Friday, March 27, 2009

Syabas kepada RELA Bdr Bkt Mahkota...laluan rahsia pecah rumah dikesan.

Laluan rahsia pecah rumah

Oleh Hadzlihady Hassan
hadzlihady@hmetro.com.my

untuk melakukan pecah rumah." title="RAHSIA...saluran longkang digunakan penjenayah sebagai laluan
untuk melakukan pecah rumah." border="0" height="198" width="300">
RAHSIA...saluran longkang digunakan penjenayah sebagai laluan
untuk melakukan pecah rumah.

BANGI: Sekumpulan geng pecah rumah di kawasan perumahan Bandar Bukit Mahkota di sini, dikesan menggunakan satu saluran longkang sebagai laluan rahsia selain menyamar sebagai pembaca meter elektrik sebelum menyamun lokasi rumah yang dikenal pasti.

Penemuan laluan itu dikesan selepas seorang daripada geng terbabit ditahan penduduk sebelum dia menunjukkan laluan ‘ajaib’ yang digunakan itu, baru-baru ini.

Laluan berkenaan yang juga saluran longkang digunakan sebagai jalan pintas dan menyembunyikan diri jika perbuatan mereka dapat dihidu penduduk.

Turut ditemui dalam longkang itu seutas tali panjang yang diikat pada satu tangga dipercayai digunakan untuk memudahkan mereka menurunkan barang yang dicuri selepas memecah masuk rumah penduduk.




Selain itu, geng terbabit turut menggunakan taktik menyamar sebagai pembaca meter elektrik pada waktu siang bagi memastikan rumah yang menjadi sasaran mereka tidak berpenghuni

Ada beberapa penghuni pernah terserempak dengan geng terbabit yang menyamar sebagai pembaca meter elektrik dan apabila diminta menunjukkan kad kuasa atau apa-apa bukti, mereka terus melarikan diri.

Menurut seorang penduduk, Mohd Ghazali Mustaffa, 41, kawasan sekitar Bandar Bukit Mahkota itu memang kerap dijadikan sasaran penjenayah terutamaa pecah rumah dan samun.

“Penduduk mengambil inisiatif berkawal pada waktu malam bagi menjaga keselamatan dan harta benda penduduk.

“Kami sudah beberapa kali menahan kumpulan penjenayah ketika melakukan rondaan, tetapi ada kalanya mereka yang dikejar menghilangkan diri.

“Akhirnya rahsia mereka ini terbongkar apabila seorang daripada geng itu yang ditahan menunjukkan tempat persembunyian yang digunakan iaitu di longkang besar yang siap disediakan tangga untuk memudahkan mereka menjalankan kegiatan,” katanya.

Katanya, kawasan perumahan ini juga tidak mempunyai lampu jalan menyebabkan ia memudahkan lagi kerja penjenayah melakukan kegiatan mereka.

Malah, selain penjenayah melakukan samun, ada juga segelintir pasangan kekasih menjadi lokasi itu sebagai tempat melempiaskan nafsu.

“Beberapa lokasi antaranya pencawang TNB yang kosong dan terbiar dipecah masuk dan digunakan golongan terbabit untuk melakukan pelbagai kegiatan tidak bermoral,” katanya.

Berikutan itu, penduduk terpaksa ‘berjaga’ dan melakukan rondaan hampir setiap malam bagi memastikan kawasan mereka selamat.

No comments:

Post a Comment