Thursday, September 23, 2010

Sambutan Hari Raya SRA-BSP

Sambutan Hari Raya SRA-BSP

26 September 2010 (Ahad)
Bersamaan 17 Syawal 1431H
8 pagi hingga 11 pagi

Semua dijemput hadir.

Wednesday, September 8, 2010

Loji rawat air Sg. Semenyih tercemar

Oleh MOHD. ASRON MUSTAPHA
mohdasron.mustapha@utusan.com.my

BANGI 7 Sept. - Kehidupan kira-kira 1.2 juta penduduk empat daerah di Selangor iaitu Petaling Jaya, Hulu Langat, Sepang dan Kuala Langat terjejas selepas operasi Loji Rawatan Air Sungai Semenyih yang membekalkan 600 juta liter air bersih setiap hari terpaksa dihentikan ekoran teruk dicemari ammonia.

Pencemaran itu berlaku apabila benteng pusat pelupusan sampah yang terletak di tepi tebing Sungai Kembong, iaitu anak sungai bagi Sungai Semenyih runtuh awal pagi semalam.

Runtuhan itu menyebabkan sisa buangan yang mengandungi ammonia mengalir ke dalam sungai tersebut.

Akibatnya Sungai Kembong dicemari kandungan ammonia setinggi 6.41mg/l, jauh lebih tinggi berbanding kadar 1.5mg/l yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan.

Keadaan itu memaksa Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) mengisytiharkan pelan tindakan kecemasan peringkat merah.

Ketua Pengawai Eksekutif Syabas, Datuk Ruslan Hassan bagaimanapun berkata, pihaknya telah mengalihkan bekalan air dari loji-loji yang lain serta turut menyediakan 32 lori tangki air dan 300 tangki statik bagi memastikan penduduk terlibat sentiasa mendapat bekalan air bersih.

Namun, beliau mengakui bahawa pihaknya tidak dapat memberi jaminan bilakah pencemaran sungai tersebut dapat dirawat sepenuhnya memandangkan pengaliran ammonia masih berlaku walaupun benteng sementara sudah dibina selain keadaan cuaca yang sering hujan.

"Gangguan kali ini agak besar iaitu melibatkan 300,000 buah rumah atau seramai 1.2 juta penduduk Selangor dan kami tiada jawapan yang tepat bila pencemaran ini mampu diatasi kerana pengaliran sisa buangan masih berlaku dan ini akan bertambah buruk jika keadaan hujan dalam beberapa hari ini.

"Kami juga mendapati faktor geografi turut menyumbang kepada kesukaran untuk kita membersihkan sungai tersebut kerana aliran airnya yang perlahan tidak membantu ke arah pemulihan yang cepat," katanya kepada pemberita selepas melawat tapak pelupusan sampah tersebut, di sini hari ini.

Mengenai pelan tindakan kecemasan yang dinaikkan dari kuning kepada merah, beliau berkata, langkah tersebut terpaksa diambil kerana pencemaran bekalan air mentah itu kini di luar kawalan Syabas tetapi menegaskan, ia masih belum sampai ke peringkat krisis.

Menurutnya, langkah itu diambil bagi membolehkan pelbagai agensi kerajaan seperti Jabatan Alam Sekitar (JAS), Lembaga Urus Air Sungai Selangor (LUAS) dan Kementerian Kesihatan mengambil pendekatan bersama bagi membersihkan pencemaran dan sekali gus memulihkan kembali loji rawatan terbabit.

Kata beliau, pihaknya telah maklumkan perkara ini (peringkat merah) kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) bagi membincangkan tindakan yang akan diambil.

"Kami tidak mahu lewat mengisytiharkan peringkat merah kerana kemelut pencemaran kali ini memerlukan kerjasama semua pihak.

"Apatah lagi kita diburukkan dengan kapasiti bekalan air yang terhad. Sebenarnya krisis bekalan air di Selangor sudah bermula dan kita tidak perlu tunggu sehingga 2014 untuk melihat kesannya.

"Jika perkara ini tidak diselesaikan secara bersama ia akan menimbulkan masalah yang besar," katanya.

Bagaimanapun beliau berkata, adalah memalukan apabila negara masih lagi mengamalkan sistem pelupusan sampah secara terbuka.

"Bukan kapasiti saya untuk mengulas sama ada pusat pelupusan yang dibina ditepi tebing sungai ini perlu dipindah atau tidak kerana ia tanggungjawab pihak lain," jelasnya.

Sementara itu, Konsortium ABASS Sdn. Bhd., (ABASS), iaitu anak syarikat kerajaan negeri Selangor yang bertanggungjawab mengurus Loji Rawatan Air Sungai Semenyih tersebut memberi kenyataan yang berbeza apabila mendakwa loji itu telah pulih dan mula beroperasi pada pukul 4 petang.

Dalam satu kenyataan ringkas ABASS berkata, aliran sisa buangan yang mengandungi ammonia di tapak pelupusan itu telah berjaya dihentikan dan air dirawat akan mula disalurkan kepada Syabas bagi membolehkan ia dibekalkan kepada pengguna mulai pukul 5 petang hari ini.

Tuesday, September 7, 2010

Semenyih water plant closed due to contamination, 1.2mil affected

Tuesday, September 7, 2010
Published: Tuesday September 7, 2010 MYT 12:57:00 PM

PETALING JAYA: The Semenyih water treatment plant has been closed down since 1.40am on Tuesday morning following river contamination from a nearby landfill.
In a statement, Syabas said raw water from Sungai Kembong in Selangor was contaminated due to "lechate" leaking from a breached dyke in the landfill.
"The plant was closed immediately upon detecting high content of ammonia in the water at 6.41mg per litre, which is above the health safety standard of 1.5mg per litre, put into place by the Health Ministry.
"A yellow alert emergency plan has been into place. We are now trying to redistribute water from other treatment plants to the affected areas," it said.
The closure of the plant, which treated some 600mil litres of water daily, is expected to affect supply to 1.2mil residents or 300,000 households in four areas - Petaling, Hulu Langat, Sepang and Kuala Langat.
"Syabas has prepared 32 water tankers and 300 static tanks in order to supply water to the affected residents.
"However, since the areas affected are large, the capacity to deliver water may be limited," he said.
The plant is run by Konsortium ABASS Sdn Bhd, a state government subsidiary.


Pencemaran: Loji Rawatan Air Sungai Semenyih ditutup
07/09/2010 1:57pm

Oleh MOHD. ISWAN SHAFIQ MAT ISA

KUALA LUMPUR 7 Sept. – Loji Rawatan Air Sungai Semenyih ditutup sementara hari ini mulai pukul 1.40 pagi berikutan pencemaran sumber air mentah yang dibekalkan dari Sungai Kembong, Selangor.

Pencemaran itu dipercayai berpunca daripada benteng pusat pelupusan sampah yang diuruskan oleh Syarikat Worldwide Holdings pecah dan menyebabkan sisa buangan atau `lechate’ mengalir masuk ke dalam Sungai Kembong dan ke muka sauk loji.

Berikutan itu, empat wilayah yang menerima bekalan air daripada Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) iaitu Petaling, Hulu Langat, Sepang dan Kuala Langat dijangka mengalami gangguan bekalan air, melibatkan kira-kira 300,000 buah keluarga atau 1.2 juta penduduk di keempat-empat kawasan berkenaan.

Syabas dalam kenyataannya hari ini berkata, setakat ini pihaknya belum mendapat maklumat daripada Konsortium Abass bila loji itu dapat beroperasi semula.

Selamat Hari raya aidilfitri...maaf zahir batin.




assalamualaikum,

Jawatankuasa persatuan penduduk sek5 bdr bukit mahkota ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat hari raya aidilfitri,maaf zahir batin.

sekian.

wassalam.