Thursday, October 22, 2009

Keratan akhbar : Isu anjing liar..apa kata MPKj?..


AWAS! Serangan anjing liar di mahkota5..berhati-hati.

Berikut dikongsikan e-mail daripada Puan Dr maria Madon berkaitan serangan anjing liar yang kian menjadi-jadi di kawasan persekitaran mahkota5. Diharapkan ibu-bapa mengawasi anak-anak bagi tujuan keselamatan diri daripada serangan anjing liar ini. Insya-allah perkara ini akan diambil perhatian oleh pihak jawatankuasa penduduk sek5, bdr bukit mahkota.
**********************************************************
Salaam semua,
Pagi ni saya nak berkongsi kesedihan...rumah arnab kami telah diserang anjing liar. Dua ekor arnab hilang dan dua ekor lagi terkulai mati...seekor putus lehernya...
Hari ni...arnab jadi mangsa...esok lusa tak terkejut anak-anak kecil jadi mangsa...this has happened in other places...anak-anak kecil diserang anjing liar yang kelaparan..
My family and I personally declare war dengan anjing-anjing liar ni..
I share with you all d pics of reban yang dikoyakkan jaring dan gambar arnab-arnab yang mati diserang...



Apakah tindakan kita bagi menangani isu anjing liar ini?.Salah satu caranya memaklumkan kepada pihak PBT & Jabatan Perkhidmatan haiwan sepertimana usaha yang dilakukan oleh pihak Majlis Perbandaran Seremban dengan kerjasama Jabatan Perkhidmatan Haiwan sepertimana petikan artikel berikut:

Operasi tembak anjing liar
Oleh Ahmad Naim Tahir
Berita Harian, 19 Jun 2006


BAHAYA: Anjing liar kelihatan berkeliaran di jalanan
di kawasan perumahan di Seremban

Tindakan MPS untuk kepentingan orang ramai

SEREMBAN: Insiden serangan anjing liar ke atas manusia, termasuk di negara ini bukan isu luar biasa dengan sesetengah kes mengakibatkan kecederaan parah yang memerlukan rawatan pemulihan lama.

Lebih membimbangkan adalah keselamatan kanak-kanak, kumpulan paling berisiko kepada serangan haiwan terbabit seperti kebanyakan kes yang dilaporkan media massa tempatan sebelum ini.

Anjing liar ibarat `bom jangka' yang boleh bersikap jinak pada satu ketika dan pada ketika lain pula bertindak ganas sehingga mampu mengancam nyawa manusia.

Haiwan terbabit juga dikaitkan dengan isu kebersihan kerana sering menggeledah tong sampah atau longgokan sampah sarap di kawasan perumahan atau komersial.

Menyedari isu anjing liar boleh merangkaikan kepada pelbagai masalah serius lain, Majlis Perbandaran Seremban (MPS) mengambil tindakan menghapuskan haiwan berkenaan demi kepentingan semua pihak.

Dalam tempoh kira-kira setahun sejak Mei tahun lalu, 1,165 ekor anjing liar serta yang dipercayai bertindak ganas dan berbahaya dihapuskan melalui operasi oleh Unit Penembak Anjing (UPA) MPS.

Yang Dipertuanya, Abd Halim Abd Latif, berkata sejak menubuhkan unit berkenaan pada Mei tahun lalu, MPS berjaya menyelesaikan banyak kes aduan membabitkan anjing liar di kawasan pentadbirannya.

Dalam gerakan sehingga April lalu itu, beliau berkata, unit berkenaan yang turut dibantu Jabatan Perkhidmatan Haiwan (JPH) menghapuskan sekurang-kurangnya 15 anjing liar sehari.

"Selain anjing yang tidak berlesen, kita juga menghapuskan anjing yang dipercayai bertindak ganas dan berbahaya. Dalam tempoh sama, sekurang-kurangnya 10 notis kompaun dikeluarkan setiap hari.

"Kompaun dikeluarkan kepada pemilik anjing tanpa lesen dan pemilik anjing berlesen yang tidak menggantung lesen itu pada haiwan berkenaan dan membiarkan berkeliaran di kawasan premis tanpa diikat dan dikawal," katanya.

Katanya, sepanjang Mei hingga Disember 2005, sebanyak 699 anjing liar dihapuskan membabitkan 86 ekor pada Mei, Jun (137), Julai (151), Ogos (75), September (91), Oktober (240), November (61) dan Disember (71).

Jumlah anjing liar dihapuskan MPS dari Januari hingga April 2006 pula sebanyak 466 ekor membabitkan 171 ekor pada Januari, Februari (175), Mac (68), April (52).

Abd Halim berkata, mengikut Akta Undang-Undang Kecil Pelesenan Anjing (Majlis Perbandaran Seremban) 1986, pemilik anjing perlu memastikan haiwan peliharaan mereka dilesenkan dengan setiap lesen hanya dikenakan bayaran RM10.

Bagaimanapun, katanya, anjing dipelihara tidak boleh melebihi dua ekor dengan pemilik yang melanggar peraturan itu boleh didenda sehingga RM500 atau penjara sehingga enam bulan atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

"Jika masih ingkar, MPS boleh memfailkan kes mengikut Seksyen 81(b) akta sama yang membolehkan penembak anjing MPS masuk ke dalam premis untuk menghapuskan anjing berkenaan jika ia mengganggu orang ramai," katanya.

Beliau berkata, pemilik anjing yang tidak mematuhi notis juga boleh didenda sehingga RM1,000 atau penjara sehingga enam bulan atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan mengikut Syarat 82 Akta Kerajaan Tempatan.

Sehubungan itu, Abd Halim menasihatkan pemilik anjing supaya memastikan haiwan peliharaan mereka berlesen kerana MPS tidak akan berkompromi dengan mana-mana pemilik anjing yang tidak mematuhi peraturan itu.

"Pemilik juga perlu mematuhi syarat seperti mengikat anjing dan menggantung lesen pada haiwan itu bagi mengelak tindakan mahkamah, selain memastikannya tidak mengganggu ketenteraman jiran dan penduduk setempat," katanya.

Pendekatan MPS dalam menangani masalah anjing liar itu mendapat sokongan masyarakat yang berpendapat ia wajar bukan saja untuk menjamin keselamatan manusia, tetapi juga mempunyai banyak manfaat lain.

Rata-rata penduduk yang ditemui berkata, anjing liar digeruni kerana mampu mengancam keselamatan serta turut menyumbang masalah lain seperti penyebaran penyakit serta menjejaskan kebersihan.

Pekerja swasta, Norwati Md Yusop, berkata kumpulan anjing liar sering menggeledah longgokan sampah, mampu mengancam nyawa serta boleh menyebabkan penyakit berbahaya melalui gigitan.

"Sampah yang digeledah akan bertaburan dan menyebabkan kekotoran. Kumpulan anjing liar juga sering menyalak dan membuat bising pada waktu malam, selain boleh mengancam keselamatan orang ramai, terutama kanak-kanak," katanya.

FAKTA

Penghapus anjing liar oleh MPS

· 1,165 anjing liar dalam tempoh setahun sejak Mei 2005

· Sekurang-kurangnya 15 ekor dihapuskan sehari

· 103 kompaun kepada pemilik anjing tanpa lesen pada 2005

· 77 kompaun kepada pemilik anjing tanpa lesen Januari-April 2006

Sila kembalikan Borang Maklumbalas Pencemaran..Kerjasama anda dihargai.




Assalamualaikum,

pagi tadi (8.00pagi/22-10-2009) masih lagi berlaku pencemaran udara di sekitar bdr bukit mahkota.Pihak persatuan penduduk sek5 telah pun menubuhkan satu jawatankuasa khas yang diketuai oleh Hj Alwi & Prof Madya Dr Khairuddin bagi menangani isu ini. Alhamdullilah, kami telah bermesyuarak 2X berkaitan perkara ini. Didalam mesyuarat yang lepas diputuskan dibuat analisa berdasarkan maklumbalas yang diterima oleh penduduk setempat bermula 10-17/10/2009. Borang telah pun diedarkan menerusi e-mail, blog mahkota5 & rumah ke rumah. untuk makluman,jumlah borang laporan Pencemaran yang diterima masih lagi kurang untuk dibuat analisa.setakat ini hanya 2 borang yang diterima oleh saya. Diharapkan kerjasama daripada tuan/puan agar mengembalikan borang maklumbalas tesebut dengan kadar segera untuk kami analisa dan membuat tindakan susulan.Berikut adalah e-mail yang diterima daripada pihak JAS,N9 berhubung isu pencemaran ini & juga jawatankuasa khas isu pencemaran ini. Borang maklumbalas pencemaran ini amatlah mustahak bagi kami mengukuhkan bukti yang sedia ada bahawa masalah ini bukannya masalah individu tetapi masalah setempat yang merangkumi semua warga dibandar bukit mahkota.

**************************************************************************
E-mail (1) : Maklumbalas daripada Jabatan Alam Sekitar, N9

W'salam En. Zul
Terima kasih di atas maklumbalas pemantauan dan juga usaha-usaha yang dilakukan oleh J/K penduduk bagi menangani masalah pencemaran yang masih berlaku di Bandar Bukit Mahkota.
Jabatan Alam Sekitar Negeri Sembilan sentiasa mengambil berat perkara ini dan akan berusaha menyelesaikan masalah pencemaran di kawasan tersebut dengan maklumat tambahan hasil pemantauan yang dikemukakan oleh tuan dan diharap kerjasama seperti ini akan berterusan sehingga masalah pencemaran dapat diselesaikan, insyaallah.
Terima kasih.
Mohd Nor b. Mohamed Azalli
Jabatan Alam sekitar Negeri Sembilan

***********************************************************************

E-mail(2) : Permintaan oleh pihak Jawatankuasa Khas (Persekitaran),
Persatuan Penduduk Sek5,bdr bukit mahkota.

Assalamualaikum wbt,
Saya minta jasa baik semua untuk pulangkan
"Borang Laporan Pencemaran" kepada Kol. Alwi
dan Sdr. Zulkifli sekadar segera. Kami perlukannya
utk analisis.
Data dari laporan anda sekelian akan di satukan,
dan di petakan kepada data waktu dan data
permukaan bumi di BBM dan sekitar.
Keputusan dari analisis data ini dapat membantu
kita utk basmi/kurangkan pencemaran yg
dihadapi selama ini.
Tentu saudara/saudari sedar akan peningkatan
kualiti udara dalam tempoh seminggu kita
berusaha utk dapatkan laporan pencemaran dari
anda sekelian. Dengan lain perkataan, pencemar2
alam ini sebenarnya takut dgn kita, jika kita bersatu,
bertindak dan bekerjasama.
Terima kasih diatas kerjasama anda.
Wasalam,
Khairuddin
Seksyen 5, BBM

*******************************************************************
salam hormat,

Biro Pengurusan & Perhubungan Awam,
Persatuan Penduduk Sek5,
Bandar Bukit Mahkota.
www.mahkota5.blogspot.com

Thursday, October 15, 2009

Pemantauan pencemaran udara akut di bandar bukit mahkota...






Assalamualaikum,
Dimaklumkan Jawatankuasa Penduduk Sek5,Bdr Bukit Mahkota menerusi jawatankuasa khas bagi menangani isu pencemaran udara akut yang kerap berlaku di Bdr Bukit Mahkota sedang membuat pemantauan bermula daripada 10-10-2009 sehingga 17-10-2009.
Bersama-sama ini dilampirkan borang rekod pemantauan pencemaran akut & punca-punca yang dikenalpasti.
Dilampirkan contoh mengisi borang tersebut. Sila hantarkan borang yg telah diisi (selepas 17hb. Oktober) kpd Sdr. Zuklifli Ambak atau Kol. Alwi (masukkan ke dalam peti surat di rumah mereka).
Kerjasama anda sekelian berdaya bantu pastikan suasana alam di Seksyen5 sentiasa sihat.
Wasalam,

salam hormat.

Biro Pengurusan & perhubungan Awam,
Persatuan Penduduk Sek5,
Bandar Bukit Mahkota,

Friday, October 2, 2009

Pecutan Akhir SPM 2009

Assalamualaikum w.b.t
Berikut ialah program anjuran Pusat Tuisyen Rakyat Selangor untuk pelajar-pelajar SPM 2009

Nama Program : Pecutan Akhir SPM 2009

Tarikh / Hari : 18 hb. Oktober 2009 (Ahad)

Tempat : Dewan Budiman,Fakulti Pendidikan UKM

Masa : 8.00 pagi hingga 5.00 petang

Sasaran Peserta : 250 orang

Penyertaan : Pelajar Tingkatan 5

Pakaian : Sopan dan Menutup Aurat

Maklumat Lain : Makanan Disediakan

Yuran : Percuma

Penyertaan diwajibkan kepada pelajar-pelajar yang menyertai program PTRS dan juga dibuka kepada pelajar luar DUN Bangi. Untuk penyertaan dari pelajar2 selain mengikuti program PTRS harap dapat mendaftar dengan menghubungi saya melalui telefon @ SMS ke 0194328684 -Sakinah Ahmad
Regards,
-Sakinah-
sakinah ahmad <nailofar_27@yahoo.com.sg>
Koordinator Pembangunan Modal Insan
Dun Bangi

INDEK JENAYAH MULAI 19 SEP HINGGA 01 OKT 2009

Thursday, 1 October 2009

Semua Penduduk BSP Yang Dihormati.

Selamat Hari Raya Aidil Fitri.

Maaf zahir dan batin.


Assalamualaikum


Warahmatullahi Wabarakatuh dan selamat sejahtera.

Syukur Alhamdullillah, semakan yang dibuat dengan Balai Polis Bangi merekodkan tiada lapuran diterima mengenai kejadian jenayah seperti pecah masuk rumah, samun, ragut dan sebagainya bagi jenayah indek bermula pada 19 Sep hingga 01 Okt 2009. Satu berita yang baik dan melegakan hati semua penduduk yang agak risau pada awalnya untuk meninggalkan rumah masing-masing bagi merayakan Hari Raya Aidil Fitri “Balik Kampung” baru-baru ini.


Satu kepujian harus diucapkan kepada semua anggota Polis di Balai Polis Bangi dan juga bantuan rondaan oleh Polis daripada IPD Kajang dan Bandar Baru Bangi yang telah membuat rondaan dan pemantauan disemua kawasan di dalam BSP. SYABAS diucapkan. Begitu juga, beberapa skim yang telah berusaha menggunakan perkhidmatan kawalan keselamatan berbayar di skim masing-masing untuk beberapa hari sebelum dan selepas hari raya bagi menentukan kawasan selamat. Pihak Polis juga berterima kasih di atas keperihatinan semua penduduk yang telah bekerjasama dan mengambilberat dengan mengisi “Borang Balik Kampung” yang telah banyak membantu dan memudahkan pihak Polis membuat rondaan kawasan untuk memastikan pencegahan dan cubaan jenayah dapat dipatahkan.


Sebagai maklumat bersama, suspek yang menyamun Stesyen Minyak Petronas BSP pada 17 Sep 2009 yang lalu telah diberkas dikawasan negeri Pulau Pinang pada minggu lepas. Suspek juga telah mengaku melakukan samun dibeberapa buah Stesyen Minyak di dalam daerah Kajang.


Sekian, dimaklumkan.


Wassalam.


Norizan bin Hj Sulaiman

BHDSB