Friday, July 30, 2010

Selamat menyambut Ramadhan 1431H...







Assalamualaikum,

Jawatankuasa Persatuan penduduk sek 5,bdr bukit mahkota ingin mengucapkan ahlan wa sa lan & selamat menyambut ramadhan 1431 yang akan tiba kelak.Sama-sama kita tingkatkan amal ibadah & menjalin ukhuwah silaturrahim sesama kita demi mencari keredhaan Allah swt.
Ampun maaf dipohon sekiranya ada kekurangan dipihak kami didalam menjalankan amanah yang diberikan.

sekian..wassalam.

Daripada:
Biro Pengurusan & Perhubungan Awam,
Persatuan Penduduk sek5,
Bdr Bukit Mahkota.
bangi,Selangor.

Thursday, July 29, 2010

Semakan status penempatan murid tahun 1 2011...

Assalamualaikum,

Kepada ibu bapa yang mempunyai anak yang bakal bersekolah di tahun 1 sesi 2011.

SEMAKAN KEPUTUSAN PENEMPATAN PELAJAR TAHUN 1 NEGERI SELANGOR 2011
Sila layari laman web : http://apps.emoe.gov.my/esppsel/pptahun1/

Ibu bapa boleh menyemak dan mencetak keputusan Penempatan Tahun Satu 2011 mulai 16 Julai 2010. Sila laksanakan proses Pengesahan Penempatan di sekolah ditempatkan mulai 01 hingga 30 Ogos 2010 dengan membawa bersama surat penempatan dan sijil lahir (asal).
Terima kasih.



BBA4058
SK BANDAR SERI PUTRA
43000 KAJANG
No Phone : 0389259717
No Fax : 0389259854

ZULKIFLI BIN AMBAK
NO 10, JALAN BM5/17,SEKSYEN 5, BDR BUKIT MAHKOTA,BANGI
43000 KAJANG
SELANGOR



PERAKUAN PERMOHONAN TAHUN 1


Sukacita dimaklumkan anak tuan/puan telah disemak, didaftar dan diperakukan.

Sesi Kemasukan :
2011
Nama Pemohon : AZAM HUSAINI BIN ZULKIFLI
No. My Kids/ SB : 040401140351
No. Pin : 643100

Sekolah Daftar : BBA4058
SK BANDAR SERI PUTRA
Tarikh Daftar : 03/03/2010
Tarikh Membuat Perakuan : 15/04/2010


Tuan/puan boleh membuat semakan melalui laman web Jabatan jpn_pelajaran Selangor di http://www.moe.gov.my/jpnselangor atau laman web Pejabat jpn_pelajaran Daerah masing-masing. Semakan juga boleh dibuat melalui sekolah dimana pendaftaran dibuat.

Tarikh Penempatan : 1 Julai 2010 - 31 Julai 2010
Tarikh Pengesahan : 1 Ogos 2010 - 30 Ogos 2010


Untuk makluman, keputusan penempatan bukanlah berdasarkan kepada di mana pendaftaran sekolah dibuat.

Sekian, Terima kasih



Nota:
Helaian ini adalah cetakan komputer, tandatangan tidak diperlukan

*******************************************************
PEJABAT PELAJARAN DAERAH HULU LANGAT
SAUJANA IMPIAN, KM 22 CHERAS,
43000 KAJANG
No Phone : 03-87381100
03-87381100
No Fax : 03-87390144
e-mail :
Rujukan Kami
:
JPNS.REN/B04/600-10/01/03/Bil.( )
Tarikh: 1 Julai 2010


ZULKIFLI BIN AMBAK
NO 10, JALAN BM5/17,SEKSYEN 5, BDR BUKIT MAHKOTA,BANGI
43000 KAJANG
SELANGOR

KELULUSAN PENEMPATAN KANAK-KANAK KE TAHUN 1 SESI PERSEKOLAHAN TAHUN 2011
Nama Pemohon : AZAM HUSAINI BIN ZULKIFLI
No. My Kids/ SB : 040401140351
No. Pin : 643100


Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas


2. Sehubungan dengan itu dimaklumkan anak tuan/puan yang telah membuat permohonan penempatan ke Tahun Satu Sesi Persekolahan tahun 2011 di

Sekolah : BBA4058 SK BANDAR SERI PUTRA
adalah DILULUSKAN di sekolah :
BBA4058 SK BANDAR SERI PUTRA
SK BANDAR SERI PUTRA
43000 KAJANG
Selangor Darul Ehsan
0389259717


3. Tuan/puan diminta untuk membuat pengesahan penempatan anak tuan/puan di sekolah yang telah diluluskan mulai dari 01 hingga 30 Ogos 2010. Kerjasama tuan/puan adalah diperlukan untuk mematuhi tarikh pengesahan. Sebarang kelewatan akan menjejaskan penempatan anak tuan/puan. Sila bawa bersama surat kelulusan ini semasa membuat urusan pengesahan.


Sekian, terima kasih.


”BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”


Saya yang menurut perintah,



t.t

HAJI ISMAIL BIN MUSA
PEGAWAI PELAJARAN DAERAH


Nota: Helaian ini adalah cetakan komputer, tandatangan tidak diperlukan

Wednesday, July 21, 2010

Tahniah & selamat menjalankan tugas utk sesi 2010~2011 (7Julai 2010~31 Disember 2011)

Wednesday, July 21, 2010
Ahli-Ahli PBT Angkat Sumpah Dan Menerima Wathiqah
Dewan Jubli Perak, Shah Alam, 08 Sya`ban = 20 Julai (Selasa):

Ahli-ahli Majlis PBT-PBT Kerajaan Negeri Selangor petang hari ini mengangkat sumpah dan diberi penghormatan menerima wathiqah yang disampaiakn oleh Yang Amat Berhormat Tan Sri, Dato` Seri Abdul Khalid Ibrahim Menteri Besar Selangor bertempat di Dewan di atas bagi sesi 2010-2011 (7 Julai 2010 - 31 Disember 2011). 67% peratus daripada mereka disambung semula setelah berkhidmat bagi penggal 2008-2010 lepas.
Hadir sama di dalam majlis ialah Tuan Speaker Y.B. Tuan Teng Chang Khim, Y.B. Tuan Ronnie Liu Tian Khiew, Y.B. Dato` Ramli Bin Mahmud Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, Ahli-ahli Exco, Ahli-ahli Dewan Negeri, Pegawai-pegawai Daerah, kakitangan kerajaan dan ahli-ahli PBT yang diraikan.

Dalam ucapan Y.A.B. Dato` Menteri Besar mengucapkan tahniah kepada mereka yang dipilih berkhidmat pada sesi ini dan terima kasih kepada mereka yang menyempurnakan khidmat pada sesi yang lalu. Beliau maukan ahli PBT memegang prinsip 4C di dalam menjalankan perkhidmatan, iaitu:

1) Capability - Seperti berilmu, faham dengan isu dan masalah setempat, mampu menjalankan kerja dengan berkesan, peka terhadap budaya dan adat serta berbudi bahasa.
2) Capacity - Seperti pandai mengurus waktu, bijak berurusan dengan masyarakat, berkesungguhan dan menjadi pengantara yang baik antara pihak kerajaan dan rakyat.
3) Character – Seperti penampilan diri yang baik, bersifat amanah, berintegriti di mata rakyat, tidak mementingkan diri dan tidak bersifat kroni.
4) Cooperation – Mementingkan kerja secara berjamaah dan berpasukan, saling membantu. Mengambil keputusan secara bermesyuarat dan patuh pada keputusan majority yang dicapai. Menurut Dato` Menteri Besar, ``Ahli Majlis bukan saja bertindak sebagai - How to be a leader, but sometimes how to be a follower.``

Menurut Dato` Menteri Besar, Ahli Majlis PBT kali ini akan dinilai melalui kaedah `Peg Integrity` yang dapat mengawal Ahli PBT dari rasuah dan menjadikan mereka sebagai role model bagi masyarakat. Perkara ini akan dibincangkan dalam Mesyuarat Exco akan datang. Menurut Dato` Menteri Besar lagi kemungkinan diwujudkan satu `Advisory Body ` bagi Ahli Majlis juga sedang dipertimbangkan.

Sebelumnya Y.B. Ronnie Liu Sebagai Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Kajian Dan Penyelidikan menekankan pemilihan Ahli-ahli PBT kali ini berdasarkan latar belakang dan kemampuan ahli-ahli yang dipilih. Mereka pengantara antara kerajaan dan penduduk, sebab itu wujudkan kerjasama yang baik dengan penduduk. Mereka juga diingatkan supaya memahami polisi kerajaan negeri dan tidak bercanggah dengan dasar kerajaan dan wakil-wakil rakyat yang mendukung Kerajaan. Menurutnya, Kita akan memperbaiki manual dan tatakerja yang boleh dijadikan panduan oleh ahli-ahli PBT yang akan dibincangkan di dalam Mesyuarat Exco. Mereka diingatkan agar berusaha mendapat kepercayaan rakyat bagi mengekalkan pemerintahan Pakatan Rakyat.

Y.B. Ronnie menekankan, pada kali ini setiap ahli Majlis PBT dibekalkan sebuah fail, mereka akan dinilaikan dari pengisian kerja dilakukan berdasarkan rekod di dalam fail yang perlu dipenuhi.

Ahli-ahli Majlis PBT sebenarnya dikehendaki hadir ke Dewan Jubli Perak sejak jam 12.00 tengahari bagi menyertai seluruh Majlis Persidangan Ahli-Ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan Selangor bagi Penggal 2010-2011. Sebelum Majlis Puncak Mengangkat Sumpah dan Menerima Wthiqah bermula jam 3.30 petang, mereka mengikuti pembentangan kertas kerja:

Projek Pembangunan dan Pemuliharaan Sungai Klang

Kertas kerja disampaikan oleh Y.Bhg. Dato` Haji Mohd. Jaafar bin Mohd. Atan Pengarah Jabatan Penerangan Bandar dan Desa Negeri Selangor.
Beberapa contoh pembangunan sungai dari berbagai Negara juga ditayangkan sebagai contoh dan panduan.

Sekian.
Dicatat oleh DrShafieN26 at

Tuesday, July 20, 2010

Perkongsian maklumat ...isu pencemaran udara di bdr bukit mahkota.

Assalamualaikum,

Dikongsikan e-mail daripada Prof Khairuddin berkaitan isu pencemaran bau di bukit mahkota utk makluman semua.Terima kasih diatas usaha yang dilakukan.


Salaam,

Baru sebentar tadi saya bercakap dgn En Zikri dari MPKj yg ditugaskan menyelia tapak lupus sampah di Sungai Kembong. Katanya tapak itu ditutup mulai hari ini (20hb Julai) dan mulai petang semalam lori2 sampah diarahkan ke Semenyih. Mereka kini sedang melakukan pembentengan laluan ke tapak tersebut agar tidak lagi digunakan, serta penimbusan sampah dgn tanah.

Diharapkan aniaya bau dari tapak tersebut reda dalam masa terdekat. (Jika ada lagi bau, besar kemungkinan kita perlu alihkan pula pandangan ke kilang kertas di Nilai3 sbg punca bau tersebut).

Semalam saya telah lalu di tepi dua kilang bateri yg berjiran dgn komuniti kita. Saya dapati keadaan bumbung kilang pertama (Wealthview) amat teruk dan lapisan bumbung yg pertama (pengudaraan) telah mereput lebih meluas berbanding 4 bulan lepas. Saya tiada kamera utk diambil gambar pada waktu itu.

Ini bermakna wap panas asid bateri (yg mengandungi hablur plumbum sulfat) masih terlepas dari penapis dalam kilang dan di keluarkan dari kilang melalui celah2 pengudaraan di bumbung kilang, lalu mereputkan bibir atap di lapisan bumbung sepanjang kilang. Seterusnya asid sulfat (yg mengandungi plumbum sulfat) ini juga dilepaskan ke udara dan dibawa angin ke komuniti kita (Lihat emel saya dulu yg tunjukkan topografi permukaan bumi dan aliran angin di Bukit Mahkota).

Selain dihujani dgn asid sulfat (pencemar alam sekitar) kita juga dihujani dgn racun plumbum (dari hablur plumbum sulfat). Kesan keracunan plumbum keatas kita, terutamanya kanak-kanak telah saya sampaikan dlm emel2 yg lepas.

Di kilang bateri kedua pula saya dapati sedang berlaku renovasi besar-besaran. Nampaknya kilang ini belum mula operasi lagi.

(1) Jika sekolah rendah dan menengah dibangunkan di komuniti kita dlm RMK10 ini tidakkah kilang-kilang tersebut boleh menjadi faktor berpengaruh ke atas pretasi kanak-kanak semasa di rumah dan di sekolah?
(2) Apakah yg boleh kita lakukan utk mengatasi aniaya besar pada komuniti kita ini?

Wasalam,

Khairuddin
(Profesor Madya dlm bidang Kajibaka dan Bioinformatik)

Friday, July 16, 2010

Wakaf RM10 = 1 Marmar. 95 Marmar lagi diperlukan.



Assalammualaikum

PIBG SRA-BSP juga sedang menawarkan WAKAF RM10.00 bagi setiap marmar yang akan digunakan sebagai tambahan kepada lapisan simen sedia ada. Ini termasuk upah memasang dan pembelian marmar tersebut.

Jumlah marmar yang diperlukan adalah 100 keping atau RM1,000 seperti yg dimaklumkan En. Zul.

Terkini: Tinggal 95 unit Wakaf

Maklumat berkaitan: http://srabandarseriputra.blogspot.com/2010/07/demi-keselesaan-pelajar-sra-bandar-seri.html



Assalamualaikum,

Sepertimana yang diputuskan didalam mesyuarat jawatankuasa PIBG SRA Bdr Seri Putra pada 9 Julai 2010, Biro Pembangunan & Kewangan telah diamanahkan melaksanakan pembinaan tangga di pondok kawalan bagi menjamin keselamatan pelajar & juga penambahan tempat wuduk dengan kadar segera.
Alhamdullillah,pihak jawatankuasa PIBG SRA Bdr seri Putra telah pun sebulat suara bersetuju memilih kontraktor yang menawarkan harga terendah bagi tugasan tersebut.
Kerja-kerja tersebut sedang dibuat. Maaf diatas sebarang kesulitan yang timbul sekiranya ada.

Untuk makluman, pihak Biro Pembangunan & kewangan PIBG SRA Bdr Seri Putra amat mengalu-alukan sumbangan ikhlas daripada ibu bapa pelajar demi keselesaan & keselamatan pelajar.Baru-baru ini telah dilancarkan sumbangan bagi mengisi tabung penambahan tempat wuduk semasa hari menandatangi Buku Rekod Pelajar. Sejumlah Rm750 telah berjaya dikumpul. Terima kasih diucapkan kepada penderma yang budiman.
Pihak kami juga sedang merancang untuk membeli dan memasang tile selepas pembinaan tangga di hadapan pondok kawalan.Dianggarkan sebanyak RM1000 diperlukan bagi tujuan tersebut.Sekiranya ada sesiapa yang sudi menyumbang, bolehlah disalurkan kepada akaun bank Muamalat .

Akaun PIBG untuk sebarang sumbangan di Bank Muamalat - 140800000626717.

Sebarang pertanyaan,sila hubungi YDP PIBG,Sdr Lokman :019-7027995
& Zulkifli (AJK BPK):017-3761584



Khai

Tuesday, July 13, 2010

Lawatan ziarah sambil menderma ke darul Atiq...




Assalamualaikum,

Insya-allah, pada 25 Julai 2010, Biro HELWA PPS5BBM & Muslimah Surau Ar-raudhah yang dipengerusikan oleh Ustazah lasminah akan menganjurkan lawatan ziarah sambil menderma ke darul Atiq. Tempat adalah terhad dimana muslimah dihadkan seramai 25 orang manakala selebihnya iaitu kira-kira 20 orang lagi.Turan dikenakan sebanyak Rm20 untuk tambang Bas ke sana. Sesiapa berminat, sila hubungi Ustazah Lasminah di talian 0132618446.

Sedikit info berkaitan Darul Atiq:

Darul Atiq ini telah ditubuhkan oleh Ust. Ghazali Hasbullah pada tahun 1982 atas tapak tanah seluas 6 ekar yang telah di waqafkan. Tujuan penubuhan pusat ini ialah untuk menampung mereka dari kalangan miskin, ibu tunggal,pesakit mental, mereka yang mempunyai masalah akhlak, penagih dadah dan anak yatim. Kesemuanya tinggal di perkampungan tersebut yang dibina sendiri sedikit demi sedikit. Hingga kini penghuni Darul Atiq termasuk tenaga pengajar telah berjumlah 130 orang.

Menurut Ust. Supar, jumlah perbelajaan harian di Darul Atiq ialah lebih kurang RM700 satu hari merangkumi makan minum. bil2, bayaran saguhati tenaga pengajar, belanja anak Darul Atiq yg melanjutkan pelajaran di luar Negara, bayaran ‘maintanance’ dan pelbagai belanja lain. Sumber kewangan Darul Atiq ialah dari hasil tenaga pengajar yang memberi ceramah agama disana sini. Apabila diajukan soalan samaada pusat pernah meminta bantuan dari mana-mana pihak, Ust, Supar menegaskan pengasas pusat ini, iaitu Ust Ghazali tidak pernah meminta secara rasmi kemana-mana badan pertubuhan samaada swasta atau kerajaan, namun demikian mereka tetap bersyukur kerana ada sahaja yang datang memberi sumbangan dalam berbagai bentuk.
http://www.fotomedia.com.my/forum/showthread.php?t=3349

Jika ada yag ingin melawat tpt ini atau ingin memberi sumbangan atau wang zakat, ini maklumatnya:

Pusat Tarbiyah Islamiyah Darul Atiq
Kg.Melayu Rasa,
Batu 341/2,
44200 Hulu Selangor
Selangor Darul Ehsan

Hubungi:
Ust.Ghazali Hasbullah
Bank: Maybank
No. Akaun: 162076546024
Tel: 03-60574869
h/p: 019-3298799

Ceramah Isra & Mikraj...




Assalamualaikum Wrh Wbt:

Tarikh: 17 Julai 2010
Masa: 8.30 pagi
Tempat : Pusat Khidmat Masyarakat Putra-Mahkota,Bdr seri putra
Penceramah: Ust. Halim Din (Lembaga Zakat Selangor)

Semua dijemput hadir

Wednesday, July 7, 2010

Terkini : Perkembangan Masjid At-Taqwa, Bdr Bukit Mahkota..



Assalamualaikum,
1.Dimaklumkan pihak jawatankuasa pembinaan masjid at-Taqwa,Bdr Bukit Mahkota menerusi setiausanya,Sdr Junaidi telah berhubung dgn timbalan pengarah unit pembangunan JAIS, Ust Ahmad Fitri Bin Ahmad bertanyakan status terkini perkembangan masjid at-taqwa. Alhamdullilah, beliau menyatakan bahawa masjid At-taqwa,Bdr bukit Mahkota telah tersenarai didalam perancangan RMK-10. Namun demikian, pihak jawatankuasa akan berhubung dengan JPN agar disegerakan pembinaan tersebut.

2.Disamping itu juga, pihak jawatankuasa masjid juga sedang menempah papan tanda Masjid At-taqwa,Bdr Bukit mahkota.Insya-allah, akan disiapkan dalam tempoh terdekat.

3.Selain itu,permohonan kutipan derma telah dimajukan kepada pihak MAIS untuk tindakan selanjutnya.

4.Semoga usaha yang dibuat ini mendapat redha Allah swt.

5.Sila layari Blog Masjid At-Taqwa utk maklumat lanjut:
http://www.masjidat-taqwabukitmahkota.blogspot.com/

Sekian.

Memorandum Majlis Dialog dan Direktori Perhubungan gabungan Persatuan Penduduk Bukit Mahkota...



Assalamualaikum wbt

Bersama ini dilampirkan Direktori pengurusan Gabungan Persatuan Penduduk BBM, sila maklumkan jika ada kesilapan.


Memandangkan file salinan Memorandum agak besar, maka saya akan bagi kepada Dato' / tuan dalam bentuk CD. InsyaAllah by Friday akan saya usahakan supaya ianya berada di tangan pihak Dato' / tuan.


Pls take note:-

1. Diharapkan pihak Dato'/tuan dapat edarkan laporan tersebut kepada ahli-ahli yang lain. Dan diharapkan dapat mengumpul maklumbalas dan tambahan permasalahan. Sila emailkan kpd saya utk kami consolidate di peringkat induk.


2. 2 salinan tambahan memorandum akan saya majukan kpd Tn Hj Mazwan, untuk beliau panjangkan kpd pihak yang berkenaan. Harap Dato'/tuan dapat memantau tindakan2 yang telah diambil terhadap permasalahan yang kita kemukakan.


3. Harap dapat gunakan email sebagai medium utk kita berhubung. InsyaAllah kita akan follow-up dgn pertemuan fizikal dalam jangkamasa terdekat.


Lastly, jutaan perhargaan dan terima kasih di atas sokongan dan dokongan utk majlis dialog yang lepas. Walaupun kehadiran agak mendukacitakan, namun saya secara peribadi agak berpuashati sbb dapat utarakan permasalahan ini secara rasmi kpd pihak MPKj. Moga2 tindakan susulan yang bakal kita ambil akan memberikan natijah yang baik dan berkekalan.

Sekian, terima kasih.


Mazuki Abdullah
Pen. S/U Gabungan