Sunday, February 15, 2009

Mesyuarat ke2 J/kuasa pembinaan masjid Bdr Bkt Mahkota...

Alhamdullilah, pada malam khamis 12 Feb 2008 bertempat di Surau Al-Buqaira, Sek 6 Bdr Bkt Mahkota telah berlangsung mesyuarat kali ke 2 berhubung pembinaan masjid Bdr Bukit Mahkota. Mesyuarat tersebut dipengerusikan oleh Tuan Haji Ahmad Khair Omar yang dihadiri oleh wakil gabungan persatuan penduduk bandar bukit mahkota yang terdiri daripada sek2,3, 4,5 & 6. Mesyuarat telah bersetuju membentuk srtruktur organisasi Jawatankuasa Bertindak Pembinaan Masjid Bdr Bukit Mahkota yang dipengerusikan oleh Hj Ahmad Khair. Pemilihan nama Masjid Bdr Bukit Mahkota adalah Masjid Al-Takwa, Bdr Bukit Mahkota. Sama-sama kita doakan agar usaha murni ini diberkati Allah swt.

No comments:

Post a Comment