Thursday, February 25, 2010

Majlis Pelancaran Perkhidmatan Bas Mini Putra-Mahkota...

Seri Putera, 11 R. Awwal = 25 Februari (Khamis):
Sejak Bandar Seri Putera dan Bukit Mahkota dihuni mulai 2001, sudah dirasakan perlu adanya perkhidmatan bas di sana, tetapi pada masa itu penduduk belum begitu ramai, maka perkhidmatan bas tidak begitu ekonomik. Usaha kedua dilakukan pada tahun 2008. ADUN mendekati dua syarikat bas mini yang berkhidmat di Kajang, tetapi masih tidak mendapat respon yang baik.



Kini penduduk Seri Putera dan Bukit Mahkota mendekati jumlah 30 ribu, adalah wajar diwujudkan perkhidmatan bas, atas keperluan pihak penduduk melalui ahli MPKj mendekati sebuah syarikat bas mini yang memberi respon yang baik. Syarikat dimaksudkan ialah Syarikat Bas Mawar Merah Sdn. Bhd. yang berpusat di Kelang, iaitu sebuah syarikat bumiputera. Keterlibatan syarikat ini atas dasar jika ianya mempunyai pulangan yang membolehkan syarikat untuk terus beroperasi. Lantaran itu Syarikat ini telah mendapat lesen sejak September 2009 lepas dan membuat percubaan dari segi perkhidmatan hingga ke awal tahun 2010, maka didapati perkhidmatan ada pulangan yang memuaskan.



Maka pada pagi ini secara rasmi diadakan Majlis Pelancaran Perkhidmatan Bas Mini Putera bertempat di Perkarangan Pusat Khidmat Masyarakat ADUN di Seri Putera mulai jam 9.00 pagi. Hadir bersama ke Majlis ialah, ADUN Bangi, Sdr. Hj. Mazwan Johar Ahli MPKj, Sdr. Nizam dan Sdr. Zahari dari MPKj, Sdr. Marzuki Ketua Kampung Bangi, Saudara Effendi Abu Bakar dari Syarikat Bas Mawar Merah Sdn. Berhad dan En. Norizan dari Bangi Height, ahli-ahli AJK bagi Ahli MPKj dan JKK Bangi.

Dalam ucapan perasmian bagi pelancaran, ADUN Bangi berterima kasih kepada Syarikat Mawar Merah yang sanggup menjalankan operasi perkhidmatan bas bagi laluan Seri-Putera-Bukit Mahkota-Nilai (termasuk ke Stesen Komuter Pekan Bangi) seterusnya memenuhi hasrat penduduk di sini. Kita difahamkan buat masa ini syarikat menyediakan 3 buah bas mini. Bagi satu tambang perjalanan sehala, sama ada dekat atau jauh dikenakan RM1.00. Perkhidmatan ini banyak digunakan oleh pekerja-pekerja kilang yang banyak terdapat di Bukit Mahkota dan Nilai, anak-anak sekolah dan mereka yang berulang alik membeli keperluan harian dan barangan murah di Nilai Tiga. Bagi memajukan perkhidmatan, ADUN berharap iklan dan publisiti secara lebih agresif perlu dilakukan. Pemimpin-pemimpin masyarakat dapat membantu bagi kemajuan Syarikat.
ADUN berharap imej bas mini selalu dikaitkan dengan kekurangan disiplin, kasar dan gopoh kerana mengejar waktu dan mengambil penumpang seramai mungkin. ADUN berharap keadaan ini tidak berlaku bagi Syarikat Bas Mawar Merah. Sebaliknya hendaklah membina imej bas yang baik, bersih dan bertata tertib. Dengan ini lebih ramai menarik penumpang. ADUN juga berharap Syarikat Bas wajar memilih tempat-tempat hentian utama yang dapat pelanggan menunggu dan juga menepati waktu, supaya pengguna tidak tertunggu tunggu. Mungkin perkhidmatan tidak hanya ke stesen komuter, Nilai dan Bangi Lama, tetapi juga ke Stesyen Komuter UKM dan juga Hentian Kajang di Jalan Reko. ADUN mendoakan syarikat bas mini ini maju jaya dan dapat menambahkan lagi bilangan bas dan perkhidmatan pada masa depan.

Sementara itu Sdr. Haji Mazwan Johar dalam ucapan alu-aluannya, berkata, pada asalnya kita mahu mengadakan majlis perasmian pada Sabtu atau Ahad, tetapi menurut Sdr Hj. Mazwan, Hari Sabtu dan Ahad ialah hari ramai pelanggan menggunakan bas, disebabkan untuk mengelakkan kerugian di pihak syarikat, maka dipilih hari bekerja seperti hari ini. Menurutnya sebelum ada perkhidmatan ahli MPKj ada yang mencadangkan pihak MPKj menyediakan perkhidmatan bas sendiri secara komersil dan pernah dilakukan oleh pihak Majlis perbandaran yang lain, tapi kurang berjaya. Kita juga tidak mahu membebankan pihak MPKj. Kita menyokong kuat perkhimatan oleh Syarikat Mawar Merah dan berharap Syarikat akan berkembang maju.




Bagi merasmikan perkhidmatan, ADUN dengan Hj. Marzuki, beberapa orang AJK Ahli MPKj dan Ahli JKK turut sama menaiki bas bergerak dari Seri Putera ke Bukit Mahkota hingga ke Nilai, termasuk Nilai Tiga dan Nilai Lama dan pulang kembali ke Seri Mahkota. Sambil itu penumpang naik dan turun sepanjang jalan. ADUN bertanya sebahagian dari penumpang yang naik yang duduk sebangku dengan ADUN, kerana bangku ADUN di hadapan, semuanya berpuashati dengan perkhidmatan bas yang diberi. ADUN bersama yang lain mengelilingi Seri Putera- Bukit Mahkota dan Nilai dan pulang kembali memakan masa lebih kurang dua jam. Melihat kepada penumpang yang turun naik dari bas yang kami naik dan bas yang lain dari syarikat ini yang kami bertembung diperjalanan, kami yakin, insya Allah syarikat ini akan maju. Terima kasih.

Sunday, February 21, 2010

T-Shirt Mahkota5



Peluang untuk mendapatkan T-Shirt Mahkota5.

Boleh didapati pada saiz S, M, L, XL, XXL, XXXL, XXXXL dan XXXXXL
Dengan harga promosi
RM30 untuk lengan pendek
dan RM32 untuk lengan panjang
rekabentuk t-shirt adalah seperti lampiran

Sila buat tempahan sekarang sehingga Selasa 23 Feb 2010.
Deposit sebanyak RM20 adalah diperlukan untuk setiap tempahan.
Tempahan akan mengambil masa kira-kira 2 minggu.

Kepada yang berminat sila hubungi saya seperti dibawah

Sekian dan salam hormat.
Mohd Nizam
hp: 012-3799636
email: nikoma33@yahoo.com.my

Friday, February 19, 2010

Pastikan Temujanji anda

HARI KELUARGA MAHKOTA 5

21 Februari 2010
Ahad
8.00 Pagi

Tuesday, February 16, 2010

RONDAAN CEGAH JENAYAH PDRM BERSAMA PLATUN RELA BBM

14.2.2010- Pasukan Rela Platun 0023 - Bandar Bukit Mahkota berkerjasama untuk julung kalinya dengan anggota PDRM menjalankan Operasi Cegah Jenayah di sekitar kawasan perumahan Bandar Bukit Mahkota. Operasi yang dimulakan pada jam 11.30 malam dengan kekuatan 30 anggota serta 4 anggota polis dari Balai Polis Bangi turut dibantu oleh anggota rela dari Mukim Beranang.

Menurut KPR Bandar Bukit Mahkota , Tuan Shokree operasi ini dijalankan bertujuan untuk menangani kes-kes jenayah pada musim perayaan, Pihak Rela dan PDRM sentiasa mencari jalan untuk memberi perkhidmatan terbaik kepada masyarakat Bandar Bukit Mahkota Khasnya.Operasi seperti ini akan dijalankan dari masa ke semasa bagi menjaga keharmonian dan keamanan penduduk BBM.

Justeru itu, Platun BBM masih membuka penyertaan keangotaan kepada semua penduduk yang ingin turut serta menyertai pasukan.

Wednesday, February 10, 2010

Selamat Bercuti...Kempen Balik Kampung Rumah Selamat (KBKRS)...

Assalamualaikum,

Jawatankuasa penduduk sek5, Bdr Bukit Mahkota ingin mengucapkan selamat bercuti sempena hari Raya Cina yang bermula sabtu/13-2-2010. Berikut dikongsikan tips keselamatan sempena kempen balik kampung rumah selamat yang diusahakan oleh Ibu pejabat Polis Subang Jaya.





Sila hubungi balai polis berdekatan :

Balai polis Bdr Seri Putra : 03-89258222


***********************************************************************************
Isi borang / sms Polis sebelum balik kampung
Polis Selangor Nasihat Penduduk Isi Borang Balik Kampung

KUALA LUMPUR, 18 Jan (Bernama) -- Penduduk di negeriSelangor dinasihatkan supaya mengisi borang pemberitahuan sebelum mereka pulang ke kampung halaman masing-masing semasa cuti perayaanTahun Baru Cina.

Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar berkata dengan mengisi borang tersebut, ia memudahkan polis menjalankan tugas pemantauan dan pencegahan jenayah di kawasan perumahan yang ditinggal kosong.

"Polis dapat menjalankan pengawasan di sekitar kediaman terbabitmelalui sistem rondaan kawasan yang lebih fokus dan tertumpu, manakalaorang awam dapat meninggalkan rumah mereka dengan lebih selesa tanpa terlalu memikirkan soal keselamatan harta benda mereka.

"Anggota polis sentiasa bersiap sedia 24 jam dan bertindak ke atassegala maklumat orang ramai yang meninggalkan ibu negara," katanyakepada pemberita pada pelancaran Kempen Pencegahan Jenayah SempenaBalik Kampung Cuti Perayaan Tahun Baru Cina di sini.

Turut hadir ialah Naib Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) Tan Sri Lee Lam Thye.

Beliau berkata kadar jenayah pecah rumah pada siang dan malam hari serta kecurian khususnya di musim perayaan dapat dibendung dengan berkesan sekiranya orang ramai bekerjasama dengan polis dengan memaklumkan ketiadaan mereka.

"Semasa musim perayaan sepanjang tahun lepas, penduduk di SriKembangan, (Subang Jaya) telah menyahut saranan polis dengan mengisiborang balik kampung dan ternyata langkah itu berjaya menyelamatkankediaman mereka dari dipecah masuk," katanya.

Khalid berkata selain bantuan dari polis, masyarakat juga perlumengamalkan sikap 'jaga tepi kain orang' bagi mengurangkan kadarjenayah di kediaman masing-masing.

"Penduduk juga perlu ada sikap ambil peduli dan tolong-menolongsesama mereka. Contohnya bila penghuni yang menyambut Tahun Baru Cinapulang ke kampung, jadi penghuni berbangsa Melayu yang tidak pulang kekampung boleh tolong tengok-tengokkan rumah jiran mereka dan begitulahsebaliknya," kata Khalid.

Sementara itu, Lee berkata sebanyak sejuta risalah dalam empat bahasaakan diedarkan secara berperingkat di seluruh negara bagi mencegahpelbagai jenis jenayah.

"Bagi musim perayaan tahun baru Cina yang bakal menjelang, hariini kita telah mengedarkan hampir seribu risalah bagi pengunjung dipusat membeli-belah One Utama ini.

Risalah itu mengandungi nombor-nombor telefon polis termasuk RakanCop, Bomba dan Peronda Lebuhraya PLUS seluruh negara, katanya.

Lee berkata orang-ramai boleh menghubungi talian yang tertera untuk mendapatkan sebarang bantuan.

-- BERNAMA

Dilaporkan oleh :
Biro Pengurusan & perhubungan awam,
Persatuan Penduduk Seksyen5,
Bandar Bukit Mahkota.

Iklan Mahkota5 : Tempahan t-shirt & sticker "mahkota5"...

Assalamualaikum,

Berita baik untuk semua warga mahkota5. Sempena "Hari Keluarga Mahkota5 2010" yang julung kali diadakan pada tahun 2010 ini, pihak penganjur program ingin mempromosikan jualan t-shirt mahkota5 & sticker untuk menambahkan dana persatuan penduduk sek5. Cepat buat tempahan sebelum habis.






1) Harga T-shirt : lengan pendek : RM30.00 sahaja
lengan panjang : RM32.00 sahaja

Tempahan T-shirt boleh dibuat melalui:

KETUA BIRO SUKAN DAN REKREASI
En. Kyairul Hassme Madan
No 6, Jalan BM 5/17
012-3919853
kyairul.madan@printcorp.com.my
kyairul@gmail.com





2) Sticker kereta/ motor.

Harga Jualan : RM5.00 sekeping

Tempahah boleh dibuat melalui :

KETUA BIRO KESELAMATAN DAN KEBAJIKAN
En. Wan Mohd Norisham Wan Yaakob
No 1, Jalan BM 5/15
012-9288834

Jumpa lagi semasa Hari Keluarga Mahkota pada Ahad/21-2-2010...

Monday, February 8, 2010

Syarat-syarat Penyertaan Pertandingan Melukis - Program Hari Keluarga Mahkota 5

Tema : Seksyen 5 Indah

- tarikh tutup penyertaan adalah pada 19 Februari 2010
-Terbuka kepada kanak-kanak 12 tahun ke bawah
- Bapa/Ibu/Penjaga adalah Ahli Persatuan Penduduk Seksyen 5
- Lukisan yang dibuat perlu diwarnakan
- Peralatan sendiri ( kertas lukisan saiz standard, warna dan sebagainya)
- Sila hantar penyertaan yang telah disiapkan dengan RM 5 bayaran penyertaan kepada AJK persatuan atau SMS ke 012-3919853

T.kasih.

Kabin dah dipindahkan....

Untuk makluman warga mahkota5, ekoran aduan yang dibuat oleh Setiausaha PPS5BBM, kabin berikut yang dibina di bawah talian TNB telah dipindahkan ke simpang masuk ke Seksyen 5, Bandar Bukit Mahkota.

Pendaftaran anak kariah Surau Ar-raudah 2010...





Thursday, February 4, 2010

Jemputan BBQ Forum Putra-Mahkota.com




04Feb2010 Posted by Kyreel

Oleh Khair@BSP

Bagi penduduk Bandar Seri Putra (BSP), Bukit Mahkota(BM) dan Taman Impian Putra(TIP) (serta kawasan sekitarnya), forum Putra-Mahkota.com (PMC) adalah tempat lepak siber yang biasa dikunjungi. Di forum ini, banyak informasi terkini diperolehi sama ada berkaitan aktiviti setempat, maklumat keselamatan, pengiklanan dan sebagainya dapat diakses oleh pengguna.

Forum PMC juga telah dikategorikan mengikut kawasan taman di BSP, BM dan TIP. Setiap taman boleh bertukar-tukar pendapat melalui kategori taman mereka sendiri. Manakala, maklumat dan perbincangan yang lebih am juga boleh diikuti dalam forum tertentu seperti kategori politik, iklan dan sebagainya.

Antara topik yang hangat dibincangkan adalah masalah sekolah anak-anak, kemudahan awam dan politik semasa. Ini menyebabkan isu-isu di PMC hangat dan dikunjungi ramai.

Sehingga hari ini, jumlah forumer berdaftar adalah seramai 1864 dan ditambah dengan jumlah pelawat, PMC pernah mencecah 5731 pengguna pada 26-01-2010, 13:21:55.

Sempena setahun lebih kewujudan PMC (Mei 2008), warga PMC akan mengadakan "BBQ @ PMC FORUMER" pada tarikh yang belum ditetapkan lagi tetapi mungkin dalam bulan Mei atau April. Semua forumer PMC dijemput sama untuk memeriahkan suasana. Bayaran sebanyak RM20.00 akan dikenakan bagi setiap keluarga dan sebarang sumbangan dalam apa sahaja bentuk amatlah dialu-alukan.

Maklumat lanjut boleh diperolehi seperti dibawah.

=====================================

Sumber: http://putra-mahkota.com/forum/index.php?topic=3372.msg35231#msg35231

salam...

nampaknya makin ramai yg memberi sokongan terhadap program ini.

Dengan segala hormatnya, kawan mewakili rakan-rakan ingin mengundang semua moderator PMC untuk turut serta dalam program BBQ@PMC FORUMER. Selain itu, kawan juga berbesar hati sekiranya semua tuan moderator dapat menyumbang idea dan cadangan untuk program ini. Jika ada apa-apa yang boleh dikongsikan bukan untuk tatapan umum boleh PM kawan secara peribadi....

Untuk kepada yang telah berdaftar....

Buat masa ini cadangan Yuran penyertaan adalah RM 20.00 ....jika ada yang berniat untuk menyumbang lebih adalah sangat-sangat dialu-alukan..

Menu Utama

Nasi Goreng Cina
Kambing Bakar
Kepak Ayam
Air Oren
Teh Tarik

(Bergantung pada kutipan)

kalau ada nak sponsor lagi cantek...

Untuk urusan pembayaran ....bank-in ke CIMB Curent Account 04 1600 0036 8057 MAMAT ENDUT (Pinjam account pengerusi persatuan penduduk sek 5)

Lepas bank-in SMS nama & no transaksi....ke O12-3919853 (Hanya untuk urusan BBQ sahaja)

pertanyaan dan cadangan bincang dalam thread ni..

terima kasih .

Wednesday, February 3, 2010

Pelekat kenderaan Seksyen 5 Bukit Mahkota

Di bawah adalah contoh pelekat kenderaan baru yang bakal diperkenalkan di dalam masa terdekat.
Apa pandangan anda, warna yang mana lebih menarik?






Kantin SK Bdr seri putra ditutup sementara...




Assalamualaikum,

Saya telah menghubungi YDP PIBG SK bdr seri putra, Encik Mejar Qayyum untuk mendapatkan pengesahan berkaitan penutupan sementara kantin SK Bdr seri putra bermula hari ini,Rabu 3-2-2010.
Penutupan sementara kantin sekolah adalah berpunca daripada aduan berlakunya keracunan makanan dikalangan pelajar-pelajar termasuk anak-anak kita di mahkota5,bukit mahkota.Hari ini, pihak pejabat kesihatan hadir bagi memantau perkara ini. Surat makluman berkaitan perkara ini akan diusahakan oleh pihak sekolah untuk pengetahuan ibu-bapa pelajar SK Bdr seri putra.Insya-Allah.

Sekian.

Dilaporkan oleh,
Biro Pengurusan & Perhubungan awam,
Persatuan Penduduk Sek5,
Bdr Bukit Mahkota,bangi.

Borang Pendaftaran Peraduan Melukis Sempena Hari Keluarga Mahkota5 2010

Merujuk kepada hebahan sebelum ini, satu peraduan melukis akan di adakan sempena Hari Keluarga Mahkota 5 2010.

Borang peraduan boleh didapati melalui link di bawah
Borang Peraduan Melukis

Sekian, salam hormat.

Aktiviti di Bawah Talian Penghantaran Voltan Tinggi




Satu aduan telah dibuat kepada pihak TNB berhubung aktiviti di bawah talian penghantaran voltan tinggi TNB yang merupakan satu binaan berbentuk sebuah kabin yang didirikan oleh syarikat Passion Fruit Garden.

Eksekutif Kanan TNB telah dihubungi dan maklumat berbentuk gambar-gambar telah diserahkan dan beliau akan menghantar pasukan untuk menjalankan siasatan secepat mungkin.

Membuat sebarang binaan terutamanya dari bahan logam adalah tidak dibenarkan didirikan dibawah talian voltan tinggi kerana ia akan mengundang risiko renjatan elektrik akibat litar pintas.

S/U PPS5BM

45 Kontraktor Projek 'Sakit' Kementeran Pelajaran Diberi Ingatan

Dikirim oleh Kyreel 03 Februari 2010 pada 1:57 AM

Sumber:http://www.bernama.com/bernama/v5/bm/newsindex.php?id=472756

BANGI, 2 Feb (Bernama) -- Kementerian Pelajaran Selasa mengingatkan semua kontraktor 45 projek 'sakit' di bawah kementerian itu supaya menyiapkan projek mereka mengikut jadual bagi mengelakkan disenaraihitam.

Timbalan Menteri Pelajaran Dr Mohd Puad Zarkashi berkata setakat ini seramai lima kontraktor sudah disenaraihitam sementara 23 lagi kontraktor dalam proses dikenakan tindakan sama.

"Jangan nanti bila sudah kena tindakan kata pihak kerajaan atau kementerian tidak adil pulak, sebab ini janji kerajaan iaitu Pencapaian Diutamakan," katanya kepada pemberita selepas melawat tapak projek pembangunan sekolah menengah di Bandar Seri Putra di sini yang terbengkalai.

Mohd Puad berkata kontraktor sekolah itu juga sudah dikenakan tindakan kerana kegagalan menyiapkan projek walaupun kementerian sudah memberi peluang iaitu melanjutkan masa sebanyak dua kali.

Beliau berkata tender baru bagi meneruskan projek sudah pun dibuka dan kontraktor baru dijangka dilantik pada awal Mac depan.

"Projek itu akan dimulakan sejurus kemudian dan akan siap dalam tempoh tujuh bulan memandangkan hanya sekitar 27 peratus sahaja yang belum siap. Ia dijadual boleh digunakan untuk sesi persekolahan 2011," katanya.

Projek pembangunan sekolah bernilai RM20 juta itu yang bermula pada 5 April 2007 dan sepatutnya siap pada 4 Dis 2008, mempunyai 36 bilik darjah dan dijangka dapat menampung 1,100 pelajar.



-- BERNAMA

Tuesday, February 2, 2010

Pertandingan melukis kanak-kanak sempena Hari Keluarga Mahkota5...





Assalamualaikum,

Insya-allah, Program hari Keluarga Mahkota5 akan diadakan pada Ahad/21-2-2010. Adalah dimaklumkan,
Jawatankuasa program Hari Keluarga mahkota5 mengalu-alukan penyertaan terbuka kanak-kanak bawah 12 tahun di Sek5, Bukit mahkota untuk menyertai Pertandingan Melukis bertemakan " Mahkota5 Indah ".
Setiap penyertaan dikenakan bayaran sebanyak RM5.00.
Penyertaan pertandingan ini terbuka mulai 02-02-2010 hingga 19-2-2010.
maklumat lanjut sila hubungi :

Penasihat program, Sdr Mamat Endut : 012-6818845
Pengarah program, Sdr Kyairul : 012-3919853
Urusetia program, Sdr Zul : 017-3761584
Setiausaha program, Sdr Mohd Nor : 013-7398406


sekian. salam hormat.

Monday, February 1, 2010

Lagi sekolah terbengkalai..moga ada jalan penyelesaiannya.

Oleh ROSLAH OTHMAN
kota@utusan.com.my



SEBAHAGIAN besar bangunan utama dalam projek membina sekolah menengah di Bandar Seri Putra, Bangi sudah hampir siap apabila ia terhenti sejak lebih setahun lalu . – UTUSAN/ Hayat Sueet

BANGI 26 Jan. – Masalah projek sekolah ‘sakit’ atau terbengkalai di negara ini bukanlah satu isu baru. Ia masih berlaku dari semasa ke semasa walaupun pelbagai langkah sudah diambil bagi memastikan perkara itu tidak berulang.
Sama seperti isu rumah terbengkalai, projek sekolah terbengkalai juga memberikan kesan langsung kepada masyarakat terutama golongan berpendapatan rendah dan sederhana.
Selain bebanan yang terpaksa ditanggung oleh ibu bapa, pelajar dan guru, kerajaan juga tidak terlepas daripada turut terpaksa memikul beban sama ada dari segi peningkatan kos mahupun imej di mata masyarakat.
Bagi ibu bapa, sekolah terbengkalai bermakna mereka perlu berbelanja lebih besar untuk menampung kos pengangkutan menghantar anak ke sekolah yang lebih jauh manakala pelajar pula perlu membuang lebih masa dan tenaga untuk ke sekolah.
Apabila sekolah tidak siap, guru yang perlu ditempatkan di situ juga terpaksa dihantar ke tempat lain terlebih dahulu.
Difahamkan, kos untuk memulihkan projek sekolah terbengkalai, selain melibatkan belanja besar, ia juga mengambil masa kerana perlu membatalkan kontrak kontraktor asal dan memilih kontraktor baru.
Itulah isu yang berlaku di kawasan penempatan baru, Bandar Seri Putra dekat sini.
Projek pembangunan menyiapkan sebuah sekolah menengah yang mengandungi 36 bilik darjah dan kemudahan berkaitan di kawasan itu gagal disiapkan sehingga kini
Mengikut papan tanda yang dipasang, tarikh kerja-kerja pembangunan telah bermula pada 5 April 2007 dan sepatutnya siap pada 4 Disember 2008.
Kini, sudah masuk 2010 dan projek Kementerian Pelajaran di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) itu terus menjadi tanda tanya penduduk di kawasan berkenaan.
Tinjauan Utusan Malaysia ke lokasi berkenaan mendapati, bangunan sekolah yang terdiri daripada beberapa blok bilik darjah, bilik guru dan kantin kini terbiar.
Persekitarannya juga sudah ditumbuhi semak-samun, selain beberapa kelengkapan pembinaan dilihat bertaburan di sana sini - satu petanda projek tersebut sudah lama terbiar.
Namun, terdapat sebuah pondok keselamatan didirikan di hadapan tapak sekolah tersebut dan terdapat seorang pengawal keselamatan bertugas di situ.
Difahamkan, pemaju asal telah diisytiharkan bankrap dan ada beberapa syarikat dikatakan berminat untuk meneruskan projek berkenaan.
Ini jelas dilihat melalui buku lawatan tapak yang direkodkan di bilik pengawal keselamatan di lokasi tapak berkenaan.
Walau apa pun tindakan yang sedang dilakukan, penduduk Bandar Seri Putra berharap kerajaan dapat mencari jalan penyelesaian agar sekolah tersebut dapat disiapkan secepat mungkin.
Akibat ketiadaan sekolah menengah di kawasan itu, ibu bapa terpaksa menghantar anak-anak mereka ke sekolah-sekolah di kawasan sekitar yang semua terletak agak jauh.
Antaranya, Sekolah Menengah Jalan Dua, Bandar Baru Bangi, Sekolah Menengah Jalan Reko, Kajang, Sekolah Menengah Salak Tinggi dan Sekolah Menengah Engku Hussain, Semenyih.
Berikutan itu juga, ibu bapa terpaksa mengeluarkan kos pengangkutan antara RM65 hingga RM70 sebulan untuk setiap anak mereka.
Apa yang dipersoalkan oleh ibu bapa bukan sahaja tentang kos tinggi yang terpaksa ditanggung mereka tetapi juga dari segi masa.
Difahamkan, bagi pelajar sesi pagi, mereka perlu keluar rumah seawal pukul 6 pagi ke sekolah dan hanya sampai ke rumah semula sekitar pukul 3 petang, jika tiada kegiatan kokurikulum.
Sementara, bagi pelajar sesi petang, kira-kira pukul 10.30 pagi mereka sudah perlu bersiap-siap untuk menunggu bas dan sampai semula ke rumah selepas azan maghrib berkumandang.
Jika terlewat, pelajar-pelajar berkenaan biasanya terpaksa mengambil keputusan tidak bersekolah memandangkan tiada perkhidmatan bas biasa ke sekolah mereka.
Justeru, penduduk sangat berharap projek itu dapat dipulihkan dan disiapkan dengan segera untuk kemudahan semua pihak, tambahan pula kawasan itu semakin ramai penghuninya.


2.PM Umum Tabung Penyelenggaran 1Malaysia Dengan Dana RM37.6 Juta

Berita selanjutnya di : http://www.bernama.com/bernama/v5/bm/newsindex.php?id=472514

Kejadian rompakan terbaru di Sek5, bdr bukit mahkota..



Saya ingin memaklumkan penerimaan e-mail berikut. Takziah diucapkan kepada Puan Nosly Kasmani sekeluarga. Moga tabah menghadapi dugaan ini. Sama-sama kita berdoa & mencari jalan agar kejadian ini dapat ditangani di masa akan datang.Insya-Allah.

Biro Pengurusan & Perhubungan Awam,
Persatuan Penduduk Sek5,
Bdr Bukit Mahkota, bangi.

************************************************************************************************
Assalamulaikum

Sekadar untuk makluman semua, rumah saya telah di masuki pencuri pagi tadi diantara jam 3.30am - 4.30am

Pencuri memasuki rumah melalui sliding door dgn mengunakan kunci merika sendiri (sebab kunci merika tertinggal di pintu grill)

Hanya barangan eletronik/mobile/dompet/4 beg sandang yg di curi dan tidak berlaku kecederaan atau serangan pada penghuni rumah.

Dua beg sandang saya di jumpai semula di kawasan terbuka hadapan rumah (di bawah pencawang TNB) berselerakan dokumen2.

Saya buat panggilan 999 jam 6.30 dan kereta peronda polis tiba dalam masa 15-20 minit.

Laporan polis di buat di Balai Sri Putra dan copy report diperolehi segera dgn harga RM2.00 setiap satu.

Ketua Balai tiba dengan 2 anggota jam 10am.

Ketika ini masih menunggu Pegawai Penyiasat untuk membuat siasatan.

Harap maklum.

Nosly Kasmani
55 Jalan BM 5/12

Passion Fruit garden di sek5, bdr bukit mahkota????






Sek5, bdr bukit mahkota, 31-1-2010 - Ajk persatuan penduduk sek5, bdr bukit mahkota telah menerima beberapa panggilan daripada warga prihatin mahkota5 berkaitan kewujudan kabin yang tertulis papantanda "PASSION FRUIT GARDEN" yang diletakkan bersebelahan pondok kawalan ke-2 di hujung simpang jalan BM5/12. Kewujudannya menjadi tanda tanya kerana tiada pemberitahuan dimaklumkan kepada kami selaku jawatankuasa penduduk mahkota5. Alhamdullilah, pengerusi PPS5BBM, Encik Mamat dan beberapa ajk telah pun melawat tapak tersebut dan mengutarakan persoalan ini. Satu perjumpaan dengan pemilik yang berhasrat cuba mengusahakan tanah di bawah jajaran talian Tenaga Nasional tersebut telah diatur dirumah pengerusi. Pengerusi memaklumkan kepada pemilik tersebut bahawa beliau telah melakukan kesilapan iaitu masuk kampung/taman tanpa meminta izin terlebih dahulu.Pemilik tersebut iaitu Sdr Subuh mengaku kesilapan tersebut dan telah berjanji kepada pengerusi untuk mengemukakan segala bukti yang menyakinkan berkaitan kelulusan dan sebagainya bagi tanaman pokok markisa didalam tempoh seminggu akan datang..insya-allah, maklumbalas daripada semua warga mahkota5 amatlah diharapkan bagi menjamin persekitaran mahkota5 yang selamat, aman & ceria.
terima kasih diatas sokongan yang diberikan.

sekian...

Dilaporkan oleh:

Biro Pengurusan & Perhubungan Awam,
Persatuan Penduduk Sek5,
Bdr Bukit Mahkota, bangi.

Mesyuarat Agung PIBG Kali Pertama SRABSP

Oleh Khai@BSP


Bandar Seri Putra 30 Jan. - Sekolah Rendah Agama Bandar Seri Putra (SRABSP) buat julung kali telah mengadakan mesyuarat Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG) buat kali pertamanya. Majlis tersebut telah dihadiri oleh lebih daripada dua ratus orang ibu dan bapa. Majlis yang sepatutnya dirasmikan of ADUN Bangi YB Dr. Hj. Shafie Abu Bakar telah dimulakan sedikit lewat dari yang dirancangkan.

Mesyuarat yang bermula pada pukul 9.30 pagi tadi telah dimulakan dengan bacaan doa dan taklimat sekolah kepada ibubapa. Semasa taklimat tersebut, Guru Besar Ustaz Khairul Amri Jamian (Ustaz Khairul) telah memaklumkan bahawa sekolah walaupun secara fizikalnya dibawah daerah Hulu Langat, bagaimanapun dari segi pentadbiran pendidikan diletakkan dibawan daerah Sepang. Ini menurutnya untuk memudahkan urusan sekolah kerana daerah Hulu Langat sendiri mempunyai terlalu banyak sekolah bawah pentadbirannya. Menurutnya lagi jumlah semasa murid SRABSP adalah seramai 1085 orang dengan 34 orang guru untuk kedua-dua sesi pagi dan petang.



Gambar: Guru Besar SRABSP Ustaz Khairul Amri

Merurutnya lagi, pada hari pertama sekolah, guru tetap sekolah tidak dapat hadir dalam masanya menyebabkan beberapa pelajar Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS) (jurusan pendidikan) telah dipanggil untuk menggantikan guru-guru tersebut. Bagaimanapun, masalah timbul apabila ibubapa yang cuba mendapatkan maklumat tentang sekolah gagal dijawab oleh guru-guru ganti dari KUIS ini. Masalah ini selesai dengan kehadiran guru-guru tetap sekolah.

Menyentuh mengenai kewangan sekolah, Ustaz Khairul dengan tegas menyatakan itu adalah antara masalah utama sekolah agama secara amnya. Ini kerana tiada perutukan khas daripada Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS). Semua kewangan sekolah adalah diperolehi daripada kutipan yuran pelajar. Maka sekolah amat berbesar hati jika ada sebarang sumbangan tambahan dapat dibuat kepada sekolah secara berkala agar pihak pengurusan dapat memberikan apa yang terbaik buat anak-anak SRABSP.

Pemilihan jawatankuasa agak perlahan kerana ibubapa tidak mengenali satu sama lain yang menyebabkan mesnyauat ditangguhkan untuk sesi jamuan ringan. Apabila disambung kembali, 10 ibubapa telah dipilih untuk memegang jawatan dalam PIBG yang diketuai oleh En. Lokman Bin Md Sarip.

Berikut senarai jawatankuasa PIBG SRABSP Sesi 2010/2011:



Gambar: YDP PIBG SRABSP En Loqman Md Sarip

Penasihat: Ustaz Khairul Amri Bin Jamian

YDP: En Lokman Bin Md Sarip

Naib YDP: En Iqbal Bin Ismail

Setiausaha: En Mohd Hafeez Bin Aziz

Bendahari: Cik Noraliza Binti Mohd Zomin

AJK:
1. En. Safri Bin Said
2. En. Azizuddin Bin Zailan
3. En. Mohd Najib Bin Md Sariff
4. En. Badrul Shah
5. Cik Norziah Binti Othman
6. Cik Mariah Binti Mohd Saleh
7. Cik Salmah Binti Pa'wan
8. Cik Zamnura Binti Mat Desar

Sesi terakhir adalah pembentangan usul. SRABSP telah membuat kompilasi dan mengkategorikan usul dan cadangan ibubapa yang dibuat secara bertulis sebelum mesyuarat. Kebanyakannya telah dipersetujui untuk dibincangkan dalam mesyuarat jawatankuasa antaranya pengurusan trafik dihadapan sekolah, masalah kebersihan, melewatkan masa permulaan sekolah, kolaborasi dengan PIBG SKBSP dan lain-lain lagi.




Selain itu, yuran PIBG juga hebat diperbahaskan dan akhirnya ketetapan telah diperolehi dengan yuran tahunan sebanyak RM50 setahun untuk setiap anak bagaimanapun untuk yang mempunyai lebih daripada 2 orang anak, ianya ditetapkan sebanyak RM100 (2 x RM50).

Mesyuarat ditangguhkan oleh YDP beberapa minit sebelum pukul 1.00 tengahari.