Monday, May 11, 2009

Rakyat bersih Mahkota5 Sihat...

Salam ukhuwah,

1. Tema 'Rakyat Bersih Negara Sihat' menekankan bahawa untuk memastikan negara indah dan sihat, rakyat mestilah terlebih dahulu menyanjung tinggi kebersihan sebagai sebahagian yang penting dalam amalan kehidupan kita. Kebersihan hendaklah dijadikan sebahagian daripada budaya bangsa, budaya yang bukan sahaja diperkatakan tetapi juga diamalkan dalam kehidupan harian. Sebenarnya tidak ada jentera atau pentadbiran yang boleh membersihkan keadaan sekeliling jika rakyat mengotorkannya sepanjang masa. Walaupun diadakan pasukan pembersih yang amat besar, keadaan kotor akan terus ada jika kita selalu mengotorkan persekitaran kita. Kebersihan alam sekeliling banyak bergantung kepada setakat mana orang ramai sanggup mengurangkan perbuatan yang mengotorkan sekeliling kita.

2. Hanya yang boleh menjamin kebersihan ialah sikap kita terhadapnya. Jika kebersihan sudah menjadi sebahagian daripada budaya kita iaitu satu tabiat yang ada pada tiap seorang daripada kita, jika kita pandang serong dan keji akan amalan yang tidak bersih, maka tanpa apa-apa jentera penguatkuasa keadaan alam sekeliling akan menjadi bersih.


3. Apabila kebersihan sudah menjadi darah daging atau sebati dengan kita rakyat Malaysia, apabila kita tidak boleh 'tolerate' bau busuk dan kekotoran, apabila kita berasa malu jika kita kotor dan mengotorkan alam sekeliling, maka dengan sendirinya kekotoran akan berkurangan dan pencemaran tidak lagi akan menjadi masalah serta beban yang berat kepada masyarakat.




4. Adakah artikel 1,2&3 diatas telah dihayati oleh mereka yang tidak bertanggungjawab yang membuang sampah "haram" di kawasan larangan membuang sampang di simpang masuk ke sek5?. Usaha gotong-royong bersepadu telah dilaksanakan oleh jawatankuasa penduduk sek5 pada hari sabtu lepas (09-05-2009), namun sikap mereka yang masih lagi tidak prihatin dengan membuang sampah ditempat yang telah diersihkan sepertimana gambar dibawah ini amatlah dikesali.











Suasana Bersih & indah setelah gotong-royong dilakukan pada sabtu/09-05-2009





Sampah masih lagi dibuang di kawasan larangan membuang sampah

(gambar diambil oleh warga mahkota5 prihatin pada malam ahad/10-5-2009)

sama-sama kita jaga persekitaran bersih@mahkota5..

Disediakan oleh:

Jawatankuasa Biro Pengurusan & perhubungan awam,

Persatuan Penduduk sek5,

Bdr Bukit Mahkota.

No comments:

Post a Comment