hursday, July 30, 2009
PROJEK-PROJEK DI BANGI DAN SERDANG
Pejabat Daerah Hulu Langat: Selasa 6 Sya`ban = 28 Julai
Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Tindakan Daerah Hulu Langat berlangsung di pejabat tersebut dari jam 9.30 pagi hingga jam 1.30 tengaharai. Mesyuarat dihadiri ahli-ahli parlimen, adun-adun, ketua-ketua jabatan-jabatan atau wakil-wakil dan penghulu-penghulu. Mesyuarat membincangkan tentang projek-projek sama ada dari Persekutuan, Negeri dan tempatan yang telah dan sedang dijalankan. Turut dibincangkan projek-projek cadangan , berbagai permasalahan dan cadangan-cadangan mengatasinya. Mesyuarat dipengerusikan oleh Tuan Pegawai Daerah Hulu Langat Tuan Haji Zainal Abidin bin A`la.
Antara perkara-perkara penting dibincangkan ialah mengenai projek-projek di bawah JKR berhubung dengan jalan-jalan, penyelenggaraan longkang dan culvert yang tidak dapat menampung aliran air, pembinaan bonggol contoh jalan utama Kg. Bahagia, Bangi (selesai), isu kesihatan berhubung dengan wabak TIFOID Sungai Congkak (selesai) dan wabak influenza HINI (Selsema Babi) yang turut berlaku di Hulu Langat, lambakan kereta-kereta buruk di kawasan tanah rezab TNB Seksyen 16 Bandar Baru Bangi (Selesai 14 Julai 2009), Isu keselamatan, pendidikan, kecurian pasir, perumahan, balai raya dan balai komuniti.
Di bawah diperturunkan projek-projek di Bangi dan Serdang
a) Projek Persekutuan
- Pembesaran Akademi Percukaian di Bandar Baru Bangi. Kos RM33,290,618.54 (100% SIAP).
- Pembinaan bangunan Pusat Pemprosesan Pengeluaran dan Gudang LHDN, Bangi, Selangor – Kos RM 57,604,592.80 , (25% -dalam pembinaan).
- Membina dan menyiapkan Klinik Kesihatan dan Kuaters di Bandar Sri Putra, Kos RM 16,299,726.35 , (33% progress pembinaan).
- Membina dan menyiapkan Klinik Kesihatan 3 dan Kuarters di Sungai Chua di bawah DUN Bangi – Kos RM18,358,808.80 (3% - Bermula pembinaan).
- Cadangan Projek Pusat Pembangunan Teknologi & Kuantiti di Kompleks MINT, Bangi – Kos RM14,897,000.00 (23% progress).
- Pembinaan Bangunan Tambahan Pusat Pameran Multimedia OSHI, Ibu Pejabat MOSH, Bandar Baru Bangi – Kos RM32,909,000.00 (5% - Bermula pembinaan).
- Pembinaan Blok Asrama (MTCP) di Kampus ILKAP, Bandar Baru Bangi – Kos RM14,600,000.00 (5% bermula).
- Bangunan LHDN Cawangan Bandar Baru Bangi (Paket 2) – Kos RM14,894,145.00 (Akan bermula).
- Membina dan menyiapkan Blok Gantian (Bilik Darjah), Sekolah Kebangsaan Jalan Dua, Bandar Baru Bangi – Kos RM2,128,397.42 (Bakal bermula).
- Membina dan menyiapkan Blok Gantian (Bilik Darjah), Sekolah Kebangsaan Jalan 8, Bandar Baru Bangi . Kos RM2,293,300.00 (Bakal bermula).
- Menaiktaraf Bangunan Akademi Percukaian Malaysia, Bandar Baru Bangi – Kos RM5,000,000.00 (Bakal Bermula).
2. Projek Kerajaan Negeri Selangor
1. Membina dan Menyiapkan SRA Bandar Sri Putra, Bangi Selangor – Kos
RM5,574,383.00 (Siap 100% dan diserah pada 17.8.2009).
2. Membina Masjid Taman Sungai Ramal Luar, DUN Bangi – Kos RM4,118,103.93 (Bermula 2%).
3. Membina dan Menyiapkan SRA Integrasi, Bandar Baru Bangi – Kos RM3,500,000.00 (100% siap. Dalam proses penyerahan).
4. Membina SRA Bandar Tun Hussein Onn, Kos RM8,000,000.00 (Akan bermula).
3. Projek Di bawah Majlis Perbandaran Kajang
- Kerja-kerja menaiktaraf kemudahan infrastruktur di kawasan Perindustrian Taming Jaya, Balakong, - Kos RM889,460.00 (Dalam perlaksanaan}
- Kerja-kerja menaiktaraf kemudahan infrastruktur di kawasan perindustrian Desa Serdang, Balakong – Kos RM882,989.00 (Dalam pelaksanaan).
4. JPS – Peruntukan Persekutuan
- Projek menaiktaraf Sg. Ramal, Fasa 1, Mukim Kajang – Kos RM8,757,054.50 (Siap).
- Projek menaiktaraf Sg. Ramal, Fasa 1, Mukim Kajang – Kos RM1,318,834.00 (64% siap).
5. JPS – Peruntukan Negeri
- Projek menaiktaraf Sungai Bangi dan Sungai Reko, Mukim Kajang – Kos RM3,904,514.45 (Siap 100%)
- Rancangan Tebatan Banjir Sungai Bangi – Kos RM7,000,000.00 (Tawaran tender).
6. Permintaan ADUN Bangi Dalam Mesyuarat
- Sekolah Menengah yang bakal didirikan di Jalan 6, Seksyen 16, hendaklah bertaraf Sekolah Menengah Kebangsaan Agama berasrama.
- Menaiktaraf jalan Sungai Ramal Dalam bersambung dengan jalan Seksyen 8, Bandar Baru Bangi.
- Memperbaiki Jalan Industri dari Balai Polis Bandar Baru Bangi ke Sungai Meran dan jalan-jalan bagi kawasan Industri di situ.
- Memperbaiki jalan-jalan industri kawasan Sulaman dan sekitarnya.
- Meminta MPKj memperbaiki Balai Komuniti di Seksyen 4 Bandar Baru Bangi yang telah rosak.
- Menyegerakan pembinaan hentian teksi berhadapan Shell, Bandar Baru Bangi.
- Menyegerakan Pondok Polis di Hentian Bas Jalan Reko, Kajang..
Sekian.
No comments:
Post a Comment