Tuesday, February 16, 2010

RONDAAN CEGAH JENAYAH PDRM BERSAMA PLATUN RELA BBM

14.2.2010- Pasukan Rela Platun 0023 - Bandar Bukit Mahkota berkerjasama untuk julung kalinya dengan anggota PDRM menjalankan Operasi Cegah Jenayah di sekitar kawasan perumahan Bandar Bukit Mahkota. Operasi yang dimulakan pada jam 11.30 malam dengan kekuatan 30 anggota serta 4 anggota polis dari Balai Polis Bangi turut dibantu oleh anggota rela dari Mukim Beranang.

Menurut KPR Bandar Bukit Mahkota , Tuan Shokree operasi ini dijalankan bertujuan untuk menangani kes-kes jenayah pada musim perayaan, Pihak Rela dan PDRM sentiasa mencari jalan untuk memberi perkhidmatan terbaik kepada masyarakat Bandar Bukit Mahkota Khasnya.Operasi seperti ini akan dijalankan dari masa ke semasa bagi menjaga keharmonian dan keamanan penduduk BBM.

Justeru itu, Platun BBM masih membuka penyertaan keangotaan kepada semua penduduk yang ingin turut serta menyertai pasukan.

1 comment:

  1. Terima kasih Sdr.Kyairul selaku Ketua Biro Sukan & Rekreasi dan anggota RELA Team 2 di atas berita tersebut-KPR 0023 (Lt.(RELA) Shokree)

    ReplyDelete