami mati dalam iman)’. (Riwayat Imam Ahmad dan al-Tirmizi)


Muslimin yang di Rahmati Allah,


Bersempena dengan kedatangan bulan Rejab yang diketahui mempunyai banyak kelebihan, marilah kita sama-sama mengambil kesempatan untuk melipatgandakan ibadah dan memperbanyakkan amalan sunat. Antaranya berpuasa sunat sekurang-kurangnya satu hari dari bulan Rejab, bersedekah dan menziarahi ibu bapa.


Perlu diinsafi, ketidakredhaan ibu-bapa kepada sikap keji anak-anak ini mengundang kemurkaan Allah SWT. Selama mana kita tidak diredhai oleh ibubapa, selama itu juga kita hidup dalam kemurkaan dan derhaka terhadap Allah SWT, sepertimana kisah Alqamah di zaman Rasulullah yang mengutamakan isterinya berbanding ibunya sendiri. Akhirnya ketika hampir meninggal dunia dia tidak dapat mengucap dua kalimah syahadah kerana ibunya enggan memaafkannya.


Mimbar menyeru, marilah sama-sama kita menzahirkan perasaan kasih sayang terhadap ibu setiap masa. Memberi kasih sayang kepada mereka bukan sekadar memberi hadiah bahkan seluruh jiwa dan raga kita serahkan kepada ibu. Mimbar menyeru jemaah dan umat Islam sekalian, gembirakanlah mereka dan carilah keredhaan mereka serta perbanyakkanlah doa keampunan kepada mereka.


Budayakanlah amalan memuliakan dan menghormati ibu-bapa di sepanjang kehidupan kita dan janganlah hanya dibuat pada masa-masa tertentu sahaja.

Ambillah kesempatan yang ada ini untuk menyayangi sebelum mereka didatangi ajal. Mengakhiri khutbah marilah kita mengambil beberapa pengajaran penting berikut:

Pertama : Kepentingan menjaga ibu lebih utama daripada perang di jalan Allah.


Kedua : Berbuat baik kepada ibu- bapa mestilah menjadi keutamaan yang paling atas selepas kewajipan kepada Allah dan Rasul-Nya.


Ketiga : Redha Allah adalah terletak pada redha kedua ibu-bapa dan kemurkaan Allah terletak pada murka kedua ibu bapa.


Keempat : Roh ibu-bapa akan sakit dan terseksa jika anak-anak yang masih hidup melakukan amalan yang bercanggah dengan ajaran Islam.



Sebagai renungan hayatilah firman Allah SWT dalam firman-Nya:

Maksudnya: “Dan rendahkanlah dirimu kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu, dan doakanlah: Wahai Tuhanku! Kasihanilah mereka berdua sebagaimana mereka telah memelihara dan mendidikku semasa kecil.”(Sural al-Israa’:24)


Sumber : http://www.islam.gov.my/khutbahjakim/upload/doc/Pengukuran%20Kasih%20Sayang%20Ibu%20Bapa%20Terhadap%2

Thursday, June 17, 2010

Majlis Dialog bersama Majlis Perbandaran Kajang (MPKj)...

Assalamualaikum wbt

Dengan segala hormatnya, tuan / puan warga BBM di jemput hadir ke Majlis Dialog bersama Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) yang akan didakan seperti berikut:-

Tarikh : 27 Jun 2010 - Ahad
Masa : 8.45 pagi
Tempat : Clubhouse, Bandar Bukit Mahkota

InsyaAllah melalui program ini kita dapat berkongsi permasalahan setempat yang kita hadapi direct kepada pegawai MPKj. Semoga pertemuan ini memberikan natijah yang baik dan merupakan strategi "menang-menang" buat semua.

Kehadiran anda semua dialu-alukan.


Sekian, terima kasih.

Biro Sekretariat dan Perhubungan Awam
MAHKOTA6

Friday, June 4, 2010

Selamat bercuti sekolah....




Jawatankuasa penduduk sek5, bdr bukit mahkota mengucapkan selamat bercuti kepada adik-adik.Manfaatkan cuti sekolah ini dengan sebaik-baiknya.


Thursday, May 13, 2010

Rate of Charges for Bukit Mahkota Club House for Non Member





Rate of Charges for Bukit Mahkota Club House for Non Member
No. Type of Facilities Everyday
Below 18 18 and Above
1 Swimming Pool & Sauna RM5.00 per person RM10.00 per person
2 Gymnasium RM5.00 per person RM10.00 per person
3 Tennis Court RM10.00 per hour RM10.00 per hour
4 Squash Court RM10.00 per hour RM10.00 per hour

*Fees subject to changes at the discretion of the Club Management

Selamat Hari Guru....




PERUTUSAN SEMPENA HARI GURU
Y.A.B. TAN SRI DATO’ SERI ABDUL KHALID IBRAHIM
DATO’ MENTERI BESAR NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN

Assalamu’alaikum w.b.t. dan selamat sejahtera.
Saban tahun kita menyambut Hari Guru pada tarikh 16 Mei. Pemilihan tarikh ini adalah sempena penerimaan Laporan Jawatankuasa Pelajaran sebagai dasar pelajaran bagi negara kita oleh Majlis Undang-Undang Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1956. Laporan ini kemudiannya dikenali sebagai Laporan Penyata Razak.

Tema sambutan yang dipilih bagi tahun ini ialah Guru Pembina Negara Bangsa, sesuai dengan peranan guru sepanjang masa; sebagaimana pernah diungkapkan oleh Sasterawan Negara kita, allahyarham Usman Awang:
Jika hari ini…
Seorang Perdana Menteri yang berkuasa,
Seorang Raja yang menaiki takhta,
Seorang Ulama’ yang mulia,
Seorang Peguam menang bicara,
Seorang penulis terkemuka,
Siapa saja yang menjadi dewasa,
Sejarah mereka dimulakan oleh seorang guru biasa dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.
Apa yang penting untuk dihayati daripada sejarah Hari Guru dan tema sambutan yang telah dipilih untuk tahun ini ialah sebagaimana yang pernah tertera pada Perenggan 12 Laporan Penyata Razak iaitu “tujuan dasar pelajaran ini bermaksud untuk menyatukan pelajar pelbagai bangsa di negara ini…”.

Setiap manusia itu semuanya dilahirkan dengan potensi dan inilah yang diusahakan setiap guru tanpa mengira kaum, pangkat, harta dan pegangan agama. Kualiti pendidikan adalah jalan terbaik mengangkat kemuliaan insan dan kepada para guru kita sandarkan harapan untuk membina generasi semasa dan akan datang yang lebih baik.

Kita berada di zaman yang cukup mencabar tetapi kita tidak akan mengalah. Cabaran yang hadir hanya menguatkan tekad kita untuk memberikan yang terbaik. Di Selangor, kita telah berusaha dengan segala keterbatasan yang ada untuk memberi bantuan pendidikan kepada semua dengan tumpuan khas kepada mereka yang kurang berkemampuan. Pada tahun 2009, selain daripada sumbangan lebih RM 15 juta kepada sekolah pelbagai aliran, puluhan juta lagi disalurkan melalui pelbagai program misalnya Hari Ilmu dan Gerakan Membaca Perdana Negeri Selangor yang dibuat baru-baru ini, latihan pendidikan dan kemahiran. Selangor akan terus meningkatkan usaha mendorong kesuburan persekitaran pendidikan.

Marilah kita bersama mengucapkan penghargaan kepada para guru untuk segala jasa-baik mereka. Ingatlah bahawa “berguru kepalang ajar, bagai bunga kembang tak jadi”. Hormatilah guru sebagai sebahagian adab menuntut ilmu.
Selamat Hari Guru. Sekian, terima kasih.

TAN SRI DATO’ SERI ABDUL KHALID IBRAHIM
DATO’ MENTERI BESAR SELANGOR

Tuesday, May 11, 2010

Promosi :MAJALAH SOLUSI: PANDUAN HIDUP BERSYARIAT.




MAJALAH SOLUSI: PANDUAN HIDUP BERSYARIAT.
Oleh : Telaga Biru Sdn Bhd

Dengan segala kepincangan serta bencana moral yang berlaku di negara kita pada hari ini, jelaslah bahawa umat Islam bukan sahaja perlu meningkatkan ilmu dalam bidang fardu ain dan kifayah, tetapi turut berlatih untuk memajukan minda serta sentiasa termotivasi untuk mengelakkan diri dari segala gejala buruk yang berlaku di sekeliling mereka. Ini kerana, hanya dengan pengetahuan serta motivasi yang tinggi sahajalah yang dapat membantu anggota masyarakat untuk mengenalpasti baik-buruk sesuatu perkara seterusnya mengelakkan perkara tersebut dari terjadi kepada diri mereka.

Melihat peri pentingnya elemen-elemen ini dalam memantapkan kehidupan seorang Muslim, Telaga Biru Sdn. Bhd. telah menerbitkan sebuah majalah Islamik kontemporari yang sangat unik, khas buat mereka tercari-cari sebuah wadah bagi mempertingkatkan jati diri seorang Muslim.

iklan

Isu perdana majalah bertajuk SOLUSI ini sudah berada di pasaran bermula dari 1 Ogos 2008. Ia difahamkan mendapat sambutan yang memberangsangkan dari pihak pembaca. Antara faktor penarik majalah ini ialah fokus utamanya iaitu fardu ain dan motivasi menjadikan skop perbincangan setiap isu serta isi kandungannya menjadi sangat luas dan menarik untuk diperdebatkan. Antara topik yang dibincangkan setiap bulan ialah tauhid, fiqah, perniagaan (muamalat), perkahwinan (munakahat), tafsir al-Quran, kekeluargaan, isu remaja, seks, dan pelbagai lagi.

solusi Seterusnya, para kolumnis yang prolifik dan berwibawa menjadi salah satu nadi kekuatan utama majalah ini. Dato' Dr. Hj. Mohd Fadzilah Kamsah, Ustazah Siti Nor Bahyah, Ustaz Zahazan Mohamed, Dr. Irfan Khairi (Jutawan Internet), Ustaz Zaharuddin (http://www.zaharuddin.net/), Dato' Dr. Mahmood Zuhdi, Haji Muhammad Zakaria, Ustaz Hasrizal Abdul Jamil (dari http://www.saifulislam.com/) dan Ahmad Fadzli Yusof adalah antara nama-nama yang tidak asing dalam dunia motivasi dan keagamaan.

Asas majalah ini iaitu Panduan Hidup Bersyariat menjadikan majalah ini WAJIB dimiliki oleh sesiapa sahaja yang inginkan petunjuk ke jalan kebenaran..

Mengapa perlu SOLUSI?

Perlu apa lagi sebuah majalah Islam diterbitkan? Bukankah sudah banyak majalah seumpamanya dalam pasaran?

Jawabnya ya, jika dilihat dari sudut 'persaingan'. Mungkin tidak perlu lagi majalah seumpama ini diterbitkan. Apatah lagi majalah sebegini selalunya tidak menjanjikan pulangan kewangan yang lumayan. Tetapi, apakah semua usaha perlu di lihat dari dimensi 'persaingan'? Apakah semua keputusan di buat berdasarkan faktor kewangan?

Jawabnya, tidak! Dari dimensi 'perkongsian', usahasama untuk melakukan kebaikan sentiasa dialu-alukan. Firman Allah: "Hendaklah kamu bertolong-bantu dalam kebaikan dan ketaqwaan." (Surah al-Maidah: 2) Malah 'perlumbaan' untuk melakukan kebaikan perlu sentiasa disuburkan. Firman Allah: "Hendaklah kamu berlumba-lumba untuk melakukan kebaikan."

Tambahan pula, senario masyarakat kini yang semakin tercabar dan tercalar oleh unsur-unsur negatif, kehadiran bahan bacaan Islam bukan sahaja belum mencukupi, malah dikira masih jauh ketinggalan berbanding lambakan majalah picisan berunsur hedonisme, tahyul dan seks bebas.

SOLUSI lahir untuk menjadi wasilah kesedaran, penghayatan dan pimpinan ke arah pelaksanaan syariat di semua peringkat, di semua bidang kehidupan. Misi utamanya ialah membantu setiap individu merealisasikan Islam sebagai satu cara hidup yang dengan sempurna menerusi pendekatan memujuk, mengingatkan dan memimpin berasaskan prinsip dakwah dan tarbiah.

Misi ini diketengahkan melalui tulisan, gambar dan rekaletak yang verstail dan dinamik. Semua itu diadun untuk menterjemahkan model 'Mukmin profesional', yang punya integriti (al-Amin) dan ke pakaran (al-Qawwi) dalam tugasan, peranan dan tanggung jawabnya. Firman Allah bermaksud: "Sesungguhnya orang yang paling baik engkau berikan kerja ialah orang yang kuat (pakar) dan amanah (integriti)." (Surah al-Qasas: 26)

Lebih jauh lagi, SOLUSI ingin memantapkan pelaksanaan syariat Islam berasaskan kesepaduan ilmu wahyu (revealed knowledge) - tauhid, feqah, akhlak, dengan ilmu akal (acquired knowledge) - sains, matematik, sejarah, geografi .

Justeru, SOLUSI tidak hanya menjelaskan ilmu-ilmu berbentuk Fardu Ain, tetapi mengaitkannya dengan unsur motivasi menerusi pengalaman, isu-isu dan keskes yang sering berlaku dalam masyarakat. Dengan ini diharapkan pembaca bukan sahaja tahu apa itu masalah, malah mampu menyesaikannya! Itulah SOLUSI!

- Mengapa nama SOLUSI?

Dari sudut grafik dan artistik pula, huruf S, U, O dalam perkataan solusi mempunyai nilai estetikanya tersendiri. Persamaan dari segi bentuk yang hampir bulat memudahkan kami memasukkan lambang bulan sabit (ikon nilai keislaman) di dalam 'masthead' tersebut. Jumlah 6 huruf itu juga dikira ringkas untuk dihias dan ditonjolkan.

Solusi lebih cepat dan mudah disebut walaupun agak janggal kedengaran. Inilah dasar pilihan kami berbanding perkataan lain yang mungkin lebih 'kemelayuan' atau 'kearaban' tetapi agak panjang dan kurang nilai-nilai keunikkannya.

Sumber : bahagian promosi telaga biru sdn bhd