Monday, January 25, 2010

Imbasan AGM2009 Mahkota5 : Pembentangan cadangan & usul-usul



assalamualaikum,

Dikongsikan pembentangan cadangan/usul yang telah disuarakan oleh warga mahkota5 didalam AGM2009 Mahkota5.

1. Sdr Zakaria menyatakan masih ada sampah yang dibuang di tempat yang tak dibenarkan. Keadaan ini menimbulkan keadaan yang tidak selesa. Beliau mencadangkan supaya disediakan tong sampah yang besar.

2. Sdr Razali IThnin meminta supaya garisan kuning diadakan sebelum simpang masuk ke Sek 5.

3. sdr Azli meminta tempat operasi membancuh simen berdekatan kedai runcit ditutup ataupun dipindahkan ke tempat lain.

4. Sdr Kyairul Hassme madan mencadangkan agar dibina Dewan Orang ramai @ Dewan Komuniti agara memudahkan aktiviti para penduduk Sek5.

5. Sdr Zulkifli ingin mengetahui perkembangan proses pembinaan masjid dan sekolah.

6. Sdr Wan Norisham meminta supaya diadakan pembalik cahaya atau papan tanda bersinar disekitar bulatan dan simpang. Keadaan ini dapat mengurangkan risiko kemalangan.

7. Col Mohd Alwi menyatakan susunan gerai di Sek4 agak berselerak. Penyusunan semula perlu dibuat agar imej Bdr Bukit mahkota dapat dijaga.

8. Sdr mamat endut mencadangkan agar landskap di Sek5 dapat diperindahkan lagi. Kerjasama dari pihak MPKJ dan penduduk semestinya matlah diperlukan. Beliau menyarankan agar gotong royong secara menyeluruh diadakan lebih kerap selain secara kecil-kecilan.
Sdr zakaria meminta gar tarikh tetap @ jaduan acara gotong royong disediakan.

9. Sdr Zairul Nazim mencadangkan Gotong royong perdana.

10. Pn Salma Abd Wahab menyarankan agar MPKj adakan jadual kutipan sampah.

11. Col Mohd Alwi mencadangkan agar kerja-kerja pemotongan rumput dan pembersihan longkang hendaklah dipantau. Kerja-kerja tersebut dibuat tetapi tidak diselengara dengan baik.

12. Sdr Hamizan Abu Hassan mencadangkan agar tahap keselamtan diadakan atau diketatkan.
-Sdr Kyairul menjelaskan seramai 15 warga mahkota5 telah berdaftar dan mendapat latihan sebagai RELA bagi memantau tahap keselamatan.
- sdr zulkifli menyatakan telah mendapat sebutharga pengawal keselamtan namun harganya terlalu tinggi dan masalah kutipan bayaran berjadual.

13. Sdr ariffin menyarankan agar papan tanda dri Nilai, pondok pengawal dibaikpulih sepenuhnya.

14. Sdr hamizan Abu Hassan meminta agar jalan menuju ke Nilai diperbetulkan

15. Sdr Arif Hashim mencadangkan agara persatuan memohon kad kuasa mencegah maksiat.
Sdr Kyairul menjelaskan perkara ini ada berkaitan dengan pihak surau.

semoga perkongsian maklumat ini bermanfaat untuk semua. Kerjasama anda amatlah dihargai demi memastikan setiap cadangan.usul dapat dilaksanakan dengan sebaiknya.insya-allah.

sekian.
salam hormat.

Biro Pengurusan & Perhubungan Awam,
Persatuan Penduduk Sek5,
bdr bukit mahkota...

No comments:

Post a Comment