Friday, September 11, 2009

Langkah awal menangani isu pencemaran udara akut di Bdr Bukit Mahkota...

assalamualaikum,

alhamdullilah, semalam (Khamis/10-9-2009) selepas solat terawih telah diadakan satu perjumpaan berkaitan isu pencemaran udara akut yang sedang dihadapi oleh warga bukit mahkota bertempat dirumah hj alwi. Perjumpaan tersebut telah dihadiri oleh 2 orang wakil persatuan penduduk sek5 & 4 wakil daripada persatuan penduduk sek6 bagi membincangkan langkah-langkah pencegahan berkaitan permasalahan ini daripada berpanjangan. Untuk tindakan terdekat, isu pencemaran ini akan dimaklumkan kepada ahli majlis MPkj zon 24, sdr mazwan johar dan seterusnya meminta agar beliau usahakan kerjasama antara MPkj & MPN bagi mencari jalan penyelesaian terbaik untuk mengatasi isu pencemaran ini.Dimasa yang sama, e-aduan kepada MPN telah pun dibuat bagi langkah awal menangani isu ini. Diharapkan dengan kerjasama antara 2 persatuan penduduk sek5 & sek6 ini dapat mencari kaedah terbaik ke arah penyelesaian isu pencemaran udara akut yang seringkali berlaku di waktu malam & awal pagi.Insya-allah, kita sama-sama berdoa dan berusaha sedaya upaya demi kesejahteraan & keselesaan warga bukit mahkota amnya.

Berikut adalah e-aduan yang dibuat kepada Majlis Perbandaran Nilai,N9.
BUTIRAN PENGADUAN
No. Rujukan Aduan 0031/09/09
Tarikh 09-09-09 05:39:49 PM
Nama PERSATUAN PENDUDUK SEKSYEN 5, BDR BUKIT MAHKOTA
Alamat 10, jalan bm5/17,
seksyen 5,
Bdr Bukit Mahkota, Bangi,43000,kajang ,selangor
No. Kad Pengenalan 751026-11-5349
Alamat E-mel zulambak@gmail.com
Mobile (SMS) 0173761584
Telefon 03-89266051
Fax -- tidak dinyatakan --
Kategori Pelanggan Wakil Penduduk
Agensi Kerajaan Majlis Perbandaran Nilai
Daerah NILAI
Kategori & Jenis Masalah ALAM SEKITAR » PELBAGAI PERMASALAHAN
Tajuk Masalah Pencemaran Udara Akut di Bdr Bukit Mahkota(sempadan Nilai) daripada kawasan perindustrian Nilai
Lokasi Masalah Kawasan Perindustrian Nilai, N9
Huraian Masalah Saya adalah Timbalan Pengerusi Persatuan Penduduk Sek5,Bdr Bukit Mahkota yang beralamat di
Seksyen 5,
Bandar Bukit Mahkota,
43300 Kajang, Selangor.

Hampir setiap malam lebih kurang selepas pukul 6.00 petang kami menghidu bau asap dan bau busuk di udara. Kami menerima aduan daripa ahli persatuan sehinggakan ada ahli keluarga yang telah mengalami 2 kali serangan athma pada waktu malam dan dipercayai hasil dari kualiti udara yang rendah.

Perkara tersebut juga ada dibincangkan di portal komuniti kami.
http://putra-mahkota.com/forum/index.php?topic=2061.msg20491#msg20491

Kami juga telah menubuhkan satu jawatankuasa Khas yang diketuai oelh Hj Alwi Wahab & Prof Khairuddin bagi mencari punca permasalahan ini.
Berikut adalah hasil siasatan yang dijalankan:
Penemuan edisi siasat (1):
Salaam,

Petang tadi saya telah buat survey akan kejiranan kawasan perindustrian Nilai. Ini merupakan sambungan dari survey yg telah saya buat 2-3 minggu lalu. Ketika melalui jalan ke arah kilang-kilang bateri, saya terbau bauan busuk yg memang menjadi kebiasaan kita setiap malam. Lalui jalan tersebut 4-5 kali dan dapat sahkan bahawa punca bau itu ialah dari kilang "Corrugated Packaging". Bau ini ialah gas mercaptan yg terhasil dari penapaian kertas. Mungkin JK Penduduk dapat mengambil tindakan akan perkara ini. Sekian Terima kasih.

Khairuddin

Nama Kilang CORRUGATED OFFSET PACKAGING SDN BHD
Alamat PT. 3268,
ARAB MALAYSIAN INDUSTRIAL PARK,
71800 NILAI
Tahun Beroperasi 1995
Ketua Eksekutif WONG WAI MENG
Bilangan Pekerja 94
Pengkhususan Produk PRODUK BERASASKAN KERTAS
Produk Dikeluarkan CORRUGATED BOARD
Jualan Tahunan (RM) -
Pasaran Eksport -
No. Telefon & Fax (T) 06-799 1088
(F) 06-799 5228

Gagak ialah sejenis burung yg memakan bangkai dan makanan tertapai. Tarikan mereka ialah kepada bau mercaptan yg dihasilkan kilang itu. Dibelakang kilang itu saya dapati lebih kurang 30 - 50 ekor burung gagak berkumpul atas pokok akasia berdekatan atau terbang disekitar belakang kilang itu.

Khairuddin

Penemuan ke(2) :

Saya ingin menambah sedikit berkenaan isu pencemaran udara yg sedang kita hadapi. Perkara ini telah diselidiki utk beberapa ketika oleh saya dan Kol. Alwi.

Rumah saya sejak hampir 6 bulan (bulan ni dah kurang sikit masalah ni) dihadapkan dgn debu berserat halus (fibre) setiap hari. Anak isteri komplen terpaksa sapu debu dilantai setiap hari. Kemudian mulai Februari 2009 rumah dicerobohi pula oleh debu hitam. Satu ketika (Mac) debu sangat pekat hinggakan tapak kaki hitam terbawa-bawa ketempat tidur, apalagi ketempat solat. Lantai bilek air hingga sekarang masih bertanda hitam akibat tidak boleh dihapuskan dgn sabun/Vim/Asid lantai. Saya ada gambar-gambar semua ini sebagai bukti.

Setelah membuat survey dikawasan perkilangan disebelah Sekyen 5, saya menjumpai sebuah kilang fibre (seberang jalan kilang kacang) bernama Diyou Fibre Sdn Bhd. Dari website kilang ini ( http://www.diyoufibre.com/com.htm ) saya dapati ia menggunakan bekas botol plastik sebagai bahan utk mengeluarkan serat utk pelbagai guna ( http://www.diyoufibre.com/wesell.htm ) termasuk utk karpet dan isi bantal.
Nama Kilang DIYOU FIBRE (M) SDN BHD
Alamat LOT 8233-8234, LORONG AM 2/3,
ARAB MALAYSIAN INDUSTRIAL PARK,
71800 NILAI,
Tahun Beroperasi 10 JULAI, 1998
Ketua Eksekutif LIM KA SING
Bilangan Pekerja 12
Pengkhususan Produk PLASTIK / POLIMER
Produk Dikeluarkan PRODUCTION OF RECYCLED POLYESTER,
THEND AND RELATED PRODUCTS
Jualan Tahunan (RM) 5,198,726.50
Pasaran Eksport HONG KONG
No. Telefon & Fax (T) 06-799 3121
(F) 06-799 8833


Saya yakin bahawa masalah debu serat di rumah yg saya hadapi selama ini berpunca dari kilang ini. Debu serat dari gambar yg saya ambil di rumah sama dgn dari gambar serat dari website kilang ini!!

Selain itu, ketika mengambil gambar kawasan kilang itu, tiba-tiba keluarlah kepulan asap hitam legam dari cerowong kedua kilang itu (cerowong pertama kecil, warna merah, cerowong kedua besar, warna perak). Adakah asap ini menjadi punca debu hitam yg saya alami di rumah beberapa bulan kebelakangan ini? Sudah beberapa minggu ini debu jenis ini telah berkurangan.


Selain itu, saudara akan perhatikan bahawa saiz warehouse kilang ini utk menyimpan bekas botol plastik telah menjadi sangat luas (termasuk warehouse berdekatan kilang bateri) hingga mencapai 8 atau 9 lot! Tentunya ia berkaitan permintaan fibre yg tinggi (dan keadaan ini bersebalik dari keadaan ekonomi dunia sekarang!). Soalannya ialah utk apa pengeluaran fibre dari kilang ini meningkat dgn begitu mendadak? Hipotesis saya ialah: utk menampung permintaan kilang karpet yg besar di Nilai 3 yg akan dikomisyen tak lama lagi.

Usaha menukar bekas botol plastik kepada fibre ini adalah baik dan harus dicontohi. Tetapi mestilah seiring dgn pembaikan pencemaran lain saperti pencemaran udara.

Saya cadangkan agar Persatuan Penduduk Bukit Mahkota dapatkan senarai kilang-kilang sediada di taman perindustrian ArabMalaysia dan tentukan apakah hasil-hasil keluaran masing-masing (termasuk yg keluar dari cerowong kilang). Dari ini kita boleh bantu MPN dan MPKJ buat pantauan pencemaran yg boleh ganggu keselesaan hidup penduduk.

Sekian, wasalam,
Khairuddin

Saya berharap agar pihak tuan dapat menjalankan siasatan.

Terima Kasih.
Zulkifli Ambak

SENARAI TRANSAKSI EDARAN ADUAN
1. [when ]: 09-09-09 @ 05:39:50 PM [who ]: customer (CUSTOMER)
[Penerimaan ADUAN AWAM baru daripada PERSATUAN PENDUDUK SEKSYEN 5, BDR BUKIT MAHKOTA]
2. [when ]: 09-09-09 @ 05:39:50 PM [who ]: customer (CUSTOMER)
[Pengedaran ADUAN AWAM baru ke Majlis Perbandaran Nilai]

sekian.wassalam.

Disediakan oleh,
Biro Pengurusan & Perhubungan awam,
Persatuan Penduduk Sek5,
Bdr Bukit Mahkota,
Bangi

1 comment:

  1. Saya telah ajukan perkara ni kepada rakan saya yg berkerja di Jab Alam Sekitar, Shah Alam, minta beliau ambil tindakan utk forwardkan isu ini kepada JAS Seremban melalui maklumat yg ada di blog ini. Menurut beliau perkara ini telah dipanjangkan kepada pihak JAS Seremban. Harapnya ada tindakan susulan dari pihak JAS Seremban.

    ReplyDelete