Thursday, October 22, 2009
AWAS! Serangan anjing liar di mahkota5..berhati-hati.
**********************************************************
Salaam semua,
Apakah tindakan kita bagi menangani isu anjing liar ini?.Salah satu caranya memaklumkan kepada pihak PBT & Jabatan Perkhidmatan haiwan sepertimana usaha yang dilakukan oleh pihak Majlis Perbandaran Seremban dengan kerjasama Jabatan Perkhidmatan Haiwan sepertimana petikan artikel berikut:
Operasi tembak anjing liar
Oleh Ahmad Naim Tahir
Berita Harian, 19 Jun 2006
BAHAYA: Anjing liar kelihatan berkeliaran di jalanan
di kawasan perumahan di Seremban
Tindakan MPS untuk kepentingan orang ramai
SEREMBAN: Insiden serangan anjing liar ke atas manusia, termasuk di negara ini bukan isu luar biasa dengan sesetengah kes mengakibatkan kecederaan parah yang memerlukan rawatan pemulihan lama.
Lebih membimbangkan adalah keselamatan kanak-kanak, kumpulan paling berisiko kepada serangan haiwan terbabit seperti kebanyakan kes yang dilaporkan media massa tempatan sebelum ini.
Anjing liar ibarat `bom jangka' yang boleh bersikap jinak pada satu ketika dan pada ketika lain pula bertindak ganas sehingga mampu mengancam nyawa manusia.
Haiwan terbabit juga dikaitkan dengan isu kebersihan kerana sering menggeledah tong sampah atau longgokan sampah sarap di kawasan perumahan atau komersial.
Menyedari isu anjing liar boleh merangkaikan kepada pelbagai masalah serius lain, Majlis Perbandaran Seremban (MPS) mengambil tindakan menghapuskan haiwan berkenaan demi kepentingan semua pihak.
Dalam tempoh kira-kira setahun sejak Mei tahun lalu, 1,165 ekor anjing liar serta yang dipercayai bertindak ganas dan berbahaya dihapuskan melalui operasi oleh Unit Penembak Anjing (UPA) MPS.
Yang Dipertuanya, Abd Halim Abd Latif, berkata sejak menubuhkan unit berkenaan pada Mei tahun lalu, MPS berjaya menyelesaikan banyak kes aduan membabitkan anjing liar di kawasan pentadbirannya.
"Selain anjing yang tidak berlesen, kita juga menghapuskan anjing yang dipercayai bertindak ganas dan berbahaya. Dalam tempoh sama, sekurang-kurangnya 10 notis kompaun dikeluarkan setiap hari.
"Kompaun dikeluarkan kepada pemilik anjing tanpa lesen dan pemilik anjing berlesen yang tidak menggantung lesen itu pada haiwan berkenaan dan membiarkan berkeliaran di kawasan premis tanpa diikat dan dikawal," katanya.
Katanya, sepanjang Mei hingga Disember 2005, sebanyak 699 anjing liar dihapuskan membabitkan 86 ekor pada Mei, Jun (137), Julai (151), Ogos (75), September (91), Oktober (240), November (61) dan Disember (71).
Jumlah anjing liar dihapuskan MPS dari Januari hingga April 2006 pula sebanyak 466 ekor membabitkan 171 ekor pada Januari, Februari (175), Mac (68), April (52).
Abd Halim berkata, mengikut Akta Undang-Undang Kecil Pelesenan Anjing (Majlis Perbandaran Seremban) 1986, pemilik anjing perlu memastikan haiwan peliharaan mereka dilesenkan dengan setiap lesen hanya dikenakan bayaran RM10.
Bagaimanapun, katanya, anjing dipelihara tidak boleh melebihi dua ekor dengan pemilik yang melanggar peraturan itu boleh didenda sehingga RM500 atau penjara sehingga enam bulan atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.
"Jika masih ingkar, MPS boleh memfailkan kes mengikut Seksyen 81(b) akta sama yang membolehkan penembak anjing MPS masuk ke dalam premis untuk menghapuskan anjing berkenaan jika ia mengganggu orang ramai," katanya.
Beliau berkata, pemilik anjing yang tidak mematuhi notis juga boleh didenda sehingga RM1,000 atau penjara sehingga enam bulan atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan mengikut Syarat 82 Akta Kerajaan Tempatan.
Sehubungan itu, Abd Halim menasihatkan pemilik anjing supaya memastikan haiwan peliharaan mereka berlesen kerana MPS tidak akan berkompromi dengan mana-mana pemilik anjing yang tidak mematuhi peraturan itu.
"Pemilik juga perlu mematuhi syarat seperti mengikat anjing dan menggantung lesen pada haiwan itu bagi mengelak tindakan mahkamah, selain memastikannya tidak mengganggu ketenteraman jiran dan penduduk setempat," katanya.
Pendekatan MPS dalam menangani masalah anjing liar itu mendapat sokongan masyarakat yang berpendapat ia wajar bukan saja untuk menjamin keselamatan manusia, tetapi juga mempunyai banyak manfaat lain.
Rata-rata penduduk yang ditemui berkata, anjing liar digeruni kerana mampu mengancam keselamatan serta turut menyumbang masalah lain seperti penyebaran penyakit serta menjejaskan kebersihan.
Pekerja swasta, Norwati Md Yusop, berkata kumpulan anjing liar sering menggeledah longgokan sampah, mampu mengancam nyawa serta boleh menyebabkan penyakit berbahaya melalui gigitan.
"Sampah yang digeledah akan bertaburan dan menyebabkan kekotoran. Kumpulan anjing liar juga sering menyalak dan membuat bising pada waktu malam, selain boleh mengancam keselamatan orang ramai, terutama kanak-kanak," katanya.
FAKTA
Penghapus anjing liar oleh MPS
· 1,165 anjing liar dalam tempoh setahun sejak Mei 2005
· Sekurang-kurangnya 15 ekor dihapuskan sehari
· 103 kompaun kepada pemilik anjing tanpa lesen pada 2005
· 77 kompaun kepada pemilik anjing tanpa lesen Januari-April 2006
Sila kembalikan Borang Maklumbalas Pencemaran..Kerjasama anda dihargai.

Assalamualaikum,
pagi tadi (8.00pagi/22-10-2009) masih lagi berlaku pencemaran udara di sekitar bdr bukit mahkota.Pihak persatuan penduduk sek5 telah pun menubuhkan satu jawatankuasa khas yang diketuai oleh Hj Alwi & Prof Madya Dr Khairuddin bagi menangani isu ini. Alhamdullilah, kami telah bermesyuarak 2X berkaitan perkara ini. Didalam mesyuarat yang lepas diputuskan dibuat analisa berdasarkan maklumbalas yang diterima oleh penduduk setempat bermula 10-17/10/2009. Borang telah pun diedarkan menerusi e-mail, blog mahkota5 & rumah ke rumah. untuk makluman,jumlah borang laporan Pencemaran yang diterima masih lagi kurang untuk dibuat analisa.setakat ini hanya 2 borang yang diterima oleh saya. Diharapkan kerjasama daripada tuan/puan agar mengembalikan borang maklumbalas tesebut dengan kadar segera untuk kami analisa dan membuat tindakan susulan.Berikut adalah e-mail yang diterima daripada pihak JAS,N9 berhubung isu pencemaran ini & juga jawatankuasa khas isu pencemaran ini. Borang maklumbalas pencemaran ini amatlah mustahak bagi kami mengukuhkan bukti yang sedia ada bahawa masalah ini bukannya masalah individu tetapi masalah setempat yang merangkumi semua warga dibandar bukit mahkota.
**************************************************************************
E-mail (1) : Maklumbalas daripada Jabatan Alam Sekitar, N9
******************************
E-mail(2) : Permintaan oleh pihak Jawatankuasa Khas (Persekitaran),
Persatuan Penduduk Sek5,bdr bukit mahkota.
Assalamualaikum wbt,
*******************************************************************
salam hormat,
Biro Pengurusan & Perhubungan Awam,
Persatuan Penduduk Sek5,
Bandar Bukit Mahkota.
www.mahkota5.blogspot.com
Thursday, October 15, 2009
Pemantauan pencemaran udara akut di bandar bukit mahkota...





Assalamualaikum,
Bersama-sama ini dilampirkan borang rekod pemantauan pencemaran akut & punca-punca yang dikenalpasti.
salam hormat.
Biro Pengurusan & perhubungan Awam,
Persatuan Penduduk Sek5,
Bandar Bukit Mahkota,
Friday, October 2, 2009
Pecutan Akhir SPM 2009
Assalamualaikum w.b.tBerikut ialah program anjuran Pusat Tuisyen Rakyat Selangor untuk pelajar-pelajar SPM 2009Nama Program : Pecutan Akhir SPM 2009
Tarikh / Hari : 18 hb. Oktober 2009 (Ahad)
Tempat : Dewan Budiman,Fakulti Pendidikan UKM
Masa : 8.00 pagi hingga 5.00 petang
Sasaran Peserta : 250 orang
Penyertaan
: Pelajar Tingkatan 5 Pakaian : Sopan dan Menutup Aurat
Maklumat Lain : Makanan Disediakan
Yuran : Percuma
Penyertaan diwajibkan kepada pelajar-pelajar yang menyertai program PTRS dan juga dibuka kepada pelajar luar DUN Bangi. Untuk penyertaan dari pelajar2 selain mengikuti program PTRS harap dapat mendaftar dengan menghubungi saya melalui telefon @ SMS ke 0194328684 -Sakinah AhmadRegards,Koordinator Pembangunan Modal InsanDun Bangi
INDEK JENAYAH MULAI 19 SEP HINGGA 01 OKT 2009
Thursday, 1 October 2009
Semua Penduduk BSP Yang Dihormati.
Selamat Hari Raya Aidil Fitri.
Maaf zahir dan batin.
Assalamualaikum
Warahmatullahi Wabarakatuh dan selamat sejahtera.
Syukur Alhamdullillah, semakan yang dibuat dengan Balai Polis Bangi merekodkan tiada lapuran diterima mengenai kejadian jenayah seperti pecah masuk rumah, samun, ragut dan sebagainya bagi jenayah indek bermula pada 19 Sep hingga 01 Okt 2009. Satu berita yang baik dan melegakan hati semua penduduk yang agak risau pada awalnya untuk meninggalkan rumah masing-masing bagi merayakan Hari Raya Aidil Fitri “Balik Kampung” baru-baru ini.
Satu kepujian harus diucapkan kepada semua anggota Polis di Balai Polis Bangi dan juga bantuan rondaan oleh Polis daripada IPD Kajang dan Bandar Baru Bangi yang telah membuat rondaan dan pemantauan disemua kawasan di dalam BSP. SYABAS diucapkan. Begitu juga, beberapa skim yang telah berusaha menggunakan perkhidmatan kawalan keselamatan berbayar di skim masing-masing untuk beberapa hari sebelum dan selepas hari raya bagi menentukan kawasan selamat. Pihak Polis juga berterima kasih di atas keperihatinan semua penduduk yang telah bekerjasama dan mengambilberat dengan mengisi “Borang Balik Kampung” yang telah banyak membantu dan memudahkan pihak Polis membuat rondaan kawasan untuk memastikan pencegahan dan cubaan jenayah dapat dipatahkan.
Sebagai maklumat bersama, suspek yang menyamun Stesyen Minyak Petronas BSP pada 17 Sep 2009 yang lalu telah diberkas dikawasan negeri Pulau Pinang pada minggu lepas. Suspek juga telah mengaku melakukan samun dibeberapa buah Stesyen Minyak di dalam daerah Kajang.
Sekian, dimaklumkan.
Wassalam.
Norizan bin Hj Sulaiman
BHDSB