Monday, March 16, 2009

Keselamatan tanggungjawab bersama...

Assalamu alaikum wr wb wm.

1- Berikut adalah makluman yang diterima daripada Pengerusi JK penaja BSP induk, Hj Ahmad Yusof.
Harap diambil perhatian sewajarnya.

"Satu taklimat keselamatan telah diadakan oleh SI Ramlan bin Din pada 14 Mac 2009 jam 9.30 malam di Balai Polis Bangi, Bandar Seri Putra. Semua ketua-ketua kampung dan ketua-ketua masyarakat dibawah pengawasan Polis Bangi telah dijemput menghadirinya. Alhamdulillah, saya dan Saudara Najib telah turut hadir bagi pihak Persatuan Penduduk BSP.

Antara kandungan taklimat beliau ialah:
1. Kadar jenayah bagi bulan Mac telah menurun berbanding dengan bulan-bulan yang lepas.
2. Pihak Polis tidak boleh berada di satu-satu kawasan sepanjang masa. Perlu juga pengawasan bersama oleh ahli masyarakat.
3. Semua ahli masyarakat digesa memiliki nombor telefon Balai Polis Bangi bagi tujuan melaporkan kejadian jenayah dengan SEGERA 03-8925 8222.
4. Ahli masyarakat mesti mengenali jiran sebelah menyebelah dan sentiasa berjaga-jaga dengan kedatangan orang yang tidak dikenali.

Maklumat kenderaan yang dikehendaki:
1. BHJ 4719 MYVI warna hitam (no. pendaftaran palsu dan disyaki pengedar dadah)
2. NAM 1168 KANCIL warna putih (menyamar Polis dan samun)
3. WHE 9994 CITRA warna hitam (no. pendaftaran palsu dan kegiatan pecah rumah)
4. WSB 4111 TOYOTA VIOS (Hilang di Bandar Bukit Mahkota)
5. WKA 1337 YAMAHA RXZ (Hilang di Stesen Komuter Bangi)

Tindakan: Jika jumpa sila tahan dan tangkap bawa ke balai.

Diharap semua pengerusi-pengerusi skim dapat memanjangkan perkara ini kepada anak buah masing-masing. Sekian terima kasih.

Yang menjalankan tugas,

Ahmad Yusof.
Pengerusi JK Penaja
BSP Induk.

2. Baru-baru ini telah diadakan perjumpaan JK keselamatan PPBMsek5 bertempat di pondok kawalan sek5 yang dipengerusikan oleh Pengerusi PPBMsek5, sdr Mamat endut. Rondaan malam secara sukarela telah dijalankan semula dimana sebanyak 21 buah walkie talkie telah dibeli oleh warga prihatin terutamanya JK keselamatan bagi kemudahan komunikasi dalam talian sepanjang kawalan dibuat. Kepada sesiapa yang berminat untuk menjadi sukarelawan bagi menjaga keselamatan & juga ingin mendapatkan walkie talkie tersebut, bolehlah berurusan dengan JK keselamatan PPBMsek5. Keselamatan kita tanggungjawab bersama.

sekian.salam hormat,

Biro Pengurusan& perhubungan awam,
Persatuan Penduduk sek5,bdr bkt mahkota.

No comments:

Post a Comment