Tuesday, July 21, 2009

Masalah bau asap bertoksid menyelubungi mahkota5...




Salam Ukhuwah,

1.Sejak kebelangkangan ini,keadaan sekitar sek5,bdr bukit mahkota telah diselubungi dengan bau asap bertoksid pada setiap malam sehinggakan masuk ke lantai rumah dengan "particle" hitam.
2.Aduan berhubung perkara ini telah dibuat oleh Hj Alwi kepada pihak MPKj. Disamping itu juga tinjauan di tempat perlupusan sampah Sg kembong juga telah dilakukan oleh Hj Alwi,Dr Khair, Ismail Samsudin.
3.Permasalahan ini juga telah dipanjangkan kepada pengetahuan ahli majlis Zon 24, sdr mazwan johar untuk tindakan selanjutnya.
4.Dimaklumkan berkemungkinan ianya berpunca daripada pembakaran kabel daripada kawasan perindustrian Nilai, Negeri Sembilan. Kerjasama daripada pihak Majlis Perbandaran Nilai sedang diusahakan oleh pihak MPKj bagi masalah ini.
5.Tahniah diatas keprihatin warga mahkota5 bagi memastikan persekitaran yang bersih & selamat.
6.Insya-allah, dicadangkan agar ditubuhkan satu jawatankuasa bertindak bagi menangani permasalahan bau bertoksid ini.
7.Segala kerjasama & maklumbalas amat diharapkan bagi mendapatkan kesahihan maklumat bagi mencari punca & penyelesaian berkaitan masalah ini.

Dilaporkan oleh,
Biro Pengurusan & Perhubungan Awam,
Persatuan Penduduk Sek5,
Bdr Bukit Mahkota.

1 comment:

  1. Tahniah kerana AJK prihatin dengan masalah ini. Saya kesal kerana sehingga kini tiada tindakan diambil oleh MPKj sedangkan jika dikaji di dalam internet pembakaran kabel boleh mengakibatkan kanser, radang paru-paru dan kerosakan sel manusia. Tiga penyakit ini sudah cukup untuk menyedarkan pihak berkuasa tetapi malangnya tidak.

    Sejak sebulan ini juga anak-anak saya berulang ke klinik untuk rawatan batuk dan lelah yang saya syak berpunca dari asap toksid ini. Saya tidak lagi membenarkan mereka keluar mengaji pada waktu malam disebabkan gejala ini.

    Saya cadangkan, pihak AJK ketengahkan perkara ini kepada pihak media dengan menghantar faks kepada pejabat akhbar tempatan dan jemput mereka menghidu asap toksid itu sendiri yang akan bermula sekitar jam 8-9pm sehingga 7-8am kesokan harinya.

    Sampai bila kita semua akan tersiksa sebegini? Untuk makluman, pembakaran kabel samalah dengan pembakaran terbuka kerana ianya melibatkan orang awam dan ianya salah disisi undang-undang alam sekitar.

    sekian, terima kasih
    Azhar Ghazali
    penduduk Seksyen 5

    ReplyDelete