Thursday, April 30, 2009

TALKSHOW SEPAGI RAHSIA KEJAYAAN BERSAMA ADIK NIK NUR MADIHAH BINTI NIK MOHD KAMAL, PELAJAR CEMERLANG SPM 2008 (20A)


“Ketaqwaan & Keberkatan Asas Kecemerlangan Hidup…”

1. MUQADDIMAH

Kejayaan adik Nik Nur Madihah Binti Nik Mohd Kamal, 18 tahun sebagai ikon remaja yang berjaya menempah suatu kejayaan cemerlang buat diri beliau, keluarga serta seluruh negara dalam SPM 2008 harus dijadikan suatu iktibar besar buat semua.

Beliau menempuhi hidup dalam serba kedhoifan, hidup penuh hempas pulas kedua ibu bapa mencari rezeki, tanpa rasa mengeluh dan menyesal beliau menempuhi hidup dengan tabah menghadapi semua dugaan tersebut, seterusnya menjadikan semuanya itu sebagai motivasi untuk melaksanakan perubahan ke atas hidup beliau.

Majlis Perwakilan Penduduk (MPP) & Majlis Bandaraya Shah Alam dan juga Perbadanan Perpustakaan Selangor (PPAS) merasa terpanggil untuk menjadikan kisah beliau sebagai suatu iktibar dan motivasi khas untuk dikongsi bersama khususnya untuk pelajar-pelajar di sekitar Shah Alam. Kejayaan beliau yang diasaskan di atas nilai taqwa dan keberkatan adalah suatu rahsia daripada rahsia-rahsia Allah yang amat bernilai atas hambaNya.

2. NAMA PROGRAM

TalkShow Sepagi Rahsia Kecemerlangan Bersama Nik Nur Madihah

“Ketaqwaan & Keberkatan Rahsia Kecemerlangan”


3. KONSEP PROGRAM

TalkShow bersama pakar motivasi

Ucapan Motivasi Khas oleh Nik Nur Madihah sebagai perkongsian pengalam hidup beliau, beserta pengalaman ibubapa beliau yang turut hadir

Tayangan video kehidupan pelajar cemerlang Nik Nur Madihah


4. ANJURAN

Majlis Perwakilan Penduduk (MPP), Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), dengan kerjasama;

Perbadanan Perpusatakaan Awam Selangor (PPAS)

5. OBJEKTIF

5.1. Berkongsi rahsia kecemerlangan akademik adik Nik Nur Madihah Binti Nik Mohd Kamal sebagai pelajar cemerlang SPM 2008

5.2. Memberikan motivasi khas kepada pelajar dan juga ibubapa yang hadir untuk memahami konsep ketaqwaan pada Allah dan keberkatan ilmu sebagai asas kejayaan hidup.


6. TARIKH & MASA

Tarikh : Ahad, 3 Mei 2009

Masa : 8.30 pagi (pendaftaran) ~ 11.30 pagi


7. LOKASI

Dewan Persidangan,

Perpustakaan Negeri Selangor (PPAS) (Perpustakaan Raja Tun Uda),

Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.


8. SASARAN PENYERTAAN

8.1. Pelajar & Remaja daripada MPP Zon yang terlibat, sebagai peserta utama yang berinteraksi

8.2. Ibubapa & Penduduk tempatan sebagai pemerhati

8.3. Sasaran penyertaan; 500 pelajar dan 50 ibu bapa, mengikut tempahan jumlah perserta awal.

9. TENTATIF PROGRAM

Masa Aktiviti Nota

08.30pg Pendaftaran Pelajar & Ibubapa

09.00pg Aluan Penaung Program

09.10pg Aluan Pengerusi/Pengarah Program & Ice-Breaking

09.30pg Tayangan Video Khas “Nik Nur Madihah Menempuh Kehidupan”

09.45pg Perkongsian Pengalaman Nik Nur Madihah Binti Nik Mohd Kamal

10.15pg Sesi Soal Jawab

10.30pg Pengisian Khas “Taqwa & Barokah Asas Kecemerlangan Hidup Insan”

11.00pg Rumusan Pengarah & Penutup


10. PENUTUP

Adalah diharapkan penganjuran program ringkas ini dapat memberi kesedaran kepada seluruh yang hadir akan peri pentingnya ketaqwaan pada Allah dan keberkatan dalam menimba ilmu adalah asas kepada seluruh kejayaan ummat manusia di muka bumi.

No comments:

Post a Comment