Friday, March 13, 2009

Buletin mahkota5 : Masalah pengurusan sisa pepejal..

Selangor Kaji Teknologi Terbaik Atasi Masalah Pengurusan Sisa Pepejal
KUALA SELANGOR, 16 Februari - Kerajaan negeri melalui Worldwide Holdings Berhad (WHB) sedang menilai teknologi terbaik yang boleh digunakan bagi menguruskan sisa pepejal di Selangor.Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Adat-adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Dato’ Dr Hasan Mohamed Ali berkata teknologi material recovery facility (MRF) dan insinerator adalah antara beberapa alternatif yang boleh dipertimbangkan.“Ada yang mengatakan MRF ini dapat menyelesaikan masalah dari segi kewangan dan teknologi.“Manakala insinerator pula, sebagaimana yang kita tahu negara Singapura antara negara yang berjaya menggunakannya untuk mengatasi masalah pengurusan sisa pepejal,” katanya ketika ditemui pemberita selepas mengadakan lawatan kerja ke Stesen Pemindahan Shah Alam (SATS) di Seksyen 21 Shah Alam dan Pusat Pelupusan Sanitari Jeram dekat sini hari ini.Turut sama dalam lawatan itu, Pengurus Besar Kumpulan WHB, Norazlina Zakaria dan Ketua Pengurus Bahagian Alam Sekitar WHB, Zamri Abdul Rahman.Dalam masa sama katanya, kerajaan negeri turut bersedia menimbang teknologi-teknologi lain yang boleh mengatasi masalah pengurusan sisa pepejal dengan lebih efektif dan efisien.Pusat Pelupusan Sanitari Jeram seluas 160 ekar mula beroperasi pada Januari 2007 selepas Pusat Pelupusan Sanitari Air Hitam, Puchong ditutup.Dengan jangka hayat selama 16 tahun, Pusat Pelupusan Sanitari Jeram mampu menampung 1,000 tan sisa pepejal sehari daripada empat pihak berkuasa tempatan (PBT) iaitu Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ), Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ), Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dan Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).Pusat pelupusan berkenaan juga dijangka menerima sisa pepejal yang dikumpulkan dari SATS, stesen pemindahan pertama seumpamanya di Selangor.SATS, satu projek di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan yang operasinya belum bermula, siap dibina oleh WHB pada 5 Disember tahun lalu. - NOOR ALLIA KASSIM

No comments:

Post a Comment