Thursday, March 31, 2011

PROGRAM GOTONG ROYONG SEKSYEN 5, BUKIT MAHKOTA, BANGI @ 2-04-2011...




assalamualaikum,

Tuan/puan,
Perkara : PROGRAM GOTONG ROYONG SEKSYEN 5, BUKIT MAHKOTA, BANGI


Dengan segala hormatnya semua warga seksyen5,bdr bukit mahkota dijemput hadir ke program gotong royong yang dianjurkan oleh persatuan penduduk seksyen 5 ,bdr bukit mahkota.

2. Maklumat Program Gotong Royong seperti butir-butir berikut:-

Tarikh : 2 April 2011 (Sabtu)
Masa : 8.00 pagi-12 tengahari
Tempat : Pondok Kawalan di Jalan BM 5/19, Seksyen 5, Bukit Mahkota.

Program ini dirangka bertujuan untuk mencantikkan lanskap di sekitar
laluan masuk utama ke Seksyen 5 dan membasmi denggi. Selain daripada itu, program sepertiini diharap akan dapat mengekalkan keharmonian penduduk.

3. Pihak Persatuan Penduduk Seksyen 5 juga amat berbesar hati
sekiranya pihak tuan/puan dapat menghulurkan sebarang sumbangan lain bagi
membantu kami menjayakan program.

4. Kerjasama dan sumbangan dari tuan adalah amat kami hargai.

Sekian, terima kasih.