Monday, March 29, 2010
Mesyuarat Agung Sekolah Agama Sungai Ramal Dalam Dan Sekolah Agama Pekan Bangi
BBB, 11 – 12 J. Akhir = 27 – 28 Mac (Sabtu – Ahad):
Selama dua hari berturut-turut menghadiri Mesyuarat Agung PIBG Sekolah Agama Sungai Ramal Dalam bagi kali ke 18 pada Sabtu dan ke Sekolah Agama Pekan Bangi pada hari ini (Ahad) bagin kali ke 11. Kedua-dua sekolah menerima Guru Besar yang baru, Sekolah Agama Sungai Ramal Dalam menerima Guru Besar Baru sejak Disember 2009 lepas, iaitu Ustaz Muhd Fathullah Suhaimi bin Muhd Juhari. Beliau adalah Guru Besar yang ditukar dari Sekolah Agama Pekan Bangi, manakala Sekolah Agama Pekan Bangi menerima Guru Besar yang baru, iaitu Ustazah Nuraini yang merupakan anak tempatan yang telah berkhidmat di banyak sekolah dan kali ini kembali berkhidmat di kampong sendiri.
ADUN mengucapkan tahniah kepada pihak sekolah dan PIBG Sungai Ramal Dalam yang dipimpin oleh En. Kamsari bin Hj. Nor yang banyak membawa perubahan kemajuan bagi sekolah. Sejarah sekolah ini menurut Haji Muhammad Abdul Wahab Imam Masjid Sungai Ramal Dalam yang banyak terlibat dengan sekolah ini adalah bermula dengan pengajian di masjid sekitar 1983, kemudian dikenali dengan kelas Fardu Ain 1985. Seterusnya sekolah ini didaftar sebagai Sekolah Agama. Dengan ehsan Masjid tapak milik Masjid didirikan bangunan Sekolah Agama yang ada sekarang yang bangunannya berharga 1.5 juta. Sekolah ini dengan bangunan barunya mula digunakan pada tahun 2000 mempunyai guru dan kakitangan sejumlah 33 orang. Pada tahun 2008, 3 orang murid mencapai mumtaz dalam peperiksaan PSRA, manakala pada tahun 2009 seramai 2 orang. Sekolah ini pada dasarnya tidak mempunyai masalah dari segi pembangunan. Cuma ADUN pernah diminta membina lindungan atap bagi jalan tempat menunggu murid-murid masuk ke sekolah dan memasang paip air bagi tempat pelajar-pelajar mengambil wudhu`.Diharap dengan pertukaran Guru Besar yang baru dapat bekerjasama lebih erat dengan PIBG bagi meningkatkan prestasi sekolah dan murid-muriud di sekolah ini. Demikian harapan ADUN sebelum merasmikan Mesyuarat Agung.
Manakala Sekolah Agama Pekan Bangi yang mengadakan Mesyuarat Agung PIBG bagi kali ke 11 ini, mengalami perubahan dari dulunya sesak dengan murid-murid, kini agak selesa, kerana sebahagian dari murid-murid di sekolah ini berpindah ke Sekolah Agama Bandar Seri Putera yang dibuka pada akhir tahun 2009. Kini tinggal lebihkurang 400 orang murid dengan 17 orang guru. Sekolah ini menunjukkan prestasi yang baik dari segi pelajaran. Misalnya keputusan peperiksaan PSRA 2009 amat memberangsangkan dalam mana 6 orang pelajar mencapai peringkat mumtaz. Kita berharap dengan pertukaran Guru Besar yang baru dan dengan jumlah pelajar yang selesa dan persekolahan satu sesi (petang) semoga sekolah ini akan meningkat dari segi prestasi pelajaran dan yang lain.
Masalah yang dihadapi oleh sekolah ini sebagaimana ADUN berbincang dengan Pengerusi PIBG, iaitu saudara Zul Nor, oleh kerana sekolah ini agak tersorok ke dalam, terlindung dari pandangan dari jalan dan hampir tiada perumahan di sekelilingnya, maka sekolah ini sering diceroboh dan berkali-kali berlaku kecurian barang-barang. Misalnya komputer yang disumbangkan oleh ADUN Bangi dicuri, begitu juga dengan PA system juga kena curi, begitu juga dengan beberapa barangan lain turut dicuri, bahkan sistem wiring letrik juga dirosak dan dicuri. Ini menyebabkan sekolah mengalami puluhan ribu ringgit kerugian. Hari ini tabung pungutan diedar untuk mendapat dana bagi membeli PA sistem yang baru. Kita harap ianya tidak menjadi bahan curian pencuri lagi.
ADUN sebelum merasmikan Mesyuarat Agung melahirkan kerisauan dan mengharapkan langkah-langkah keselamatan diambil, seperti mengambil pengawal bekerja, guru atau pekerja tinggal di kawasan atau berhampiran sekolah dan tidak meninggalkan barang-barang berharga di sekolah. Sekolah ini juga mengalami kerosakan tandas. Yang dapat digunakan ialah 2 unit untuk murid-murid perempuan dan hanya satu unit untuk murid-murid lelaki. ADUN menggesa agak kerosakan ini perlu segera dibaiki.
sumber : http://drshafie.blogspot.com/2010/03/mesyuarat-agung-sekolah-agama-sungai.html
No comments:
Post a Comment