Friday, January 29, 2010

Mesyuarat Jawatankuasa Persatuan Penduduk Seksyen 5, Bukit Mahkota

assalamualaikum,

Dijemput ajk hadrir ke Mesyuarat Persatuan Penduduk Sek5, bdr bukit Mahkota..

Bil 02-10

Tarikh : 29/01/2010

Masa : 9.00 malam

Tempat: No 18, Jalan BM5/15, Bukit Mahkota

Agenda:

1. Mengesahkan Minit Mesyuarat bil 01-10
2. Laporan Kewangan
3. Laporan Biro
1. Keselamatan & Kebajikan
2. Pendidikan dan Hal Elwal Wanita
3. Sukan dan Rekreasi
4. Pengurusan dan Perhubungan Awam
4. Laporan Aktiviti
1. Hari keluarga 2010
5. Lain-lain hal

Terma dan Rujukan Biro-biro di bawah Persatuan Penduduk Seksyen 5, Bukit Mahkota

A. Terma dan Rujukan Umum

Diguna pakai oleh semua biro

1. Membantu Persatuan di dalam menjalankan aktiviti mengikut fungsi biro
2. Skop aktiviti termasuk
1. Membuat perancangan aktiviti yang akan dijalankan
2. Melantik ahli biro yang terdiri daripada ahli persatuan bagi membantu melaksanakan aktiviti
3. Membantu Persatuan mendapatkan dana kewangan untuk melaksanakan aktiviti
4. Memastikan aktiviti yang dijalankan adalah teratur
5. Membuat post-mortem dan malapor aktiviti yang telah dijalankan
3. Untuk sebarang aktiviti, ahli-ahli dari biro yang lain juga boleh terlibat



B. Terma dan Rujukan Biro Keselamatan dan Kebajikan

1. Merangka pelan dasar bagi meningkatkan keselamatan kejiranan Seksyen 5 Bukit Mahkota
2. Melapor sebarang kejadian jenayah di kawasan Seksyen 5 dan sekitarnya, termasuk Bandar Seri Putra, Desaria dan sebagainya. Laporan adalah sebagai membantu penduduk mengambil langkah pencegahan.
3. Memberi bantuan kepada mangsa yang terlibat, ini termasuk ziarah dan bantuan-bantuan lain yang dapat diusahakan oleh Persatuan
4. Melapor berita kelahiran, kamatian, sakit dan sebagainya
5. Melawat penduduk baru, membantu penduduk baru pindah masuk




C. Terma dan Rujukan Biro Pendidikan dan Hal Ehwal Wanita

1. Merangka pelan dasar bagi meningkatkan tali silaturrahim kejiranan Seksyen 5 terutamanya dikalangan suri rumah dan anak-anak.
2. Menjalankan aktiviti berkaitan pendidikan seperti ceramah umum, forum, kelas kemahiran, lawatan, dsb.
3. Merangka peluang untuk anak-anak menjalankan aktiviti bersama seperti perkemahan, bina semangat dsb.
4. Untuk aktiviti yang melibatkan keagamaan, kerjasama dengan pihak surau boleh diadakan



D. Terma dan Rujukan Biro Sukan dan Rekreasi

1. Merangka pelan dasar bagi menggalakkan penduduk menjalankan aktiviti berkaitan sukan dan rekreasi.
2. Meningkatkan kesedaran penduduk dengan kepentingan sukan dan rekreasi
3. Menjalankan aktiviti berkaitan sukan dan rekreasi seperti sukaneka, hari keluarga, senamrobik menganjurkan pertandingan sukan dsb
4. Mewakili Seksyen 5 untuk pertandingan yang dianjurkan di kawasan kejiranan ini.



E. Terma dan Rujuka Biro Pengurusan dan Perhubungan Awam

1. Merangka pelan dasar bagi memastikan peerhubungan di antara Persatuan dan penduduk berkesan dan berkecekapan.
2. Memastikan semua saluran komunikasi yang disediakan di kemaskini bagi memastikan penduduk mendapat maklumat yang terkini
3. Bertanggung jawab menganalisa dan memajukan sebarang aduan penduduk kepada pihak yang berwajib.
4. Menjalankan aktiviti berkaitan pengurusan dan perhubungan terutamanya bersama pihak berwajib seperti MPKj, Polis, JAS, wakil rakyat, pemaju dsb.



F. Terma dan Rujukan Jawatankuasa Tindakan Khas

1. Membuat perancangan bagi menyelesaikan masalah-masalah yang tidah dapat diselesaikan di peringkat Persatuan Seksyen 5. Perbincangan perlu melibatkan persatuan-persatuan penduduk dari kawasan persekitaran
2. Isu-isu berkaitan adalah seperti pembinaan masjid, sekolah, dewan orang ramai, masalah pencemaran udara dan isu-isu lain yang berbangkit mengikut keadaan semasa.

Wednesday, January 27, 2010

Projek sekolah perlu diberi keutamaan

BANGI 26 Jan. - Kerajaan perlu mewujudkan satu pasukan khas untuk memantau setiap projek sekolah yang dilaksanakan di seluruh negara supaya langkah segera dapat diambil jika sesebuah projek itu berdepan masalah.

Penduduk Bandar Seri Putra dekat sini berpendapat, walau apa pun yang terjadi, projek sekolah tidak wajar dibiarkan terbengkalai kerana ia memberikan kesan besar kepada masyarakat.

Seorang penduduk di kawasan perumahan berkenaan, Riduan Ramli, 30, berkata, projek pembangunan sekolah perlu diberikan keutamaan dan dielakkan daripada terbengkalai.

Dia yang sudah menetap di bandar baru berkenaan sejak tiga tahun lalu mengakui amat kecewa kerana sekolah di kawasan itu gagal disiapkan.

"Penduduk di kawasan ini semakin padat dari semasa ke semasa. Keadaan ini amat menyulitkan ibu bapa yang mempunyai anak-anak bersekolah menengah," ujarnya.

Dia berkata, kemudahan sekolah sering menjadi faktor seseorang membeli rumah di sesebuah kawasan baru dan amat mengecewakan jika kemudahan itu tidak dapat dinikmati dengan segera.

Kesan kegagalan projek sekolah itu disiapkan mengikut jadual turut dirasakan oleh My'sara Sofea Mahizan, 14 tahun.

Anak keempat daripada enam orang adik-beradik itu terpaksa bersekolah di Sekolah Menengah Engku Hussain, Semenyih yang terletak lebih 12 kilometer dari rumahnya sejak tahun lalu.

"Sememangnya agak menyedihkan, namun apa boleh buat. Apa yang saya harapkan ialah sekolah ini dapat disiapkan dengan segera. Kalau boleh sebelum tahun depan," ujarnya.

Dia mengakui terpaksa terpaksa keluar awal pagi bagi mengelakkan tertinggal bas sekolah.

Selain My'sara, terdapat kira-kira 40 rakannya dari kawasan perumahan berkenaan dan berhampiran belajar di sekolah sama.

Turut berkongsi kekecewaan ekoran pembinaan sekolah menengah di kawasan berkenaan terbengkalai ialah seorang bapa, Murad Adam. 41.

Dia yang tinggal di Bandar Bukit Mahkota, bersebelahan Bandar Seri Putra berkata, memandangkan tiada sekolah menengah di kawasan tempat tinggalnya, anak-anaknya terpaksa dihantar bersekolah di Jalan 2, Bandar Baru Bangi.

"Sekiranya sekolah menengah di sini dibuka, anak-anak di Bandar Bukit Mahkota boleh bersekolah di sini kerana ia lebih hampir," ujarnya yang mempunyai anak-anak yang belajar di tingkatan satu dan tiga di sekolah berkenaan.

Sambil merayu agar kerajaan menyegerakan kerja-kerja menyiapkan sekolah berkenaan, dia juga berharap pihak pemaju turut memainkan peranan agar sekolah berkenaan dapat disiapkan segera.

Difahamkan, sebelum ini, kawasan bandar baru itu turut mengalami masalah sekolah rendah yang terbengkalai selama hampir setahun.

Namun, usaha menyiapkan sekolah berkenaan akhirnya terlaksana dan murid-murid sudah memulakan sesi persekolahan pada bulan Jun tahun lepas.

Bagi pengawal keselamatan di tapak projek berkenaan, Rajendra Kumar, 31, dia sendiri tidak begitu tahu tentang status sekolah berkenaan.

Dia yang baru dua bulan ditugaskan menjaga keselamatan tapak sekolah berkenaan berkata, dia sering disoal tentang status projek itu oleh ibu bapa yang datang melawat ke tapak projek berkenaan.

"Saya dimaklumkan projek sekolah ini terbengkalai disebabkan pemajunya sudah bankrap. Dari apa yang saya dengar, usaha untuk menyambung semula projek ini sedang dijalankan. Lebih dari itu, saya tidak tahu," ujarnya.

Dia turut melahirkan kebimbangan, sekiranya sekolah tersebut terus terbengkalai, kemungkinan pelbagai kejadian seperti kecurian barang-barang akan berlaku.

sumber: utusan malaysia

Monday, January 25, 2010

Usul : Sekolah & Balairaya di Bandar Bukit Mahkota?...



Salam,

sesi persekolahan 2010 yang bermula 4/1/2010 dah pun masuk minggu ke-4. Alangkah seronoknya anak-anak yang baru memulakan persekolahan di SK bdr seri putra & SRA bdr seri putra. Persoalan bermain di fikiran ibu bapa di bdr bukit mahkota, bila pula agaknya giliran menghantar anak ke SK Bdr Bukit Mahkota, SRA Bdr Bukit Mahkota @ SMK Bdr bukit Mahkota ?.Dikongsikan pelan pembangunan Araprop Development Sdn Bhd yang ada dinyatakan tapak sekolah tersebut.Cadangan Dr Fuad berhubung perkara ini juga perlulah diambil perhatian sewajarnya agar kemudahan awam ini dapat direalisasikan di masa akan datang. insya-allah.








Seperkara lagi berkaitan dengan usul agar kemudahan balairaya/dewan serbaguna juga perlu diberikan perhatian sewajarnya. Ini bagi meudahkan aktiviti kemasyarakatan dapat dijalankan dengan sebaiknya.

Imbasan AGM2009 Mahkota5 : Pembentangan cadangan & usul-usul



assalamualaikum,

Dikongsikan pembentangan cadangan/usul yang telah disuarakan oleh warga mahkota5 didalam AGM2009 Mahkota5.

1. Sdr Zakaria menyatakan masih ada sampah yang dibuang di tempat yang tak dibenarkan. Keadaan ini menimbulkan keadaan yang tidak selesa. Beliau mencadangkan supaya disediakan tong sampah yang besar.

2. Sdr Razali IThnin meminta supaya garisan kuning diadakan sebelum simpang masuk ke Sek 5.

3. sdr Azli meminta tempat operasi membancuh simen berdekatan kedai runcit ditutup ataupun dipindahkan ke tempat lain.

4. Sdr Kyairul Hassme madan mencadangkan agar dibina Dewan Orang ramai @ Dewan Komuniti agara memudahkan aktiviti para penduduk Sek5.

5. Sdr Zulkifli ingin mengetahui perkembangan proses pembinaan masjid dan sekolah.

6. Sdr Wan Norisham meminta supaya diadakan pembalik cahaya atau papan tanda bersinar disekitar bulatan dan simpang. Keadaan ini dapat mengurangkan risiko kemalangan.

7. Col Mohd Alwi menyatakan susunan gerai di Sek4 agak berselerak. Penyusunan semula perlu dibuat agar imej Bdr Bukit mahkota dapat dijaga.

8. Sdr mamat endut mencadangkan agar landskap di Sek5 dapat diperindahkan lagi. Kerjasama dari pihak MPKJ dan penduduk semestinya matlah diperlukan. Beliau menyarankan agar gotong royong secara menyeluruh diadakan lebih kerap selain secara kecil-kecilan.
Sdr zakaria meminta gar tarikh tetap @ jaduan acara gotong royong disediakan.

9. Sdr Zairul Nazim mencadangkan Gotong royong perdana.

10. Pn Salma Abd Wahab menyarankan agar MPKj adakan jadual kutipan sampah.

11. Col Mohd Alwi mencadangkan agar kerja-kerja pemotongan rumput dan pembersihan longkang hendaklah dipantau. Kerja-kerja tersebut dibuat tetapi tidak diselengara dengan baik.

12. Sdr Hamizan Abu Hassan mencadangkan agar tahap keselamtan diadakan atau diketatkan.
-Sdr Kyairul menjelaskan seramai 15 warga mahkota5 telah berdaftar dan mendapat latihan sebagai RELA bagi memantau tahap keselamatan.
- sdr zulkifli menyatakan telah mendapat sebutharga pengawal keselamtan namun harganya terlalu tinggi dan masalah kutipan bayaran berjadual.

13. Sdr ariffin menyarankan agar papan tanda dri Nilai, pondok pengawal dibaikpulih sepenuhnya.

14. Sdr hamizan Abu Hassan meminta agar jalan menuju ke Nilai diperbetulkan

15. Sdr Arif Hashim mencadangkan agara persatuan memohon kad kuasa mencegah maksiat.
Sdr Kyairul menjelaskan perkara ini ada berkaitan dengan pihak surau.

semoga perkongsian maklumat ini bermanfaat untuk semua. Kerjasama anda amatlah dihargai demi memastikan setiap cadangan.usul dapat dilaksanakan dengan sebaiknya.insya-allah.

sekian.
salam hormat.

Biro Pengurusan & Perhubungan Awam,
Persatuan Penduduk Sek5,
bdr bukit mahkota...

Saturday, January 23, 2010

Senarai JK Persatuan Penduduk S5BM Sesi 2010-11

Senarai lengkap Jawatankuasa Persatuan Penduduk Seksyen 5 Bukit Mahkota Sesi 2010-11 telah dimuat naik. Sila klik logo Persatuan Penduduk di bahagian atas kanan blog ini untuk senarai lengkap.
Terima kasih.

-Setuausaha PPS5BM-

Wednesday, January 20, 2010

Isu Mahkota5 : Pencemaran bau kimia yang kian teruk di mahkota5




1.0: Berikut dikongsikan maklumat terkini oleh jawatankuasa khas berkaitan persekitaran PPS5BBM...


Salaam Tuan2,

Dr. Khairuddin dan saya pagi tadi telah pergi berbincang dengan JAS Seremban berkenaan bau kimia yang sedang melanda kawasan residensi kita Bandar Bukit Mahkota 5 dan 6. Kami telah memberi taklimat yang sepatutnya kepada mereka. Mereka berkata berkata yang mereka kekurangan kakitangan untuk memantau perkara ini dan akan mengambil tindakan sewajarnya. Tapi bila?

Soalannya adakah kita nak tunggu sampai JAS cukup kakitangan?? This matter is getting from bad to worse.

We have to take actions to stop this phenomenon. Kita harus buat sama-sama. Saya dah penat berfikir dan berlari-lari kesana kemari.

Saya sarankan Persatuan Penduduk BBM 5 dan 6 duduk berbincang soal ni dan terus membuat plan jangkapanjang. Samaada nak tulis dalam surat khabar ke? Nak panggil Karam Singh Walia ke? Atau apa saja yang membuatkan pihak yang berkuasa dan bertanggungjawab membuat sesuatu. Whatever we do, we must do it in a group.

Yes, I need suggestions!!!

Terima kasih.
Col Hj Alwi Wahab...

2.Tambahan maklumat & respon JAS Seremban adalah sepertimana berikut:


From: Rosli Mustafa
Date: 2010/1/20
Subject: RE: KEADAAN BAU KIMIA YANG TERUK DI BANDAR BUKIT MAHKOTA 5 DAN 6
To: "Col (Ret) Alwi Abd Wahab"
Cc: "Mohd. Nor Mohamed Azalli" , Charanpal Singh a/l Karpal Singh , Nor Hazwan Norizan


Salam Tuan,

Pihak Jabatan Alam Sekitar sememangnya memberikan perhatian yang serius mengenai perkara yang telah dibangkitkan, Oleh yang demikian, JAS akan melaksanakan pemantauan pada waktu malam mulai pada 20 Januari 2010 untuk mengenalpasti punca bau tersebut. Jabatan juga mengucapkan terima kasih di atas kerjasama yang diberikan oleh pihak tuan.

Sekian. Terima kasih
From: Col (Ret) Alwi Abd Wahab [hjalwi@gmail.com]
Sent: Tuesday, January 19, 2010 10:49 PM
To: Mohd. Nor Mohamed Azalli
Cc: Charanpal Singh a/l Karpal Singh; Rosli Mustafa; Nor Hazwan Norizan; Mohamad Jon Rahmat; Hisham Busin
Subject: KEADAAN BAU KIMIA YANG TERUK DI BANDAR BUKIT MAHKOTA 5 DAN 6

Salaam En. Md Nor,

Terima kasih kerana meluangkan masa berbincang kami Dr. Khairuddin dan saya pagi tadi.

Lebih kurang pukul 9.45 mlm tadi kawasan Bukit Mahkota Seksyen 5 dan 6 telah mengalami bau kimia yang amat teruk yang berlarutan hingga lebih kurang 20-30 minit. Saya terus ke kawasan perinduterian Nilai dan mendapati tidak ada bau tersebut. Tapi, dalam perjalan pulang kedua-dua kawsan tersebut masih kuat berbau. Bau hilang selepas lebih kurang 20-30 minit.

Beberapa orang penduduk telah berkomunikasi melalui telepon meluahkan rasa kurang senang dengan pihak yang berkuasa kerana perkara ini telah dilapurkan tapi masih berlarutan beberapa lama.

Saya berharap mendapat tindakan segara dari pihak tuan sebelum perkara ini diwarwarkan dalam media atau lain-lain cara untuk penduduk melepasakan perasaan. Mereka telah memaksa kami untuk membawa perkara ini ketengah.

Saya cadangkan pihak JAS menempatkan kakitangan di kawasan kami untuk terus memantau keadaan ini.

AJK PPBBM5

MOHAMAD ALWI ABD WAHAB

3.0: Beberapa cadangan yang diterima daripada warga mahkota5...


1) Daripada Puan Maria Madon:

Salaam,

Cadangan saya:

1) Buat perjumpaan dgn PPS6 dan organize a date untuk penduduk berdemonstrasi (aman) depan kilang

2) Ada adhoc committee untuk contact dan arrange dengan Karam Singh (TV3) melalui programme Aduan. Juga jemput wartawan daripada akhbar2 seperti Utusan Malaysia, Berita Harian, NST, Malay Mail dsbgnya pada hari demonstrasi diadakan.

3) Ada Adhoc committee yang ditugaskan untuk prepare posters dan sebagainya. Elect Jurucakap untuk menerangkan masalah yang dihadapi bersama bukti2 pencemaran. Sediakan teks untuk diserahkan kepada Karam Singh dan wartawan supaya tidak ada silap dalam apa yg hendak disampaikan.

4) Semua ini memerlukan dana so PPS5 & 6 perlu bersedia untuk mengeluarkan dana yg diperlukan.

5) OFF COURSE KOMITMEN DARI SEMUA PENDUDUK ADALAH PERLUUUUUU!!!!! PUNCA SEGALANYA BOLEH BERGERAK. WITHOUT THIS, APA YG DIBINCANGKAN ADALAH SIA-SIA BELAKA!!!!!


2) Daripada En Shamsul Abdullah Thani

cadangan saya

1. buat solat hajat dan mohon bersungguh2 pada Allah .. kita ambil contoh apabila hari kemarau di sunatkan bersolat hajat dan bawa binatang peliharaan sekali. panggil semua ahli kariah, atau buat lepas solat jumaat jadi dapatlah makmum ramai sikit.

insya-allah, sama-sama kita bantu jawatankuasa khas ini bagi menangani isu pencemaran udara yang kian teruk...

Impian berkecai, sekolah terbengkalai

Impian berkecai, sekolah terbengkalai


Petikan Akhbar Sinar Harian Selasa 19/01/2010

HULU LANGAT – Impian indah lebih 1,000 penduduk di Bandar Bukti Mahkota, di sini mahu melihat anak-anak mereka belajar dalam suasana selesa di sekolah baru berkecai apabila projek pembinaannya terbengkalai.

Pembinaan Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Putra seolah-olah tiada penghujungnya apabila projek yang sepatutnya siap pada 2008 terus tertangguh sehingga hari ini.

Ironinya pembinaan Sekolah Kebangsaan yang dijalankan serentak di kawasan berhampiran berjaya disiapkan tanpa sebarang masalah dan kegagalan pembinaan sekolah menengah berkenaan menyebabkan pelajar terpaksa belajar di sekolah Menengah sekitar Bangi dan Nilai.

Wakil Persatuan Penduduk Bandar Bukit Mahkota, Murad Adam, 41 berkata, kegagalan pihak bertanggungjawab melaksanakan pembinaan sekolah menengah berkenaan amatlah dikesali dan memusnahkan impian kami semua.

“Projek berkenaan sepatutnya siap menjelang 2010 dan boleh menampung pelajar sekolah menengah dari taman berhampira , namun segalanya musnah apabila pembinaan projek terhenti sejak awal 2009.

“Situasi ini berbeza dengan pembinaan sekolah rendah di kawasan yang memberikan kelegaan kepada keluarga yang mempunyai anak untuk menuntut ilmu di sekolah berhampiran tempat tinggal,” katanya. - Mohd Subkhi Sudarji.

Mesyuarat PIBG SRA Bdr Seri Putra @ 30-1-2010



assalamualaikum,

pada hari jumaat/15-1-2010, telah diadakan perjumpaan antara pihak sekolah SRA Bdr seri Putra dengan beberapa ibu-bapa bagi membincangkan mengenai penubuhan PIBG SRA Bdr seri Putra. Insya-allah semua cadangan/kritikan bolehlah disalurkan semasa mesyuarat kali pertama PIBG SRA Bdr Seri Putra yang akan diadakan pada
tarikh :

Sabtu/ 30-1-2010
Masa : 9.00 pg
Tempat : Dewan SRA Bdr Seri Putra.
Perasmian oleh : YB Dr Shafie Abu bakar, ADUN Bangi.

Agenda :

1. Perlantikan ajk PIBG
2. Penetapan kadar yuran PIBG
3. Perbahasan usul/cadangan

insya-allah, surat makluman berkaitan mesyuarat penubuhan PIBG SRA Bdr Seri Putra akan disediakan oleh pihak sekolah...

Berikut serba ringkas maklumat yang diterima berkaitan SRA Bdr seri Putra.

Guru Besar : ust Khairul amri Jamian
Bilangan Guru : 33 orang
Bilangan Pelajar : 1085
Kelas : 14 kelas (sesi pagi tahun 1& 3)
18 Kelas (sesi ptg tahun 2,4,5&6)

waktu persekolahan :
sesi pagi : 8.00 ~ 11.00pg
sesi ptg : 2.30~ 5.30ptg (tahap 1)
2.30~ 5.45ptg (tahap 2)

sekian ..moga manfaat utk semua.

Tuesday, January 19, 2010

Iklaneka mahkota5 : Bil1/2010...Homebake–Freshly baked-Halal




PROMOSI TAHUN BARU 5% BAGI TEMPAHAN SEPANJANG JAN 2010

Kini berada berdekatan kawasan kediaman anda, Sue-Oven sedia menerima tempahan untuk

1. Hari Lahir

2. Kek perkahwinan

3. Cenderahati majlis

4. Pembungkusan Hamper dan cenderahati

5. Kelas deco kek & cupcake

Pelbagai kek seperti:-

1. Kek Butter RM50.00 1kg
2. Kek sponge coklat RM45.00 1kg
3. Kek sponge vanilla RM45.00 1kg
4. Kek Buah RM60.00 1kg
5. Black forest RM60.00 1kg
6 Mocha RM50.00 1kg
7. Chocolate Moist RM55.00 1kg
8. Blueberry RM60.00 1kg
9. Carrot walnut RM65.00 1kg
10. Tiramisu RM70.00 1kg

Toppings:
* buttercream/cream cheese/chocolate ganache
* buttercream + piping jelly/chocolate buttercream
* gumpaste/sugarpaste/fondant
Size for cakes: 7", 8", 9", 10", 12"





Edible image for cupcakes & cakes
A4 size RM 26.00 / 24 pcs for cupcakes

* harga di atas adalah untuk simple deko , untuk fondant (figurine/hantaran) sila

hantar email.

* tambah RM0.30 untuk bekas individu @ plastic casing



****PROMOSI 1000 pcs free 1kg Kek Butter untuk bulan Januari 2010

Pengumuman ...

Semua tempahan hendaklah di buat 1 hingga 2 minggu lebih awal ...

Kalau tempahan cuppies yang melebihi 200 biji dan ke atas, tempahan hendaklah dibuat 1 bulan lebih awal ...

NO 'last minute' okey ...

Tempahan akan dibuat setelah bayaran dibuat....Sila bayar ke akaun Maybank 162021378793 – Suziana Bt Ismail
***** Harga-harga di atas akan berubah dari semasa ke semasa ...



Sila lawati :

Sue-oven.blogspot.com

Handphone: 012 9762040

Sunday, January 10, 2010

HARI KELUARGA MAHKOTA 5 2010

Warga Seksyen 5,

Persatuan Penduduk Seksyen 5 , akan mengadakan Hari Keluarga 2010 seperti berikut,

Tarikh : 21 Februari 2010 (Ahad)

Masa : 8.30 Pagi

Tempat : Taman Permainan Kanak-kanak Jln BM 5/23

Pelbagai acara sukaneka menarik akan diadakan...pastikan anda hadir untuk merasai kemeriahanya....

Maklumat acara akan disebarkan dari masa ke semasa....

Wednesday, January 6, 2010

Selamat tahun Baru 2010 & selamat kembali ke sekolah...




Jawatankuasa penduduk sek5, bdr bukit mahkota mengucapkan selamat tahun baru 2010 kepada semua warga mahkota5.Disamping itu, selamat kembali ke sekolah kepada anak-anak warga mahkota5. sekian.salam hormat.