Wednesday, January 20, 2010

Isu Mahkota5 : Pencemaran bau kimia yang kian teruk di mahkota5




1.0: Berikut dikongsikan maklumat terkini oleh jawatankuasa khas berkaitan persekitaran PPS5BBM...


Salaam Tuan2,

Dr. Khairuddin dan saya pagi tadi telah pergi berbincang dengan JAS Seremban berkenaan bau kimia yang sedang melanda kawasan residensi kita Bandar Bukit Mahkota 5 dan 6. Kami telah memberi taklimat yang sepatutnya kepada mereka. Mereka berkata berkata yang mereka kekurangan kakitangan untuk memantau perkara ini dan akan mengambil tindakan sewajarnya. Tapi bila?

Soalannya adakah kita nak tunggu sampai JAS cukup kakitangan?? This matter is getting from bad to worse.

We have to take actions to stop this phenomenon. Kita harus buat sama-sama. Saya dah penat berfikir dan berlari-lari kesana kemari.

Saya sarankan Persatuan Penduduk BBM 5 dan 6 duduk berbincang soal ni dan terus membuat plan jangkapanjang. Samaada nak tulis dalam surat khabar ke? Nak panggil Karam Singh Walia ke? Atau apa saja yang membuatkan pihak yang berkuasa dan bertanggungjawab membuat sesuatu. Whatever we do, we must do it in a group.

Yes, I need suggestions!!!

Terima kasih.
Col Hj Alwi Wahab...

2.Tambahan maklumat & respon JAS Seremban adalah sepertimana berikut:


From: Rosli Mustafa
Date: 2010/1/20
Subject: RE: KEADAAN BAU KIMIA YANG TERUK DI BANDAR BUKIT MAHKOTA 5 DAN 6
To: "Col (Ret) Alwi Abd Wahab"
Cc: "Mohd. Nor Mohamed Azalli" , Charanpal Singh a/l Karpal Singh , Nor Hazwan Norizan


Salam Tuan,

Pihak Jabatan Alam Sekitar sememangnya memberikan perhatian yang serius mengenai perkara yang telah dibangkitkan, Oleh yang demikian, JAS akan melaksanakan pemantauan pada waktu malam mulai pada 20 Januari 2010 untuk mengenalpasti punca bau tersebut. Jabatan juga mengucapkan terima kasih di atas kerjasama yang diberikan oleh pihak tuan.

Sekian. Terima kasih
From: Col (Ret) Alwi Abd Wahab [hjalwi@gmail.com]
Sent: Tuesday, January 19, 2010 10:49 PM
To: Mohd. Nor Mohamed Azalli
Cc: Charanpal Singh a/l Karpal Singh; Rosli Mustafa; Nor Hazwan Norizan; Mohamad Jon Rahmat; Hisham Busin
Subject: KEADAAN BAU KIMIA YANG TERUK DI BANDAR BUKIT MAHKOTA 5 DAN 6

Salaam En. Md Nor,

Terima kasih kerana meluangkan masa berbincang kami Dr. Khairuddin dan saya pagi tadi.

Lebih kurang pukul 9.45 mlm tadi kawasan Bukit Mahkota Seksyen 5 dan 6 telah mengalami bau kimia yang amat teruk yang berlarutan hingga lebih kurang 20-30 minit. Saya terus ke kawasan perinduterian Nilai dan mendapati tidak ada bau tersebut. Tapi, dalam perjalan pulang kedua-dua kawsan tersebut masih kuat berbau. Bau hilang selepas lebih kurang 20-30 minit.

Beberapa orang penduduk telah berkomunikasi melalui telepon meluahkan rasa kurang senang dengan pihak yang berkuasa kerana perkara ini telah dilapurkan tapi masih berlarutan beberapa lama.

Saya berharap mendapat tindakan segara dari pihak tuan sebelum perkara ini diwarwarkan dalam media atau lain-lain cara untuk penduduk melepasakan perasaan. Mereka telah memaksa kami untuk membawa perkara ini ketengah.

Saya cadangkan pihak JAS menempatkan kakitangan di kawasan kami untuk terus memantau keadaan ini.

AJK PPBBM5

MOHAMAD ALWI ABD WAHAB

3.0: Beberapa cadangan yang diterima daripada warga mahkota5...


1) Daripada Puan Maria Madon:

Salaam,

Cadangan saya:

1) Buat perjumpaan dgn PPS6 dan organize a date untuk penduduk berdemonstrasi (aman) depan kilang

2) Ada adhoc committee untuk contact dan arrange dengan Karam Singh (TV3) melalui programme Aduan. Juga jemput wartawan daripada akhbar2 seperti Utusan Malaysia, Berita Harian, NST, Malay Mail dsbgnya pada hari demonstrasi diadakan.

3) Ada Adhoc committee yang ditugaskan untuk prepare posters dan sebagainya. Elect Jurucakap untuk menerangkan masalah yang dihadapi bersama bukti2 pencemaran. Sediakan teks untuk diserahkan kepada Karam Singh dan wartawan supaya tidak ada silap dalam apa yg hendak disampaikan.

4) Semua ini memerlukan dana so PPS5 & 6 perlu bersedia untuk mengeluarkan dana yg diperlukan.

5) OFF COURSE KOMITMEN DARI SEMUA PENDUDUK ADALAH PERLUUUUUU!!!!! PUNCA SEGALANYA BOLEH BERGERAK. WITHOUT THIS, APA YG DIBINCANGKAN ADALAH SIA-SIA BELAKA!!!!!


2) Daripada En Shamsul Abdullah Thani

cadangan saya

1. buat solat hajat dan mohon bersungguh2 pada Allah .. kita ambil contoh apabila hari kemarau di sunatkan bersolat hajat dan bawa binatang peliharaan sekali. panggil semua ahli kariah, atau buat lepas solat jumaat jadi dapatlah makmum ramai sikit.

insya-allah, sama-sama kita bantu jawatankuasa khas ini bagi menangani isu pencemaran udara yang kian teruk...

2 comments:

  1. Salam,

    Beberapa hari yg lepas di bulan Jun 2010, sepertinya bau busuk masih lagi berlegar-legar di ruang udara sekitar Bandar Bukit Mahkota Seksyen 5.

    Bau ini amat menggangu penduduk sekitar. Mohon diadukan kepada Jab Alam Sekitar kerana mungkin pihak2 tidak bertanggungjawab masih meneruskan operasi setelah pihak berkuasa tidak lagi memantau keadaan semasa.

    ReplyDelete
  2. orang kaye bau kentut pun nak kecoh ker. bau kentut pun bau kimia gak hahaha

    ReplyDelete