Monday, October 18, 2010

Selamat menunaikan Fardhu Haji, semoga beroleh haji mabrur...



assalamualaikum,

Dikesempatan ini, jawatankuasa Persatuan penduduk sek5,bdr bukit mahkota ingin mengucapkan selamat menunaikan fardhu haji kepada bakal-bakal haji dari bdr bukit mahkota. semoga beroleh haji mabrur.insya-allah.

Surau Ar-Raudhan,Sek5 akan mengadakan ceramah magrib berkaitan penghayatan haji & qurban,

Tarikh Sabtu/23-10-2010
Masa : Selepas magrib
Penceramah : ust Farid ravi.

Semua dijemput hadir...

Rombongan pertama 1,100 jemaah tiba di Mekah
18/10/2010 10:16am

MEKAH - Rombongan pertama lebih 1,100 jemaah haji Malaysia selamat tiba di tanah suci Mekah awal pagi ini selepas menempuh perjalanan sejauh 400 kilometer yang mengambil masa tujuh jam.

Mereka berlepas dari Bir Ali (tempat berniat) di pinggir bandar Madinah kira-kira pukul 6.30 petang waktu tempatan (11.30 malam waktu Malaysia) dan tiba di hotel Janadriyah, kira-kira 800 meter dari Masjidil Haram.

Ketibaan mereka pukul 1.30 pagi waktu tempatan (6.30 pagi waktu Malaysia) disambut Ketua Rombongan Haji Malaysia Musim 1431 Hijrah, Mohd. Salleh Abdul Mubin, Konsul Haji Malaysia di Jeddah, Mohd Khalid Mohd Nordin, Timbalan Ketua Rombongan Haji (Kebajikan) Datuk Syed Saleh Syed Abdul Rahman dan petugas Tabung Haji di Mekah dan wakil mutawif Muassasah.

Jemaah diberi minum air zam-zam dan kemudian ditempatkan di tingkat enam hotel Janadriyah yang menempatkan ibu pejabat dan pusat operasi Lembaga Tabung Haji (TH) di Mekah.

Selepas subuh kesemua jemaah dibawa menunaikan tawaf dan saie umrah oleh mutawif rasmi Muassasah.

Mohd. Salleh berkata, TH menyediakan guru agama dan program untuk membimbing bagi memantapkan lagi persediaan jemaah haji di Mekah menjelang hari wukuf 14 November ini.

Ini kali pertama TH membawa masuk serentak jemaah tiga penerbangan iaitu KT1, KT2 dan KT3 kerana sebelum ini tidak lebih dua KT dibawa masuk, katanya kepada pasukan media TH yang membuat liputan musim haji ini. - Bernama

Sunday, October 10, 2010

Kerja-kerja pembersihan di premis TNB....







assalamualaikum,

maaf lama dah tak kemaskini blog mahkota5 disebabkan kesibukan tugas semasa.
Syawal telah berlalu...dikongsikan gambar & maklumat berkaitan pembersihan kawasan di premis TNB disimpang masuk ke Seksyen 5,bdr bukit mahkota. Kerja-kerja pembersihan tersebut dilakukan oleh kontraktor lantikan TNB.