Friday, January 9, 2009

Gangguan bekalan air di Bukit Mahkota

Gangguan bekalan air minggu depan
KUALA LUMPUR 7 Jan. - Penduduk di beberapa kawasan di daerah Hulu Langat dan Sepang akan mengalami gangguan bekalan air pada hari Isnin hingga Jumaat minggu hadapan.
Ia adalah berikutan kerja-kerja pengalihan dan penyambungan paip di hadapan Lembaga Pelesenan Tenaga Atom (AELB) di Dengkil dan kerja-kerja pemasangan meter aliran elektromagnetik di Bangi Lama.
Pengurus Besar Komunikasi Korporat dan Hal Ehwal Awam Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas), Abdul Halem Mat Som berkata, di Hulu Langat, kawasan yang terlibat ialah Seksyen 1,2,3,4, 14, dan 16 Bandar Baru Bangi serta sebahagian Seksyen 3,4 dan 5 Tambahan.
Turut terjejas ialah kawasan perindustrian Seksyen 13, Bandar Bukit Mahkota, Bandar Seri Putra, Desa Mahkota, Batu 1 hingga 6 Jalan Bangi, Kampung Kuala Pajam, Kampung Teras Jernang, Taman Desa Kenangan, Taman Dusun Jaya dan Taman Desa Anggerik.
Taman Bunga Raya, Taman Permai, Kampung Sungai Kembung Hilir, Taman Bangi Villa, Taman Sri Bangi, Taman Bangi Indah, Kampung Aman, Pekan Bangi Lama, Anggerik Perdana, Taman Angsana, Industri Beranang, Kampung Sungai Buloh Semenyih, Kampung Sesapan Bukit Rembau;
Ladang Bangi, Kampung Batu 6, Kampung Sungai Jai, Taman Impian Putra, Taman Bangi Ria, PKNS Beranang, Taman Bangi Jaya, Kampung Sesapan Minangkabau dan Taman Bangi Ria turut akan mengalami gangguan akibat kerja-kerja penambahbaikan tersebut.
Kawasan di Sepang yang terlibat ialah Jenderam Hilir, Jenderam Hulu dan Sungai Buah.
Abdul Halem berkata, daerah Petaling pula akan mengalami gangguan bekalan air pada Khamis dan Jumaat minggu depan.
Ia berikutan kerja-kerja penyambungan paip bagi pembinaan pembentungan.
"Kawasan-kawasan yang terlibat ialah Kampung Melayu Subang Baru, Subang Perdana Airod, Terminal 3, Taman Industri Sungai Buloh, Jalan TUDM, Kampung Baru Subang, Jalan Subang Airport Lama, Kampung Muhibah dan Kampung Orkid.
Orang ramai yang mempunyai pertanyaan atau aduan mengenai gangguan ini bolehlah menghubungi talian 1-800-5252 atau melawati laman web SYABAS di http://www.syabas.com.my/.

sumber : utusan malaysia





***********************************************************************************
Info dari Syabas @ PUSPEL, gangguan dijangka bermula jam 6.00ptg 12/1/09 sehingga 6pagi 13/1/09

INFO DARI SYABAS

sekian.harap maklum.

No comments:

Post a Comment