Friday, April 6, 2012

memohon sumbangan bagi program lawatan mahkota5

assalamualaikum,


Insya-allah, satu program lawatan mahkota5 ke pondok penyayang raudhah,gombak akan diadakan pada Sabtu/28-4-2012 jam8.00 pagi..Maklumat lanjut sepertimana berikut:


Sesiapa yang ingin turut serta & menyumbang seikhlas hati, amatlah dialu-alukan..


sama-sama kita doakan agar lawatan ini berjaya mencapai objektifnya..




PROGRAM LAWATAN MAHKOTA 5

KE PONDOK PENYAYANG RAUDHAH, GOMBAK

28 April 2012 (Sabtu) jam 8.00 pagi


 

Kos Sewa Bas                                     -                              RM   450.00

Kos Jamuan

                Penghuni            50 pax @RM7.00               RM   350.00         )              Nasi Ayam / Kuih

                Mahkota 5           35 pax @RM7.00               RM   245.00         )              Air Mineral

                                                                                                --------------

 

                JUMLAH KOS                                                     RM1,045.00

                                                                                                =========

 

Anggaran Kos Penyertaan                                            RM1,045 / 35 pax              =              RM30.00

 

 

Sumbangan Derma amat dialu2kan.

MUSLIMAH Mahkota 5 akan mula edar Tabung Derma pada 7 April dan 14 April.

Bantuan pihak Surau untuk kutipan derma semasa Solat Jumaat pada 20 April akan dibuat.

 

Sumbangan wang ringgit akan dibeli keperluan barang kering.

Barangan kering yang diperlukan merupakan makanan kering seperti beras, gula, tepung, susu, sardine etc. etc…..

 

Sumbangan berupa pakaian / barangan terpakai seperti pakaian, pinggan mangkuk, barangan dapur juga amat dialu2kan.

 

Pastikan barangan terpakai tersebut adalah barangan yang masih elok dan boleh digunakan BUKAN barangan yang layak dibuang / lusuh / kotor.

Kerjasama semua penderma supaya melipat / menyusun barangan elok2 dan dimasukkan dalam kotak2 saiz A3… (supaya tidak berat mengangkat).

Kotak2 perlu di 'seal' dan dilabelkan kandungan kotak berkenaan

Kami tak larat untuk 'sensor' barangan tersebut.

 

Semua barangan perlu dihantar ke Surau pada hari Ahad, 22 April 2012 dari jam 10.00 pagi – 1.00 tengahari.

 

Kami mungkin perlu kaum lelaki untuk turut serta ke Program ini seramai 10 – 12 orang …..



sekian.wassalam.