Assalamualaikum,
Saya menerima e-mail berikut daripada jawatankuasa pembinaan Masjid At-Mustaqim, Bdr Seri Putra untuk tindakan dan makluman semua.Insya-allah kita sama-sama bantu menjayakan usaha murni ini. Disamping itu, kita juga sedang berusaha untuk membina masjid di bdr bukit mahkota yang telah pun diluluskan tapak masjid tersebut oleh pihak Pejabat Tanah & galian & JAIS.
Berikut adalah e-mail tersebut:
Tuan Zul,
Terima kasih di atas cadangan yang sangat baik itu. Cadangan disokong. Derma masjid ini tidak terhad kepada warga BSP sahaja akan tetapi terbuka kepada warga dari BBM dan TIP dan juga dari siapa sahaja yang niat ikhlas hendak sama-sama mengambil peluang membina sebuah masjid di Bandar Seri Putra.
Sila panjangkan email ini kepada kawan-kawan yang lain.
From: Ahmad Yusof <ahmadbsp@hotmail.com>
Subject: [bspinduk] Kad derma Masjid Al- Mustaqim Bandar Seri Putra
To: "persatuan penduduk induk bandar seri putra" <bspinduk@yahoogroups.com>, "pusat khidmat msyrkat bsp bbm" <pusatkhidmatmasyarakat@
Date: Monday, September 7, 2009, 11:49 PM
Assalamu laikum wr wb wm.
Datuk/Tuan-tuan Pengerusi Sekelian,
Saya ucapkan selamat berjuang dan bersabar mengerjakan ibadat puasa yang mana kita sudah berada dalam tahap kedua bulan Ramadhan Al-Mubarak yang mana Allah S.W.T. menjanjikan pengampunan kepada hambaNya yang patuh.
Saya percaya sekarang semua pengerusi skim telah atau sedang menerima kad derma Masjid Al-Mustaqim dari Sdr Najib. Kerjasama dari semua pengerusi sangat-sangat dialukan bagi mengedar kepada penduduk di skim perumahan masing-masing. Oleh kerana jumlah kad ini terhad, saya menyerahkan ke atas kebijaksanaan pengerusi membuat agihan kad tersebut dengan berkesan.
Saya berharap setiap keluarga di Bandar Seri Putra ini dapat mengenepikan wang belanja sebanyak RM50 sebulan selama 20 bulan bagi tujuan mengumpul RM6 juta untuk membiayai kos bina masjid tersebut.
Untuk makluman semua, dalam kad tersebut ada dicatitkan bank dan nombor akaunnya;
Nama: Masjid Al- Mustaqim
No. akaun: 562834-504024
Bank: Maybank Islamic
Selain dari ini, Jawatankuasa Masjid ada mengeluarkan kupon RM10, RM50 dan RM100 dan juga meletakkan tabung derma di beberapa restoran dan kedai di BSP.
InsyaAllah jika 6,000 orang lakukan sebanyak RM50 sebulan dalam masa 20 bulan Masjid Al-Mustaqim BSP akan dapat RM6,000,000.00.
Selamat berpuasa dan selamat berzakat dan jangan lupa selamat berderma....
JOM BINA!!!
Ahmad Yusof
Pengerusi JK Penaja
BSP Induk
apa status masjid di bukit mahkota? sekurang-kurangnya ada la no .akaun bank untuk org beri derma di bulan ramadhan ni.lagi satu, mana senarai ajk penaja? harap dapat proaktif, kurangkan politik.
ReplyDelete