Assalamualaikum,
Dikongsikan e-mail daripada Prof Khairuddin berkaitan isu pencemaran bau di bukit mahkota utk makluman semua.Terima kasih diatas usaha yang dilakukan.
Salaam,
Baru sebentar tadi saya bercakap dgn En Zikri dari MPKj yg ditugaskan menyelia tapak lupus sampah di Sungai Kembong. Katanya tapak itu ditutup mulai hari ini (20hb Julai) dan mulai petang semalam lori2 sampah diarahkan ke Semenyih. Mereka kini sedang melakukan pembentengan laluan ke tapak tersebut agar tidak lagi digunakan, serta penimbusan sampah dgn tanah.
Diharapkan aniaya bau dari tapak tersebut reda dalam masa terdekat. (Jika ada lagi bau, besar kemungkinan kita perlu alihkan pula pandangan ke kilang kertas di Nilai3 sbg punca bau tersebut).
Semalam saya telah lalu di tepi dua kilang bateri yg berjiran dgn komuniti kita. Saya dapati keadaan bumbung kilang pertama (Wealthview) amat teruk dan lapisan bumbung yg pertama (pengudaraan) telah mereput lebih meluas berbanding 4 bulan lepas. Saya tiada kamera utk diambil gambar pada waktu itu.
Ini bermakna wap panas asid bateri (yg mengandungi hablur plumbum sulfat) masih terlepas dari penapis dalam kilang dan di keluarkan dari kilang melalui celah2 pengudaraan di bumbung kilang, lalu mereputkan bibir atap di lapisan bumbung sepanjang kilang. Seterusnya asid sulfat (yg mengandungi plumbum sulfat) ini juga dilepaskan ke udara dan dibawa angin ke komuniti kita (Lihat emel saya dulu yg tunjukkan topografi permukaan bumi dan aliran angin di Bukit Mahkota).
Selain dihujani dgn asid sulfat (pencemar alam sekitar) kita juga dihujani dgn racun plumbum (dari hablur plumbum sulfat). Kesan keracunan plumbum keatas kita, terutamanya kanak-kanak telah saya sampaikan dlm emel2 yg lepas.
Di kilang bateri kedua pula saya dapati sedang berlaku renovasi besar-besaran. Nampaknya kilang ini belum mula operasi lagi.
(1) Jika sekolah rendah dan menengah dibangunkan di komuniti kita dlm RMK10 ini tidakkah kilang-kilang tersebut boleh menjadi faktor berpengaruh ke atas pretasi kanak-kanak semasa di rumah dan di sekolah?
(2) Apakah yg boleh kita lakukan utk mengatasi aniaya besar pada komuniti kita ini?
Wasalam,
Khairuddin
(Profesor Madya dlm bidang Kajibaka dan Bioinformatik)
No comments:
Post a Comment