Thursday, May 13, 2010

Rate of Charges for Bukit Mahkota Club House for Non Member





Rate of Charges for Bukit Mahkota Club House for Non Member
No. Type of Facilities Everyday
Below 18 18 and Above
1 Swimming Pool & Sauna RM5.00 per person RM10.00 per person
2 Gymnasium RM5.00 per person RM10.00 per person
3 Tennis Court RM10.00 per hour RM10.00 per hour
4 Squash Court RM10.00 per hour RM10.00 per hour

*Fees subject to changes at the discretion of the Club Management

Selamat Hari Guru....




PERUTUSAN SEMPENA HARI GURU
Y.A.B. TAN SRI DATO’ SERI ABDUL KHALID IBRAHIM
DATO’ MENTERI BESAR NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN

Assalamu’alaikum w.b.t. dan selamat sejahtera.
Saban tahun kita menyambut Hari Guru pada tarikh 16 Mei. Pemilihan tarikh ini adalah sempena penerimaan Laporan Jawatankuasa Pelajaran sebagai dasar pelajaran bagi negara kita oleh Majlis Undang-Undang Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1956. Laporan ini kemudiannya dikenali sebagai Laporan Penyata Razak.

Tema sambutan yang dipilih bagi tahun ini ialah Guru Pembina Negara Bangsa, sesuai dengan peranan guru sepanjang masa; sebagaimana pernah diungkapkan oleh Sasterawan Negara kita, allahyarham Usman Awang:
Jika hari ini…
Seorang Perdana Menteri yang berkuasa,
Seorang Raja yang menaiki takhta,
Seorang Ulama’ yang mulia,
Seorang Peguam menang bicara,
Seorang penulis terkemuka,
Siapa saja yang menjadi dewasa,
Sejarah mereka dimulakan oleh seorang guru biasa dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.
Apa yang penting untuk dihayati daripada sejarah Hari Guru dan tema sambutan yang telah dipilih untuk tahun ini ialah sebagaimana yang pernah tertera pada Perenggan 12 Laporan Penyata Razak iaitu “tujuan dasar pelajaran ini bermaksud untuk menyatukan pelajar pelbagai bangsa di negara ini…”.

Setiap manusia itu semuanya dilahirkan dengan potensi dan inilah yang diusahakan setiap guru tanpa mengira kaum, pangkat, harta dan pegangan agama. Kualiti pendidikan adalah jalan terbaik mengangkat kemuliaan insan dan kepada para guru kita sandarkan harapan untuk membina generasi semasa dan akan datang yang lebih baik.

Kita berada di zaman yang cukup mencabar tetapi kita tidak akan mengalah. Cabaran yang hadir hanya menguatkan tekad kita untuk memberikan yang terbaik. Di Selangor, kita telah berusaha dengan segala keterbatasan yang ada untuk memberi bantuan pendidikan kepada semua dengan tumpuan khas kepada mereka yang kurang berkemampuan. Pada tahun 2009, selain daripada sumbangan lebih RM 15 juta kepada sekolah pelbagai aliran, puluhan juta lagi disalurkan melalui pelbagai program misalnya Hari Ilmu dan Gerakan Membaca Perdana Negeri Selangor yang dibuat baru-baru ini, latihan pendidikan dan kemahiran. Selangor akan terus meningkatkan usaha mendorong kesuburan persekitaran pendidikan.

Marilah kita bersama mengucapkan penghargaan kepada para guru untuk segala jasa-baik mereka. Ingatlah bahawa “berguru kepalang ajar, bagai bunga kembang tak jadi”. Hormatilah guru sebagai sebahagian adab menuntut ilmu.
Selamat Hari Guru. Sekian, terima kasih.

TAN SRI DATO’ SERI ABDUL KHALID IBRAHIM
DATO’ MENTERI BESAR SELANGOR

Tuesday, May 11, 2010

Promosi :MAJALAH SOLUSI: PANDUAN HIDUP BERSYARIAT.




MAJALAH SOLUSI: PANDUAN HIDUP BERSYARIAT.
Oleh : Telaga Biru Sdn Bhd

Dengan segala kepincangan serta bencana moral yang berlaku di negara kita pada hari ini, jelaslah bahawa umat Islam bukan sahaja perlu meningkatkan ilmu dalam bidang fardu ain dan kifayah, tetapi turut berlatih untuk memajukan minda serta sentiasa termotivasi untuk mengelakkan diri dari segala gejala buruk yang berlaku di sekeliling mereka. Ini kerana, hanya dengan pengetahuan serta motivasi yang tinggi sahajalah yang dapat membantu anggota masyarakat untuk mengenalpasti baik-buruk sesuatu perkara seterusnya mengelakkan perkara tersebut dari terjadi kepada diri mereka.

Melihat peri pentingnya elemen-elemen ini dalam memantapkan kehidupan seorang Muslim, Telaga Biru Sdn. Bhd. telah menerbitkan sebuah majalah Islamik kontemporari yang sangat unik, khas buat mereka tercari-cari sebuah wadah bagi mempertingkatkan jati diri seorang Muslim.

iklan

Isu perdana majalah bertajuk SOLUSI ini sudah berada di pasaran bermula dari 1 Ogos 2008. Ia difahamkan mendapat sambutan yang memberangsangkan dari pihak pembaca. Antara faktor penarik majalah ini ialah fokus utamanya iaitu fardu ain dan motivasi menjadikan skop perbincangan setiap isu serta isi kandungannya menjadi sangat luas dan menarik untuk diperdebatkan. Antara topik yang dibincangkan setiap bulan ialah tauhid, fiqah, perniagaan (muamalat), perkahwinan (munakahat), tafsir al-Quran, kekeluargaan, isu remaja, seks, dan pelbagai lagi.

solusi Seterusnya, para kolumnis yang prolifik dan berwibawa menjadi salah satu nadi kekuatan utama majalah ini. Dato' Dr. Hj. Mohd Fadzilah Kamsah, Ustazah Siti Nor Bahyah, Ustaz Zahazan Mohamed, Dr. Irfan Khairi (Jutawan Internet), Ustaz Zaharuddin (http://www.zaharuddin.net/), Dato' Dr. Mahmood Zuhdi, Haji Muhammad Zakaria, Ustaz Hasrizal Abdul Jamil (dari http://www.saifulislam.com/) dan Ahmad Fadzli Yusof adalah antara nama-nama yang tidak asing dalam dunia motivasi dan keagamaan.

Asas majalah ini iaitu Panduan Hidup Bersyariat menjadikan majalah ini WAJIB dimiliki oleh sesiapa sahaja yang inginkan petunjuk ke jalan kebenaran..

Mengapa perlu SOLUSI?

Perlu apa lagi sebuah majalah Islam diterbitkan? Bukankah sudah banyak majalah seumpamanya dalam pasaran?

Jawabnya ya, jika dilihat dari sudut 'persaingan'. Mungkin tidak perlu lagi majalah seumpama ini diterbitkan. Apatah lagi majalah sebegini selalunya tidak menjanjikan pulangan kewangan yang lumayan. Tetapi, apakah semua usaha perlu di lihat dari dimensi 'persaingan'? Apakah semua keputusan di buat berdasarkan faktor kewangan?

Jawabnya, tidak! Dari dimensi 'perkongsian', usahasama untuk melakukan kebaikan sentiasa dialu-alukan. Firman Allah: "Hendaklah kamu bertolong-bantu dalam kebaikan dan ketaqwaan." (Surah al-Maidah: 2) Malah 'perlumbaan' untuk melakukan kebaikan perlu sentiasa disuburkan. Firman Allah: "Hendaklah kamu berlumba-lumba untuk melakukan kebaikan."

Tambahan pula, senario masyarakat kini yang semakin tercabar dan tercalar oleh unsur-unsur negatif, kehadiran bahan bacaan Islam bukan sahaja belum mencukupi, malah dikira masih jauh ketinggalan berbanding lambakan majalah picisan berunsur hedonisme, tahyul dan seks bebas.

SOLUSI lahir untuk menjadi wasilah kesedaran, penghayatan dan pimpinan ke arah pelaksanaan syariat di semua peringkat, di semua bidang kehidupan. Misi utamanya ialah membantu setiap individu merealisasikan Islam sebagai satu cara hidup yang dengan sempurna menerusi pendekatan memujuk, mengingatkan dan memimpin berasaskan prinsip dakwah dan tarbiah.

Misi ini diketengahkan melalui tulisan, gambar dan rekaletak yang verstail dan dinamik. Semua itu diadun untuk menterjemahkan model 'Mukmin profesional', yang punya integriti (al-Amin) dan ke pakaran (al-Qawwi) dalam tugasan, peranan dan tanggung jawabnya. Firman Allah bermaksud: "Sesungguhnya orang yang paling baik engkau berikan kerja ialah orang yang kuat (pakar) dan amanah (integriti)." (Surah al-Qasas: 26)

Lebih jauh lagi, SOLUSI ingin memantapkan pelaksanaan syariat Islam berasaskan kesepaduan ilmu wahyu (revealed knowledge) - tauhid, feqah, akhlak, dengan ilmu akal (acquired knowledge) - sains, matematik, sejarah, geografi .

Justeru, SOLUSI tidak hanya menjelaskan ilmu-ilmu berbentuk Fardu Ain, tetapi mengaitkannya dengan unsur motivasi menerusi pengalaman, isu-isu dan keskes yang sering berlaku dalam masyarakat. Dengan ini diharapkan pembaca bukan sahaja tahu apa itu masalah, malah mampu menyesaikannya! Itulah SOLUSI!

- Mengapa nama SOLUSI?

Dari sudut grafik dan artistik pula, huruf S, U, O dalam perkataan solusi mempunyai nilai estetikanya tersendiri. Persamaan dari segi bentuk yang hampir bulat memudahkan kami memasukkan lambang bulan sabit (ikon nilai keislaman) di dalam 'masthead' tersebut. Jumlah 6 huruf itu juga dikira ringkas untuk dihias dan ditonjolkan.

Solusi lebih cepat dan mudah disebut walaupun agak janggal kedengaran. Inilah dasar pilihan kami berbanding perkataan lain yang mungkin lebih 'kemelayuan' atau 'kearaban' tetapi agak panjang dan kurang nilai-nilai keunikkannya.

Sumber : bahagian promosi telaga biru sdn bhd

Khemah-Khemah Diterbang Angin Sebaik Selesai Acara Penutup















Khemah-khemah yang dipasang bagi Program Perkhemahan Motivsi Jatidiri Cemerlang bertempat di Padang Permainan Seksyen 2, Bukit Mahkota Bangi yang disertai oleh 50 murid Sekolah Rendah di sini sejak kelmarin tercabut dan diterbang angin kuat diikuti hujan lebat. Ini berlaku sebaik selesai acara penutup yang disempurnakan oleh ADNS Bangi dengan ucapan dan penyampaian sijil penyertaan.



Perkhemahan Motivasi ini dianjurkan secara bersama oleh Ikatan Relawan Rakyat (RELA), Surau Al-Muhajirin dan Persatuan Penduduk Seksyen 2 & 3 Bukit Mahkota. Hadir ke Majlis ini En. Khoo Kim Han yang mewakili YB Teo Nie Ching Ahli Parlimen Serdang, En. Ahmad Aidil Bin Misbah, Ketua Cawangan Pas, Bandar Seri Mahkota, Tuan SI Ramlan Din Ketua Balai, Polis Bangi, Leftenan Rela En. Muhammad Mustapha Kamal Bin Ismail Ketua Rela Platun 0023 Bukit Mahkota Merangkap Penyelaras Program, Captain Tuan Razali Buyung, En. Mohd Shukri Mohamad pegawai RELA, Ustaz Zamani Pengerusi Surau, Bilal Ramli, ahli-ahli Rela, Pegawai-Pegawai Polis, ibu bapa dan anak-anak yang diraikan.

Encik Muhammad Mustapha selaku Pengarah Program mengalu-ngalukan kehadiran ADNS Bangi serta tamu-tamu kehormat yang lain. Menurut En. Mustafa kejayaan Program sebenarnya lebih atas semangat serta gotong royong semua pihak. Jika berdasarkan kepada kewangan, menurut En. Muhammad Mustapha, sebenarnya baik rela, maupun Persatuan Penduduk dan Surau tidak mempunyai wang. Atas nama kerjasama dan keinginan mengasuh dan memotivasi anak-anak mendorong kami mengadakan Program Perkhemahan. Pihak Jawatakuasa Persatuan dan ibubapa sanggup mengeluarkan perbelanjaan dari poket sendiri. Walau bagaimana AJK mengucapkan terima kasih kepada pihak MPKj yang membekalkan 3 buah khemah, pihak tentera juga memberi pinjam khemah Hijau yang dibuka secara melebar, manakala khemah-khemah kecil antaranya kepunyaan anak-anak dan setengahnya dipinjam, tak kurang pula ada yang mengeluarkan peruntukan sendiri bagi memenuhi keperluan peralatan.


ADNS Bangi dalam ucapan, memuji semua pihak yang bekerja sama kerana mengeluarkan tenaga dan harta benda bagi menjayakan program perkhemahan. Ini tidak lain dari hasrat murni ingin melihat anak-anak dapat dididik dan dimotivasi bagi memperkembangkan potensi yang ada pada mereka agar belajar bersungguh-sungguh hingga menjadi pelajar berjaya dengan cemerlang. ADNS percaya dengan bimbingan Rela yang mempunyai disiplin ketenteraan dapat membantu anak-anak lebih berdisiplin. Dengan Program Perkhemahan ini anak-anak dapat mengisi masa dengan sebaik mungkin seperti sembahyang berjamaah di surau berdekatan. ADNS percaya program perkhemahan ini membentuk anak-anak dengan nilai akhlak yang murni seperti kerja berpasukan dan bergotong royong. Kalau cemerlang pelajaran sahaja, tetapi tidak cemerlang dari segi akhlak tidak dapat mencapai kejayaan sempurna. Beliau mahu anak-anak menjauhi anasir-anasir yang merosakkan akhlak dan tidak terlibat dengan gejala sosial. ADNS menekankan betapa mustahaknya anak-anak bersungguh-sungguh belajar dengan menumpukan kepada pelajaran dengan mengusai ilmu sebanyak mungkin bagi bekal diri bukan sahaja bagi keperluan kehidupan kini semata-mata yang makin mencabar, tetapi juga persediaan Hari Akhirat. Beliau mau kegiatan murni memberi motivasi kepada anak-anak diteruskan pada masa akan datang dan ADNS Bangi sedia bekerjasama memberi peruntukan sewajarnya.


Selepas berucap ADNS dijemput menyampaikan sijil penghargaan kepada anak-anak yang menyertai Program Perkhemahan dan pada masa ini angin mulai bertiup kencang dan hujan mulai turun dengan lebat. Pada masa ini beberapa khemah anak-anak tercabut dan terangkat. Ada di antara anak-anak dan ibu bapa di tengah hujan lebat itu menolong mengekang khemah-khemah dari terus dilari angin dan menyelamatkan barang-barang. Angin dan hujan lebat ini sebagai ujian secara life kepada anak-anak bagaimana menghadapi suasana cemas dan cara bertindak. Dengan ujian beberapa kepayahan yang dihadapi termasuk dari anasir alam di luar dugaan diharap ianya merupakan latihan dan pengajaran yang boleh mematangkan anak-anak,


Selepas menjamah makanan yang dihidang, hujan masih lebat ADNS mengucapkan terima kasih dan terpaksa memohon diri kerana perlu ke program pertandingan futsal di Seksyen 13 bagi perasmian penutupan dan juga menyampaikan hadiah.

Sekian.
Dicatat oleh dunbangi at 7:10 AM

Penentuan arah kiblat di tapak Masjid At-Taqwa,Bdr Bukit Mahkota...






Assalamualaikum,

Alhamdullilah, pihak Jabatan falaq Selangor akan menentukan arah kiblat tapak Masjid At-Taqwa pada hari Khamis/13-05-2010 jam 11.30 pagi.
Kepada sesiapa yang mempunyai kelapangan masa dijemput hadir bersama-sama.
Insya-allah.

Sama-sama kita doakan agar usaha mendirikan masjid at-Taqwa ini diberkati Allah swt.

Dilaporkan oleh:
Biro Pengurusan & Perhubungan Awam,
Persatuan Penduduk Sek5,
Bdr Bukit Mahkota.

Thursday, May 6, 2010

Pembersihan sisa bangunan di simpang masuk sek5,bdr bukit mahkota...

Dikongsikan gambar kerja-kerja pembersihan sisa bangunan oleh pemaju setelah aduan demi aduan dibuat bagi mengatasi pembuangan sisa bangunan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab.Diharapkan kerjasama daripada semua warga mahkota5 untuk memantau agar gejala pembuangan sampah & sisa bangunan di simpang masuk ke Seksyen 5 itu dapat ditangani dengan berkesan.Insya-allah.







sekian..
Dilaporkan oleh :
Biro Pengurusan & Perhubungan awam,
Persatuan Penduduk Sek5,
Bdr Bukit Mahkota

Monday, May 3, 2010

Laman blog Masjid at-Taqwa,Bdr bukit Mahkota...

Alhamdullilah, usaha telah dilakukan oleh jawatankuasa penaja pembangunan masjid at-taqwa,bdr bukit mahkota dengan membina laman blog bagi memudahkan penyampaian maklumat berkaitan perkembangan semasa pembinaan masjid tersebut.

Laman blog tersebut adalah : http://masjidat-taqwabukitmahkota.blogspot.com

Sila layari blog tersebut untuk maklumat lanjut.

sekian.

Salam hormat.

Dilaporkan oleh,
Biro Pengurusan & Perhubungan Awam,
Persatuan Penduduk sek5,
Bdr Bukit Mahkota.

Sunday, May 2, 2010

Projek Di DUN Bangi Dari Mesyuarat Penuh MPKj

MPKj, 15 J. Awal = 30 April (Jumaat):

Daripada mesyuarat di atas diperturunkan beberapa maklumat berhubung dengan DUN Bangi:

1. Dari Jawatankuasa Kecil Infra-Struktur dan Lalulintas

a) Isu

Menaiktaraf jalan utama dari Taman Desa Surada hingga ke simpang Jalan Kg. Sungai Ramal Dalam kerana menjadi jalan pintas ke Seksyen 7, Bandar Baru Bangi.

Keputusan

Pelan-pelan telah lengkap dan telah disiapkan oleh Jurukur dan mengikut syarat-syarat daripada Jabatan Kejuruteraan. Pihak Jurukur telah diminta untuk memberikan penerangan yang terlebih terperinci.

Tindakan

Hasil perbincangan yang telah dibuat pada 12.4.2010 mengambil keputusan bagi cadangan menaiktaraf jalan tersebut memerlukan kos yang tinggi memandangkan terdapat kes pengambilan balik tanah. Oleh yang demikian mesyuarat bersetuju untuk menaiktaraf dan melebarkan persimpangan jalan Sg. Ramal Dalam – Jalan ABIM sahaja.

Komen ADNS Bangi:

Terima kasih kerana mengambil perhatian terhadap permohonan yang lama telah dibuat. Jika pembaikan jalan hanya setakat melebarkan persimpangan jalan Sg. Ramal Dalam – Jalan ABIM sahaja, tidak menyelesaikan masalah dan rungutan pengguna. Jalan terus rosak dari ABIM ke Surada.

Cadangan teruskan menaiktaraf dan melebarkan persimpangan Jalan Sg. Ramal Dalam – Jalan Abim, tetapi jalan dari ABIM ke Surada hendaklah dibaiki menurut saiz yang ada dan ditarkan.

b) Isu

Longkang yang pecah dan tersumbat yang dipenuhi dengan tumbuhan dan air bertakung di jalan 9/9 berdekatan dengan kawasan perumahan berhampiran dengan kawasan apartment

Keputusan

Jalan yang dimaksudkan ialah Jalan Usahawan, kawasan ini masih di bawah penyelenggaraan PKNS.
Surat juga telah dihantar kepada PKNS untuk tujuan pembersihan

Tindakan

Surat arahan kepada PKNS telah dipanjangkan pada 23.4.2010.
Merujuk kepada arahan daripada Menteri Besar Selangor semasa Majlis Dialog bersama Ahli Majlis di Hulu Selangor pada 21.4.2010, Menteri Besar mengarahkan supaya PBT melaksanakan kerja-kerja pembinaan yang gagal dilaksanakan PKNS dalam tempoh yang ditetapkan dan kos pembaikan perlu ditanggung oleh pihak PKNS.

c) Isu

Memperbaiki dan Mengubahsuai Dewan Orang Ramai di Seksyen 2, Bandar Baru Bangi

Keputusan

Tujuan untuk kegunaan Majlis Perkahwinan, Persidangan, Ekspo dan umpamanya memandangkan tiada peruntukan untuk membina Dewan Sivik

Tindakan

Lawatan ke lokasi telah dibuat pada 13.4.2010 bersama Dr. Hj. Tajul Ariffin bin Nordin.
Cadangan: Perlu menyediakan spesifikasi melalui sebut harga berkenaan kerja-kerja mengecat, membekal dan memasang air-con. Sebarang ubahsuai dalaman tidak perlu dilakukan memandangkan telah memenuhi keperluan.

Padang futsal di dalam dewan, mohon dibuka memandangkan kepelbagaian fungsi dewan orang ramai tersebut. Peralatan gym ditingkat 1, perlu dialihkan untuk kegunaan Majlis Perkahwinan, Persidangan dan Ekspo.

d) Penyeleggaraan Jalan (MARRIS) 2009

1) Kerja-kerja menurap semula jalan di sekitar taman di Jalan Bukit, Kajang dan kerja-kerja yang berkaitan dengannya.
2) Kerja-kerja menurap jalan yang mendap di Jalan Pintar Taman Universiti dan melukis garisan jalan di Jalan 8/29, Seksyen 8, Bandar Baru Bangi serta kerja-kerja yang berkaitan dengannya
3) Kerja-kerja penyelenggaraan infrastruktur di Zon 8 & 9, Mukim Bandar Baru Bangi untuk Majlis Perbandaran Kajang.
4) Kerja-kerja menurap semula jalan yang rosak dan mendap di belakang kedai No. 4, Jalan Seri Putra 3/13, Bandar Seri Putra serta kerja-kerja yang berkaitan dengannya.
5) Kerja-kerja menurap jalan di belakang Kedai Nasi Kandar, Seksyen 3, Bandar Seri Putra serta kerja-kerja yang berkaitan dengannya.
6) Kerja-kerja menurap jalan di Kawasan Kedai Taman Bangi Permai, Pekan Bangi
7) Kerja-kerja membina bonggol di dalam Taman Bangi Permai, Pekan Bangi dan menurap jalan rosak serta kerja-0kerja yang berkaitan dengannya.
8) Kerja-kerja menurap jalan dan membina longkang runtuh di Jalan Bangi Indah 10, Taman Bangi Indah, Pekan Bangi serta kerja-kerja yang berkaitan dengannya.
9) Kerja-kerja menurap jalan di lorong tepi Jalan 1/8D, Seksyen 1, Bandar Baru Bangi serta kerja-kerja yang berkaitan dengannya.
10) Kerja-kerja menurap jalan yang rosak di Jalan Tenaga 12, Taman Tenaga, Kajang serta kerja-kerja yang berkaitan dengannya.
11) Kerja-kerja menurap jalan masuk ke Seksyen 5, Bandar Baru Bangi serta kerja-kerja yang berkaitan dengannya.
12) Kerja-kerja menurap jalan seksyen 1, Bandar Baru Bangi serta kerja-kerja yang berkaitan dengannya.
13) Kerja-kerja menurap jalan di Belakang Lot Kedai Seksayen 16, Bandar Baru Bangi serta kerja-kerja berkaitan dengannya.
14) Kerja-kerja membaiki longkang dan Batu Tunam yang pecah di kawasan Pasar Seksyen 1, Bandar Baru Bangi serta kerja-kerja yang berkaitan dengannya.
15) Kerja-kerja menurap jalan di Jalan Masuk ke Seksyen 1, Bandar Baru Bangi serta kerja-kerja yang berkaitan dengannya.
16) Kerja-kerja menurap dan menampal jalan yang rosak di Jalan Teratai, Taman Ramal Desa, Kajang serta kerja-kerja yang berkaitan dengannya.
17) Kerja-kerja menurap dan menampal jalan yang rosak di Jalan Kenanga, Taman Ramal Desa, Kajang serta kerja-kerja yang berkaitan dengannya.
18) Kerja-kerja menurap dan menampal jalan yang rosak di Jalan Sg. Ramal Luar, Sg. Ramal Kajang serta kerja-kerja yang berkaitan dengannya’
19) Kerja-kerja menurap dan menampal jalan yang rosak di Jalan 2 & 4, Taman Melor, Kajang serta kerja-kerja yang berkaitan dengannya.
20) Kerja-kerja menurap jalan yang mendap di Jalan 8/31, 8/31A, 8/31B, 8/32A, 8/32B, dan 8/32C, Seksyen 8, Bandar Baru Bangi serta kerja-kerja yang berkaitan dengannya.
21) Kerja-kerja menurap jalan di Jalan 2/1, Seksyen 2 Bandar Baru Bangi serta kerja-kerja yang berkaitan dengannya.
22) Kerja-kerja menampal semula jalan di Jalan 4/1, Seksyen 4, Bandar Baru Bangi serta kerja-kerja yang berkaitan dengannya.
23) Kerja-kerja menurap dan menampal jalan di Taman Kajang Baru dan Taman Berlian, Kajang serta kerja-kerja yang berkaitan dengannya.

Sekian untuk makluman. Terima kasih.