Wednesday, September 9, 2009

Pencemaran udara akut di bdr bukit mahkota...



Assalamualaikum,

Salam Ramadhan 1430H.

A) Berkaitan masalah pencemaran udara akut yang seringkali berlaku sejak kebelangkan ini khasnya di Bdr bukit mahkota, jawatankuasa khas yang diketuai oleh Hj Alwi, Prof Khairuddin & beberapa warga mahkota5 telah menjalankan beberapa kali siri edisi siasat bagi mencari punca permasalahan ini.
Beberapa penemuan telah dapat dikesan sejak siri edisi siasat tersebut dijalankan sepertimana berikut:

Penemuan edisi siasat (1):
Salaam,

Petang tadi saya telah buat survey akan kejiranan kawasan perindustrian Nilai. Ini merupakan sambungan dari survey yg telah saya buat 2-3 minggu lalu. Ketika melalui jalan ke arah kilang-kilang bateri, saya terbau bauan busuk yg memang menjadi kebiasaan kita setiap malam. Lalui jalan tersebut 4-5 kali dan dapat sahkan bahawa punca bau itu ialah dari kilang "Corrugated Packaging". Bau ini ialah gas mercaptan yg terhasil dari penapaian kertas. Mungkin JK Penduduk dapat mengambil tindakan akan perkara ini. Sekian Terima kasih.

Khairuddin

Nama KilangCORRUGATED OFFSET PACKAGING SDN BHD
AlamatPT. 3268,
ARAB MALAYSIAN INDUSTRIAL PARK,
71800 NILAI
Tahun Beroperasi1995
Ketua EksekutifWONG WAI MENG
Bilangan Pekerja94
Pengkhususan ProdukPRODUK BERASASKAN KERTAS
Produk DikeluarkanCORRUGATED BOARD
Jualan Tahunan (RM) -
Pasaran Eksport -
No. Telefon & Fax(T) 06-799 1088
(F) 06-799 5228

Gagak ialah sejenis burung yg memakan bangkai dan makanan tertapai. Tarikan mereka ialah kepada bau mercaptan yg dihasilkan kilang itu. Dibelakang kilang itu saya dapati lebih kurang 30 - 50 ekor burung gagak berkumpul atas pokok akasia berdekatan atau terbang disekitar belakang kilang itu.

Khairuddin

****************************************************************************************************************************
Salaam,

Kita sekarang ada dua jenis bau. Yang dari Sg Kembong kita dah tahu and took action. Yang lagi satu ni if its mercaptan...on what basis kita nak mengadu...nampak macam tak bahaya cuma bau je macam nak muntah. Saya sertakan one finding on mercaptan.


What is mercaptan?

Natural gas in its native state is colorless and odorless. Mercaptan is the harmless, non-toxic chemical that is added to natural gas to make it easier to detect in case of a leak. The most important thing to know about mercaptan is that it stinks. Some people compare it to the smell of rotten eggs.

If you don't know what mercaptain smells like, we can send you this free brochure.

In a concentrated form, the smell is almost unbearable. And it takes only a few parts per million of mercaptan to give natural gas a smell. That is precisely why we add it to natural gas. If we did not add mercaptan, it would be hard for you to know that unlit natural gas was coming from your stove after you left the valve turned on. And leaks from furnaces and hot water heaters would be nearly impossible to detect without expensive equipment. So mercaptan's smell is a very valuable safety feature.

Mercaptans contain sulfur. That's what makes them smell. The kind we use blends well with natural gas and, in a gaseous state, has much the same properties as natural gas, so it will also rise and dissipate with natural gas.

There are other uses for mercaptans in industry, including jet fuel, pharmaceuticals and livestock feed additives. They are used in many chemical plants. Mercaptans are less corrosive and less toxic than similar sulfur compounds found naturally in rotten eggs, onions, garlic, skunks, and, of course, bad breath. In other words, forms of mercaptan can be found in things that smell.

Penemuan ke(2) :
Saya ingin menambah sedikit berkenaan isu pencemaran udara yg sedang kita hadapi. Perkara ini telah diselidiki utk beberapa ketika oleh saya dan Kol. Alwi.

Rumah saya sejak hampir 6 bulan (bulan ni dah kurang sikit masalah ni) dihadapkan dgn debu berserat halus (fibre) setiap hari. Anak isteri komplen terpaksa sapu debu dilantai setiap hari. Kemudian mulai Februari 2009 rumah dicerobohi pula oleh debu hitam. Satu ketika (Mac) debu sangat pekat hinggakan tapak kaki hitam terbawa-bawa ketempat tidur, apalagi ketempat solat. Lantai bilek air hingga sekarang masih bertanda hitam akibat tidak boleh dihapuskan dgn sabun/Vim/Asid lantai. Saya ada gambar-gambar semua ini sebagai bukti.

Setelah membuat survey dikawasan perkilangan disebelah Sekyen 5, saya menjumpai sebuah kilang fibre (seberang jalan kilang kacang) bernama Diyou Fibre Sdn Bhd. Dari website kilang ini ( http://www.diyoufibre.com/com.htm ) saya dapati ia menggunakan bekas botol plastik sebagai bahan utk mengeluarkan serat utk pelbagai guna ( http://www.diyoufibre.com/wesell.htm ) termasuk utk karpet dan isi bantal.
Nama KilangDIYOU FIBRE (M) SDN BHD
AlamatLOT 8233-8234, LORONG AM 2/3,
ARAB MALAYSIAN INDUSTRIAL PARK,
71800 NILAI,
Tahun Beroperasi10 JULAI, 1998
Ketua EksekutifLIM KA SING
Bilangan Pekerja12
Pengkhususan ProdukPLASTIK / POLIMER
Produk DikeluarkanPRODUCTION OF RECYCLED POLYESTER,
THEND AND RELATED PRODUCTS
Jualan Tahunan (RM)5,198,726.50
Pasaran EksportHONG KONG
No. Telefon & Fax(T) 06-799 3121
(F) 06-799 8833

Saya yakin bahawa masalah debu serat di rumah yg saya hadapi selama ini berpunca dari kilang ini. Debu serat dari gambar yg saya ambil di rumah sama dgn dari gambar serat dari website kilang ini!!

Selain itu, ketika mengambil gambar kawasan kilang itu, tiba-tiba keluarlah kepulan asap hitam legam dari cerowong kedua kilang itu (cerowong pertama kecil, warna merah, cerowong kedua besar, warna perak). Adakah asap ini menjadi punca debu hitam yg saya alami di rumah beberapa bulan kebelakangan ini? Sudah beberapa minggu ini debu jenis ini telah berkurangan.


Selain itu, saudara akan perhatikan bahawa saiz warehouse kilang ini utk menyimpan bekas botol plastik telah menjadi sangat luas (termasuk warehouse berdekatan kilang bateri) hingga mencapai 8 atau 9 lot! Tentunya ia berkaitan permintaan fibre yg tinggi (dan keadaan ini bersebalik dari keadaan ekonomi dunia sekarang!). Soalannya ialah utk apa pengeluaran fibre dari kilang ini meningkat dgn begitu mendadak? Hipotesis saya ialah: utk menampung permintaan kilang karpet yg besar di Nilai 3 yg akan dikomisyen tak lama lagi.

Usaha menukar bekas botol plastik kepada fibre ini adalah baik dan harus dicontohi. Tetapi mestilah seiring dgn pembaikan pencemaran lain saperti pencemaran udara.

Saya cadangkan agar Persatuan Penduduk Bukit Mahkota dapatkan senarai kilang-kilang sediada di taman perindustrian ArabMalaysia dan tentukan apakah hasil-hasil keluaran masing-masing (termasuk yg keluar dari cerowong kilang). Dari ini kita boleh bantu MPN dan MPKJ buat pantauan pencemaran yg boleh ganggu keselesaan hidup penduduk.

Sekian, wasalam,
Khairuddin




B) Selain daripada usaha yang dilakukan ini, masalah yang sama juga berlaku kepada warga sek6.
Aduan telah dibuat kepada pihak JAS bagi mencari jalan penyelesaian terbaik berkaitan masalah ini.
Dikongsikan aduan tersebut dipetik daripada www.putra-mahkota.com.my

Saya adalah penduduk beralamat di,

Seksyen 6,
Bandar Bukit Mahkota,
43300 Kajang, Selangor.

Hampir setiap malam lebih kurang selepas pukul 6.00 petang kami menghidu bau asap dan bau busuk di udara. Ahli keluarga saya telah mengalami 2 kali serangan athma pada waktu malam dan dipercayai hasil dari kualiti udara yang rendah.

Perkara tersebut juga ada dibincangkan di portal komuniti kami.
http://putra-mahkota.com/forum/index.php?topic=2061.msg20491#msg20491

Saya berharap agar pihak tuan dapat menjalankan siasatan.

Terima Kasih.
Sulaiman Sabur.

Berikut ialah reply dari DOE :

Salam sejahtera,

Kami mengucapkan terima kasih kepada tuan di atas aduan yang dikemukakan. Untuk makluman, aduan tuan telah dipanjangkan kepada JAS Negeri Selangor untuk tindakan susulan. Sebarang pertanyaan lanjut dan bagi mendapatkan maklumbalas boleh diajukan kepada JAS berkenaan di talian 03-5541 4000 atau email aduansel@doe.gov.my dengan menyertakan kod rujukan aduan di atas. Sekian, terima kasih.

Unit Operasi
Jabatan Alam Sekitar Putrajaya

No comments:

Post a Comment