Friday, March 16, 2012

Catatan Mesyuarat Agung PIBG SRABSP 2012


Inline images 5

Inline images 6
Antara ibubapa dan guru yang hadir

Inline images 7
Mantan YDP dan perasmi, Puan Hjh Habibah, Penolong Pegawai Tadbir Agama Sepang

Inline images 8
Barisan AJK Sesi 2012-2014 (senarai di sini)

Alhamdulillah mesyuarat PIBG SRABSP Sabtu lalu telah berjalan dengan lancar yang dihadiri hampir 120++ wakil ibubapa dan guru. Ini melebihi tahun lepas iaitu seramai 105 orang sahaja. Bagaimanapun, jumlah ini masih kecil berbanding jumlah pelajar SRABSP yang mencecah 1,500 orang keseluruhannya. Mungkin sahaja tarikh mesyuarat yang jatuh pada awal cuti sekolah menyebabkan ramai yang telah mula bercuti. Apa pun, diharap ibaubapa dapat melunagkan masa untuk aktiviti  PIBG pada masa akan datang. Lebih ramai yang hadir, lebih kuat kesatuan PIBG. Itu pun tema mesyuarat tahun ini, "Memperkasakan Pendididkan Melalui PIBG".

Majlis bermula dengan sarapan di kantin sekolah untuk menyuntik tenaga para hadirin yang hadir agar bertenaga dan bersemangat untuk mesyuarat pada pagi tersebut.

Seterusnya diikuti dengan ucapan guru besar dan YDP Sesi 2010-2012, En Lokman Md Sarip. Antara lain menyebut kekangan dan kejayaan yang telah diraih oleh sekolah dan PIBG sepanjang 2 tahun sebelum ini. Antara kekangan untuk mengadakan kemudahan fizikal seperti laluan berbumbung, pintu pagar kedua dsb yang tidak dapat disediakan kerana dana yang tidak mencukupi. Juga disebut tentang kejadian seperti kes pelajar digigit anjing, isu kenderaan masuk ke sekolah dsb yang mana ianya perlu kepada bantuan daripada entiti lain seperti MPKj, Pejabat Agama Daerah Sepang dll.

Kemudian diikuti oleh ucapan perasmi, Puan Hjh Habibah, Penolong Pegawai Tadbir Agama, Bahagian Pendididkan Islam, Pejabat Agama Islam Daerah Sepang. Antara yang disebut adalah jumlah pelajar SRABSP yang paling ramai di dareah Sepang yang memberikan impak positif dan negatif. Positifnya, ramai ibubapa dan kewangan PIBG yang lebih kukuh. Negatifnya, penempatan guru kadangkala berkurangan serta masalah buku teks dsb. Beliau juga berkongsi cerita pengalaman beliau mengenai anak-anak Tahun 6 yang menduduki peperiksaan PSRA dan UPSR. Katanya, perlu ada kompromi antara SK dan SRA. Contohnya semasa UPSR, anak-anak ini dikumpulkan selama seminggu di SK untuk penumpuan UPSR. Manakala, seminggu lagi di SRA untuk penumpuan PSRA. Rekod kedatangan bagi kedua-dua sekolah ini dicatit hadir. Alhamdulillah, keputusan UPSR dan PSRA anak-anak ini adalah seimbang.

Menganjak ke mesyuarat, selepas minit mesyuarat tahun lepas di sahkan, laporan kewangan juga telah disahkan. Jawatankuasa Sesi 2010-2012 pun meletakkan jawatan.

Seterusnya pemilihan telah dijalankan. Senarai AJK di sini. Sesi 2012-2014 akan diterajui oleh mantan NYDP sebelum ini, En. Mohammed Iqbal Ismail. Dalam ucapan penangguhannya, beliau menyebut projek besar PIBG pada tahun ini adalah Projek Wakaf 1,200 Naskah Al-Quran untuk kegunaan harian di sekolah.

Manakala, beberapa usul yang dibincangkan seperti pengekalan yuran PIBG RM50 seorang murid atau RM100 satu keluarga (jika anak lebih seorang), laluan berbumbung dsb telah dijawab oleh YDP dan pihak sekolah.

Kewangan PIBG sehingga Febuari 2012 adalah sebanyak RM58,000. Untuk makluman masih terdapat 35% ibubapa yang masih belum membayar yuran PIBG bagi tahun 2012. Maka, diharap ibubapa berkenaan dapat menyelesaikannya dengan berjumpa dengan Bendahari PIBG, Ustazah Noraliza (016-6743938).

Akaun PIBG:
PIBG SRA Bandar Seri Putra
Bank Muamalat
1408 00000 626 717

Disertakan motaj yang disediakan oleh Ustaz Syahmi dan maklumat untuk wakaf Al-Quran.

Montaj Mesyuarat Agung PIBG SRABSP Kali Ketiga

No comments:

Post a Comment