Wednesday, January 20, 2010

Impian berkecai, sekolah terbengkalai

Impian berkecai, sekolah terbengkalai


Petikan Akhbar Sinar Harian Selasa 19/01/2010

HULU LANGAT – Impian indah lebih 1,000 penduduk di Bandar Bukti Mahkota, di sini mahu melihat anak-anak mereka belajar dalam suasana selesa di sekolah baru berkecai apabila projek pembinaannya terbengkalai.

Pembinaan Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Putra seolah-olah tiada penghujungnya apabila projek yang sepatutnya siap pada 2008 terus tertangguh sehingga hari ini.

Ironinya pembinaan Sekolah Kebangsaan yang dijalankan serentak di kawasan berhampiran berjaya disiapkan tanpa sebarang masalah dan kegagalan pembinaan sekolah menengah berkenaan menyebabkan pelajar terpaksa belajar di sekolah Menengah sekitar Bangi dan Nilai.

Wakil Persatuan Penduduk Bandar Bukit Mahkota, Murad Adam, 41 berkata, kegagalan pihak bertanggungjawab melaksanakan pembinaan sekolah menengah berkenaan amatlah dikesali dan memusnahkan impian kami semua.

“Projek berkenaan sepatutnya siap menjelang 2010 dan boleh menampung pelajar sekolah menengah dari taman berhampira , namun segalanya musnah apabila pembinaan projek terhenti sejak awal 2009.

“Situasi ini berbeza dengan pembinaan sekolah rendah di kawasan yang memberikan kelegaan kepada keluarga yang mempunyai anak untuk menuntut ilmu di sekolah berhampiran tempat tinggal,” katanya. - Mohd Subkhi Sudarji.

No comments:

Post a Comment