Sunday, April 25, 2010

EMAIL KEPADA YDP MPKJ

Salaam Semua Sahabat-sahabat dari BBM 5. Disertakan bersama salinan email saya kepada YDP MPKJ yang memohon agar beliau mengambil tindakan ke atas aduan-aduan yang saya buat apabila berjumpa dengannya pada 8 April 2010. Saya berharap beliau akan bertindak sepatutnya, InsyaAllah.


fromCol (Ret) Alwi Abd Wahab
toMPKJ - DATO’ HASAN NAWAWI BIN ABD RAHMAN
ccMPKJ - Tn Hj Arshad ,
MPKJ - Mazwan Johar ,
BM 5 - Zulkifli Ambak ,
"Maj (Ret) Razali - BM 6 Chairman" ,
Mamat Endut ,
My Yahoo
date25 April 2010 12:52
subjectSALAM DARI BANDAR BUKIT MAHKOTA
mailed-bygmail.com

Salaam YBhg Dato',

Saya Kol (Bersara) TUDM bagi pihak penduduk-penduduk ingin mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih di atas kesudian Dato' berjumpa saya dan Tuan Hj Mazwan pada 8 April 2010 untuk berbincang perkara-perkara atau masalah-masalah yang dihadapi oleh penduduk disini. Lanjutan dari itu Dato' dan pegawai-peawai MPKJ juga telah sudi meluangkan melawat di Bandar Bukit Mahkota untuk meninjau keadaan dan memahami kesulitan yang di alami oleh kami.

Dengan ini kami amat mengharapkan tindakan dari pihak Dato' untuk menangani masalah-masalah yang telah kami utarakan bagi membantu kami untuk hidup dengan selesa di Bukit Mahkota ini. Sebelum kami berasa macam tempat ini tidak dipedulikan dan lawatan Dato' tersebut amat bermakna bagi kami. Telah beberap lama keadaan ini berlarutan dan berbagai aduan telah dibuat termasuk menerusi e-aduan di dalam website MPKJ sendiri tetapi keadaannya masih tidak berubah.

Sifat-sifat oleh pihak pemaju Araprop yang tidak peka menambahkan lagi penderitaan kami. Mereka nampaknya hanya mahu mengaut untung tanpa mahu mendengar rintihan kami. Dato' pun telah melihat sendiri akan keadaan jalan utama dan masalah-masalah lain pada hari itu. Pembangunan di sini terbantut dengan ketiadaan perasarana seperti sekolah anak-anak kami di sini terpaksa bersusah pergi ke tempat lain untuk belajar. Walhal jumlah penduduk dah terlalu ramai untuk sekolah dibina. Bau sampah bertoksid dari Sg Kembong hari-hari menusuk hidung dan rasa macam lemas sahaja.

Akhir kata kami ucapkan terima kasih. Perhatian dari pihak MPKJ disanjung tinggi.

Disertakan bersama salinan aduan-aduan yang saya ketengahkan pada Dato' 8 April lalu.


MASALAH TERKINI BANDAR BUKIT MAHKOTA

1. Bau sampah yang kuat tiap-tiap hari dari tempat buang sampah sg kembong.

a. Rasa mual dan pening-pening.

b. Bau busuk yang tidak menenangkan.

c. Lalat-lalat terlalu banyak.

d. Masalah kesihatan kepada penduduk.

e. Risiko racun sampah masuk ke Sungai Kembong dan melibatkan keracunan takungan bekalan air penduduk di daerah yang berkenaan.

f. Habuk-habuk coklat dari lori-lori menghantar sampah.

g. Kawasan Taman menjadi tidak ceria dan harga rumah turun.

2. Sampah di buang secara haram di jalan mahkota 4.

a. Berpunca dari kontraktor-kontraktor yang membuat renovasi rumah tanpa lesen/kelulusan. Aktibiti mereka mesti dihentikan oleh MPKJ.

b. Menimbulkan keadaan yang tidak selesa dan nampak kotor di kawasan tersebut.

c. Bau busuk di kawasan tersebut.

d. Kawasan kotor dan tidak terurus.

e. MPKJ boleh sediakan tempat buang sampah yang besar.

3. Loji pembancuh simen sebelah deretan kedai seksyen 4.

a. Lori-lori besar berulang alik mengambil pasir.

b. Jalan utama rosak.

c. Gangguan kepada penduduk dan laluan jalan utama Nilai 3/Bandar Bukit Mahkota dan Seri Putra.

d. Loji ini harus ditutup atau dipindah ke tempat lain.

4. Gerai-gerai berselerak di hadapan deretan kedai-kedai seksyen 4.

a. Kawasan kotor penuh dengan sampah dan sisa-sisa buangan perniagaan makanan.

b. Penggunaan sumber air yang tidak bersih untuk menyediakan dan membasuh pinggan mangkuk dan lain-lain.

c. Kereta-kereta parking di tepi jalan utama mengganggu kenderaan lain dan boleh menyebabkan kemalangan.

d. Tidak elok mata memandang.

e. Ada peniaga menggunakan PATI untuk bekerja.

f. Boleh gunakan dataran tar di tepi padang bola.

5. Kedai pembaikan kereta di deretan kedai seksyen 4.

a. Meletakkan kereta-kereta buruk dan rangka-rangka kereta di tepi jalan.

b. Minyak hitam dan sisa-sisa pembaikan yang lain dibuang dengan tidak terurus.

6. Parit-parit tersumbat dan air bertakung.

a. Penyebab denggi.

b. Kotor dan bau busuk.

7. Papan-papan tanda d Bandar Bukit Mahkota semuanya sudah rosak.

8. Bulatan di jalan utama berdekatan dengan seksyen 5 dan 6 memerlukan lampu dan papan tanda.

a. Banyak kemalangan telah berlaku. Kenderaan terus masuk ke dalam bulatan melanggar pokok di waktu malam and awal pagi.

9. Pembinaan mesjid di Bandar Bukit Mahkota.

a. Mohon MPKJ membersihkan tapak pembinaan.

10. Sekolah Menengah dan Rendah di Bandar Bukit Mahkota dan Dewan serba guna.

a. Tapak telah diperuntukkan oeh pemaju.

b. Penduduk ingin membuat bantahan kerana tidak dimasukkan dalam perancangan pembangunan MPKJ 2020.

11. Lembu-lembu dan anjing liar berkeliaran di kawasan Bandar Bukit Mahkota.

a. Mohon tindakan MPKJ untuk menangani masalah ini.

SAYA BAGI PIHAK PENDUDUK BBM

1 comment:

  1. Assallamualaikum.. YDP MPKJ,
    Saya adalah penyewa milik no. 41, jln 2/3B, Bandar Rinching, Semenyih, kami baru pindah sahaja, dulu 2 unit rumah tiada org, sekarang kami (pengiraan no 2 dari rmh corner lot) dan jiran sebelah (pengiraan no.1 corner lot) sudah menyewa, jiran seblh rmh (pengiraan no. 3), telah membawa balik lori simen waktu malam hari dan parking dihadapan rmh saya dan rumah corner lot ini menyebabkan saya yg mempunyai 2 buah kereta, 1 kereta parking dalam garaj dan 1 lagi terpaksa parking dpn pagar dan memblok ke jln raya ini membahayakan, saya dah buat report ke mpkj sebanyak 1 kali, dan tuan rumah 2 kali dan mengikut pekerja mpkj mereka sudah dtg ke situ pada pukul 2 ptg, utk makluman YDP lori tersebut hanya parking diwaktu malam hari dan pergi keesokkan harinya... baru-baru ini pemandu lori simen ini telah berjumpa dgn suami saya dan menyatakan semua penduduk dan jiran menyatakan kami tidak bertimbang rasa dan jiran itu dgn angkuh menyatakan beliau tau MPKJ tidak membenarkan parking disitu tetapi beliau menyatakan beliau sudah 10tahun tinggal disitu tiada siapa komplen pun dan beliau menambah kami hanya penyewa disitu... beliau berkata seolah2 tmpt itu hak beliau untuk parkingkan lori simen tersebut dan kami sebagai penyewa tiada hak untuk menghalang walaupun kami sudah beritahu beliau kami sudah buat aduan ke MPKJ beliau dgn angkuhnya kata beliau tahu undang2.. tapi sehingga kini beliau masih membawa balik lori simen sbb kami pasti beliau rasa MPKJ tidak akan ambil apa2 tindakan sebab beliau bawa balik lori tersebut pada waktu malam dan MPKJ datang di waktu pejabat sahaja... seolah2 beliau memang mencabar MPKJ dan seolah2 kami penyewa tidak berhak berbuat apa2 dan beliau yg membeli rumah dan duduk 10tahun disitu mempunyai kuasa menentukan mana yg kami tidak boleh dan mana yang beliau boleh...dan beliau seperti mahu menghalau kami dengan menalipon tuan rumah dgn ajak berbincang mengenai parking tersebut.. benda yang salah (lori simen parking dikawasan perumahan) buat apa nak bawa berbincang lagi dah terang memang beliau tidak boleh parking lori simen di situ.... harap YDP perihatin dengan permasalahan ini..

    ReplyDelete