Saturday, March 17, 2012

Perjumpaan khas AJK mahkota5 bersama pemaju SKBBM

Sabtu,17-3-2012 : Alhamdullilah, satu pertemuaan khas diantara AJK persatuan penduduk seksyen 5 bdr bukit mahkota dengan kontraktor SKBBM iaitu Lingkaran Muhibah Sdn Bhd telah berjaya diadakan pada jam 1 tgh tadi. Pihak kontraktor SKBBM iaitu Lingkaran Muhibah Sdn Bhd diwakili oleh Senior Project manager,En Chong Hooi heong  dan site manager, En chean tyng uei telah memaklumkan projek SKBBM secara rasminya bermula 25 jan 2012 hingga 24 julai 2013 ( 18 Bulan ) dengan kapasiti 24 buah kelas dan Pra Sekolah dengan menggunakan IBS sistem.Hasil perbincangan dengan pihak kontraktor tersebut, beberapa isu dan cadangan dikemukakan untuk perhatian pihak kontraktor untuk dipertimbangkan. Antaranya:

1)Isu keselamatan warga mahkota5 khasnya melibatkan jalan BM5/12 yang akan digunakan untuk tujuan pembinaan SKBBM kelak.Dicadangkan agar di pasang mirror di simpang jalan untuk mengelakkan kemalangan.

2) Isu berkaitan pekerja binaan yang akan menduduki rumah kongsi ditapak sekolah.Pihak kontraktor perlu memastikan pekerjanya memenuhi syarat yang ditetapkan oleh pihak berwajib.

3) Isu kebersihan ditapak sekolah.

Insya-allah,sesi pertemuaan ini akan diatur lagi bagi sekiranya perlu. Sama-sama kita berdoa agar pembinaan SKBBM ini berjalan lancar dan mengikut jadual yang ditetapkan.

Sekiranya ada sebarang cadangandan aduan berkaitan dengan projek SKBBM,sila maklumkan kepada Jawatankuasa Persatuan Penduduk utk tindakan selanjutnya.

Sekian.wassalam.


Dilaporkan oleh,
Biro Pengurusan dan Perhubungan awam,
Persatuan Penduduk Seskyen 5,
Bdr Bukit Mahkota.

17-3-2012.

No comments:

Post a Comment