Friday, October 2, 2009

INDEK JENAYAH MULAI 19 SEP HINGGA 01 OKT 2009

Thursday, 1 October 2009

Semua Penduduk BSP Yang Dihormati.

Selamat Hari Raya Aidil Fitri.

Maaf zahir dan batin.


Assalamualaikum


Warahmatullahi Wabarakatuh dan selamat sejahtera.

Syukur Alhamdullillah, semakan yang dibuat dengan Balai Polis Bangi merekodkan tiada lapuran diterima mengenai kejadian jenayah seperti pecah masuk rumah, samun, ragut dan sebagainya bagi jenayah indek bermula pada 19 Sep hingga 01 Okt 2009. Satu berita yang baik dan melegakan hati semua penduduk yang agak risau pada awalnya untuk meninggalkan rumah masing-masing bagi merayakan Hari Raya Aidil Fitri “Balik Kampung” baru-baru ini.


Satu kepujian harus diucapkan kepada semua anggota Polis di Balai Polis Bangi dan juga bantuan rondaan oleh Polis daripada IPD Kajang dan Bandar Baru Bangi yang telah membuat rondaan dan pemantauan disemua kawasan di dalam BSP. SYABAS diucapkan. Begitu juga, beberapa skim yang telah berusaha menggunakan perkhidmatan kawalan keselamatan berbayar di skim masing-masing untuk beberapa hari sebelum dan selepas hari raya bagi menentukan kawasan selamat. Pihak Polis juga berterima kasih di atas keperihatinan semua penduduk yang telah bekerjasama dan mengambilberat dengan mengisi “Borang Balik Kampung” yang telah banyak membantu dan memudahkan pihak Polis membuat rondaan kawasan untuk memastikan pencegahan dan cubaan jenayah dapat dipatahkan.


Sebagai maklumat bersama, suspek yang menyamun Stesyen Minyak Petronas BSP pada 17 Sep 2009 yang lalu telah diberkas dikawasan negeri Pulau Pinang pada minggu lepas. Suspek juga telah mengaku melakukan samun dibeberapa buah Stesyen Minyak di dalam daerah Kajang.


Sekian, dimaklumkan.


Wassalam.


Norizan bin Hj Sulaiman

BHDSB

1 comment:

  1. Pasukan RELA Bdr Bkt.Mahkota Platun 0023 telah membuat kawalan malam dan rondaan tiap jumaat malam sabtu dan sabtu malam ahad jam 12.00 t.mlm hingga 5.00 pagi. Hasilnya pada 29/9/2009 anggota rela En.Muhamat Khir Hashim dan rakan beliau En.Abu Bakar Ahmad telah memberkas seorang pencuri m/sikal berkaitan repot polis no.Bangi 001827/09-Oleh KPR 0023 Lt.(RELA) Shokree (012-6146985)

    ReplyDelete