Saturday, April 17, 2010

PERJUMPAAN DENGAN YDP MPKJ - MASALAH-MASALAH DI BBM

Salam,

Saya dan Hj Mazwan telah berjumpa dan berbincang dengan YDP MPKJ pada 8 April. Beliau dan beberapa pegawainya telah datang ke BBM pada 9 April memantau sendiri keadaan yang diadukan. Saya harap pihak MPKJ akan mengambil tindakan atas perkara2 yang saya bentangkan dibawah ini.

Di sini saya juga ingin menyarankan kepada penduduk-penduduk yang budiman untuk hadir jika ada mensyuarat agong persatuan penduduk yang akan datang. Kita mesti bekerjasama dalam semua hal. Dalam mensyuarat kita boleh membuat usul-usul dan berbincang akan masalah2 yang kita hadapi. Kalau ada orang yang lebih berkaliber dan ada masa untuk memikul tanggungjawab sebagai AJK kita pilih mereka. Mesyuarat yang lepas hanya berapa kerat saja yang datang. Macam mana nak memperjuangkan masalah BBM 5.

Dalam mensyuarat juga kita juga boleh faham akan masalah2 AJK persatuan penduduk, MPKJ dan masalah2 atau perkara2 yang diabaikan oleh pemaju. Tindakan oleh pihak2 yang berkenaan mengambil masa apabila pengaduan dibuat kerana ia melibatkan wang dan sumber manusia. Justeru itu kefahaman dan kesabaran dari penduduk sangat-sangat diharapkan.

Berbalik kepada isu dengan MPKJ, kalau tidak apa2 tindakan dalam masa yang tertentu, kita harus mengambil tindakan dalam bentuk lain.


PERKARA-PERKARA YANG DIBENTANG KEPADA MPKJ PADA 8 APRIL

1. Bau sampah yang kuat tiap-tiap hari dari tempat buang sampah sg kembong.



a. Rasa mual dan pening-pening.

b. Bau busuk yang tidak menenangkan.

c. Lalat-lalat terlalu banyak.

d. Masalah kesihatan kepada penduduk.

e. Risiko racun sampah masuk ke Sungai Kembong dan melibatkan keracunan takungan bekalan air penduduk di daerah yang berkenaan.

f. Habuk-habuk coklat dari lori-lori menghantar sampah.

g. Kawasan Taman menjadi tidak ceria dan harga rumah turun.
******PERKARA INI AKAN SELESAI AKHIR BULAN APRIL RDF DI SEMENYIH SUDAH DIBAIKI.



2. Sampah di buang secara haram di jalan mahkota 4.



a. Berpunca dari kontraktor-kontraktor yang membuat renovasi rumah tanpa lesen/kelulusan. Aktibiti mereka mesti dihentikan oleh MPKJ.

b. Menimbulkan keadaan yang tidak selesa dan nampak kotor di kawasan tersebut.

c. Bau busuk di kawasan tersebut.

d. Kawasan kotor dan tidak terurus.

e. MPKJ boleh sediakan tempat buang sampah yang besar.

******** INI MASALAH DENGAN KONTRAKTOR2 RENOVASI RUMAH BUANG SAMPAH. KALAU KITA UPAH ORANG BUANG SAMPAH MEREKA AKAN BUANG LAGI. INI DISEBABAKAN OLEH ADANYA MENTALITI BODOH DAN TAMAK. MASALAH TIDAK AKAN SELESAI. MPKJ SETUJU DGN TUTUP JLN. BOLEH TUTUP JLN JIKA SEMUA PENDUDUK SETUJU.



3. Loji pembancuh simen sebelah deretan kedai seksyen 4.



a. Lori-lori besar berulang alik mengambil pasir.

b. Jalan utama rosak.

c. Gangguan kepada penduduk dan laluan jalan utama Nilai 3/Bandar Bukit Mahkota dan Seri Putra.

d. Loji ini harus ditutup atau dipindah ke tempat lain.

*******TIDAK ADA JAWAPAN YANG KONKRIT DARI MPKJ. KITA AKAN TERUS KOMPLAIN DAN PANTAU. NAMPAKNYA SYARIKAT LOJI SIMEN DAH MULA BAIKI JALAN UTAMA TAPI MEMANG TIDAK MEMUASKAN.



4. Gerai-gerai berselerak di hadapan deretan kedai-kedai seksyen 4.



a. Kawasan kotor penuh dengan sampah dan sisa-sisa buangan perniagaan makanan.

b. Penggunaan sumber air yang tidak bersih untuk menyediakan dan membasuh pinggan mangkuk dan lain-lain.

c. Kereta-kereta parking di tepi jalan utama mengganggu kenderaan lain dan boleh menyebabkan kemalangan.

d. Tidak elok mata memandang.

e. Ada peniaga menggunakan PATI untuk bekerja.

f. Boleh gunakan dataran tar di tepi padang bola.

********SAYA KATA TIDAK SETUJU PENJAJA2 DISITU. MEREKA SUDAH TUBUH PERSATUAN DAN INI AKAN MEMBUAT INI DIPOLITIKKAN OLEH PIHAK2 YANG TERTENTU. MPKJ AKAN CUBA CARI TEMPAT LAIN DAN DI SITU HANYA SEMENTARA.



5. Kedai pembaikan kereta di deretan kedai seksyen 4.



a. Meletakkan kereta-kereta buruk dan rangka-rangka kereta di tepi jalan.

b. Minyak hitam dan sisa-sisa pembaikan yang lain dibuang dengan tidak terurus.

*********MPKJ AKAN DENDA DAN AKAN MEMASTIKAN TEMPAT TERSEBUT SENTIASA BERSIH.

6. Parit-parit tersumbat dan air bertakung.



a. Penyebab denggi.

b. Kotor dan bau busuk.

**********SAYA RASA KERJA2 PEMBERSIHAN SENDANG BERJALAN. KITA HARUS TERUS MEMANTAU.


7. Papan-papan tanda d Bandar Bukit Mahkota semuanya sudah rosak.


*******PIHAK PEMAJU MESTI REPAIR DULU SEBELUM MPKJ AMBIL ALIH.



8. Bulatan di jalan utama berdekatan dengan seksyen 5 dan 6 memerlukan lampu dan papan tanda.



a. Banyak kemalangan telah berlaku. Kenderaan terus masuk ke dalam bulatan melanggar pokok di waktu malam and awal pagi.


******PERKARA INI MASIH DALAM TANGGUNGJAWAB PEMAJU.



9. Pembinaan mesjid di Bandar Bukit Mahkota.



a. Mohon MPKJ membersihkan tapak pembinaan.


*****SAYA RASA AJK BERTANGGUNGJAWAB PERKARA INI MESTI LEBIH AGRESIF SEPERTI SERI PUTRA.



10. Sekolah Menengah dan Rendah di Bandar Bukit Mahkota dan Dewan serba guna.



a. Tapak telah diperuntukkan oeh pemaju.

b. Penduduk ingin membuat bantahan kerana tidak dimasukkan dalam perancangan pembangunan MPKJ 2020.


******BHG PERNCANGAN MPKJ SEDANG MENELITI.





11. Lembu-lembu dan anjing2 liar berkeliaran di kawasan Bandar Bukit Mahkota.



a. Mohon tindakan MPKJ untuk menangani masalah ini.

Dilaporkan oleh:
HJ ALWI ABDUL WAHAB
2, JLN BM 5/7
BBM
Mobile: 6019 3811702

No comments:

Post a Comment