Wednesday, March 31, 2010

Pendaftaran tahun 1 di SK Bdr seri Putra & SRA Bdr seri Putra sesi 2011/2012...

assalamualaikum,

Dikongsikan maklumat berkaitan pendaftaran tahun1 sesi 2011/2012 di Sk bdr seri putra & SRA bdr seri putra untuk rujukan bersama.

1)Maklumat dari SK bdr seri Putra

Setakat 30/3/2010 , Pendaftaran tahun 1 sesi 2011 : 405/410
Pendaftaran tahun 1 sesi 2012 : 158

catatan : Pihak pentadbir SK Bdr Seri Putra menghadkan penerimaan pelajar tahun 1 sesi 2010 sebanyak 10 kelas sahaja iaitu seramai 410 pelajar sahaja. ini bagi mengimbangi bilangan pelajar yang terlalu ramai bagi setiap kelas.oleh itu, bagi mereka yang telah mendaftar online,hendaklah segera buat pengesahan pelajar dengan kadar segera bagi mengelakkan tiada tempat di SK bdr seri putra utk sesi 2011.

2)Maklumat dari SRA Bdr seri Putra

Setakat 30/3/2010 , Pendaftaran tahun 1 sesi 2011: 4

Catatan :Pihak pentadbir SRA bdr seri putra memaklumkan pendaftaran sudah boleh dibuat dengan mengambil & mengisi borang kemasukan yang boleh diperolehi di Pejabat SRA Bdr seri Putra.

sekian laporan utk mahfaat semua.

Disediakan oleh :
Biro Pengurusan & Perhubungan Awam,
Persatuan Penduduk Sek5,
Bandar bukit mahkota.

Laluan jalan 2 hala dari nilai ke bukit mahkota dibuka..

Dimaklumkan laluan jalan 2 hala daripada nilai ke bukit mahkota dah pun dibuka.
walaupun tanpa notis dimaklumkan oleh pemaju berhubung dengan pembukaan laluan tersebut.

Perjumpaan dengan YDP MPkj...

alhamdullilah...insya-allah pada jumaat /2-4-2010, satu pertemuan telah diatur oleh ahli majlis Mpkj zon24, sdr hj wazwan bin johar bagi perjumpaan wakil persatuan di bandar bukit mahkota dengan YDP MPkj,dato Hassan nawawi di Menara Mpkj. Tujuannya bagi mencari jalan penyelesaian segala permasalahan yang dihadapi oleh warga bukit mahkota.
sama-sama kita doakan agar pertemuan ini dapat membuahkan keputusan yang baik ke arah penyelesaian masalah yang dialami selama ini.

Dilaporkan oleh,
Biro Pengurusan & Perhubungan Awam,
Persatuan Penduduk sek5,
Bdr Bukit Mahkota.

Monday, March 29, 2010

Mesyuarat Agung Sekolah Agama Sungai Ramal Dalam Dan Sekolah Agama Pekan Bangi

Monday, March 29, 2010
Mesyuarat Agung Sekolah Agama Sungai Ramal Dalam Dan Sekolah Agama Pekan Bangi
BBB, 11 – 12 J. Akhir = 27 – 28 Mac (Sabtu – Ahad):

Selama dua hari berturut-turut menghadiri Mesyuarat Agung PIBG Sekolah Agama Sungai Ramal Dalam bagi kali ke 18 pada Sabtu dan ke Sekolah Agama Pekan Bangi pada hari ini (Ahad) bagin kali ke 11. Kedua-dua sekolah menerima Guru Besar yang baru, Sekolah Agama Sungai Ramal Dalam menerima Guru Besar Baru sejak Disember 2009 lepas, iaitu Ustaz Muhd Fathullah Suhaimi bin Muhd Juhari. Beliau adalah Guru Besar yang ditukar dari Sekolah Agama Pekan Bangi, manakala Sekolah Agama Pekan Bangi menerima Guru Besar yang baru, iaitu Ustazah Nuraini yang merupakan anak tempatan yang telah berkhidmat di banyak sekolah dan kali ini kembali berkhidmat di kampong sendiri.

ADUN mengucapkan tahniah kepada pihak sekolah dan PIBG Sungai Ramal Dalam yang dipimpin oleh En. Kamsari bin Hj. Nor yang banyak membawa perubahan kemajuan bagi sekolah. Sejarah sekolah ini menurut Haji Muhammad Abdul Wahab Imam Masjid Sungai Ramal Dalam yang banyak terlibat dengan sekolah ini adalah bermula dengan pengajian di masjid sekitar 1983, kemudian dikenali dengan kelas Fardu Ain 1985. Seterusnya sekolah ini didaftar sebagai Sekolah Agama. Dengan ehsan Masjid tapak milik Masjid didirikan bangunan Sekolah Agama yang ada sekarang yang bangunannya berharga 1.5 juta. Sekolah ini dengan bangunan barunya mula digunakan pada tahun 2000 mempunyai guru dan kakitangan sejumlah 33 orang. Pada tahun 2008, 3 orang murid mencapai mumtaz dalam peperiksaan PSRA, manakala pada tahun 2009 seramai 2 orang. Sekolah ini pada dasarnya tidak mempunyai masalah dari segi pembangunan. Cuma ADUN pernah diminta membina lindungan atap bagi jalan tempat menunggu murid-murid masuk ke sekolah dan memasang paip air bagi tempat pelajar-pelajar mengambil wudhu`.Diharap dengan pertukaran Guru Besar yang baru dapat bekerjasama lebih erat dengan PIBG bagi meningkatkan prestasi sekolah dan murid-muriud di sekolah ini. Demikian harapan ADUN sebelum merasmikan Mesyuarat Agung.

Manakala Sekolah Agama Pekan Bangi yang mengadakan Mesyuarat Agung PIBG bagi kali ke 11 ini, mengalami perubahan dari dulunya sesak dengan murid-murid, kini agak selesa, kerana sebahagian dari murid-murid di sekolah ini berpindah ke Sekolah Agama Bandar Seri Putera yang dibuka pada akhir tahun 2009. Kini tinggal lebihkurang 400 orang murid dengan 17 orang guru. Sekolah ini menunjukkan prestasi yang baik dari segi pelajaran. Misalnya keputusan peperiksaan PSRA 2009 amat memberangsangkan dalam mana 6 orang pelajar mencapai peringkat mumtaz. Kita berharap dengan pertukaran Guru Besar yang baru dan dengan jumlah pelajar yang selesa dan persekolahan satu sesi (petang) semoga sekolah ini akan meningkat dari segi prestasi pelajaran dan yang lain.

Masalah yang dihadapi oleh sekolah ini sebagaimana ADUN berbincang dengan Pengerusi PIBG, iaitu saudara Zul Nor, oleh kerana sekolah ini agak tersorok ke dalam, terlindung dari pandangan dari jalan dan hampir tiada perumahan di sekelilingnya, maka sekolah ini sering diceroboh dan berkali-kali berlaku kecurian barang-barang. Misalnya komputer yang disumbangkan oleh ADUN Bangi dicuri, begitu juga dengan PA system juga kena curi, begitu juga dengan beberapa barangan lain turut dicuri, bahkan sistem wiring letrik juga dirosak dan dicuri. Ini menyebabkan sekolah mengalami puluhan ribu ringgit kerugian. Hari ini tabung pungutan diedar untuk mendapat dana bagi membeli PA sistem yang baru. Kita harap ianya tidak menjadi bahan curian pencuri lagi.

ADUN sebelum merasmikan Mesyuarat Agung melahirkan kerisauan dan mengharapkan langkah-langkah keselamatan diambil, seperti mengambil pengawal bekerja, guru atau pekerja tinggal di kawasan atau berhampiran sekolah dan tidak meninggalkan barang-barang berharga di sekolah. Sekolah ini juga mengalami kerosakan tandas. Yang dapat digunakan ialah 2 unit untuk murid-murid perempuan dan hanya satu unit untuk murid-murid lelaki. ADUN menggesa agak kerosakan ini perlu segera dibaiki.

sumber : http://drshafie.blogspot.com/2010/03/mesyuarat-agung-sekolah-agama-sungai.html

Sunday, March 28, 2010

Laporan BBQ @ PMC FORUMER 2010 (27 Mac 2010)

29Mar2010 Posted by Khai@BSP

Dipetik dari: http://putra-mahkota.com/forum/index.php?topic=3978.msg44001;topicseen#msg44001


Salam,

Alhamdulilah, Program BBQ@PMC FORUMER telah berjaya dilaksanakan seperti perancangan awal. Dengan kehadiran sekitar 120 orang majlis dimulakan pada jam 9.00 malam dengan bacaan doa diikuti ucapan Ahli Majlis Mpkj Zon 24 Tn. Hj Mazwan Bin Johar. Majlis juga diserikan dengan 3 cabutan bertuah juga sesi karaoke daripada forumer. Majlis seterusnya ditamatkan pada jam 11.15 malam.

Bagi pihak penyelaras, sekalung tahniah dah jutaan terima kasih kepada semua pihak dan individu yang menyumbang samada tenaga, wang ringgit dan masa untuk menjayakan program pertama PMC ini.

sekali lagi, syabas dan terima kasih terutama kepada Tn Sulaiman Sabur...Barisan moderator dan ahli-ahli PMC dalam menyumbang apa jua bentuk sumbangan.

TLD


Dikongsikan gambar-gambar menarik sekitar majlis BBQ PMC yang telah pun diadakan pada hari semalam,27-3-2010(Sabtu) bertempat di Club House Bukit Mahkota.Maklumat selanjutnya boleh diperolehi menerusi laman web putra-mahkota :
http://putra-mahkota.com/forum/index.php?topic=3372.msg43889;topicseen#msg43889






Laporan BBQ @ PMC FORUMER 2010 (27 Mac 2010)

Pencalonan & pemilihan pegawai & AJK surau Ar-raudah sek5

assalamualaikum,

alhamdullilah, semalam telah diadakan satu mesyuarat pencalonan & pemilihan pegawai & AJK Surau Ar-Raudhah sek5, bdr bukit mahkota. Pendaftaran dibuat selepas solat magrib & pemilihannya pula dibuat seusainya solat isyak. Kehadiran nazir masjd sg kembung, Ust Hj isa selaku perasmi mesyuarat permilihan tersebut.
Berikut adalah senarai AJK yang dipilih oleh anak kariah surau Ar-Raudhah sek5, Bdr Bukit Mahkota sesi 2010~2013.

Pengerusi : Ust Awang Abdullah
setiausaha : Ust Sabir
Bendahari : Sdr Mansor
Wakil Pemuda : Sdr Fadzil
Wakil Wanita : Ustazah Lasminah
Imam : Hj Zabidi ismail
Bilal : Sdr Sunario
Bilal jenazah perempuan : Ustazah raidah
AJK :
1) Hj Salim
2) Hj Shahruddin
3) Sdr Johari
4) Dato Hj Nordin
5) Sdr Hamdan
6) Sdr Zailani
7) Puan Norafidah

Pemeriksa kira-kira
1) Dr Fuad
2) Sdr Hanif

sekadar memaklumkan untuk pengetahuan semua anak kariah surau Ar-raudhah sek5,bdr bukit mahkota.

sekian.

Dilaporkan oleh:
Biro Pengurusan & perhubungan awam,
Persatuan penduduk sek5,
Bdr Bukit Mahkota.

Wednesday, March 24, 2010

"Ops Banci" - RELA Platun 0023 Bdr Bkt Mahkota

23.3.2010 - Pasukan Rela Bdr Bkt Mahkota dengan kerjasama Pasukan Rela Mukim Beranang dengan kekuatan 30 anggota telah berjaya menjalankan "Ops Banci" bermula jam 9.00 malam hingga 1.30 pagi.
Bancian telah dilakukan ke atas semua premis perniagaan kedai makan dan kedai runcit yang mempunyai perkerja asing di sekitar kawasan perniagaan seksyen 4. Operasi ini dijalankan berdasarkan dengan arahan yang dikeluarkan oleh pucuk pimpinan atasan bagi mengadakan bancian terhadap jumlah warga asing yang kini menetap di BBM.

Bertindak atas aduan daripada Persatuan Penduduk Sekyen 5, 5 buah premis kediaman (3 di Kawasan teres setingkat, 1 di Jln BM 5/29 & 1 di Jln BM 5/21) telah diperiksa.

melalui pemeriksaan terhadap lebih 30 orang pekerja asing terbabit, 4 dikesan tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah. Dalam operasi ini, semua warga asing ini diberi amaran oleh Tn KPR 0023 agar sentiasa menjaga tingkah laku serta memastikan kebersihan kawasan kediaman masing-masing. Walaubagaimanapun tiada tangkapan dilakukan dalam operasi ini.

Justeru, Pihak Rela memohon kerjasama semua penduduk di BBM untuk turut sama memantau kehadiran warga asiang ini seterusnya melaporkan jika menghadapi masalah dengan kehadiran mereka.

Menurut, Tn KPR 0023 operasi sebigini akan dijalankan secara berterusan pada masa-masa akan datang.

Tuesday, March 23, 2010

Sampah & sisa binaan di simpang masuk Sek5...angkara siapa???




Tertarik dengan artikel berita diatas, nampaknya isu yang sama juga dihadapi oleh warga mahkota5.
Angkara siapa yang tidak bertanggungjawab membuang sampah dan sisa binaan di tempat yang tidak sepatutnya?.Pihak jawatankuasa penduduk Sek5,bdr bukit mahkota ingin mendapatkan kerjasama daripada semua warga mahkota5 untuk kita mencari jalan penyelesaian agar isu pembuangan sampah & sisa binaan ini dapat diatasi dengan berkesan.Insya-allah

Perkembangan terkini : Usul balairaya & sekolah...

Assalamualaikum,

Didalam AGM Mahkota5 yang lalu, telah dikemukakan usul berkaitan perlunya kemudahan balairaya & juga sekolah di bdr bukit mahkota diadakan.Pihak jawatankuasa penduduk sek5 telah mengambil iniasiatif dengan cuba mendapatkan pelan pembangunan bagi kedua-dua infrastruktur tersebut daripada pihak pemaju, Araprop Development Sdn Bhd untuk tindakan selanjutnya. kami mendapat maklumbalas daripada pemaju pada surat bertarikh 22/2/2010 dengan rujukan: ADSB/PPS5/08/2010 yang menyatakan tapak bagi kedua-dua infrastuktur tersebut telah diserahkan kepada pihak yang berkenaan(MPKj)sepertimana lampiran berikut.




Susulan daripada surat ini, kami juga telah membuat semakan kepada pelan draf pembangunan MPKj 2020 agar memasukkan juga pembangunan kedua-dua infrastuktur ini iaitu Balairaya & sekolah dibdr bukit mahkota.
Sama-sama kita usaha & berdoa agar suatu ketika nanti dapat direalisasikan kemudahan awam ini.
Berdasarkan peningkatan pelajar di SK bdr seri putra yang kini berjumlah 2038 orang, keperluan diadakan sekolah rendah di bukit mahkota amatlah mustahak.Insya-allah.

Dilaporkan oleh,
Biro Pegurusan & Perhubungan Awam,
Persatuan Penduduk Sek5,
Bdr Bukit Mahkota.

Takziah...



assalamualaikum,

saya mewakili jawatankuasa penduduk sek5 bsr bukit mahkota (mahkota5) ingin mengucapkan takziah kepada Dr Maria Madon seisi keluarga diatas pemergian puteri kesayangan baru-baru ini. Semoga Allah memberikan ketabahan & kesabaran diatas ujian ini.Sama-samalah kita sedekahkan al-fatihah.
sekian.wassalam

Dilaporkan oleh:
Biro Pengurusan & Perhubungan Awam,
Persatuan Penduduk sek5,
Bdr Bukit Mahkota,bangi.

Sunday, March 21, 2010

Notis mesyuarat khas pencalonan pegawai & AJK surau Ar-raudah sek5

assalamualaikum,

anak kariah surau ar-raudhah sek5,bdr bukit mahkota

Merujuk kepda surat bil (74) dlm JAIS.SEL.PAIDHL.UPM/03/001/02 bertarikh 9 Mac 2010.
Adalah dimaklumkan melalui rujukan diatas,satu mesyuarat khas pencalonan pegawai dan jawatankuasa surau sesi 2010~2013 akan diadakan di surau ini.
Perincian mesyuarat adalah :

Tarikh : 27 Mac 2010 (Sabtu)
Masa : selepas solat isyak
Tempat : Surau Ar-raudhah,sek5,bdr bukit mahkota
Kehadiran : semua anak kariah
Agenda : i) Bacaan Al-fatihah & Doa Selamat
ii) Ucapan Pengerusi
iii) sesi Pencalonan
iv) Penangguhan mesyuarat dengan bacaan surah al-asr

Pendaftaran akan dimulakan selepas solat magrib sehingga azan solat isyak.
semua anak kariah surau ar-raudhah dijemput hadir bagi melaksanakan proses pencalonan pegawai dan jawatankuasa surau ini.

Monday, March 15, 2010

Pelajar Cemerlang & Sekolah Terbaik (Result SPM 2009). Tahniah!!

PUTRAJAYA 11 Mac – Gladys Tan Yee Kim dari Sekolah Menengah Kebangsaan Green Road, Kuching, Sarawak yang mendapat 10A dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2009 hari ini diumumkan sebagai pelajar terbaik, manakala Sekolah Menengah Sains Seremban, Negeri Sembilan pula muncul sebagai sekolah terbaik. Utusan Malaysia

PUTRAJAYA: Seramai 364,046 calon lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) berbanding 347,443 pada 2008 dengan 199,155 calon atau 49.6 peratus lulus semua mata pelajaran berbanding 181,419 (47.4 peratus) sebelum itu. Keputusan keseluruhan SPM 2009 peringkat kebangsaan itu diumumkan oleh Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom pada sidang akhbar di sini, sebentar tadi.

Manakala, seramai 7,987 calon berjaya mendapat gred cemerlang (A+, A atau A-) dalam semua mata pelajaran yang diduduki dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2009 berbanding 6,277 pada tahun sebelumnya. Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom, berkata, daripada jumlah itu, seramai 214 calon sekolah Kementerian Pelajaran berjaya memperoleh gred cemerlang tertinggi (A+) bagi semua mata pelajaran yang diduduki.

Menurut beliau, seramai 41 orang merupakan calon persendirian, sekolah swasta dan sekolah-sekolah tajaan agensi selain kementerian.

Dan, senarai penuh bagi 10 pelajar terbaik SPM 2009 adalah seperti berikut :

1. Gladys Tan Yee Kim (Sekolah Menengah Kebangsaan Green Road Kuching, Sarawak) << Best Student SPM 2009
2. Grace Kiew Sze-Ern (SMK (P) Sri Aman, Petaling Jaya, Selangor)







3. Khadijah Ahmad Jais (Sekolah Menengah Agama Persekutuan Labu, Negeri Sembilan)
4. Akmal Hidayat Sabri (SMK Derma, Kangar, Perlis)
5. Syamilah Mahali (Kolej Tunku Kurshiah Seremban, Negeri Sembilan)
6. Lee Wei Ling (SMK Taman Melawati, Selangor)
7. Nur Syuhadah Muhamad (SM Sains Tengku Muhammad Faris Petra, Kota Bharu, Kelantan)
8. Lai Yin Kwin (SMK Tinggi Melaka, Melaka)
9. Corinne Gunn Huey Min (SMK Taman Melawati, Selangor)
10. Hu May Khei (SMK Convent, Taiping, Perak)

Dan ini pula, senarai & ranking 10 sekolah terbaik bagi SPM 2009 :

1. Sekolah Menengah Sains (SMS) Seremban, Negeri Sembilan
2. Kolej Islam Sultan Alam Shah, Klang, Selangor (KISAS)
3. Sekolah Berasrama Penuh Integrasi (SBPI) Gombak, Jalan Sungai Pusu, Gombak, Kuala Lumpur
4. Sekolah Tun Fatimah, Johor Bahru, Johor
5. Sekolah Menengah Sains (SMS) Alam Shah, Kuala Lumpur
6. Sekolah Berasrama Penuh Integrasi (SBPI) Rawang, Selangor
7. Sekolah Menengah Sains Muar, Johor
8. Sekolah Berasrama Penuh Integrasi (SBPI) Temerloh, Pahang
9. Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Infant Jesus Convent, Johor Bahru, Johor
10. Kolej Tunku Kurshiah Seremban, Negeri Sembilan (TKC)

Kepada pelajar atau bekas pelajar MRSM mesti nak tau 10 senarai & ranking MRSM terbaik keputusan SPM 2009 dan ini kedudukannya :

1. Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Taiping, Perak
2. Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Tun Ghafar Baba, Melaka
3. Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Pengkalan Chepa, Terengganu
4. Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Alor Gajah, Melaka
5. Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Pengkalan Hulu, Perak
6. Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Pasir Salak, Perak
7. Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Kuala Kubu Bharu, Selangor
8. Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Langkawi, Kedah
9. Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Batu Pahat, Johor
10. Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Kuala Lipis, Pahang

P/S : Tahniah diucapkan kepada semua yang telah berjaya. Kongsikanlah keputusan SPM 2009 anak, jiran, adik anda, cousin, suku-sakat atau pun orang kampung anda di sini. Berapa dapat? Apa perancangan selepas ini? Ini smeua baru permulaan sahaja……
Related Posts with Thumbnails

Thursday, March 11, 2010

Tahniah...SPM2009.

KEPUTUSAN SPM 2009 DIUMUM 11 MAC 2010


KUALA LUMPUR: Keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) 2009 akan diumumkan pada 11 Mac ini.

Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom dalam kenyataan semalam, berkata calon yang menduduki kedua-dua peperiksaan itu boleh mendapatkan keputusan mereka di sekolah masing-masing bermula jam 10 pagi hari berkenaan.

Katanya, calon persendirian pula akan mendapat keputusan mereka melalui pos, yang akan dihantar oleh Jabatan Pelajaran Negeri.

“Jumlah keseluruhan calon yang menduduki peperiksaan SPM 2009 ialah 465,853 orang. Sebanyak 3,569 pusat peperiksaan dengan 23,864 petugas peperiksaan disediakan untuk mengendalikan peperiksaan berkenaan,” katanya.

Sumber : Berita Harian Online 07/03/2010

Wednesday, March 10, 2010

Isu Keselamatan : Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat...



Laporan keselamatan mahkota5:Jan ~ Mac 2010....

1.Jam 0145 Hrs 7.3.2010 :Pihak polis berjaya menahan 2 penjenayah suspek pecah rumah di jalan BM5/7. Pihak polis yang menjalankan rondaan cegah jenayah telah terserempak dengan 2 Lelaki melayu yang menaiki sebuah motorsikal dalam keadaan mencurigakan. Setelah permeriksaan dibuat, barang-barang seperti pemutar skru, pisau telah ditemui dan dipercayai untuk digunakan bagi jenayah pecah rumah. Pihak Rela juga dipanggil bagi membantu penahanan 2 suspek tersebut.

Tahniah & terima kasih khas untuk pihak PDRM dalam usaha berterusan menangani kejadian jenayah di BBM.

sumber : http://putra-mahkota.com/forum/index.php?topic=3712.0

2.11.3.2010:berita yg baru diterima...sebentar tadi seorang lagi suspek pecah rumah berjaya ditangkap di jalan BM5/3 (suspek sedang cuba memecah masuk rumah tn arjunaidi) manakala seorang lagi suspek berjaya melarikan diri dan sedang diburu oleh pihak polis dengan bantuan penduduk sek 5.

sumber : http://putra-mahkota.com/forum/index.php?topic=3712.15

Ingatan utk kita semua walaupun kes ini di PJ namun apa yang baik kita jadikan panduan.
Lagipun Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Arjunaidi Mohamed adalah jiran kita di bdr bukit mahkota..


Gandingan polis-masyarakat jadikan PJ bandar selamat


PERSEPSIsebahagian besar masyarakat bahawa usaha membanteras dan memerangi jenayah menjadi tanggungjawab pasukan polis timbul kerana beranggapan polis mempunyai kuasa selain kecekapan dan peralatan moden bagi memudahkan usaha itu.

Hinggakan ada yang menyatakan tidak perlu bertindak atau berbuat sesuatu untuk membantu polis dalam menjalankan tugas membanteras jenayah, malah ada yang menganggap polis menjaga keselamatan orang ramai setiap masa walaupun dalam waktu tidur.

Meskipun ada kebenaran tetapi persepsi bahawa membanteras jenayah merupakan kerja polis semata-mata, akhirnya hanya akan membentuk satu sikap tidak endah orang awam terhadap apa yang berlaku di sekeliling mereka.

Polis juga sering dituding jari kalaupun tidak dipersalahkan apabila meningkatnya kadar kejadian jenayah pada satusatu masa. Polis pula terpaksa menelan semua itu dengan penuh hemah.

Sedangkan masyarakat sebenarnya mempunyai tanggungjawab yang tidak kurang besarnya untuk membantu pasukan polis kerana gandingan keduaduanya adalah yang terbaik bagi menjadikan usaha membanteras jenayah dapat dilaksanakan dengan jayanya.

JENAYAH PENYAKIT SOSIAL DALAM MASYARAKAT

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Arjunaidi Mohamed berkata sikap lepas tangan dengan menyerahkan bulat-bulat tugas membanteras jenayah kepada pihak polis adalah sesuatu yang tidak adil memandangkan jenayah adalah penyakit sosial yang wujud dalam masyarakat. Beliau berkata penglibatan masyarakat sebagai mata dan telinga juga perantara kepada polis dalam melaksanakan tugas pencegahan dan kepolisan mampu mencegah kegiatan jenayah daripada meningkat.

"Penjenayah berada dan datang dari masyarakat sendiri dan sering menimbulkan banyak masalah serta kesulitan kepada semua pihak justeru mahu atau tidak, masyarakat tetap mempunyai peranan dalam membanteras atau mengurangkan angka kes jenayah.

"Kita bukanlah mahu meletakkan beban ke atas bahu masyarakat tetapi tanpa penglibatan mereka, kita akan berhadapan dengan usaha yang tidak berkesudahan," katanya baru-baru ini.

Arjunaidi merupakan antara contoh pegawai polis yang dilihat begitu menghargai masyarakat apabila saban minggu turun padang dengan menjalankan program kemasyarakatan seperti sesi dialog bersama penduduk, seminar dan karnival mini kerana bagi beliau polis merupakan orang yang paling hampir dengan masyarakat dan begitulah sebaliknya.

Beliau yang sentiasa memikirkan idea yang boleh merapatkan hubungan masyarakat dengan polis menganggap program yang dijayakan seperti itu mampu membantu polis memerangi kegiatan jenayah melalui penyaluran maklumat daripada orang ramai sekaligus mendekatkan hubungan antara kedua-duanya.

KEBERKESANAN PROGRAM KEMASYARAKATAN

Beliau berkata keberkesanan program yang diatur bagi memberi kesedaran kepada masyarakat telah membawa kepada penurunan kes jenayah khususnya di Petaling Jaya dengan kadar jenayah di kawasan itu turun sebanyak 11 peratus dalam dua bulan pertama tahun ini berbanding dengan tempoh yang sama tahun lepas.

Justeru itu, katanya antara inisiatif terbaru yang dirangka oleh IPD PJ dalam memberi kesedaran kepada masyarakat bersama-sama memerangi jenayah adalah seperti program 'Face to Face' yang sebelum ini dikenali sebagai 'Hari Bertemu Pelanggan'.

"Kalau dahulu Hari Bertemu Pelanggan kita jalankan di balai polis tetapi kini kita ubah konsep, nama dan lokasinya kerana berdasarkan pengalaman lepas, program di balai polis tidak mendapat sambutan seperti diharapkan kerana masyarakat nampaknya masih takut untuk ke balai polis justeru kita yang akan turun padang untuk berjumpa mereka.

"Dengan pendekatan seperti itu, kita harap dapat mendekatkan diri dengan masyarakat dan mengubah persepsi negatif mereka terhadap polis. Mereka turut boleh mengeluarkan pandangan, keluhan dan berkongsi masalah yang dihadapi kepada kita", katanya.

"Untuk menyelesaikan masalah jenayah termasuk gejala sosial, kita perlu pergi dan fokuskan dari akar umbi lagi dan dengan itu baru kita tahu apakah puncanya. Kita tidak mahu hanya 'anakanak samseng' ditahan sementara induknya terus bebas", katanya tegas.

BENCI PADA PENJENAYAH

Arjunaidi berkata polis tidak dapat bertindak bersendirian dan begitu juga dengan masyarakat memandangkan masingmasing saling perlu memerlukan bagi membentuk kekuatan dalam memastikan setiap kawasan benarbenar bebas daripada unsur jenayah.

"Kawasan di bawah IPD PJ luas, dengan keanggotaan yang terhad sudah tentulah polis tidak boleh bergerak sendirian dalam usaha mengekang jenayah dan sebab itu kami memerlukan masyarakat untuk membantu", katanya.

Beliau melihat gandingan mantap itu sebagai isyarat dan amaran keras kepada penjenayah bahawa mereka terpaksa berhadapan dengan usaha bersepadu di antara pasukan polis dan masyarakat.

Bagaimanapun, katanya, jika penjenayah sedar di kalangan masyarakat kini sudah ada perasaan benci terhadap jenayah dan mereka bersedia bekerjasama dengan polis tanpa perasaan takut diugut, keadaan itu akan membantu mengurangkan jenayah.

"Penjenayah tidak akan berasa senang lagi untuk melakukan jenayah kerana masyarakat telah menunjukkan sikap bencikan jenayah.

"Pun begitu, kejayaan atau kegagalan bergantung sepenuhnya kepada komitmen warga kota", katanya.

"Pasukan polis sentiasa mengukuhkan hubungan baik dengan orang ramai untuk menjalinkan persefahaman bagi memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada mereka", katanya.

Sebagai sebuah pasukan yang sentiasa berhadapan dengan rakyat untuk mengadu permasalahan seperti kes kereta hilang, rompakan, rogol dan sebagainya, anggota polis dibekalkan dengan psikologi yang kuat.

Beliau berkata meskipun penguatkuasa diancam fizikal dan psikologi, itu semua bukanlah halangan daripada melaksanakan tanggungjawab dan menunjukkan prestasi serta mutu kerja yang berkualiti selain berupaya mengurangkan kadar jenayah.

KELEMAHAN PELAN PERUMAHAN

Dalam pada itu beliau tidak menafikan kelemahan reka bentuk dan struktur pelan kawasan perumahan serta suasana kejiranan juga merupakan antara faktor yang menyumbang kepada peningkatan kes jenayah terutama kes pecah rumah dan samun.

Arjunaidi berkata kelemahan tersebut walaupun tidak disengajakan boleh menjadikan persekitaran kawasan perumahan tidak selamat dan mudah terdedah kepada ancaman jenayah.

"Ini antara faktor yang tidak pernah terlintas oleh kita, tetapi inilah realitinya. Pelan yang salah menjadikan persekitaran yang bermasalah. Justeru itu kini saya banyak berbincang dengan pemaju dalam usaha memastikan persekitaran yang lebih selamat", katanya.

Beliau berkata pelan yang lemah ialah seperti kawasan perumahan yang terlalu banyak laluan keluar dan masuk dan ketiadaan pagar atau tembok yang memisahkan kawasan perumahan dengan kawasan hutan dan bukit yang membolehkan penjenayah keluar masuk dan menyembunyikan diri.

"Lokasi pemasangan tiang telefon yang tidak bersesuaian dan diletakkan terlalu dekat di belakang rumah turut memberi kesempatan dan kesenangan kepada penjenayah untuk memanjat dan memecah masuk ke dalam rumah", katanya.

Meskipun Polis Diraja Malaysia telah melakukan pelbagai tindakan dalam usaha menurunkan kadar jenayah dengan memantapkan pasukan itu tetapi usaha tersebut tidak boleh berhenti sebegitu sahaja.

Usaha itu perlu diteruskan dengan lebih berkesan sejajar peredaran masa yang mana suasana yang lebih rumit akan sentiasa dihadapi kelak.

Sekiranya berjaya, ia pasti akan menjanjikan persekitaran yang lebih kondusif dan selamat bukan sahaja di Petaling Jaya malahan di seluruh negara.BERNAMA

Program majlis BBQ PMC @ 27-3-2010..

Oleh Khai@BSP.

Bandar Seri Putra 10 Mac 2010.

Bersempena dengan ulangtahun pertama (dan sudah hampir ke ulangtahun ke-2), Forum Putra-Mahkota.com (PMC) akan mengadakan majlis BBQ pada 27 Mac 2010 di Club House Bandar Bukit Mahkota. Acara ini sebagai penghargaan kepada PMC yang telah memberi maklumat semasa kepada penduduk Bandar Bukit Mahkota, Bandar Seri Putra, Taman Impian Putra dan kawasan sekitarnya.

Acara ini juga telah mendapat sokongan daripada Ahli Majlis MPKJ Tn Hj Mazwan Johar dan sehingga kini ramai forumer PMC telah mendaftarkan diri. Ramai lagi juga dijangka mendaftarkan diri dan hadir pada saat-saat akhir.

Bagi pihak penganjur, saya menyeru semua warga BBM, BSP, TIP dan kawasan sekitarnya dapat sama-sama hadir memeriahkan majlis yang akan julung kali diadakan. Maklumat lanjut boleh diperolehi di forum PMC sendiri di http://putra-mahkota.com.

Disamping itu, t-shirt PMC 2010 juga ada dijual untuk kenang-kenangan. Jangan ketinggalan mendapatkannya.

Berikut maklumat berkenaan BBQ PMC dan T-Shirt PMC.

BBQ @ PMC FORUMER 2010

Tarikh : 27 Mac 2010 (Sabtu)
Masa : 9.00 Malam
Tempat : Club House Bandar Bukit Mahkota

SPONSOR & VOLUNTEER

1. wai - minuman
2. PMB - banner & Ketam 5 Kg
3. BOB@MAEPS - tong BBQ & Peralatan
4. MonteCarlo - Roti/Bun/Kek/Kuih-Muih
5. PMC aka Sulaiman - Kambing
6. Cik Melah - Air Mata Kuching
7. TLD - Permit if required (menerima kebenaran penganjuran tanpa permit oleh SI balai Polis Bangi 8.2.2010 tanpa melanggar beberapa syarat)

MENU CADANGAN (Termasuk yg di atas)

1. BBQ Kambing Frozen
2. Roti/Bun/Kek/Kuih-Muih
3. Air Minuman

PEMBAYARAN

Jumlah Bayaran Dewasa : RM 20/head (Minimum, lebih pun tak pe)
Jumlah Package Keluarga : RM 40
Total jika anda hadir bersama keluarga = RM 40.00

Bank : CIMB Bank
Account Type : Current Account
Account No : 04 1600 0036 8057
Account Holder : MAMAT ENDUT (Pinjam account pengerusi persatuan penduduk sek 5)
Follow-Up : Lepas bank-in SMS nama & no transaksi....ke +6012-3919853 (Hanya untuk urusan BBQ sahaja)

AKTIVITI

1600 - 2030 : Persediaan
2030 - 2100 : Kehadiran Forumer
2100 - 2115 : Ucapan Pengerusi Majlis TLD
2115 - 2330 : Makan
2115 - 2330 : Jualan Product PMC
2330 - 0000 : Housekeeping

Tarikh Akhir pembayaran : 15 Mac 2010 (10.00 malam)



TEMAPAHAN T-SHIRT PMC 2010 (Limited Edition)



harga: RM28.00/ size: malaysian size/ kain: 100% cotton
nama : zalhilman bin ismail
bank : maybank
no akaun : 162263305263

LIMITED EDITION!!!!


kepada yang ingin membeli sila email kepada broz_graphic@yahoo.com dengan tajuk email "T-SHIRT PMC 2010 "

nama :
no tel :
size baju :
kuantiti baju :
tarikh pembayaran :
bukti pembayaran :

sila hubungi 012-3405141 mie setelah pembayaran di lakukan dan jangan lupa email butiran peribadi kepada sy.***tarikh tutup tempahan 18 mac 2010

Monday, March 8, 2010

Layari blog SRA Bdr Seri Putra...



SEKOLAH RENDAH AGAMA BANDAR SERI PUTRA
Jalan Seri Putra 2/1, Bandar Seri Putra,
43000 Kajang
Selangor

Tel: 019-2114617 / 016-6442652
Email: srabandarseriputra@gmail.com

Emailkan cadangan atau masalah anda mengikut kategori berkenaan
Sekolah: srabandarseriputra+sekolah@gmail.com
PIBG: srabandarseriputra+pibg@gmail.com
Pengurusan Blog/Facebook: srabandarseriputra+admin@gmail.com

Posted by Khai@BSP at 2:58 AM

Wednesday, March 3, 2010

Buku teks baru untuk sekolah agama Jais mulai tahun depan

Rabu, 24 Februari 2010 | Ruangan: Berita

SHAH ALAM, 24 Feb- Semua Sekolah Rendah Agama (SRA) di bawah Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) akan menggunakan buku teks baru mulai tahun depan yang akan memberi penekanan lebih kepada aspek penghayatan berbanding penghafalan.
Pengarah Jais Datuk Mohamed Khusrin Munawi berkata proses penyediaan buku teks itu kini dalam penelitian akhir melalui semakan oleh 53 pengarang buku berpengalaman dalam bidang pengajian agama.
“Kami juga sudah lantik pengarang buku yang berpengalaman untuk mengkaji semula buku teks yang sedang digunakan bagi menambah baik kurikulum pengajian,
yang mementingkan ilmu praktikal untuk dihayati berbanding hanya belajar dan menghafal sahaja,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Terdahulu Mohamed Khusrin melancarkan Modul Kekeluargaan Keluarga Sakinah Selangor yang merupakan program kesedaran dan penghayatan kekeluargaan iaitu kesinambungan kepada kursus nikah atau kursus pasca nikah.
Merujuk kepada modul itu, Mohamed Khusrin berkata ia merangkumi lima perkara utama termasuk isu berkaitan zina, di samping berusaha menyedarkan masyarakat tentang kesan buruk akibat perbuatan itu, yang termasuk kejadian pembuangan bayi dan kelahiran bayi tidak sah taraf.
“Modul kekeluargaan ini akan diterangkan kepada masyarakat bukan sahaja di surau atau masjid tetapi juga di kilang-kilang, sekolah dan pusat pengajian tinggi di seluruh Selangor dalam usaha memberikan kesedaran bagi melahirkan generasi yang cemerlang,” katanya.
Sementara itu dalam perkembangan lain Mohamed Khusrin berkata berdasarkan rekod kes-kes penceraian, antara punca menyebabkan berlaku penceraian di kalangan pasangan berkahwin pada hari ini adalah akibat tanggungan hutang selepas melangsungkan perkahwinan.

Pendaftaran pelajar Tahun 1 di SK BSP sesi 2011 & 2012 secara online...



Assalamualaikum,

Pendaftaran pelajar tahun 1 di SK Bdr seri putra untuk sesi 2011 & 2012 boleh dibuat secara online mulai 1 Mac 2010 sehingga 30 April 2010.

Daftar disini :
http://apps.emoe.gov.my/esppsel/pptahun1/

Maklumat lanjut sepertimana berikut:



Contoh borang yang diisi:

2.0 Maklumat Anak
2.1 Nama Penuh
Sila isi nama penuh anda (HURUF BESAR) seperti di dalam kad pengenalan. Jika nama anda melebihi 40 huruf, sila gunakan huruf-huruf ringkas yang sesuai.

*Contoh : MOHAMED ZULKARNAIN B MOHAMED MUSTAPHA ABDULLAH

*Nota: Maklumat ini boleh dipinda.

2.2 Nombor Kad Pengenalan/ No Surat Beranak

No. Kad Pengenalan/ No Surat Beranak akan digunakan sebagai ID Murid apabila membuat semakan atau pengemaskinian


3.0 Alamat
3.1 Alamat Tempat

Sila masukkan alamat surat mesyurat bagi memudahkan proses hubungan. Jika ruang tidak mencukupi, gunakan huruf-huruf ringkas.
Selangor Darul Ehsan
Contoh :
39, JLN KLANG BANTING,

42500 TELOK PANGLIMA GARANG,
SELANGOR

3.2 Nombor Telefon
Sila masukkan nombor telefon ( rumah/pejabat/handset ) dalam ruang berkenaan. Jangan masukkan sempang antara nombor.

Contoh : 013 - 3526656 Contoh : 03 - 22656636

Jadikan : 0133526656 Jadikan : 0322656636


Disediakan oleh:
Biro Pengurusan & Perhubungan Awam,
Persatuan Penduduk Sek5,
Bdr Bukit Mahkota

Forum Maulidur Rasul @ Surau Ar_raudah :6-3-2010

Assalamualaikum,

Surau Ar_raudah Sek5 Bdr bukit Mahkota akan mengadakan Forum Maulidur Rasul bertajuk
"Rasullullah Ikutan Agung "

Panelis forum :

1) Ust Dr Azhar Yaakob (UTM)
2) Ust Ramli Sidom (JAIS)

Moderator :
Ust Al_Ikhsan Razali

Masa : Selepas Magrib

Tarikh : Sabtu/6-3-2010

Semua Muslimin & Muslimat dijemput hadir...