Monday, March 26, 2012

Tawaran Biasiswa Yayasan TM 2012/ Yayasan TM Scholarship Offer 2012



Assalamualaikum,


Tahniah kepada semua calon SPM 2011 yang berjaya.

Berikut adalah tawaran biasiswa Yayasan TM2012 untuk rujukan bersama.


 

 

                                                    YAYASAN TM

                                                                            http://ytm.tm.com.my/

 

 

 

 

 

                                                                              YAYASAN TM

                                                                            http://ytm.tm.com.my/




Thursday, March 22, 2012

Fwd: [BukitMahkota] PROGRAM SUMBANGAN HARI RAYA AIDILFITRI KEPADA ANAK YATIM NEGERI SELANGOR TAHUN 2012 [2 Attachments]


Assalamualaikum Wrt. Wbt.

Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) Hulu Langat sedang mengemaskini Senarai Anak Yatim Negeri Selangor bagi Daerah Hulu Langat yang berumur 16 tahun ke bawah. Justeru itu,bersama-sama dengan ini dipanjangkan surat dari Urusetia Anak Yatim, PAID Hulu Langat yang diserahkan kepada pihak Masjid KUIS untuk perhatian dan tindakan tuan/puan yang berkaitan. Saya cadangkan AJK Surau boleh ambil tindakan seterusnya. Boleh juga dipanjangkan surat ini kepada mana-mana kawasan lain kerana takut terdapat mereka yang layak tercicir kerana tidak mendapat maklumat.

Borang ini hendaklah dikembalikan ke PAID sebelum 30 April 2012. Sebarang pertanyaan, sila hubungi pihak urusetia seperti yang tertera di dalam surat yang dilampirkan.

sekian, harap maklum.


__._,_.___

Attachment(s) from Ida Othman

2 of 2 File(s)


Wednesday, March 21, 2012

Tahniah kepada semua calon SPM 2011...

559 calon SPM 2011 peroleh semua A+
Seramai 559 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2011 memperoleh gred cemerlang tertinggi (A+) bagi semua mata pelajaran yang diduduki, berbanding 403 pada tahun 2010.

education examination spm stpm scholarship biasiswa 090609 02Ketua Pengarah Pelajaran Datuk Seri Abd Ghafar Mahmud berkata daripada jumlah itu, seramai 506 adalah calon sekolah menengah kebangsaan manakala 53 lagi calon dari sekolah selain sekolah menengah kebangsaan berbanding masing-masing 363 dan 40 calon pada tahun 2010.

"Pencapaian keseluruhan calon SPM 2011 bertambah baik dengan Gred Purata Nasional (GPN) 5.04, berbanding 5.19 pada tahun 2010," katanya pada majlis pengumuman analisis keputusan peperiksaan SPM di Putrajaya hari ini.

Beliau berkata seramai 468,808 calon menduduki peperiksaan itu tahun lalu.

Sunday, March 18, 2012

FORUM : ISLAM PILIHANKU

     FORUM : ISLAM PILIHANKU

TARIKH : 25 MAC 2012 (AHAD)

MASA : LEPAS SOLAT MAGHRIB

TEMPAT : SURAU AR RAUDHAH

BUKIT MAHKOTA.

MODERATOR : USTAZ MOHAMED SABIR

Bro Firdaus Wong  Wai Hung

 

Asal : Kepong, Kuala Lumpur

 

Tarikh PengIslaman: 10 Ogos 2005 di Ibu Pejabat Perkim, Jalan Ipoh

 

Pekerjaan sekarang: Senior Account Manager (Online Advertising)

 

Bro Mohamad Syafiq Dendi Abdullah

Bekas aktivis Kristian yang baru memeluk Islam pada bulan Februari 2011.

 

Menganut agama Kristian sejak lahir. Membesar dalam keluarga yang berpegang kuat pada ajaran Kristian.

 

Kini berumur 20 tahun dan pernah mendapat pendidikan dalam bidang Dakwah Kristian di  Israel.

 

Bapanya seorang pemimpin tinggi sebuah gereja di Kuala Lumpur.



SEMUA DI JEMPUT HADIR