Friday, January 29, 2010

Terma dan Rujukan Biro-biro di bawah Persatuan Penduduk Seksyen 5, Bukit Mahkota

A. Terma dan Rujukan Umum

Diguna pakai oleh semua biro

1. Membantu Persatuan di dalam menjalankan aktiviti mengikut fungsi biro
2. Skop aktiviti termasuk
1. Membuat perancangan aktiviti yang akan dijalankan
2. Melantik ahli biro yang terdiri daripada ahli persatuan bagi membantu melaksanakan aktiviti
3. Membantu Persatuan mendapatkan dana kewangan untuk melaksanakan aktiviti
4. Memastikan aktiviti yang dijalankan adalah teratur
5. Membuat post-mortem dan malapor aktiviti yang telah dijalankan
3. Untuk sebarang aktiviti, ahli-ahli dari biro yang lain juga boleh terlibat



B. Terma dan Rujukan Biro Keselamatan dan Kebajikan

1. Merangka pelan dasar bagi meningkatkan keselamatan kejiranan Seksyen 5 Bukit Mahkota
2. Melapor sebarang kejadian jenayah di kawasan Seksyen 5 dan sekitarnya, termasuk Bandar Seri Putra, Desaria dan sebagainya. Laporan adalah sebagai membantu penduduk mengambil langkah pencegahan.
3. Memberi bantuan kepada mangsa yang terlibat, ini termasuk ziarah dan bantuan-bantuan lain yang dapat diusahakan oleh Persatuan
4. Melapor berita kelahiran, kamatian, sakit dan sebagainya
5. Melawat penduduk baru, membantu penduduk baru pindah masuk




C. Terma dan Rujukan Biro Pendidikan dan Hal Ehwal Wanita

1. Merangka pelan dasar bagi meningkatkan tali silaturrahim kejiranan Seksyen 5 terutamanya dikalangan suri rumah dan anak-anak.
2. Menjalankan aktiviti berkaitan pendidikan seperti ceramah umum, forum, kelas kemahiran, lawatan, dsb.
3. Merangka peluang untuk anak-anak menjalankan aktiviti bersama seperti perkemahan, bina semangat dsb.
4. Untuk aktiviti yang melibatkan keagamaan, kerjasama dengan pihak surau boleh diadakan



D. Terma dan Rujukan Biro Sukan dan Rekreasi

1. Merangka pelan dasar bagi menggalakkan penduduk menjalankan aktiviti berkaitan sukan dan rekreasi.
2. Meningkatkan kesedaran penduduk dengan kepentingan sukan dan rekreasi
3. Menjalankan aktiviti berkaitan sukan dan rekreasi seperti sukaneka, hari keluarga, senamrobik menganjurkan pertandingan sukan dsb
4. Mewakili Seksyen 5 untuk pertandingan yang dianjurkan di kawasan kejiranan ini.



E. Terma dan Rujuka Biro Pengurusan dan Perhubungan Awam

1. Merangka pelan dasar bagi memastikan peerhubungan di antara Persatuan dan penduduk berkesan dan berkecekapan.
2. Memastikan semua saluran komunikasi yang disediakan di kemaskini bagi memastikan penduduk mendapat maklumat yang terkini
3. Bertanggung jawab menganalisa dan memajukan sebarang aduan penduduk kepada pihak yang berwajib.
4. Menjalankan aktiviti berkaitan pengurusan dan perhubungan terutamanya bersama pihak berwajib seperti MPKj, Polis, JAS, wakil rakyat, pemaju dsb.



F. Terma dan Rujukan Jawatankuasa Tindakan Khas

1. Membuat perancangan bagi menyelesaikan masalah-masalah yang tidah dapat diselesaikan di peringkat Persatuan Seksyen 5. Perbincangan perlu melibatkan persatuan-persatuan penduduk dari kawasan persekitaran
2. Isu-isu berkaitan adalah seperti pembinaan masjid, sekolah, dewan orang ramai, masalah pencemaran udara dan isu-isu lain yang berbangkit mengikut keadaan semasa.

No comments:

Post a Comment