Monday, February 1, 2010

Passion Fruit garden di sek5, bdr bukit mahkota????






Sek5, bdr bukit mahkota, 31-1-2010 - Ajk persatuan penduduk sek5, bdr bukit mahkota telah menerima beberapa panggilan daripada warga prihatin mahkota5 berkaitan kewujudan kabin yang tertulis papantanda "PASSION FRUIT GARDEN" yang diletakkan bersebelahan pondok kawalan ke-2 di hujung simpang jalan BM5/12. Kewujudannya menjadi tanda tanya kerana tiada pemberitahuan dimaklumkan kepada kami selaku jawatankuasa penduduk mahkota5. Alhamdullilah, pengerusi PPS5BBM, Encik Mamat dan beberapa ajk telah pun melawat tapak tersebut dan mengutarakan persoalan ini. Satu perjumpaan dengan pemilik yang berhasrat cuba mengusahakan tanah di bawah jajaran talian Tenaga Nasional tersebut telah diatur dirumah pengerusi. Pengerusi memaklumkan kepada pemilik tersebut bahawa beliau telah melakukan kesilapan iaitu masuk kampung/taman tanpa meminta izin terlebih dahulu.Pemilik tersebut iaitu Sdr Subuh mengaku kesilapan tersebut dan telah berjanji kepada pengerusi untuk mengemukakan segala bukti yang menyakinkan berkaitan kelulusan dan sebagainya bagi tanaman pokok markisa didalam tempoh seminggu akan datang..insya-allah, maklumbalas daripada semua warga mahkota5 amatlah diharapkan bagi menjamin persekitaran mahkota5 yang selamat, aman & ceria.
terima kasih diatas sokongan yang diberikan.

sekian...

Dilaporkan oleh:

Biro Pengurusan & Perhubungan Awam,
Persatuan Penduduk Sek5,
Bdr Bukit Mahkota, bangi.

2 comments:

  1. Sdr Zul,
    Minta update bila tarih perjumpaan, saya akan cek dengan TNB berhubung kelulusan memasuki tanah di bawah talian voltan tinggi
    tk.

    ReplyDelete
  2. Untuk makluman ,
    perjumpaan dibuat semalam,Ahad,31-1-2010 antara pengerusi,en mamat,ajk & pemilik Passion fruit garden iaitu en Subuh.No HP en Subuh (012-4448853).Pertemuaan seterusnya, boleh check dengan pengerusi.

    ReplyDelete