Friday, June 5, 2009

Jom Bersih..Program Gotong Royong Perdana Sek5, Bdr Bkt Mahkota


assalamualaikum,

Jawatankuasa Persatuan Penduduk Sek5, Bandar Bukit mahkota ingin mengwar-warkan berkaitan program gotong royong perdana sek5 pada 27 Jun 2009(sabtu) yang bakal dihadiri oleh YB ADUN Bangi, Dr Shafie Abu bakar dan ahli majlis MPKJ zon 24, Sdr Mazwan Johar .Jom sama-sama kita turun padang bergotong royong. Insya-allah, kaunter kemaskini keahlian, aduan , pembayaran yuran keahlian akan dibuka pada hari tersebut. Disamping itu juga, jawatankuasa program juga merancang untuk mendirikan papan tanda "Selamat Datang ke Seksyen 5, Bandar Bukit Mahkota" di pintu masuk ke Jalan Mahkota5. Sumbangan anda amatlah dialu-alukan samada dalam bentuk tenaga, harta , masa dan sebagainya.

Sila hebohkan program ini kepada semua warga mahkota5.

Sekian.salam hormat.

"Mahkota5, rumahku..Jom Bersih"

Pengerusi Jawatankuasa Program
Gotong Royong Perdana sek5,
Persatuan Penduduk Sek5,
Bandar Bukit Mahkota, Bangi.

No comments:

Post a Comment