Tuesday, May 11, 2010
Khemah-Khemah Diterbang Angin Sebaik Selesai Acara Penutup
Khemah-khemah yang dipasang bagi Program Perkhemahan Motivsi Jatidiri Cemerlang bertempat di Padang Permainan Seksyen 2, Bukit Mahkota Bangi yang disertai oleh 50 murid Sekolah Rendah di sini sejak kelmarin tercabut dan diterbang angin kuat diikuti hujan lebat. Ini berlaku sebaik selesai acara penutup yang disempurnakan oleh ADNS Bangi dengan ucapan dan penyampaian sijil penyertaan.
Perkhemahan Motivasi ini dianjurkan secara bersama oleh Ikatan Relawan Rakyat (RELA), Surau Al-Muhajirin dan Persatuan Penduduk Seksyen 2 & 3 Bukit Mahkota. Hadir ke Majlis ini En. Khoo Kim Han yang mewakili YB Teo Nie Ching Ahli Parlimen Serdang, En. Ahmad Aidil Bin Misbah, Ketua Cawangan Pas, Bandar Seri Mahkota, Tuan SI Ramlan Din Ketua Balai, Polis Bangi, Leftenan Rela En. Muhammad Mustapha Kamal Bin Ismail Ketua Rela Platun 0023 Bukit Mahkota Merangkap Penyelaras Program, Captain Tuan Razali Buyung, En. Mohd Shukri Mohamad pegawai RELA, Ustaz Zamani Pengerusi Surau, Bilal Ramli, ahli-ahli Rela, Pegawai-Pegawai Polis, ibu bapa dan anak-anak yang diraikan.
Encik Muhammad Mustapha selaku Pengarah Program mengalu-ngalukan kehadiran ADNS Bangi serta tamu-tamu kehormat yang lain. Menurut En. Mustafa kejayaan Program sebenarnya lebih atas semangat serta gotong royong semua pihak. Jika berdasarkan kepada kewangan, menurut En. Muhammad Mustapha, sebenarnya baik rela, maupun Persatuan Penduduk dan Surau tidak mempunyai wang. Atas nama kerjasama dan keinginan mengasuh dan memotivasi anak-anak mendorong kami mengadakan Program Perkhemahan. Pihak Jawatakuasa Persatuan dan ibubapa sanggup mengeluarkan perbelanjaan dari poket sendiri. Walau bagaimana AJK mengucapkan terima kasih kepada pihak MPKj yang membekalkan 3 buah khemah, pihak tentera juga memberi pinjam khemah Hijau yang dibuka secara melebar, manakala khemah-khemah kecil antaranya kepunyaan anak-anak dan setengahnya dipinjam, tak kurang pula ada yang mengeluarkan peruntukan sendiri bagi memenuhi keperluan peralatan.
ADNS Bangi dalam ucapan, memuji semua pihak yang bekerja sama kerana mengeluarkan tenaga dan harta benda bagi menjayakan program perkhemahan. Ini tidak lain dari hasrat murni ingin melihat anak-anak dapat dididik dan dimotivasi bagi memperkembangkan potensi yang ada pada mereka agar belajar bersungguh-sungguh hingga menjadi pelajar berjaya dengan cemerlang. ADNS percaya dengan bimbingan Rela yang mempunyai disiplin ketenteraan dapat membantu anak-anak lebih berdisiplin. Dengan Program Perkhemahan ini anak-anak dapat mengisi masa dengan sebaik mungkin seperti sembahyang berjamaah di surau berdekatan. ADNS percaya program perkhemahan ini membentuk anak-anak dengan nilai akhlak yang murni seperti kerja berpasukan dan bergotong royong. Kalau cemerlang pelajaran sahaja, tetapi tidak cemerlang dari segi akhlak tidak dapat mencapai kejayaan sempurna. Beliau mahu anak-anak menjauhi anasir-anasir yang merosakkan akhlak dan tidak terlibat dengan gejala sosial. ADNS menekankan betapa mustahaknya anak-anak bersungguh-sungguh belajar dengan menumpukan kepada pelajaran dengan mengusai ilmu sebanyak mungkin bagi bekal diri bukan sahaja bagi keperluan kehidupan kini semata-mata yang makin mencabar, tetapi juga persediaan Hari Akhirat. Beliau mau kegiatan murni memberi motivasi kepada anak-anak diteruskan pada masa akan datang dan ADNS Bangi sedia bekerjasama memberi peruntukan sewajarnya.
Selepas berucap ADNS dijemput menyampaikan sijil penghargaan kepada anak-anak yang menyertai Program Perkhemahan dan pada masa ini angin mulai bertiup kencang dan hujan mulai turun dengan lebat. Pada masa ini beberapa khemah anak-anak tercabut dan terangkat. Ada di antara anak-anak dan ibu bapa di tengah hujan lebat itu menolong mengekang khemah-khemah dari terus dilari angin dan menyelamatkan barang-barang. Angin dan hujan lebat ini sebagai ujian secara life kepada anak-anak bagaimana menghadapi suasana cemas dan cara bertindak. Dengan ujian beberapa kepayahan yang dihadapi termasuk dari anasir alam di luar dugaan diharap ianya merupakan latihan dan pengajaran yang boleh mematangkan anak-anak,
Selepas menjamah makanan yang dihidang, hujan masih lebat ADNS mengucapkan terima kasih dan terpaksa memohon diri kerana perlu ke program pertandingan futsal di Seksyen 13 bagi perasmian penutupan dan juga menyampaikan hadiah.
Sekian.
Dicatat oleh dunbangi at 7:10 AM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment