Monday, June 27, 2011

Program Sihat Ceria Larian Mahkota


Gambar-gambar Program Sihat Ceria Larian Mahkota telah di-upload di
http://www.facebook.com/mahkota5

sila like page ini untuk lebih maklumat berkaitan aktiviti-aktiviti dan sebarang perkembangan di Seksyen 5 Bandar Bukit Mahkota.

Tuesday, June 21, 2011

Cadangan Membina Dan Menyiapkan Sekolah Kebangsaan Bukit Mahkota, Bangi, Selangor ..alhamdullilah.


href="https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgRraXbh218IZyQJbnSIEu6oDo7g2-rbeRBpjZ9tU1ddtLfoli7zwYVIPoIQzUdnqrn9XB7KPmMoi8shbLqNKO2oDuhdk9YYYC_c6Ve_8sCTRtZDws9sEH0cF-ZXm-4ARkQZErgZQyfOkg/s1600/skbbm1.jpg">



alhamdullilah, tender utk cadangan membina dan menyiapkan (24 bilik darjah) Sekolah Kebangsaan Bukit Mahkota,Bangi,Selangor dengan menggunakan sistem IBS telah pun dikeluarkan oleh kementerian pelajaran malaysia pada 18 Jun 2011.
Taklimat & lawatan tapak akan dibuat pada 24/06/2011 (Jumaat).
Terima kasih kepada pihak yang telah mengusahakan proses permohonan sekolah di bandar bukit mahkota. Semoga impian warga bukit mahkota utk memiliki sekolah menjadi kenyataan.insya-allah.

Thursday, May 26, 2011

Program Sihat Ceria


Salam semua,

program sihat ceria yang telah diwar-warkan sebelum ini akan diadakan pada 26 Jun 2011 (ahad) dengan acara-acara menarik, termasuk senamrobik dan larian untuk kategori kanak-kanak, remaja dan terbuka, datang beramai-ramai..

borang pendaftaran akan diedarkan

Wednesday, April 13, 2011

Ceramah magrib oleh Mufti Pulau Pinang, Dato Hassan Ahmad.

12Apr2011 Posted by Khai@BSP

Assalamualaikum,

Ceramah magrib oleh Mufti Pulau Pinang, Dato Hassan Ahmad.

Tarikh : Sabtu/16-4-2011
tempat : Surau Ar-Raudhan,Seksyen 5, Bdr Bukit Mahkota.

semua dijemput hadir.

Sumber: http://putra-mahkota.com/forum/index.php?topic=7081.msg69598#msg69598

Thursday, March 31, 2011

PROGRAM GOTONG ROYONG SEKSYEN 5, BUKIT MAHKOTA, BANGI @ 2-04-2011...




assalamualaikum,

Tuan/puan,
Perkara : PROGRAM GOTONG ROYONG SEKSYEN 5, BUKIT MAHKOTA, BANGI


Dengan segala hormatnya semua warga seksyen5,bdr bukit mahkota dijemput hadir ke program gotong royong yang dianjurkan oleh persatuan penduduk seksyen 5 ,bdr bukit mahkota.

2. Maklumat Program Gotong Royong seperti butir-butir berikut:-

Tarikh : 2 April 2011 (Sabtu)
Masa : 8.00 pagi-12 tengahari
Tempat : Pondok Kawalan di Jalan BM 5/19, Seksyen 5, Bukit Mahkota.

Program ini dirangka bertujuan untuk mencantikkan lanskap di sekitar
laluan masuk utama ke Seksyen 5 dan membasmi denggi. Selain daripada itu, program sepertiini diharap akan dapat mengekalkan keharmonian penduduk.

3. Pihak Persatuan Penduduk Seksyen 5 juga amat berbesar hati
sekiranya pihak tuan/puan dapat menghulurkan sebarang sumbangan lain bagi
membantu kami menjayakan program.

4. Kerjasama dan sumbangan dari tuan adalah amat kami hargai.

Sekian, terima kasih.

Thursday, February 10, 2011

Sekitar Majlis Gotong Royong 18 Dec 2010

Ucapan Pengerusi PPS5


Mendengar Ucapan & Taklimat


Muslimah menyediakan juadah makan tengahari




Kaum bapa turut membantu di dapur...


Sarapan pagi


Membuang iklan haram


Mengecat pondok kawalan 2


Antara sampah yg dikumpulkan


Berat sama dipikul ringan sama dijinjing...


Jamuan makan tengahari


Sembang isu semasa


Makan lagi...


santai...

Pihak Jawatankuasa PPS5 mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang hadir dan membantu menjayakan majlis ini.