Wednesday, November 18, 2009

KEM HIJRI 1431 DATANG LAGI – Pendaftaran Dibuka



Assalamualaikum,

Cuti sekolah tiba lagi.Sekiranya masih mencari-cari program cuti sekolah untuk anak-anak anda. Cubalah yang ini.

Kem Hijrah Remaja Islam (HIJRI)merupakan sebuah kem percutian yang diadakan khusus untuk musim cutisekolah dan pasca peperiksaan, bersempena dengan kedatangan Tahun BaruHijrah 1431. Program ini dibentuk khusus untuk mengisi keperluan remajasemasa yang berdepan dengan pelbagai cabaran, sebahagiannya sulit untukdifahami oleh generasi ibu bapa. Kecelaruan membabitkan persoalanpandangan hidup (worldview), agama, nilai, emosi, cinta, akademik dankerjaya masa depan. Kepercayaan bahawa remaja perlu difahami sebelummengharapkan mereka memahami, menjadi asas kepada lahirnya KEM HIJRAHREMAJA ISLAM (HIJRI)

Kamu adalah apa yang kamu percaya"merupakan kaedah yang menjelaskan tentang peri pentingnya PARADIGMAatau cara melihat sesuatu. Inilah fungsi penting Aqidah iaitu mengubahcara manusia memandang; melihat kehidupan dari perspektif Penciptakehidupan. Justeru Kem Hijrah Remaja Islam (HIJRI) kali ini menekankankepada usaha untuk melakukan anjakan paradigma yang holistikmembabitkan topik-topik berikut:

1. PUZZLE AGAMA

Huraian Hadith Jibril a.s. tentangIman, Islam dan Ihsan dalam konteks Input, Proses dan Output. Merawatkesilapan 7 buta meraba gajah agar al-Deen tidak difahami secaraserpihan. Cabaran keluarga dan pembangunan ekstrim juga terbit darihadith yang sama.

2. IMAN ITU INPUT

Kenal diri kenallah Ilahi… segmen yangmembawa peserta meneroka potensi dan batasan diri untuk sampai kepadasoalan "mengapa hidup perlu berTuhan". Peserta mencari sebab beribadahsebelum mendalami kaifiyat ibadah. Kuasa percaya sebagai kunci untukberjaya adalah sari pati segmen ini.

3. IBADAH ITU PROSES

Ibadah ialah mekanisma yang memprosesIman dengan cara-cara yang diajar petunjuk Nabawi, supaya terbitkualiti Ihsan. Adalah salah menganggap bahawa seseorang itu baik keranabersolat, sebaliknya bersolatlah untuk menjadi baik. Solat itu proses,baik itu adalah hasil.

4. IHSAN ITU OUTPUT

Ihsan itu cemerlang. Motonya adalah"Buat Habis Baik". Iman yang diproses Ibadah, menghasilkan baik kepadaTuhan, baik kepada insan dan alam kehidupan, baik kepada pelajaran danpekerjaan. Kemuncak agama adalah Akhlaq. "Aku diutus untukmenyempurnakan kemuliaan Akhlaq," mesej Nabawi yang menjadi kata kunci.

5. SINERGI KELUARGA DAN TAULAN

Manusia makhluq sinergi. Berdikaribukan pada hidup sendiri. Ibu bapa paling utama, pergaulan teman harusada panduan. Pengurusan emosi satu kemestian, cinta dan cita-citaperlukan penyelarasan.

6. CITA-CITA DAN KERJAYA

Misi dan visi Khalifah Allah, hidupberperanan menyumbang faedah. Setiap manusia dilahirkan bukan bodoh vspandai, tetapi berbeza-beza keistimewaan. Peserta diajak mencari minatdan bakat, disuntik disiplin, perkongsian pengalaman dan nasihat. Forumkerjaya oleh tokoh berjaya, agar jalan ke depan cerah kelihatan.

Proses pembelajaran dilakukan secara interaktif dengan bantuan alat audio dan visual, sinergi kerja dalam kumpulan, aktiviti indoor dan outdoor, segmen bicara hati ke hati, serta fasilitator yang setia berada sepanjang masa untuk akses yang optimum.

Hubungan dan akses yang optimum di antara peserta dengan pasukan fasilitator menjadi keutamaan kami.

53

Kem Hijrah Remaja Islam (HIJRI)dianjurkan oleh Saifulislam Training & Consultancy (001813528-P) ,iaitu sebuah syarikat latihan dan perundingan pembangunan insan milikHj Hasrizal Abdul Jamil, atau lebih dikenali sebagai Abu Saif. Bermuladari sebuah blog interaktif yang menampilkan bahan-bahan pemikiran yangsegar, Abu Saif melangkah setapak ke hadapan dengan menubuhkansyarikatnya sendiri agar segala idea yang telah banyak dimanfaatkanoleh pembaca semenjak 1998, dapat diterjemahkan kepada modul latihanyang meletakkan remaja, mahasiswa/i dan warga kerja sebagai kelompoksasaran. Graduan Universiti Mu'tah di Jordan, Mantan Minister ofReligion di Ireland Utara, pernah muncul di CNN, BBC dan mediatempatan, Abu Saif pasti menawarkan keunikan untuk dakwah dan programlatihan pembangunan insan.

Saya menerima banyak permintaandaripada ibu bapa, agar menganjurkan kursus-kursus untuk anak remaja,khususnya di musim cuti sekolah ini. Setelah banyak aspekdipertimbangkan, berserta usaha mendapatkan sebuah pasukan yangbenar-benar mantap untuk memimpin agenda ini, saya mengucapkan rasasyukur kepada Allah kerana KEM HIJRI 1430 yang berlangsung padaDisember 2008 telah berlangsung dengan cemerlang dan kini mengumumkansesi kedua KEM HIJRI khusus untuk remaja di musim cuti sekolah 2009kali ini.

KEM HIJRI

Kem Hijrah Remaja Islam 1431H ini, adalah sebuah program bersifat residential,yang kami tawarkan khusus untuk anak-anak remaja berusia di antara 13ke 19 tahun. Program ini menggabungkan segala unsur pembelajaranmembabitkan kuliah, latihan dalam kumpulan, permainan interaktif,aktiviti outdoor, serta slot-slot bicara hati ke hati, bukansekadar untuk menyampaikan mesej kepada peserta, malah untuk kamimenyelami isi hati, berusaha memahami dan seterusnya berkongsipandangan secara yang lebih eksklusif kepada peserta KEM HIJRI ini.

Idea Tasawwur Islam yang segar,dinamik, kontemporari dan praktikal, akan disampaikan kepada remajadengan bahasa remaja, bersama harapan agar proses untuk menjiwai danmengamalkan hasil KEM HIJRI ini akan lebih mudah dan sesuai denganpanca roba kehidupan mereka yang serba mencabar hari ini.

Kami juga menawarkan ruang untukpeserta-peserta berdialog dengan fasilitator jemputan yang berlatarkanpelbagai bidang pengajian yang syariatik juga saintifik untuksumbangsaran perancangan pelajaran dan kerjaya mereka nanti. Terimakasih kepada teman-teman saya yang begitu ikhlas dan bersemangat untukberkongsi pengalaman mereka belajar di universiti terkemuka, dan kiniberjaya sebagai profesional di bidang masing-masing.

KEM HIJRI INI akan mencakupi 6 Topik Dasar iaitu:

  1. Meneroka rupa bentuk Islam (IPO Input Proses dan Output pada Iman, Islam dan Ihsan)
  2. Muslim pada Aqidah, Ibadah dan Akhlaq, yang banyak menekankan aspek MENGAPA disusuli BAGAIMANA
  3. Meneroka aplikasi konsep Syariatullah dan Sunnatullah untuk kecemerlangan holistik peserta
  4. Pengurusan Emosi dan Cinta Remaja
  5. Memulihkan Nilai Kekeluargaan dan Interaksi Sosial
  6. Merancang Pembelajaran dan Kerjaya

SAIFULISLAM TRAINING AND CONSULTANCY

KEM HIJRI ini dianjurkan oleh Saifulislam Training & Consultancy,syarikat persendirian milik saya, berteraskan gagasan idea yang sejaksekian lama menjadi teras kepada wacana di Saifulislam.Com. Penubuhansyarikat ini adalah untuk memenuhi kriteria Sunnatullah yangmenghendaki usaha dakwah dan penyebaran al-Haq dilakukan secarabersistem dan tersusun.

Program bakal diadakan Insya Allah diNur Lembah Pangsun Training Camp & Eco Resort, Hulu Langat. Lokasiterkenal ini menawarkan persekitaran yang segar, selamat, bersamafasiliti perkhemahan yang sempurna. Layari halaman web Nur Lembah Pangsun untuk keterangan lanjut mengenai lokasi pilihan kami ini.


Kepada ibu bapa yang berminat untukmenghantar anak mereka berkampung dan berwacana bersama saya danbarisan fasilitator kami, jangan berlengah untuk mendaftarkan anak andadengan menggunakan borang online yang kami sediakan di bawah, ataudengan menghubungi nombor perhubungan yang tertera di di bawah.

Kami memberikan sepenuh komitmen kepadaprogram ini. 3 hari 2 malam adalah umur anak remaja anda yang menjadiamanah kepada kami untuk berkongsi pengetahuan serta pengalaman, demimenyambut kedatangan tahun 1431H sebagai detik perubahan dengan penuhmakna dan semangat untuk berjuang juga cemerlang.

Ketemu kami di Nur Lembah Pangsun!

Haji Hasrizal Abdul Jamil
Saifulislam Training & Consultancy
www.saifulislam.com
"Erti Hidup Pada Memberi"



PENDAFTARAN ONLINE, SILA KE HALAMAN http://saifulislam.com/?page_id=4004

SEBARANG PERTANYAAN DAN PENDAFTARAN SECARA OFFLINE, SILA HUBUNGI SAUDARA DANIAL DI TALIAN 013-2769072

No comments:

Post a Comment