Saya tertarik dgn artikel dibawah ini. insya-allah jom kita sama-sama bantu jawatankuasa pembinaan masjid at-takwa, bdr bukit mahkota dengan meluangkan masa untuk bergotong-royong membersihkan pula tapak masjid at-takwa, bdr bukit mahkota yang mana dah pun diluluskan tapaknya bersebelahan dengan bangunan TNB.
Thursday, April 1, 2010
Gotong Royong Bersih Tapak Masjid Al-Umm
Seksyen Satu, BBB, 12 R. Awal = 28 Mac (Ahad):
Gotong royong membersihkan tapak Masjid dilakukan pada pagi ini, disertai ADUN Bangi dengan AJK Surau al-Umm, Dr. Tajul Ariffin Noordin dan AJK Persatuan Penduduk BBB, AJK surau-surau berdekatan, penduduk setempat dan tenaga kerja dari MPKj. Sebenarnya MPKj telah menghantar pekerja-pekerja sejak hari Jumaat dua hari lepas membuat kerja-kerja permulaan menebang pokok-pokok yang perlu ditebang dan meratakan tanah tanah tapak dua ekar yang perlu diratakan.Terima kasih kepada MPKj. Tapak Masjid al-Umm berada pada kawasan strategik, di kanannya bersempadankan padang permainan berdekatan Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Bangi, pada bahagian hadapannya kawasan Medan Selera (kini dikenali dengan Medan Usahawan) dengan kawasan parking yang agak banyak pada sebelah kirinya kawasan perumahan dan pada bahagian belakang ialah Bangunan Dewan Orang Ramai dan jalan ke sekolah Kebangsaan.
Pada hari ini gotong-royong beramai-ramai dilakukan. MPKj menghantar boldozar, lori dan peralatan memotong dan membersih. Seramai lebih kurang 50 tenaga gotong royong turun bekerja dengan membawa peralatan masing-masing yang sesuai. Manakala pihak kaum ibu menyediakan makanan tengahari, kuih-kuih dan minuman. Kerja-kerja pembersihan berterusan dari jam 8.30 pagi hingga jam 1.00 tengahari. Pihak ADUN mengeluarkan sejumlah peruntukan kepada Bendahari AJK Tabung Pembinaan surau bagi gotong royong, memasang papan tanda masjid dan keperluan-keperluan permulaan.
Kerja-kerja sebenarnya baru pada peringkat permulaan. Permohonan rasmi dari pihak JAIS bagi pembinaan masjid sedang diusahakan, landscaping perlu dihasilkan sebaik mungkin dan plan bangunan yang disetujui perlu disiapkan mengikut konsep masjid yang dihasratkan. Paling penting bagi menjadikan masjid satu realiti, kewangan perlu didapati. Bagaimana cara mendapatkan kewangan bagi mengisi Tabung Pembangunan Masjid al-Umm sedang dirancang.
Sebagai tambahan, pada mesyuarat permulaan masjid bakal dirikan disetujui dipanggil dengan nama ` Masjid Tahfiz`, kerana di dalam kawasan masjid bakal didirikan akan diwujudkan sama kompleks pendidikan tahfiz, tetapi pada mesyuarat kedua, ada usul agar nama surau yang akan digantikan dengan Masjid baru dekekalkan bersama masjid dan tidak hilang begitu sahaja. Buat makluman Surau al-Umm adalah surau terawal di Bandar Baru Bangi. Cadangan adalah diterima dan disetujui bahawa nama masjid bakal didirikan ialah MASJID AL-UMM. Nama ini tidak menghalang konsep masjid dan pengisian yang dihasratkan.
Sekian. Terima kasih
No comments:
Post a Comment